Hari ini saya telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Kedah bagi mendapatkan maklumat terperinci dan meninjau situasi semasa pandemik COVID-19 di sini. Bersama-sama saya adalah pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam rangka lawatan kerja sehari ini saya telah menghadiri Mesyuarat CITF Negeri di Wisma Darul Aman yang dipengerusikan secara bersama oleh YAB Menteri Besar dan saya, meninjau operasi Klinik Kesihatan Kuala Muda, CAC Kota Setar dan melawat Hospital Sultanah Bahiyah bagi melihat sendiri pengurusan kes-kes COVID-19.
Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan CITF Negeri, saya dapati situasi pandemik COVID-19 di Negeri Kedah, walaupun masih belum pulih sepenuhnya, telah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
Kita dapat lihat indikator-indikator penting juga semakin baik terutamanya bilangan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital, penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 dan juga bilangan kes harian yang mula menunjukkan trend yang lebih baik.
Kadar vaksinasi bagi seluruh Negeri Kedah juga menunjukkan kemajuan yang baik dengan 60 peratus daripada populasi dewasanya telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Alhamdulillah, ini adalah usaha keras kita semua selama ini dan sangat penting untuk kita tidak menjadi terlalu selesa dan leka dengan perkembangan yang positif ini. Kita mesti terus mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Saya ingin menarik perhatian anda semua mengenai dapatan berhubung maklumat check-in menerusi analisis mobiliti aplikasi MySejahtera. Untuk makluman, di Kedah, sebanyak 523 check-in dalam kalangan kes positif COVID-19 yang diberikan perintah HSO telah direkodkan sepanjang minggu lepas dan 18 peratus daripadanya berlaku di pasaraya.
Selain itu dalam aspek vaksinasi pula, hampir 20 peratus populasi di Negeri Kedah masih belum mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera dan kira-kira 6,000 individu dari beberapa daerah tidak hadir ke PPV untuk menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Saya yakin berdasarkan data yang diberikan hari ini, Negeri Kedah akan boleh beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya sangat bimbang jika situasi pelanggaran peraturan dan keengganan untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti yang saya nyatakan tadi akan membantutkan proses pemulihan yang sedang diusahakan.
Oleh itu, saya telah arahkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga CITF Negeri untuk mempergiatkan lagi aktiviti vaksinasi serta meningkatkan usaha memberi kefahaman yang betul mengenai risiko COVID-19 dan juga manfaat vaksin kepada penduduk-penduduk, terutamanya di kawasan pedalaman.
Sekali lagi ingin saya ingatkan. Kejayaan negara untuk keluar dari pandemik ini dengan selamat memerlukan penglibatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat. Akhir sekali, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan semua petugas barisan hadapan atas usaha berterusan untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan virus COVID-19.
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅AnnHui,也在其Youtube影片中提到,今生 现在才知道我长了智慧牙 我还没有认真享受它 就要把它给拔掉了 (¬‿¬ ) (其实我还真够好笑的。) 其实牙齿已经痛了我好几天了,最后不耐痛就直接去拔牙了… 很多朋友推荐私人诊所,因为如果去政府诊所会等1年 到 2年 也不知道为什么最后会选择去政府诊所 虽然听到这样。 可能是因为钱包的缘故吧 ...
「klinik kesihatan」的推薦目錄:
- 關於klinik kesihatan 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的精選貼文
- 關於klinik kesihatan 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於klinik kesihatan 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
- 關於klinik kesihatan 在 AnnHui Youtube 的最佳解答
- 關於klinik kesihatan 在 Najib Asaddok Youtube 的最佳解答
- 關於klinik kesihatan 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳貼文
klinik kesihatan 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
Ketika menjawab soalan daripada YB Sungai Siput pagi tadi, saya telah menjelaskan bahawa setakat 2020, jumlah katil di hospital seluruh negara adalah sebanyak 65,508 buah, meningkat berbanding 55,952 pada 2016.
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai kadar penggunaan katil (BOR) yang tinggi.
Sementara itu, dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, KKM memastikan perkhidmatan kesihatan bagi kes bukan COVID-19 tidak terabai dengan memanjangkan waktu operasi klinik pakar/ dewan bedah selepas waktu pejabat dan mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar serta Hospital Angkatan Tentera Malaysia.
Selain itu, KKM juga bertindak memobilisasi pakar-pakar KKM dan swasta ke hospital yang tiada perkhidmatan kepakaran; melaksanakan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta; menyediakan perkhidmatan maya termasuk ’virtual clinic’ dan meneliti kebolehlaksanaan penyediaan hospital khas non-COVID-19 untuk prosedur tertangguh.
Semoga usaha kita semua dipermudahkan dalam menghadapi tempoh pandemik ini.
klinik kesihatan 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳解答
Dalam perjalanan dari Semporna ke Hospital Tawau, saya sempat ke Klinik Sri Balung (Pengamal Perubatan Am Swasta) untuk menyampaikan Anugerah PeKa B40 bagi pencapaian menjalankan saringan kesihatan tertinggi untuk tahun 2019-2020.
Klinik Sri Balung telah menjalankan 6,568 saringan kesihatan, termasuk melalui aktiviti jangkau luar, kepada penerima PeKa B40 sepanjang tahun 2019 & 2020. Anugerah ini diberikan bagi menghargai pencapaian dan kerjasama yang diberikan dalam PeKa B40.
Syabas dan tahniah kepada seluruh kakitangan Klinik Sri Balung atas kecemerlangan ini. Saya harap anugerah ini dapat memberikan motivasi agar lebih banyak saringan kesihatan dapat dilakukan, lebih cepat kita mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit dan seterusnya memantapkan penjagaan primer di dalam negara.
Bagi tahun 2019 & 2020, lebih 454 ribu orang kumpulan B40 telah menerima manfaat saringan kesihatan PeKa B40 dan pengamal perubatan swasta (GP) telah menyumbang lebih 284 ribu saringan kesihatan atau 63%.
Ditadbir oleh ProtectHealth, PeKa B40 adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Untuk makluman, PeKa B40 adalah antara program baik yang dimulakan pada pemerintahan PH di bawah pemimpinan mantan Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Mana-mana dasar atau program yang baik wajar diteruskan.
klinik kesihatan 在 AnnHui Youtube 的最佳解答
今生 现在才知道我长了智慧牙 我还没有认真享受它 就要把它给拔掉了 (¬‿¬ )
(其实我还真够好笑的。)
其实牙齿已经痛了我好几天了,最后不耐痛就直接去拔牙了…
很多朋友推荐私人诊所,因为如果去政府诊所会等1年 到 2年
也不知道为什么最后会选择去政府诊所 虽然听到这样。 可能是因为钱包的缘故吧
因为 Covid-19 缘故 - 大家最好不要乱花钱。要花到值得啊~
还有要照顾健康哦
°˖✧◝(⁰▿⁰)◜✧˖°
最后 希望你会喜欢这个视频~
下一个影片见 ?
-----------------------
? Like Video
? Share
? Subscribe and Switch on Bell
? Connect with me ?
Youtube : annhui
Facebook : AnnHui
Insta : annhuicom
?️ PLACE MENTIONED ?️
? Klinik Kesihatan Batu Kawa
? Klinik Kesihatan Jalan Masjid
#Dental #拔牙 #智慧牙
?
*If you are a business/company who would like to contact me about reviewing a product...please email me at annhui@live.com
--------------------
Disclaimer: This is not a sponsored video. My views and opinions of foods may be different. Please help yourself. If you're enjoying this video please click on 'like' button and write me comment what you wish to see next. Thank you!
klinik kesihatan 在 Najib Asaddok Youtube 的最佳解答
"BISNES KLINIK PUN BOLEH BUAT SALES"
Klinik Pegigian Happy Dental merupakan bisnes yang dimiliki oleh Tuan Asri. Sebelum beliau mencapai kejayaan banyak liku yang beliau hadapai, dah bermacam-macam perniagaan yang beliau ceburi sebelum ni dan beliau juga di uji dengan kesihatan ibunya yang menghidap penyakit cancer pancreas tahap 4.
walaubagaimanapun, beliau tak pernah putus asa dan ingin membahagiakan ibunya. Strugglenya beliau kerana klinik mempunyai syarat yang tidak mebolehkan beliau membuat iklan disebabkan polisi klinik.
Tetapi setelah berjumpa Najib Assadok, sales beliau bertambah baik dan mula praktikkan apa yang diajar didalam kelas.
klinik kesihatan 在 Berita Harian Online Youtube 的最佳貼文
-----------------------
#BH #BHTV
www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian