25 Info Berkaitan Disleksia di Malaysia
No. 24, anda pasti terkejut.
Namun no. 25 adalah info paling penting. 😅
1. Ramai ibu bapa mengesyaki anak mereka ada disleksia selepas melihat anak mereka sering menulis secara terbalik (mirror image).
2. Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap kecerdasan IQ yang normal atau 'average'.
3. Masalah mereka hanya pada kemahiran membaca dan huruf. Dan perkara berkaitan penulisan. Mereka sukar menulis idea secara teratur di atas kertas. Ini perlu dibantu oleh guru.
4. Jika ada murid disleksia yang mempunyai masalah dengan nombor dan matematik. Itu ialah comorbidity disleksia dan discalculia. Untuk kumpulan ini, mereka termasuk dalam geng masalah pembelajaran yang pelbagai.
5. Apa yang pasti, kanak-kanak disleksia perlu menjalani ujian kecerdasan IQ untuk menambah keyakinan diagnosis kepada disleksia. IQ mereka adalah normal. Bukan below average..bukan poor atau lebih bawah daripada itu.
6. Umur yang sesuai untuk melakukan IQ test ialah 6 tahun.
7. Perlu jumpa Clinical Psychologist atau Child Psychiatrist untuk ujian IQ test ya. Bukan occupational therapists atau speech and language therapist. Untuk pengetahuan, guru psikologi dan kaunseling di sekolah tidak sama dengan clinical psychologist ya. Kelayakan profesionalisme mereka berbeza.
8. Diagnostic test atau ujian diagnostik belum mencukupi untuk mengesahkan anak anda ada masalah disleksia.
Ini bermaksud, anda perlu mendapat assessment daripada pelbagai ahli profesion kesihatan seperti terapis carakerja, terapis pertuturan bahasa, psikologis klinikal untuk mendapat pengesahan yang jitu daripada pakar/ specialist dalam development atau sewaktu dengannya. Child Psychiatrist, Developmental Specialist dan etc. 😄
9. Disleksia termasuk dalam kategori Specific Learning Difficulties dalam DSM-V untuk diagnosis.
10. Instrumen Saringan Disleksia (ISD) adalah saringan awal guru untuk mengesan murid Disleksia di sekolah rendah.
11. Ujian saringan disleksia di peringkat KPM iaitu ISD adalah senarai semak sahaja. Bukan assessment untuk IQ test dan ia tidak cukup untuk pengesahan diagnosis disleksia.
12. Kalau selepas buat IQ test, keputusannya below average atau poor. Itu kategori Intellectual Disability (ID). Bukan Dyslexia lagi dah.
13. Murid disleksia mendapat paling banyak kemudahan dalam peperiksaan awam Kementerian Pendidikan Malaysia berbanding kategori diagnosis lain (sila rujuk Panduan Pengurusan Calon Berkeperluan Khas, Lembaga Peperiksaan). Syarat utama nak dapat kemudahan ini adalah mempunyai surat pengesahan doktor mengatakan murid ini didiagnos dengan disleksia. Lepas tu, boleh inform Setiusaha Peperiksaan di sekolah masing-masing.
14. Murid disleksia mula didiagnos pada umur 7-8 tahun atau kadangkala lebih lewat daripada itu.
15. Antara assessment yang telah dipatenkan untuk disleksia yang terkenal adalah Bangor Dyslexia Test, Dyslexia Early Screening Test, Dyslexia Screening Test-Junior (6-11 tahun) dan Dyslexia Screening Test-Secondary (12-16 tahun)
16. Murid dengan diagnosis disleksia layak memohon kad OKU dan menerima manfaat kad OKU seumur hidup. Elaun bulanan dan pelbagai lagi (boleh rujuk website JKM)
17. Kalau dah tua-tua perasan diri ada disleksia, tak payah lah buat assessment, sebab dah ada coping strategies sendiri untuk survive. 😁
18. Disleksia bukan sejenis penyakit yang memerlukan ubat. Mereka perlu belajar coping strategies.
19. Badan NGO yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan untuk intervensi bagi murid disleksia ialah Persatuan Disleksia Malaysia (PDM). PDM menyediakan kelas 3 bulan untuk intervensi disleksia. Boleh rujuk website mereka. Cawangan PDM ada di seluruh negara.
20. Murid disleksia boleh mendapat pendidikan khas melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Keadaan ini bergantung kepada murid tersebut. Ada kes boleh masuk PPI, ada kes sesuai di PPKI. Ada kes perlu pembelajaran one to one. Semuanya bergantung kepada individu tersebut yang berbeza-beza walaupun diagnosisnya sama. Maka, di sini guru dan ibu bapa perlu bijak memberi peluang pendidikan kepada mereka.
21. Kalau di sekolah rendah, intervensi untuk murid disleksia lebih kepada untuk boleh membaca dan menulis. Sebab ini kelemahan utama mereka.
22. Kalau di sekolah menengah, murid disleksia perlu diajar coping strategies untuk menjalani kehidupan survive dalam pembelajaran dan kehidupan. Bergantung kepada keperluan mereka.
23. Filem berkaitan murid disleksia yang terkenal ialah Taare Zamen. Amir Khan berlakon. 😄 Filem ini kena tengok kalau sapa tak tengok lagi. Hehe.
24. Individu dengan disleksia yang terkenal dan kaya di Malaysia adalah Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris. Jangan kecam beliau sangat sebab beliau adalah individu dengan disleksia. Ideanya terlalu banyak sampai tersasul semasa bercakap sampai tersilap dan sering dikecam ramai. 😅
25. Saya bukan pakar disleksia ya. Ini adalah perkongsian saya sebagai ahli terapi carakerja untuk murid berkeperluan khas termasuk murid disleksia 😊
Ramai sebenarnya yang request perkongsian berkaitan disleksia ini.
Semoga sedikit membantu untuk anda memahami disleksia.
Kredit : Mahfuzah Zainol
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「developmental screening」的推薦目錄:
- 關於developmental screening 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於developmental screening 在 政變後的寧靜夏午 Facebook 的精選貼文
- 關於developmental screening 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於developmental screening 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於developmental screening 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於developmental screening 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於developmental screening 在 Developmental Screening - The Basics: ASQ-3 - YouTube 的評價
developmental screening 在 政變後的寧靜夏午 Facebook 的精選貼文
Vietnam will receive an aid package worth 9.5 million USD to cope with COVID-19, including 5 million USD for Economic Support Funds, according to the US Department of State.
The funds will be utilised to bring much needed resources to bear immediately, including supporting private sector recovery by mitigating the financial impacts of the pandemic on small and medium-sized-sized enterprises (SMEs), addressing the non-financial impacts facing SMEs, and partnering with Government of Vietnam stakeholders to bolster the government’s relief interventions.
The US aid package also includes a previously announced 4.5-million-USD medical assistance for the Vietnamese Government to prepare laboratory systems and activate case-finding and event-based surveillance.
It also covers the support for experts in response to COVID-19, community education and engagement, infection prevention for healthcare settings, public health screening at points of entry, and more.
Over the past 20 years, the US has invested more than 1.8 billion USD in total assistance for Vietnam, including over 706 million USD for health.
Since the outbreak of COVID-19, the US Government has pledged 775 million USD for medical emergency, humanitarian, economic and developmental assistance to help governments, international organisations and non-governmental organisations to beat the pandemic./.
developmental screening 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Jika betul sayangkan anak, jangan bagi phone dan kurang masa menonton TV. Luangkan masa dengan mereka.
Pesanan untuk diri sendiri juga.
developmental screening 在 Developmental Screening - The Basics: ASQ-3 - YouTube 的推薦與評價
The ASQ-3 is a screening tool that providers (healthcare and early childcare and education) can use to help identify children at risk for ... ... <看更多>