TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 75)
Berhijrah ke Dubai (3)
Setelah beberapa hari mencari rumah sewa, kami (saya & Makhtar) berjumpa rumah yang agak sesuai. Ia berada di kawasan Spring 9. Spring (dan Meadow) adalah kawasan opposite Dubai Marina & Jumeirah Lake Towers). Rumah kami berbentuk villa. Rumah saya ada laman belakang rumah yang agak besar. Ada dua pokok kurma ditanam pemiliknya. Saya siapkan semua perabut rumah sebelum keluarga sampai di bulan Oktober 2008.
Di belakang rumah, di seberang jalan, adalah sebuah kompleks komersi sederhana besar seluas mungkin 50,000 kaki persegi tapi serba lengkap. Ada juga sebuah masjid di sebelah kompleks ini. Sewaktu azan dilaungkan, masih sempat saya berjalan ke Masjid dari rumah. Saya amat teruja dengan cara atur bandar kecil ini. Semuanya ada. Moden. Efisyen.
Saya mula berjalan di waktu pagi selepas solat subuh di masjid. Di kawasan rumah, ada tasik buatan yang besar. Saya juga berbasikal mengelilingi tasik.
Masyarakat Malaysia di Dubai amat rapat. Banyak program dibuat bersama. Antara program kami menangkap ketam dengan lembing di sebuah pulau kecil di sebelah Fujairah. Seronok bergegar lembing bila lembing mengena ketam besar. Ketam remaja susah tangkap.
Bagi anak2 pula, mereka selalu ada program sleep over di hujung minggu. Mereka tidur di rumah kawan secara bergilir2 di hujung minggu. Rumah saya juga menjadi pusat belajar membaca al-Quran oleh sebahagian rakan2 Malaysia yang tinggal berdekatan. Anak2 saya sudah masuk pra-Universiti (Wollongong, Australia) & sekolah menengah di Dubai. Sekolah 2 km daripada rumah.
Masalah besar ialah anak bongsu saya Awfa Amanie belum mendapat tempat bagi belajar. Semua sekolah penuh. Betapa hebatnya Dubai waktu itu. Dah lah yuran sekolah mahal, nak dapat tempat pun susah gila. Awfa selalu bertanya; "Bila adik boleh pergi sekolah?". Tension.
Dah-lah bisnes tak menjadi akibat GFC. Anak pula tidak senang hati sebab semua orang & rakan dah ke sekolah. Kami cuba ajar sendiri Awfa di rumah. Ada perkara luar biasa berlaku (sambung)
(Ramai pembaca minta saya ulas bagaimana saya uruskan syarikat dalam era krisis GFC. Saya akan bukukan ini semua dalam buku lain Kembara Kerjaya).
MDB
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...