[Evolusi Agama Cina: Dari Tauhid Kepada Politeisme]
Di China terkenal beberapa buah agama yang besar seperti Konfusianisme, Taoisme dan Buddhisme. Jauh sebelum kedatangan agama-agama ini masyarakat cina sudah memiliki kepercayaan kepada Tuhan. Sebelum timbulnya falsafah Konfusianisme dan Taoisme, masyarakat cina percaya kepada kewujudan satu Tuhan iaitu Shang Di. Ahli sejarah cina, Sima Qian menulis di dalam bukunya Shi Ji mengatakan yang bermaksud:
“Shang Di is another name for Tian. The spirits do not have two Lords”[1]
Shang Di (上帝) atau Tian (天) adalah nama kepada Tuhan yang diimani oleh masyarakat cina pada suatu ketika dahulu. Ia tidak memiliki wajah, rupa atau diukir ke dalam bentuk patung. Malah ia adalah entiti yang tidak boleh disamakan dengan manusia.
Masyarakat cina hanya mengenal mereka dengan karekter huruf hanzi 上帝 dan 天. Dan Tian (天) adalah simbol kepada monotheisme. Ini kerana karekter huruf hanzi bagi Tian (天) merupakan gabungan dua karekter hanzi iaitu Da (大) dan Yi ( 一). Da bermaksud Maha Besar dan Yi bermaksud satu/Esa. Dua huruf ini membentuk bagi nama Tian yang bermaksud langit dan syurga. Ia mengisyaratkan Tuhan itu di langit.
Oleh demikian itu, masyarakat cina kuno mereka menyembah satu Tuhan. Dan disamping itu sekitar tahun 2000 SM- 800 SM, di China juga berkembangnya fahaman shamanisme dan pawang.
Kepercayaan ini kemudiannya mempengaruhi agama Taoisme yang datang kemudiannya, seperti unsur penggunaan tangkal dan mentera untuk melawan makhluk halus serta jampi mengubati pesakit itu merupakan unsur . Sedangkan ajaran awal Taoisme tidak mengajar perkara tersebut.[2]
Wujudnya Falsafah Konfusianisme & Taoisme
Pada zaman klasik sekitar 700 SM – 220 SM berlaku banyak peperangan dan rampasan kuasa antara negeri-negeri kecil dan melahirkan keperluan terhadap ahli khidmat nasihat politik dan strategi. Namun demikian, ada yang ingin fokus kepada pembangunan sosial. Di zaman inilah, munculnya tokoh-tokoh seperti Lao Zi (604 SM - 531 SM) dan Kongfu zi (551 SM – 479 SM).[3]
Kedua-dua mereka membawa falsafah yang tersendiri untuk membina pembangunan sosial. Malah kedua-dua tokoh ini juga membawa ajaran yang sangat berpengaruh malah membawa konsep ketuhanan hasil dari pengaruh konsep ketuhanan masyarakat China kuno.
Istilah Tuhan di antara Lao zi dan Kongfu zi ada sedikit perbezaan terutama di dalam bentuk karekter huruf hanzi dan pentakrifan huruf. Mengikut Lao zi di dalam bukunya Dao De Ching menggunakan istilah Dao (道) bagi mengisyaratkan Tuhan.[4]
Manakala mengikut Kongfu zi pula menggunakan istilah Tian (天) di dalam bukunya bagi mengisyaratkan Tuhan. Kedua-dua istilah ini digunakan oleh orang cina kuno untuk menggambarkan Tuhan. Malah kedua-dua istilah Tuhan ini tidak pernah diimejkan atau dipatungkan. Malah mereka percaya bahawa Tuhan itu adalah satu atau esa.
Masuknya Pengaruh Luar Ke Dalam Konsep Ketuhanan
Sekitar tahun 240 SM iaitu pada zaman pemerintahan raja Asoka di India, tersebarnya agama Buddha dari India dan masuk ke negara China. Agama Buddha dikatakan bertapak kukuh di China pada abad pertama Masihi.[5] Terdapat pelbagai aliran Buddha ke sana seperti Theravada, Yogacara, Vajrayana dan juga Mahayana.
Disamping itu, ajaran Lao zi dan Kongfu zi juga berkembang di China. Malah berlaku inovasi ke atas ajaran tersebut. Di antara kedua ajaran ini, ajaran yang dibawa oleh Lao zi atau dikenali sebagai Taoisme, banyak terkesan dari pengaruh fahaman shamanisme yang diamalkan oleh masyarakat cina terdahulu. Manakala ajaran Kongfu zi tidak pula terkesan dengan pengaruh shamanisme.
Berlaku sinkretisme atau percampuran amalan dan kepercayaan ke dalam ajaran Taoisme. Evolusi Taoisme dari falsafah kepada agama berlaku sekitar tahun 20 SM – 600 M.
Seorang tokoh yang terkenal bernama Zhang Daoling menjadi orang pertama yang menanam dan mengukuhkan sistem ini ke dalam Taoisme. Walhal pengasasnya Lao Tze tidak memperkenalkan sistem keagamaan seperti dibawa Zhang Daoling. Taoisme mencipta sejarah apabila ia menjadi agama dengan pembentukan institusi ketua agama, set ritual, kitab-kitab dan pengikut yang ramai.
Di samping itu, Taoisme mula mendapat perhatian pada zaman dinasti Han (25 M-219 M) apabila pengaruh institusi pawang semakin berkurangan di istana. Pada tahun 150 M, maharaja membina tokong diraja khusus untuk melaksanakan upacara rasmi sebagai penghormatan terhadap kesucian Lao zi. Bersesuaian dengan kepercayaan terhadap kesuciannya, maka timbullah keperluan untuk menaikkan darjat Laozi ke tahap dewa tertinggi.[6]
Malah, pada zaman dinasti Tang (618M–907M), keluarga dirajanya mendakwa berketurunan Laozi kerana memiliki nama keluarga yang sama, iaitu Li 李. Dengan ini, Taoisme mencapai status rasmi atas naungannya. Malah, Maharaja Gaozong menjadikan kitab Dao De Jing sebagai salah satu mata pelajaran wajib bagi para sarjana yang menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
Jika diukur dari sudut sejarah dalam pengamalan Taoisme, tokoh yang paling layak diberi kredit sebagai ‘pengasas’ Taoisme masakini ialah Zhang Daoling.[7] Nama sebenarnya ialah Zhang Ling. Beliau dilahirkan di selatan China, kawasan yang kuat amalan shamanisme (kepercayaan dukun dan sihir) pada masa itu.[8]
Mengikut lagenda, pada usia tujuh tahun, beliau telah berjaya khatam seluruh risalah Dao de Jing.[9] Ketika zaman dewasanya, beliau merantau ke wilayah Sichuan untuk menjalani kehidupan pertapa di samping mempelajari ilmu keagamaan.
Pada tahun 142 M, beliau mendakwa berlaku suatu peristiwa yang mengubah kehidupannya. Seorang dewa menjelma dari langit secara dan bertemu dengannya secara sedar (yaqazhah) untuk menganugerahkan kepada beliau kuasa mukjizat dan darjah gelaran Tianshi (Guru Syurga). Dewa itu dikatakan berupa wajah Laozi dan dikenali sebagai Tuan Penatua Tertinggi Agung (太上老君).
Bertitik tolak daripada peristiwa ini, maka Zhang Daoling menubuhkan gerakan Tianshi Dao (Aliran Guru Syurga) di wilayah Sichuan. Ia juga dikenali sebagai Wudoumi Dao 五斗米道 (Tarekat atau aliran Lima Dou Beras) kerana syarat kelayakan ahli adalah dengan memberi cukai lima dou (1 dou = 10 kg) beras atau barang yang sama nilainya.
Di samping itu, Tianshi Dao mempunyai struktur organisasi yang begitu tersusun seperti hierarki ketua agama, sistem rekod perkara ghaib dan tangkal, prinsip-prinsip moral, mengaji risalah Dao de Jing, dan sebagainya. Tidak kurang juga, pada zaman awalnya, ia mempunyai dua puluh empat daerah naungannya di wilayah Sichuan.
Di bawah kepimpinan cucunya Zhang Lu, gerakan ini menjadi militan dan melancarkan pemberontakan pada tahun 189 M, namun berakhir dengan penyerahan diri secara aman kepada Cao Cao (曹操) yang merupakan seorang panglima perang (155 M-220 M). Secara tidak langsung, hal ini membolehkan gerakannya wujud sehingga kini.
Taoisme yang dibawa oleh Zhang Daoling menjadi mudah diterima kerana masyarakat di sekelilingnya adalah penganut kuat shamanisme dan animisme. Gerakan yang dipelopori oleh Zhang Daoling telah banyak mempengaruhi Taoisme masakini, contohnya upacara keagamaan yang mana Zhang Daoling juga mempopularkan penggunaan tangkal yang masih dipraktikkan sehingga kini. Biasanya tangkal ini berbentuk kertas kuning yang dituliskan dengan tulisan Cina yang mempunyai maksud rahsia.[10]
Malah kepercayaan penyembahan dewa-dewi juga turut meresap ke dalam Taoisme sehingga mereka memiliki banyak sembahan dan dewa-dewi. Walhal pada hakikatnya, tokoh-tokoh awal tidak pernah memperkenalkan amalan dan kepercayaan sedemikian.
Berlaku Percampuran
Akhirnya masyarakat Cina, mereka mengamalkan keempat-empat kepercayaan ini di dalam amalan mereka. Pada satu masa mereka boleh praktis agama Taoisme, Konfusianisme, Buddhisme dan juga kepercayaan tradisi cina. Disamping itu mereka juga memiliki konsep Feng Shui dan seumpamanya.
Ia dikenali sebagai sinkretisme di antara agama-agama. Malah menurut mereka, keempat-empat ajaran ini saling mengisi antara satu sama lain. Sekiranya mereka inginkan falsafah bakti atau moral, mereka akan merujuk Konfusianisme, dan sekiranya mahu kepada konsep spiritual dan keseimbangan alam, mereka akan merujuk Taoisme. Begitulah agama-agama ini dipraktis sehingga kini.
Kesimpulan
Sejarah merakamkan bahawa masyarakat cina kuno dulu menyembah satu Tuhan yang tidak berupa dan tidak memiliki ibubapa. Akan tetapi lama kelamaan konsep itu ditambah dengan wujudnya penyembahan seperti dewa-dewi diamalkan di dalam Taoisme khususnya. Walhal pengasasnya sendiri tidak memperkenalkan sembahan sedemikian. Ia direka oleh orang terkemudian.
Akhirnya masyarakat cina menganggap kesemua agama yang sampai di sana pada zaman klasik adalah penting dan diamalkan secara serentak.
Nota kaki:
[1] Lihat Sima Qian (-). Shi Ji, jilid 28, buku 6, hlm 624
[2] Lihat Eva Wong, (2011). Taoism An Essential Guide, Shambhala Publications, London, hlm 11-19
[3] Ibid, hlm 20-30/ Lihat Cao Dawei & Sun Yanjing, (2010). China’s History, China Intercontinental Press, Beijing, hlm 44-45
[4] Lihat kitab Dao Te Ching bab 4: Xiang Di Zhi Xian, bab 25: Dao De Zhen Mian Mu, bab 39: Dao De Gen Ben. Dan lihat kitab Kongfu zi dalam The Anaclets 3: 13, 9: 5, 16: 8, 14: 35
[5] Lihat Milon Nandy, (1996). The Profund Teachings of Buddhism, Taoism, Confucianism & Shintoism, Eurasia-Pasific Books, Ampang, hlm 34
[6] Lihat Eva Wong, (2011). Taoism An Essential Guide, Shambhala Publications, London, hlm 34
[7] Lihat Herman, J. (2013). Taoism For Dummies. Mississauga, Canada: John Wiley & Sons Canada hlm 75/ Lihat Palmer, M. (2000). T’ung Shu. Kuala Lumpur: Vinpress, hlm 82.
[8] Lihat Eva Wong, (2011). Taoism An Essential Guide, Shambhala Publications, London, hlm 34
[9] Lihat Palmer, M. (2000). T’ung Shu. Kuala Lumpur: Vinpress, hlm 82
[10] Lihat Milon Nandy, (1996). The Profund Teachings of Buddhism, Taoism, Confucianism & Shintoism, Eurasia-Pasific Books, Ampang, hlm 59
R&D TEAM MRM
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過179的網紅Ean Chen,也在其Youtube影片中提到,圖文網誌請參考:http://ean1976.pixnet.net/blog/post/32008488 沒有醒目的招牌和看板,只有兩隻石獅低調矗立在灰牆老房的宮門前街旁,若沒特別注意即使是開遍北京大街小巷的出租車師傅也不會發現在此藏了座旅館,大隱隱於市的這宅第來頭可不小,是安縵集團在中國目前的唯...
「aman beijing」的推薦目錄:
- 關於aman beijing 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於aman beijing 在 Shila Amzah Facebook 的最佳解答
- 關於aman beijing 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於aman beijing 在 Ean Chen Youtube 的最佳貼文
- 關於aman beijing 在 Aman Summer Palace | Beijing - Facebook 的評價
- 關於aman beijing 在 17 Aman at Summer Palace ideas - Pinterest 的評價
aman beijing 在 Shila Amzah Facebook 的最佳解答
Thank you Dato Sam manan -pengarah perhutanan Sabah ,Dato seri panglima musa Aman- ketua menteri Sabah Dan Datin seri atas jemputan ke majlis makan malam inovasi Jabatan perhutanan sabah 2016 ❤️ sampai ketemu lagi 🙏🏻 #sandakan #sabah now I'm flying off to hongkong then beijing ,and have another show tomorrow night in Beijing 💤💤💤💤
aman beijing 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
Semasa menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University, saya telah mengimbas kembali bukan hanya sejarah hubungan diplomasi selama 40 tahun antara Malaysia dan China tetapi juga pertemuan yang bermula 600 tahun lepas dengan kunjungan Laksmana Cheng Ho (Zheng He) ke Kesultanan Melaka dan lawatan Parameswara ke China.
Saya juga memberi analisa tentang perubahan geopolitik dunia yang menjadi semakin multipolar dan pendirian Malaysian yang tetap mengamalkan dasar luar negara yang bebas dan berkecuali.
Saya mengingatkan China untuk menjadi negara yang bertanggungjawab dengan jiran2nya agar kita dapat menjaga kedudukan benua Asia sebagai wilayah yang aman dan sejahtera.
aman beijing 在 Ean Chen Youtube 的最佳貼文
圖文網誌請參考:http://ean1976.pixnet.net/blog/post/32008488
沒有醒目的招牌和看板,只有兩隻石獅低調矗立在灰牆老房的宮門前街旁,若沒特別注意即使是開遍北京大街小巷的出租車師傅也不會發現在此藏了座旅館,大隱隱於市的這宅第來頭可不小,是安縵集團在中國目前的唯二據點(另一座在杭州),過往安縵選址多是遠離喧囂的天之崖海之角,2008年卻一反作風、選擇在人口密度極高的中國首都北京市裡開了這家「頤和安縵」,這一切的遷就全是為了被列為世界文化遺產的頤和園。除了擁有私人通道進出頤和園的尊榮待遇,飯店本身更是精采。一向以來安縵就是以保留並發揚在地元素為特色,因此每一座安縵都是獨一無二,當然不變是其細緻服務的基因。
aman beijing 在 17 Aman at Summer Palace ideas - Pinterest 的推薦與評價
Just outside this 260-year-old World Heritage site resides Aman at Summer Palace, Beijing. Amanresorts' new city-based resort is a peaceful retreat from ... ... <看更多>
aman beijing 在 Aman Summer Palace | Beijing - Facebook 的推薦與評價
Aman Summer Palace, 北京市。 2595 個讚· 11 人正在談論這個· 4760 個打卡次。 Just steps from the East Gate of the Summer Palace ground lies Aman at Summer ... ... <看更多>