"BILA NAK ADA ANAK? ORANG LAIN SEBULAN KAWIN DAH LEKAT. KORANG BILA LAGI?"
Mulut orang memang tak boleh tutup... TAPI KITA BOLEH TUMBUK!!!
Bukan nak kurang ajar, tapi rasa dia mcm tulah bila org tanya soalan mcm ni..
Benda dah usaha tapi belum rezeki...
Alhamdulillah dengan ikut ilmu dan tips yg ada dalam ebook.9bulan10hari.com serta ikut amalan2 yang berpandukan AlQuran & Sunnah, saya dah berjaya mengandung.
.
.
Buat pasangan suami isteri yg sudah lama menanti zuriat, ada perkara yang suami & juga isteri perlu amal & elak.
Baik dari sudut perubatan moden, Islam mahupun tradisional.
Kena ikhtiar kesemuanya.
Dalam ebook.9bulan10hari.com ini lengkap ilmu merancang kehamilan & tips mudah hamil dari pakar buat pasangan suami isteri untuk hamil mudah.
Atas izin Allah ramai pasangan suami isteri yg lama menanti zuriat berjaya hamil .. Allahuakhbar 🥰
=============
INI ANTARA ILMU & TIPS DALAM EBOOK 9BULAN10HARI - BACA, AMAL & INSYAALLAH ANDA HAMIL MUDAH & CEPAT :
=============
👉 Tips mudah hamil
👉 Cara mengandung mudah
👉 Perkara yang suami kena elak
👉 Checklist utk hamil
👉 Jawapan terbaik kpd 'makcik bawang' tentang ANAK
👉 Ikhtar cara yang ALLAH suka
👉 Perkara yang suami kena elak untuk bantu isteri mudah hamil
👉 Pantang larang peroleh zuriat
👉 Kisah Nabi Zakaria a.s
👉 Kenali waktu subur
👉 Pesanan buat bakal papa
👉 Pesanan pakar 0&g
👉 Masalah pada rahim & solutions
👉 Jimak, doa & amalan
👉 25 tips mudah hamil
👉 Soalan & jawapan tentang asid folik
👉 Checklist makanan utk fertility
👉 Kewangan & kehamilan
👉 Kesihatan sperma
👉 Soal jawab tentang iui & ivf
👉 Amalan perubatan Islam utk mudah hamil
Dan baaaanyakk lagi ilmu dalam ebook.9bulan10hari.com
=============
GOOD NEWS!! ANDA AKAN DAPAT TOTAL 8 EBOOK & 90 VIDEOS NI :
=============
👉 90 videos!! dari 12 org pakar
👉 EBook rumahtangga
👉 EBook Ruqyah
👉 EBook Kehamilan
👉 Ebook Kelahiran
👉 EBook Berpantang
👉 EBook Penyusuan Susu ibu
👉 EBook mendidik anak2..
Untuk memperoleh ilmu2 sahih dari EBook 9Bulan10Hari ini & menjadi mama papa awesome hanya RM179 saja!!
Berbaloi kan???
Dahla dapat ilmu yg betul. A-Z serba serbi ada. Tak payah go*gle2 lagi.
klik link ni dapatkan Ebook ni :
ebook.9bulan10hari.com
ebook.9bulan10hari.com
ebook.9bulan10hari.com
Selamat membaca & dikejar byk good news.
Untuk pertanyaan boleh wasap admin Nur Sya ya :
wa.me/601156447910
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tut...
「dalam rezeki kita ada rezeki orang lain」的推薦目錄:
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 9bulan10hari Facebook 的最佳貼文
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
- 關於dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
KEMBARA KERJAYA MDB (Siri 2)
Dari Pencari Kayu Api ke Pengajar al-Quran
Resume pertama kerjaya saya adalah pencari kayu api. Pekerjaan mulia. Disebutkan juga hadith Nabi SAW.
Semasa umur 6 tahun, kami sekeluarga berpindah balik ke Alor Star dari Bedung, Sg Petani. Kami berpindah ke Simpang Kuala atau Batu 13/4, Jalan Sg Korok, Alor Atar. Banyak perubahan telah berlaku. Yang pertama saya hilang kerjaya saya. Di Alor Star, tiada ladang getah. Abah dapat kerja di kantin Maktab Mahmud. Sejak pukul 6.15 pagi, beliau sudah berada di kantin. Saya pula terpaksa ke sekolah darjah satu di awal pagi.
Kata orang, kalau satu pintu rezeki tertutup, akan terbuka pintu rezeki lain. Semasa di Bedung, emak saya mengajar saya belajar al-Quran. Saya dah kenal huruf & pandai baca al-Quran.
Bila di Jln Sg Korok, semasa berumur 7 tahun, saya ditawarkan (baca: dipaksa) emak bagi menolong emak bagi mengajar anak2 murid emak di kawasan kampung belajar mengenal huruf & baca al-Quran. Ada yang sebaya, lebih muda & juga lebih lebih tua dari saya. Berbanding dengan kerjaya pertama, kerja kedua tidak ada gaji. Tak ada fee. Hanya fi sabilillah.
Tak kisahlah tak dapat gaji pun. Tapi saya dapat resume kedua dalam biodata kerjaya saya. Pembantu Pengajar al-Quran, Simpang Kuala. Ini satu penghargaan. Saya dapat penghormatan dari kawan sebaya & lebih tua. Banyak keistimewaan saya dapat dalam permainan kampung.
Saya juga dapat mengurus masa dengan baik. Di samping saya membaca bagi mengkhatam al-Quran yang mulia, saya membahagi masa mengajar dengan teliti sambil anak mata saya melihat tanah lapang tempat kami bermain & guli serta getah dalam poket. Saya adalah orang yang pertama duduk mengaji di atas rumah saya tetapi saya adalah yang terakhir melompat ke atas tanah bermain.
Di waktu itu, saya rasa tak fair sangat. Sekarang, saya bertuah menjadi pembantu guru al-Quran & juga pengurus masa yang baik. Walaupun tidak bergaji, bonus akan dapat di akhirat. Kalau baca satu ayat pun dapat pahala, bagaimana pula ajar mengenal satu ayat.
Kerjalah walaupun tidak bergaji atau kurang gaji kerana ia mungkin pembuka pintu rezeki yang banyak. Lipatan rezeki dah pasti. Kita hanya perlu bekerja.
(foto masuk sekolah darjah satu di Sek. Keb. Sg Korok Baru, Alor Atar, Kedah)
MDB
dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Anda tau apa yang dimaksudkan dengan ‘berbakti’ di jalan Allah?
Mencari keberkatan hidup melalui amalan bersedekah kerana dalam setiap sedekah yang diberikan mengandungi nilai barakah. Dan sentiasa ingat bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain di samping sebagai salah satu cara untuk berbakti di jalan Allah SWT.
Allah SWT berfirman : “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)
#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最佳解答
Anak autisme saya ada masalah nak bercerita, pergi sekolah tiada apa cerita yang mampu dikongsikan, semua soalan tidak di jawab, bila PKP, sekolah tutup, lagi sukar nak belajar
Mujur Hospital tak tutup, namun Doktor Pakar terapi bagitahu tak boleh buat terapi di Hospital zaman Covid ini, jadi saya kena buat sendiri di rumah.
Bila saya masuk Group Autisme, banyak saya dapat aduan, suami tak hiraukan anak syurga, semua diserahkan pada isteri untuk buat terapi, ada kes bercerai sebab dapat anak OKU.
Tak boleh macam tu bang, anak syurga tu anak pasangan bersama.
Hak mereka kena tunaikan, barulah mereka boleh tarik kita ke syurga InsyaAllah. Jangan biarkan isteri buat semua kerja terapi ni, bantu sama sama.
Dan walaupun sudah bantu anak syurga, tak semestinya kita terus masuk syurga, kerana yang dijamin syurga itu anak OKU kita, bukan ibu bapanya, bermakna kita sebagai ibu bapa selain tunaikan hak anak, dalam sama yang sama wajib taat perintah Allah, sama macam parent yang lain,
Yang tidak ada anak syurga, mungkin diuji tiada anak, yang ada anak normal, di uji anak derhaka, belum cerita ujian pasangan, ujian kena buang kerja, ujian terputus rezeki, ujian penyakit kronik dan macam macam lagi ujian hidup.
Maka sedarlah Kita bahawa kita yang ada anak OKU, bukan berada di kemuncak segala ujian, sebab ada orang yang lebih sukar ujiannya dari kita tapi masih mampu bersyukur, dan ada orang lebih ringan ujian hidupnya dari kita tapi sentiasa berkeluh kesah.
Sungguh semua orang sedang diuji, dan kita, dah tentu di uji dengan karenah anak syurga.
Lalu syukur dan Sabar silih berganti, Ikhlas dan Khauf amat membantu. Insya-Allah.
Teringat hadis dari Rabi'ah bin Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda, ‘Mintalah sesuatu kepadaku.’Aku menjawab, ‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’ Lalu, Nabi SAW bersabda, ‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’ (HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, banyakkn sujud, maka mudahlah Nabi membantu kita ke Syurga.
Jadi InsyaAllah akhirat nanti anak syurga kita akan bantu kita ke syurga kerana kesabaran kita dalam menunaikan haknya, atau dalam dalam susah senang hidup bersama.
Namun, untuk ke syurga bersama anak syurga, ingatlah pesan Nabi:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Maka untuk kes kita, ‘Bantulah anak syurga kita untuk diri kita sendiri dengan memperbanyakkan sujud’
Alhamdulillah.
Maka Video ini adalah contoh terapi terkini "Belajar lima patah perkataan”
Semoga lepas tengok video ini, semua Parent yang sekasut macam saya, datang semangat nak buat terapi kendiri di rumah bersama anak syurga.
Mudah mudahan anak kita mampu bercerita pada kita di dunia, dan Apa yang pasti disyurga nanti, anak syurga kita pasti akan banyak nak bercerita.
Woha!
Link video terapi 5 patah perkataan: https://youtu.be/tx6uRz27L1U
Link video terapi 4 patah perkataan: https://youtu.be/qDR5PulFw3E
dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Penyanyi Nabila Razali mengaku terguris dengan sikap rakan selebriti yang mengkritik dan mengecam aksinya 'terkucil' ketika menyampaikan lagu Peluang Kedua pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35, baru-baru ini. Lebih membuatkan Nabila atau mesra disapa Bella kesal adalah ada dalam kalangan selebriti terbabit cukup dikenalinya.
"Apa yang Bella kesal kadang-kadang orang yang mencari rezeki dalam bidang ini berbual benda-benda negatif, walhal kita mencari makan dalam bidang sama.
"Malah, ada di antara mereka itu pernah duduk semeja dengan Bella dan berbual.
"Insiden ini sekurang-kurangnya memberi Bella pengajaran, siapa kawan dan yang mana satu lawan.
"Bella tidak pernah ada isu dengan sesiapa atau sakitkan hati mana-mana pihak.
"Sedikit semangat daripada mereka sudah mencukupi kerana itu lebih baik daripada menjatuhkan semangat orang lain," katanya.
Berikutan insiden itu, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini mengambil masa seharian menenangkan diri.
"Selepas kejadian itu, Bella menangis dan ambil cuti sehari untuk tenangkan fikiran sambil meluahkan rasa sedih.
"Lagipun, emak ada cakap, Bella kena hadapi semua ini kerana inilah jalan yang Bella pilih.
"Harus Bella akui, perkara ini tidak langsung mematahkan semangat Bella untuk terus menyanyi. Bella tidak akan berhenti menyanyi kerana ini adalah kecintaan Bella.
"Bella buat semua ini untuk kepuasan Bella sendiri dan demi kedua orang tua," katanya ditemui pada majlis pelancaran kek lapis Sarawak premium jenama Big Mouth X Nabila Razali di sebuah hotel di ibu negara, malam tadi.
Nabila turut meluahkan rasa terkilan kerana kontroversi itu membayangi kemenangan artis lain pada malam AJL35 yang sepatutnya lebih diberi perhatian.
"Sejujurnya, Bella memang rasa serba salah dan tidak seronok kerana malam itu sepatutnya untuk pemenang.
"Sebaliknya, kisah Bella yang menjadi perhatian sehingga membayangi berita kemenangan penyanyi lain.
"Sehubungan itu, Bella tidak keluarkan kenyataan atau memuat naik video untuk memberikan penjelasan. Bella tidak mahu kontroversi itu berpanjangan," katanya.
Pada acara itu, Nabila turut menyampaikan lagu Peluang Kedua secara langsung dan persembahannya mendapat pujian tetamu yang hadir termasuk guru vokalnya, Datuk Syafinaz Selamat. #NABILARAZALI #PELUANGKEDUA
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
dalam rezeki kita ada rezeki orang lain 在 Azizan Osman Youtube 的精選貼文
Klik butang Subscribe dan On Notification anda untuk dapatkan video ilmu Marketing yang terbaru, video Bina Bisnes Berjaya dan segalanya tentang bisnes bermula dari Kosong hingga Jutawan!
Website: https://BinaBisnesBerjaya.com
Facebook: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial
Twitter: https://twitter.com/AzizanOfficial
Instagram: https://www.instagram.com/azizanosman_official/
Puan Irin - https://wasap.my/60167136638
Puan Jannah - https://wasap.my/60192442244
Puan Izzati - https://wasap.my/60162477450
- - - - - - - - - - -
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Pengasas
RichWorks International Sdn Bhd
Entrepreneur | Investor | Business Growth Mentor to +600 SMEs = Total Annual Sales of ++RM2.0B | Want to grow your business faster?
Layari https://BinaBisnesBerjaya.com