Apa itu kejayaan?
Ok, bila masuk tahun baru, maka kita akan renung kejayaan tahun lepas sebagai semangat untuk teruskan kejayaan tahun ini.
Tapi apa itu kejayaan?
Kejayaan sebenar adalah bila kita diumum masuk syurga sewaktu berada di mahkamah Allah, Itulah kejayaan hakiki! Jika mati masuk neraka, menangislah air mata darah tak guna dah!
Untuk mencapai kejayaan diumum masuk syurga, pastikan di dunia, kita berjaya taat perintah Allah ikut cara Rasulullah s.a.w.
Ok itu kejayaan dalam bab agama, sila take noted.
Dalam bab dunia, atau kejayaan azam tahun baru, kita boleh ukur kejayaan sebagai sesuatu perkara yang tak pernah kita buat, (keluar dari zon selesa) dan berjaya di buat, waktu buat tu pulak rasa seronok, dan bila kejayaan dicapai rasa seronok beronok ronok. Itulah maksud kejayaan di dunia.
Untuk mudahkan, kita set sasaran kejayaan, tulis, dan bagitahu rakan-rakan.
Untuk mudahkan lagi, pecah kecilkan sasaran kejayaan kita kepada 5 bahagian iaitu:
-Kesihatan
-kecintaan
-Kewangan
-keakuan
-keAgamaan
Sebagai contoh, bab Kesihatan. Apa target korang? Kalau aku sebelum ini, aku nak kesihatan yang baik sehingga mampu mendaki gunung kinabalu.
Maka aku tulis, DAKI GUNUNG KINABALU di sebelah kanan kertas, dan di kirinya, aku tulis Things to do untuk capai perkara itu, seperti:
-Study bab Hiking,
-beli alatan hiking,
-berlatih naik gunung Datok,
-Daki Gunung Berantai,
-Daki Gunung Ledang,
-hubungi kawan di sekitar gunung ajak teman daki gunung
-kumpul duit beli tiket kapal terbang-tarikh?
-Hubungi Malim Gunung? Kos?
So begitu lebih kurang, dan Alhamdulillah, waktu daki gunung Irau di Cameron Highland aku ada borak dengan kawan baru yang ada plan nak daki gunung Kinabalu, lalu aku letak nama untuk join, dan akhirnya dengan izin Allah, aku berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada umur 41 tahun, Alhamdulillah.
Ok, bab kedua, KECINTAAN. Sasarannya nak buat orang yang kita sayang gembira. So siapa yang kita sayang? Mulakan dengan ibu bapa, bini, anak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan.
Untuk ibu bapa, terus cari tarikh untuk ziarah mereka, kerapkan ziarah mereka. Kalau boleh sekurang kurangnya sebulan sekali kena ziarah mereka, terus catat di kelendar dan cuba luangkan masa bersama mereka selama yang kita mampu. Ajak mereka jalan jalan tempat best.
Untuk anak Bini, sama jugak macam ibu bapa, cuba cari event yang gembirakan mereka, Bila Birhday mereka, bagi masa bersama mereka dan bawak makan tempat best, tengok wayang, main bowling, mandi di taman tema ke, terpulang pada bajet masing masing, yang penting kita luangkan masa bersama mereka dengan kasih dan sayang.
Jika boleh cuba letak target BERCUTI DI PULAU TIOMAN contohnya. Lalu kita senaraikan “things to do” untuk ke sana, dan saksikan betapa seronoknya anak bini menyelam melihat keindahan lautan ciptaan Allah.
Sama jugak untuk kawan-kawan dan saudara mara atau adik beradik, jika mereka ajak ke majlis kahwin anak mereka ke, terus catat di kelendar dan hadir majlis tu, kalau boleh bantu mereka di majlis kahwin dengan ambik tugas yang mencabar, seperti MENJADI JURU PANTUN! Ha ha, first time aku buat dan Okey jer, dua kali dah aku berpantun dalam majlis perkahwinan anak saudara. Lepas ni siapa nak upah juru pantun, boleh bagi tarikh, ha ha!
So, next, KEWANGAN, berapa income kita nak tahun depan? Pecahkan pada bulanan, dan mingguan, dan harian, lepas tu buat reverse Engineer, maka bermulalah things to do kita untuk capai sasaran tu, kes aku, menulis bukulah, atau buat bengkel menulis dan lain lain, so bab bisnes ni dah ramai orang cerita, maka tak payahlah aku cerita lebih lebih.
OK, Bab kesihatan dah cerita, bab kecintaan dah cerita, bab kewanganpun dah cerita, bab apa lagi?
Ya, bab keakuan, Me time. Dalam hidup ini kita kena ada sasaran peribadi.
Macam naik gunung kinabalu tu, itu sasaran peribadi keakuan aku, dan sekaligus termasuk dalam sasaran kesihatan, selain itu aku ada jugak backpackers ke luar Negara tanpa bawak anak bini, just me time. Pilih tarikh, anak bini faham. Alhamdulillah baru-baru ni dapat ke Kemboja dan Viatnam. So pilih Negara yang korang nak pergi, dan tulis Things to do untuk capai matlamat itu.
InsyaAllah. Sasaran Peribadi ni tak semestinya kena ke luar Negara, tapi ianya lebih kepada “hadiah kepada diri sendiri” korang nak bergi bertapake? Apa ke? Lantaklah, asal jangan sampai menyusahkan orang.
Ok, last bab agama, ini sepatutnya aku cerita awal awal lagi, tapi takut korang bosan pulak, tapi inilah sasaran paling penting, sebagai contoh: tulis KHATAM AL QURAN DUA KALI, dan tulis things to do seperti baca beberapa muka surat lepas solat, dan sebelum tidur. Atau tulis KAJIAN KITAB MUTAKHAB HADIS, target keluar berdakwah, target melibatkan diri dalam program keagaman, HAdir Ijtimak, menerima jemputan berceramah dan sebagainya, jangan kita hanya pandai rancang bab dunia sahaja, kan? So tak payahlah aku nak bebel panjang panjang, sebab bab agama ni akupun banyak kantoi, Astarfirullahal azim.
Hmm, nampaknya semua dah menguap bila aku cerita bab agama, maka tutup majlis dengan tasbih kafarah.
Akhir kata, kesimpulannya, iaitu untuk mudahkan kejayaan maka kita set sasaran kejayaan, tulis, dan bagitahu rakan-rakan.
Tapi Jangan pilih sasaran kejayaan ikut nafsu, sebab kelak binasa diri, ada kawan aku, azam dia tak nak kahwin selamanya, sebab tak nak jadi hamba system perkahwinan katanya, tak nak jadi hamba wanita, tak nak susahkan anak sebab kita semua jahil. Dia terang terang cakap ni waktu umur dia 25 tahun. Dan dia berjaya tak kahwin sampai sekarang 45 tahun.
Tapi kejayaan dia tu tak terpamer di wajahnya, bila orang cerita pasal anak bini, dia akan menyepikan diri. Sunguh dia tak tahu nikmat balik rumah ada orang sambut dan ada orang peluk. Nikmat masuk kedai makan bersama anak bini, nikmat pergi bermain taman tema bersama anak bini, nikmat buat taklim bersama anak bini, tapi itulah, jika dia kahwin sekarang malu pulak sebab dulu dia menentang system, tapi tak salah telan ludah jika itu pilihan yang benar walaupun pahit, atau istilah lebih murni sekarang, U turn!
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過96的網紅Hayani Yusuf,也在其Youtube影片中提到,Untuk lebih cerita tentang Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang bersama YanieYusuf. Layari: www.yanieyusuf.com...
bajet ke pulau tioman 在 YanieYusuf Facebook 的最佳貼文
Perkongsian simple Itinerari bagi Trip Bajet Pulau Tioman. Harpa dapat membantu bagi yang planning untuk percutian ke sana.
http://yanieyusuf.com/…/perkongsian-itinerari-trip-bajet-p…/
bajet ke pulau tioman 在 YanieYusuf Facebook 的最佳解答
Taman Laut: Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang
http://yanieyusuf.com/…/taman-laut-trip-percutian-bajet-ke…/
bajet ke pulau tioman 在 Hayani Yusuf Youtube 的最佳貼文
Untuk lebih cerita tentang Trip Percutian Bajet Ke Pulau Tioman Pahang bersama YanieYusuf.
Layari: www.yanieyusuf.com