KHASIAT DARI SUSU
.
Tahukah anda, daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun yang boleh menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu
.
Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia. Yang tak dapat dari susu ialah SERAT
.
Kalsium adalah penting untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Ia amat diperlukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa untuk kekuatan tulang
.
Penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang pada waktu kemuncaknya adalah sehingga umur 20 tahun, dan kemudian berkurangan pada sekitar umur 30 tahun
.
Pengambilan kalsium yang mencukupi, ditambah pula dengan pengambilan vitamin D, boleh meningkatkan jisim tulang dan ia juga boleh mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan
.
Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein. Susu kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sumber vitaminnya adalah; vitamin A, D, K, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, B6, B12)
.
Sumber mineralnya pula adalah kalsium, magnesium, fosforus, potassium, zink, ferum/zat besi
.
Berapa banyak saya perlu minum susu? Disarankan 1-2 gelas sehari (1 gelas susu = 250 ml)
.
Maklumat pemakanan bagi 1 gelas susu tepung penuh krim;
✅ 143 kcal
✅ Kalsium 183.4 mg
✅ Karbohidrat 10.6 g
✅ Protein 8 g
✅ Lemak 7.7 g
✅ Kalsium 216.2mg
✅ Vitamin C 1.8 mg
.
Tag & share kebaikan susu ini dgn kawan dan famili anda. Tkasih 🤗
.
Rujukan:
1. Malaysian Dietary Guidelines 2010, Ministry of Health Malaysia
2 Ringkasan Panduan Diet Malaysia 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia
Search