・・・
Alhamdulillah Silver for Keirin
.
Hari ini sangat mencabar, permulaan yang kurang baik apabila saya terlibat dengan kemalangan di pusingan awal apabila di himpit oleh pelumba dari India. Ini memaksa saya untuk berlumba di pusingan repecharge untuk menempatkan diri ke pusingan separuh akhir. Berkayuh dengan luka di badan dan skinsuit koyak rabak, Alhamdulillah saya menang dan ke pusingan seterusnya.
.
Pusingan separuh akhir, line up die memang dasyat. Dua Malaysia dan dua Jepun. Lumba yang sangat pantas, dah standard World Championship punye race dengan timing die 9.949 , tapi yang bestnye saya dan rakan sepasukan Shah Firdaus layak ke final dan menerajang seorang pelumba Jepun keluar. Kami berdua bukan sahaja gembira dapat ke final tapi juga kerana dapat menyingkirkan seorang pelumba Jepun kerana mereka mempunyai tiga pelumba dalam acara Keirin ni. Kalau tiga-tiga ke final, pecah otak nak atur strategi.
.
Untuk final pula, dipendekkan cerita memang maha dahsyat. Pace memang laju dari awal. Shah Firdaus terpaksa awal kehadapan untuk memecahkan formasi pelumba Jepun. Baki dua pusingan saya terus kehadapan untuk mengorak langkah dan terus di ikuti rapat oleh pelumba Jepun Yuta Wakimoto dan terus beliau melakukan pecutan awal. Saya mengekori rapat namun malangnya tidak sempat untuk memotong beliau di garisan penamat. Apabila melihat catatan masa untuk perlumbaan tersebut, maka terjawablah kenapa, pace perlumbaan tersebut adalah 9.752 😱. Lagi laju dari pace lumba di World Championship.
.
Walaupun sedikit terkilan kerana hanya mendapat pingat Perak, saya juga gembira kerana dapat menghadiahkan kem negara dengan sebutir pingat Perak dan sebagai seorang atlet yang Profesional, saya berikan kredit kepada pelumba Jepun kerana mereka hadir ke Korea dengan prestasi yang lebih mantap untuk acara Keirin.
Kredit juga kepada Shah Firdaus diatas corak dan taktik kayuhan yang mantul, cuma rezki tidak menyebelahi beliau hari ini. Saya juga tidak terfikir dapat hadir ke Korea dengan prestasi seperti ini, tepat empat minggu yang lalu saya terlibat dengan kemalangan ketika latihan dimana jari saya hampir putus, sudah terbayang kemungkinan masuk team Paralimpik.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dan doa terutama penaja-penaja saya
CIMB-AIRASIA-DAIKIN-NIKE-OAKLEY-OGKKABUTO-WATTBIKE
.
P/s: Harap dapat A+ untuk karangan ini.
daikin india 在 Azizulhasni Awang Facebook 的最佳貼文
・・・
Kemenangan pingat EMAS ini adalah hadiah kepada Malaysia tercintaku sempena Hari Kemerdekaan Yang ke-61.
Sedikit perkongsian:
Pingat Emas ke-5 buat negara dari saya adalah sinonim dengan tarikh kelahiran saya iaitu 5 Januari.
Hari yang sama pada tahun lepas(2017) saya menghadiahkan Malaysia pingat Emas ke-111 pada temasya Sukan Sea KL
.
Terima kasih kepada penaja utama saya iaitu CIMB yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini. Juga kepada AIRASIA, DAIKIN, HUTAN RATION, RAPHA, OGK KABUTO (Japan), OAKLEY & NIKE.
Terima kasih diatas kepercayaan dari anda semua.
.
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat MALAYSIA tidak kira Melayu, Cina, India , mereka di Sabah & Sarawak. Sesungguhnya kemenangan ini adalah kemenangan kita bersama. Sukan merupakan antara mekanisme penting didalam melenturkan semangat ‘kekitaan’ di kalangan masyarakat oleh itu
diatas kemenangan ini, saya ingin menyeru anda semua supaya mengeratkan lagi tali silaturahim dan perpaduan antara kita di Malaysia yang telah terjalin begitu lamanya. Marilah sama-sama kita bersatu padu untuk menjadikan tanah air kita maju ke hadapan. Ingatlah, setiap dari kita ini, memainkan peranan yang penting.
.
Terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga tercinta diatas doa yang tidak putus. Sudah tentu juga buat isteri tersayang Athiah Ilyana dan anak-anak Amna Maryam dan Amna Khadeeja di Melbourne. Pengorbanan berjauhan hampir dua bulan akhirnya membuahkan hasil. Terima kasih diatas pengorbanan mu sayang.
.
Terima kasih kepada John Beasley, tulang belakang kejayaan saya dan juga sukan berbasikal Malaysia. Tanpa beliau, saya tidak rasa kita mampu pergi sejauh ini. Terima kasih juga kepada krew-krew team berbasikal yang bertungkus lumus membantu saya ketika hari perlumbaan.
.
Terima kasih Podium Program, ISN, MSN, KBS, OCM dan semua yang sentiasa berada di kanan dan kiri saya. Seribu kemaafan jika ada nama-nama yang tertinggal.
.
Mari kita doakan semoga hari ini akan lebih baik dari semalam.
.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
daikin india 在 Daikin India - 社群 的推薦與評價
Daikin India. 301239 個讚好· 2609 人正在談論這個· 62 次簽到. Daikin India is one of the leading air conditioning brands of the country. ... <看更多>
daikin india 在 Daikin India - YouTube 的推薦與評價
Daikin Airconditioning India Pvt. Ltd.( DAIPL) is a 100% subsidiary of Daikin Industries Ltd, Japan. We are the global leader in the manufacturing of ... ... <看更多>