MENGAPA MELABUR DALAM SAHAM PATUH SHARIAH DI BURSA MALAYSIA?
Melabur menjadikan wang anda bekerja untuk anda dengan menjadikan wang anda menjana lebih banyak wang. Melabur dalam saham telah terbukti secara konsisten menjadi satu daripada bentuk pelaburan paling menguntungkan.
Faedahnya termasuklah:
1. Beli/Jual serta-merta supaya anda boleh menjual sebahagian daripada pelaburan anda pada bila-bila masa.
2. Kos transaksi amat rendah.
3. Kebebasan untuk bekerja di tempat sendiri, mengikut rentak dan masa sendiri.
4. Pemantauan mudah - log masuk ke pasaran dari mana-mana tempat di dunia.
5. Boleh memaksimumkan pulangan sambil menyebarkan risiko anda.
6. Bentuk pelaburan yang boleh dijangka jika anda tahu apa yang dilakukan.
7. Anda mempunyai kawalan dan membebaskan anda daripada yuran pengurusan dana.
8. Kelebihan cukai yang berpatutan.
Perkara perlu diberi perhatian:
A. Pasaran boleh menjadi tempat yang meruap.
B. Anda perlu mendapatkan pengetahuan tentang apa yang dilakukan.
C. Anda mesti memantau pelaburan anda.
D. Anda mesti belajar kaedah untuk memasuki dan keluar pasaran pada isyarat masuk dan keluar.
Bolehkah "ORANG BIASA" Mendapat Keuntungan daripada Pasaran Saham?
Ramai yang berkata "Saya ingin memasuki pasaran saham" atau "Jika saya ada wang lebih, saya akan melabur dalam saham". Ramai juga yang percaya bahawa untuk membuat keuntungan daripada pasaran saham, anda perlulah sedia kaya, menjadi pedagang pelaburan sepenuh masa atau menjadi seorang yang bijak dalam kewangan.
Tidak semestinya!!!
Mari kita lihat senario tentang orang biasa di pasaran saham dan bagaimana keadaan mereka. Ini akan membolehkan kita melihat bagaimana proses ini berjalan, pendekatan berbeza dan bagaimana pulangan dijana.
---------
Senario 1
---------
John bekerja di kilang pembuatan dengan berpendapatan RM33,000 setahun. Selepas perbelanjaan sewa,sara hidup dan peribadi, John dapat menyimpan RM1,500 dalam masa enam bulan dan beliau mahu laburkan dalam pasaran saham. John membeli 1,600 saham dalam ABC Mining pada harga RM0.90 sesaham (RM1,440). Beliau juga membayar RM32.95 untuk yuran pembrokeran bagi pembelian saham berkenaan. Keseluruhannya, John telah melabur sebanyak RM1,472.95.
6 bulan kemudian, John mengambil keputusan untuk menjual sahamnya. Beliau telah memantau prestasi ABC Mining dan telah meningkat kepada RM1.19 sesaham. John menjual sahamnya pada harga RM1,904. Beliau juga membayar RM32.95 untuk yuran pembrokeran bagi penjualan sahamnya, menjadikannya sebanyak RM1,871.05.
Keuntungan ialah sebanyak RM398.10.
RM398.10 mungkin tidak kedengaran sebagai jumlah yang banyak, tetapi harus diingat bahawa John hanya melabur sebanyak RM1,472.95 untuk 6 bulan. Oleh itu dia tidak akan mendapat pulangan yang besar. Namun begitu, John telah membuat keuntungan sebanyak 27%, yang lebih baik daripada jumlah yang akan didapatinya dengan meletakkan wang ke dalam akaun simpanan.
- Sumber dari Bursa Malaysia
SUDAHKAH ANDA TERLIBAT?
AKAUN CDS ANDA AKTIF ATAU MASIH TIADA AKAUN CDS??
Jadilah pelabur yang bijak.
Search