ASET TUNAI UNTUK YANG TERSAYANG
Ini jalan paling pantas untuk mewariskan aset tunai kepada waris iaitu isteri,suami dan anak-anak.
Apa itu HIBAH TAKAFUL?
HIBAH TAKAFUL ialah pemberian sejumlah wang pampasan sebagai hadiah kepada sesorang setelah kita meninggal dunia tanpa perlu melalui kiraan FARAID dan urusan pembahagian HARTA PUSAKA.
Penerima hibah akan menerima kesemua wang pampasan tanpa perlu dibahagikan mengikut kiraan faraid dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak.
Antara yang paling menakutkan dalam kehidupan sesebuah keluarga ialah meninggalkan keluarga yang masih kecil tanpa persediaan kewangan yang mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan.
SIAPA YANG AKAN MENJAGA DAN MENYARA KELUARGA?
ADAKAH ORANG LAIN AKAN SELESA UNTUK MENJAGA DAN MENYARA KELUARGA ANDA DALAM JANGKA MASA YANG LAMA?
Oleh itu, persediaan awal kewangan amat penting bagi meninggalkan warisan buat orang yang tersayang dalam bentuk aset tunai HIBAH sekiranya perkara yang tidak diingini menimpa.
5 Perkara yang anda perlu bimbangkan apabila berlaku kematian.
1. Harta anda akan dibekukan
2. Bil tertunggak dan hutang
3. Simpanan pendidikan anak-anak terganggu
4. Harta akan diagihkan mengikut faraid
5. Tiada wang untuk waris menyara anak
Hibah Takaful merupakan cara yang terbaik kerana waris mendapat wang segera untuk meneruskan hidup.
Maka, lindungi masa depan orang tersayang dengan menamakan mereka sebagai penerima hibah.
Bak kata pakar kewangan " Wang memang tidak dapat menggantikan kehilangan seorang ayah, namun ia sangat-sangat membantu sebuah keluarga yang kehilangan seorang ayah"
Rasulullah S.A.W bersabda " Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" - Hadith Riwayat Al-Bukhari
Nak hadiahkan sesuatu yang bermakna buat pasangan kita?
JOM CLICK LINK UNTUK ERNA BANTU ANDA 😊
www.wasap.my/60126751942/hibahmurah
#trustedagent #fulltimeagent #ciketiqatakaful #etiqatakaful #etiqamalaysia #khairsyner
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,#Hibah #Faraid APA ITU HARTA PUSAKA? - Harta pusaka @ harta peninggalan si mati dikategorikan harta alih & harta tidak alih - Harta alih seperti wa...
faraid harta pusaka 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Sekadar perkongsian..
.
KISAH BENAR KWSP 🌿
.
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
.
1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
.
Contoh :
.
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
.
1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056
.
Jadi apa guna ada penama?
.
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.
.
Kredit FB:
AREENA A.RAHMAN
PerundingMyPusaka
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
faraid harta pusaka 在 Facebook 的精選貼文
Banyak kes ahli keluarga bergaduh berebut harta pusaka kerana tidak faham ilmu faraid. Ada juga ahli keluarga teraniaya ditindas.
Sangat digalakkan untuk follow akaun instagram @soal_jawab_faraid dan facebook Soal Jawab Faraid untuk lebih banyak jawapan kepada persoalan mengenai harta pusaka dan faraid.
Boleh juga bertanya langsung jika anda ada persoalan mengenai harta pusaka.
Facebook: Soal Jawab Faraid
Instagram: @soal_jawab_faraid
faraid harta pusaka 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
#Hibah #Faraid
APA ITU HARTA PUSAKA?
- Harta pusaka @ harta peninggalan si mati dikategorikan harta alih & harta tidak alih
- Harta alih seperti wang tunai, syer, caruman KWSP, wang imbuhan insurans
- Harta tidak alih seperti tanah serta kepentingan atas tanah tersebut, rumah, & tasik
-Akibat gagal merancang ketika hidup, byk masalah berlaku selepas kematian
-Malah, laporan akhbar, sejumlah RM66 bilion harta pusaka umat Islam tidak dituntut, malah harta pusaka khusus rumah & tanah dibiarkan tanpa diurus
APA ITU WASIAT?
- Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999, wasiat merupakan iqrar seseorang dibuat semasa hayatnya ke atas hartanya @ manfaat menyempurnakan sesuatu maksud kebajikan @ apa2 maksud dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas berlaku kematian
.
APA ITU HIBAH?
- Hibah merupakan akad pemberian harta dilakukan seseorang secara sukarela kpd seseorang lain ketika tempoh hidupnya tanpa balasan (‘iwad)
- Ia memerlukan ijab/qabul dan pindah milik harta dilakukan ketika pemilik masih hidup @ selepas kematiannya
- Kategori hibah terbahagi dua iaitu hibah mutlak & hibah bersyarat (Umra dan Ruqba)
- Industri takaful di Malaysia mengamalkan konsep hibah Ruqba Ini kerana ia mempunyai kelebihan seperti
(a)Pindah milik dilakukan setelah si pemberi meninggal dunia/Hak milik kepunyaan si pemberi
(b)Kos penyediaan dokumen murah/Harta bercagar, syarat ada MRTA/MRTT boleh dihibahkan/Tidak seperti wasiat, penerima hibah dibolehkan kpd sesiapa sahaja
(c)Sekiranya penerima hibah bukan mukalaf (belum akil baligh @ kurang upaya), hibah boleh diberikan kpd wakilnya/Tiada had harta yg boleh digunakan dan ia tidak memerlukan persetujuan waris
(d)hibah juga boleh diberikan kpd orang bukan Islam bg tujuan mengeratkan silaturahim."
APA ITU HUKUM FARAID?
- Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris2 si mati shj yg layak mendapat harta pusaka
- Waris2 yg sah & layak adalah isteri, anak2, ibu, bapa serta saudara-mara berkenaan
- Pembahagian harta mengikut faraid adalah berdasarkan ketentuan & ketetapan hukum syarak
- Terdapat cara pengiraan yg berbeza dalam hukum faraid. Ia bergantung kpd senario & bilangan waris
- Harta yg difaraidkan adalah baki yg ditinggalkan setelah ditolak kos pengurusan jenazah serta hutang2 si mati
- Terdapat beberapa bentuk harta yg boleh difaraidkan :-
(a)Tanah (kebun, ladang)
(b)Hartanah
(c)Barang kemas
(d)Wang tunai
(e)Binatang ternakan
- Menurut Syariah, saudara-mara yg berlainan agama tidak boleh mewarisi harta pusaka si mati yg beragama Islam
- Begitu juga dengan seseorang yg menyebabkan kematian si mati sama ada sengaja @ tidak sengaja
Pilihan mana yang terbaik?
- Mengikut pembahagian harta secara faraid, hanya waris2 si mati shj yg layak mendapat harta pusaka
- Mengikut konsep wasiat, hanya boleh dibuat kpd bukan waris shj
- Namun hibah boleh diberikan kpd sesiapa shj yg dikehendaki oleh pemberi hibah sama ada merupakan waris @ bukan waris
- Selain itu hibah boleh diberikan kpd orang bukan Islam bagi tujuan mengeratkan silaturrahim & bukan utk tujuan maksiat
- Kadar harta yg dihibahkan juga tiada had & terpulang kpd pemberi
- Hal ini tidak sama dengan wasiat, di mana harta yg diwasiatkan tidak boleh melebihi kadar 1/3 harta pusaka
- Manakala pembahagian harta mengikut faraid berdasarkan ketentuan & ketetapan yg telah ditetapkan oleh hukum syarak
- Jika pemilik harta membuat wasiat @ hanya menunggu hartanya difaraidkan selepas kematian maka pemanfaatan harta secara terus belum tentu dapat dilakukan atas beberapa faktor seperti karenah pentadbiran (birokrasi) dalam pembahagian harta pusaka, pertelingkahan kalangan waris, kesahan wasiat & sebagainya yg akhirnya menyebabkan sesuatu harta itu terbiar
- Ternyata, pembahagian harta melalui kaedah hibah adalah yg terbaik
- Bagaimanapun, terdapat situasi di mana wasiat digalakkan, seperti :-
(a)Orang yang tidak berkahwin
(b)Orang yang tidak mempunyai anak angkat
(c)Orang yang tidak ada waris
(d)Mualaf
#Hibah #Faraid #Wasiat
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/mrzYdDnkjCg/hqdefault.jpg)
faraid harta pusaka 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
ulasan berkaitan hukum faraid yang perlu difahami oleh umat islam
#FahamiFaraid
Ulasan berkaitan hukum faraid yang perlu difahami oleh saudara muslim dan muslimat.
Disclaimer: Isu yang dibincangkan semata-mata untuk informasi kepada penonton, tidak semestinya mencerminkan pendapat atau pandangan dari Salam Muslim.
#HukumFaraid #UmatIslam
KENYATAAN PERKONGSIAN VIDEO INI
As Salam, Mohon izin kpd "Ustaz Haji Rahimie" & "editor video" ini utk dikongsi di ruangan channel saya Dan berharap ilmu agama seperti ini akan dpt disampaikan kpd saudara2 muslim / muslimat di Malaysia/Indonesia. "ISU FARAID" telah menjadi bualan / pertanyaan dr ramai pihak, individu dan masyarakat Islam. Terima kasih.
Muzik Latar
Instrumental Alunan Nasyid Dari Kumpulan RAIHAN
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/rkn7E8VJxn4/hqdefault.jpg)