SAHAM APA BOLEH KITA BELI?
Tahniah kerana telah mengambil langkah pertama dalam dunia pelaburan saham, iaitu dengan membuka akaun CDS. Bila dah ada akaun CDS ni, baru bersemangat nak jual beli saham ni kan?
Rileks….
Jangan beli dulu sampai anda kenal jenis-jenis industri yang ada dalam Bursa Malaysia ni.
Eh kejap, tahu tak ada 693 saham patuh Syariah yang kita boleh beli?
Dah tu nak beli saham apa, banyak sangat pilihan ni?
Sebab itulah kita kena kenal industri-industri yang ada dalam pasaran saham ni.
Sebab apa? Sebab industri yang tengah ‘panas’, yang sedang meningkat naik, akan mengalami permintaan yang tinggi daripada para pelabur. Dan secara ringkasnya, disebabkan permintaan tinggi inilah yang akan menyebabkan harga saham meningkat naik.
Berbalik kepada asas supply and demand.
Bila permintaan tinggi, minat belian tinggi melebihi jualan, harga saham meningkat.
Sebaliknya bila permintaan rendah, minat jualan pula tinggi melebihi belian, harga saham menurun.
Jom kita tengok industri-industri yang ada di Bursa Malaysia:
----------------
1. Makanan
----------------
Biasa minum air Milo dan Nescafe, makan Maggi dan Kit Kat tak? Tahu tak empunya jenama tersebut adalah Nestle? Kalau nak tahu, Nestle merupakan saham yang paling "mahal" di Bursa Malaysia.
Nak beli saham Nestle, kena ada modal RM14,000+ iaitu minimum 1 lot (100 unit).
Biasa bagi anak minum susu Dutch Lady? Anda sendiri minum air 100 Plus keluaran F&N? Nak bagi sedap makanan, pakai pula Ajinomoto? Saham syarikat-syarikat ini juga boleh kita beli.
Haa, sekarang baru perasan kan?
----------------
2. Telekomunikasi
----------------
Anda pengguna Maxis atau Digi atau Celcom? Langgan pula jalur lebar daripada Telekom Malaysia (TM) atau Time?
Secara tak langsung, anda telah menyumbang kepada pendapatan syarikat-syarikat ini. Saham syarikat-syarikat ini juga boleh kita beli.
----------------
3. Minyak
----------------
Biasa isi minyak di Petronas? Atau lebih suka isi di Petron? Tahniah, kerana andalah syarikat untung beratus-ratus juta setiap tahun.
Rasanya kalau syarikat buat duit banyak macam ni, pemegang saham tak rasa tempiasnya ke? Harga saham tak naik ke? Syarikat tak bagi dividen ke?
Saham syarikat-syarikat ini juga boleh kita beli.
----------------
4. Ayam
----------------
Mesti selama ni bila beli telur di pasaraya atau kedai runcit, ada yang tak tengok pun jenama telur ayam tersebut. Tapi tahukah anda berikut merupakan nama-nama besar dalam industri yang bisnesnya untung juta-juta setiap tahun.
Boleh tengok-tengok syarikat QL Resources, 3A dan Teo Seng.
----------------
5. Sarung Tangan
----------------
Tahu tak Malaysia menguasai 60% daripada pasaran sarung getah dunia? Dengan nilai eksport RM15.9 bilion pada tahun lalu, nilai ini merupakan paras tertinggi dalam sejarah industri sarung tangan getah negara.
Di antara syarikat-syarikat yang boleh kita beli saham mereka adalah Top Glove, Kossan, Hartalega dan Supermax.
----------------
6. Biskut
----------------
Jangan main-main tau, biskut kering yang kita cicah dengan secawan kopi tu pun disenaraikan di Bursa Malaysia. Macam tak percaya, tapi tengoklah syarikat macam Hup Seng, Khee San, London Biscuit dan Hwa Tai yang boleh dijumpai di mana-mana pasaraya yang kita pergi.
----------------
7. Fesyen
----------------
Eh, syarikat jual baju pun ada? Dalam kes Padini Holdings, mereka merupakan pemilik jenama-jenama besar seperti Padini Authentics, PDI, Vincci, Seed, Brands Outlet dan Miki Kids. Tahun 2017 yang lalu, Padini memperoleh pendapatan RM1.5 bilion dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM213 juta.
Wow, banyak tu..
Selain daripada itu, jenama lain yang tersenarai adalah Bonia dan Prolexus.
----------------
8. Perabot
----------------
Jangan dok shopping kat Ikea je, banyak lagi syarikat-syarikat yang terkemuka di Malaysia. Mungkin tak berapa dikenali sebab kebanyakannya untuk tujuan eksport. Tapi syarikat-syarikat seperti Poh Huat, HeveaBoard, Evergreen dan Homeritz menjadi kesukaan negara-negara seperti Amerika Syarikat.
.
.
Banyak lagi sebenarnya industri yang ada.
Kita ada industri Teknologi dengan syarikat-syarikat terkemuka seperti MyEG (yang biasa kita renew roadtax tu) KESM, Malaysian Pacific Industries (MPI), Globetronic, Vitrox, Unisem, Inari (pembekal kepada syarikat Apple) dan banyak lagi.
Biasa kita tengok lori-lori di atas yang bawa barang atau gudang-gudang besar? Mereka ini juga ada yang tersenarai dalam industri Logistik, di antaranya Century Logistics dan Yinson.
Industri Air pun ada, dengan syarikat-syarikat seperti Salcon, Puncak Niaga, JAKS dan KPS (Kumpulan Perangsang Selangor).
Seterusnya ada juga industri Shipping (Perkapalan) dengan syarikat MISC Berhad, Malaysian Bulk Carriers Berhad (Maybulk), Destini Berhad dan Dialog Group.
Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari kan? Syarikat-syarikat yang dimiliki beliau adalah Pos Malaysia, DRB-Hicom dan MMC Corporation.
Banyak kan industri yang ada?
Bukan semua industri yang kelihatan menarik sepanjang masa, ikut juga peredaran masa.
Sebagai contoh, tatkala matawang USD naik berbanding Ringgit, maka industri perabot eksport menjadi tumpuan.
Dekat musim perayaan, industri ayam dan harga-harga saham yang berkaitan pula naik. Yalah, sana sini orang buat kenduri, permintaan ayam turut meningkat.
Industri teknologi pun macam tu juga, selagi permintaan terhadap teknologi maintain, harga-harga saham yang berkaitan tentu maintain naik.
.
Tahniah kerana baca sampai habis, secara kesimpulannya kita ada banyak pilihan nak beli saham apa, jadi kenalpasti dulu industri mana yang tengah trending, yang mempunyai permintaan yang tinggi, sebab saham-saham ini berpotensi untuk naik.
Jadi dah bersedia nak beli saham pertama anda?
www.asriahmadacademy.com
「modal dialog」的推薦目錄:
- 關於modal dialog 在 Mohd Asri Facebook 的最佳貼文
- 關於modal dialog 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
- 關於modal dialog 在 Adli Shinichi Facebook 的精選貼文
- 關於modal dialog 在 dialog = the easiest way to make a popup modal - YouTube 的評價
- 關於modal dialog 在 Modal - React-Bootstrap 的評價
- 關於modal dialog 在 An ember-cli addon for implementing modal dialogs - GitHub 的評價
- 關於modal dialog 在 Wicket - Add an image to a Modal Dialog - Stack Overflow 的評價
- 關於modal dialog 在 What is a Modal Dialog Window? - UX Stack Exchange 的評價
modal dialog 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
__ 3 Mitos Pelaburan Saham __
Ada lagi rupanya yang masih percaya!
1. "Takut la aku nak melabur dalam saham, tu kan game orang kaya je?”
2. "Susah kot pelaburan saham ni, aku bukan belajar tinggi-tinggi pun.”
3. "Satgi bankrap pulak aku, simpan kat tempat lain lah.”
Di atas ni adalah beberapa dialog yang biasa kita dengar tatkala orang ramai berbicara pasal pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Tapi adakah kebenarannya?
Ada lah sikit-sikit, tu pun kalau anda jenis yang main hentam je. Dah tau nak labur duit, janganlah main ikut orang, kena study betul-betul dulu :
• Saham syarikat mana kita nak beli?
• Apa perniagaan syarikat tersebut?
• Siapa yang menerajui syarikat tersebut?
• Pada harga apa kita patut beli?; dan bermacam-macam lagi.
Sama je macam kita nak buat keputusan beli rumah; mesti nak pastikan lokasi tu ok, atau tempat mana kita nak melancong, kereta apa kita nak beli.
Dengan adanya ilmu, barulah kita boleh buat keputusan yang cepat dan tepat.
Ilmu tu pulak, anda boleh baca dari buku, tapi jangan terkejut kalau kajian mengatakan rakyat Malaysia ni hanya membaca dua helaian kertas je setiap tahun.
So nak tak tau cara ‘short-cut’ untuk belajar pasal pelaburan saham ni?
.
Ramai sifu-sifu di luar sana tu.
.
Tapi kalau betul-betul “ZERO” tentang saham ni, apa kata anda belajar dari mentor saham ni. Pasti anda nak belajar dari seseorang yang berpengalaman luas dalam industri pelaburan atau seseorang yang diangkat sebagai Social influencer BursaMKTPLC, Bursa Malaysia dan telah melahirkan ribuan pelabur saham berjaya?
http://www.asriahmadacademy.com/modal-membeli-saham-pertama/
modal dialog 在 Adli Shinichi Facebook 的精選貼文
Penonton Malaysia cakap pakai ayaq liuq boleh la. Copy paste gak. Bukan nak bayaq tiket wayang hargai hasil kerja filem kita.
Tak payah bandingkan filem Malaysia vs Eropah & US lah.
Hampa nak bandingkan dgn filem AVATAR yg kos pembikinan pun dah cecah USD $237 juta.
USD $237 juta (bersamaan RM1,038,877,650 billion)
Boleh buat berapa ratus buah filem Malaysia pelbagai tajuk!
Macamana depa boleh buat filem dengan kos yang tinggi nie? Kita tak bley? Ini alasan saya.
MASALAH GEOGRAFI DAN KEPADATAN PENDUDUK
"...kita bukan berada di salah industri, tapi kita berada di salah negara..."
Negara India masyarakatnya cintakan Filem & Pawagam. Negara besar. Rakyat Padat. Tekanan hidup membuatkan depa ke panggung wayang.
Negara besar macam USA plak berapa keluasan dia. Berapa ratus bandar dia ada?
Kepadatan penduduk sesebuah negara mempengaruhi kutipan tiket wayang lantas effect juga pada hasil karya filem negara tersebut.
Filem Malaysia hanya mampu untuk pasaran Malaysia.
Sebab?
USA = ada 40,000 panggung wayang.
India = ada 14,000 panggung wayang.
Malaysia = hanya ada 150 panggung wayang ja.
Seluruh Malaysia panggung wayang kita tak sampai 150 buah pun (termasuk GSC, TGV, MBO atau yang swasta punya) http://www.finas.com.my -
Tolak lagi negeri Kelantan yang mengharamkan pawagam. Tolak plak hutan kita luas mana. Kepadatan penduduk negara kita macamna.
Bandingkanlah.
Sekali Producer Hollywood buat filem, keuntungan berlipat ganda hasil kutipan filem pertama dan akan buat yang lagi best hasil keuntungan depa. Market depa luas. Mau seluruh dunia.
PRODUCER KITA PENAKUT
Satu filem Malaysia yang AKAN DITAYANGKAN, producer hanya mampu beli dalam 30-60 buah panggung ja seluruh Malaysia (dari 150 buah panggung)
**sebab tu sesetengah panggung xda tayangan.
Tak dak sapa pun producer mampu & berani beli tayangan utk filem dia ke semua pawagam Malaysia sebab :
- budget marketing rendah
- xnak kos edaran tinggi
- genre filem xkena dgn kawasan tayangan
- panggung swasta tak nak amik
Pastu hang yang pergi pawagam pun tak support filem Malaysia sebab harga tiket sama rata.
Filem Malaysia = RM16
Filem Hollywood = RM18
MASALAH RASIS
Satu lagi, masalah perkauman. Tak ramai Melayu nak tengok filem Cina. Filem Tamil macam JAGAT, aku nak beli tiket pun, budak kaunter tegur, "...bang, ini filem tamil..." Filem Melayu plak, bangsa lain tak percaya dah filem Melayu best, sebab depa 'terkena' dengan banyak filem melayu sebelum nie low quality.
Tapi, sangat pelik bila kutipan filem Hollywood. Sekali tayangan di Malaysia ja boleh dapat RM22juta seluruh negara. Dalam panggung semua bangsa datang tonton. Sehati Sejiwa.
Zaman dulu, bila filem tak laku, syarikat panggung wayang berhak tendang keluar filem tu dari list tayangan. Abih terduduk penerbit baru nak naik, sebab xsempat filem nak balik modal.
Penerbit tu beli tiket satu panggung penuh setiap hari!
Semata2 nak filem dia kekal bertahan hingga Sabtu Ahad (hari minggu orang ramai ke panggung)
Aku kerja koyak & juai tiket wayang kat GSC IOI MALL selama 6 tahun dulu. Sorang mamat nie beli tiket - panggung full house, tapi bila masuk panggung, dia sorang ja. Keluar membebel takut.
Zaman laa nie, kerajaan wajibkan SYARAT WAJIB TAYANG setiap filem selama 14 hari, tujuan nak selamatkan penerbit laa dari rugi.
Penerbit rugi, krew filem macam kami tak makan nasik dah laaaa!
Baca sendiri https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Skim_Wajib_Tayang
HASIL KUTIPAN
Hasil kutipan tiket panggung plak bahagi 50-50.
Bukan producer dapat semua duit tu, bahagi 50% plak kat syarikat panggung wayang.
Tolak pi mai pi mai untung bersih penerbit MUNAFIK boleh dapat pun RM6 juta laa katakan..
Dengan RM6 juta tu hampa mintak Malaysia buat filem macam AVATAR, TRANSFORMERS ???
Itu baru MUNAFIK.
Ada hampa pikiaq pasal penerbit filem lain yang xlaku?
Ada sejarah kutipan panggung pun RM10,000 ja selama 2 minggu tayangan. Padahal kos pembikinan RM1Juta.
Apa cerita penerbit filem BUNOHAN? Ada hampa tanya khabar?
Mampukah depa guna duit untung BUNOHAN utk buat filem macam AMERICAN GANGSTER?
KRU STUDIO. Mampukah depa buat filem sehebat PIRATES OF THE CARRIBEAN versi Malaysia kalau hanya dengan keuntungan dari filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA?
Krew Filem & TV Malaysia 15,000 ribu orang yang berdaftar. Yang dok belajaq kat sekolah filem berlambak lagi seluruh Universiti di Malaysia.
Kerajaan plak hanya tau lahirkan student ilmuwan filem, tapi tak reti jaga industri. Aku cakap ni sebab ramai lagi adik-adik kita, dok belajaq filem, tv, animasi di universiti seluruh malaysia. Kerajaan jugak yang bukak. Beranak pandai, jaga anak tak reti!
Bila Penerbit penakut takmau rugi, dia tak buat filem lagi.
Krew Filem & TV nie takdak lah job shooting lagi. Bergaduh anak bini. Mahasiswa menganggur.
Ada Penerbit berani plak sikit, nak buat filem, nak kurangkan kos, daripada shooting 60 hari dipendekkan jadi 30 hari, kerja semua orang krew macam lipas kudung, bangun 4 pagi turun set shooting, tak mandi-mandi satu hari, kerja perah tenaga otak sampai karya abis jadi sampah, balik rumah jam 8 pagi esok. Kalah Bangla.
NEGARA JIRAN
Filem Thailand, negara dia besar mana, panggung dia banyak mana, kerajaan dia macamana. Kerajaan Thailand wajibkan filem dia lebih utama dari filem luar negara. Setiap filem luar yang masuk pasaran Thailand pun depa wajib alih bahasa Thai.
Rumah aku kat Langkawi, dapat siaran 7 channel TV Thailand, takdak satu pun cakap English, semua Thai. Transformers pun cakap siam!
Filem Indonesia, cuba kaji penghayatan seni masyarakat dorang camna. Depa pun ada filem gred buta punya. Tapi yang gred A international kualiti juga.
DASAR KERAJAAN & EKONOMI
Tunggu kerajaan bertukar laa.. Ganti pemimpin yang bagus bantu industri filem.
Pastu sistem pembelajaran masa kecik2 darjah satu sampai tingkatan 6 tu kena ubah, ada subjek yang menghargai seni. Ini kecik-kecik ilmu kebersihan pun cikgu skip takmau ajaq.
Lepas tu kompom Malaysia lahirkan rakyat yang tahu hargai seni, semua bayar tiket sebab apresiasi filem malaysia tu sendiri, bukan macam keluaran kita semua skang nie, copy paste, download, pasarmalam.
Peningkatan penonton, kutipan naik, macam tu barulah kita boleh ada AVATAR. jangankan filem lompat atas bulan, filem main sembunyi-sembunyi kat planet Pluto pon kita mampu buat.
Rakyat Malaysia, pembikin filem Malaysia, bukan dorang tak dak idea, kita semua ada idea.
Kerajaan & Finas dah kena mula amalkan terbit filem Gred A yang WAJIB RUGI tak mengira untung.
Masing-masing kena ingat. Filem tu adalah Sejarah. Akan dikenang kebodohan masyarakat ini berpuluh tahun depan hanya melalui peninggalan filem.
Pastu nak betah, cakap plak "...tak payah la buat filem macam transformers, buatlah filem yang cerdik-cerdik, islamik dan beri pengajaran..."
Masalah sekarang, dah buat, dah ada, tapi tak ramai kat Malaysia yang cerdik pi tengok. Tak laku jugak.
Katanya tak faham.
Ambillah petikan dialog Berg (Bront Palarae), dalam filem TERBAIK DARI LANGIT :
"...kalau dulu kita baca buku, kita tak faham, bermakna kita bodoh atau buku tu yang bodoh...?"
Support Industri Filem Tanahair!
modal dialog 在 Modal - React-Bootstrap 的推薦與評價
Below is a static modal dialog (without the positioning) to demonstrate the look and feel of the Modal. Modal title. Modal body text goes here. ... <看更多>
modal dialog 在 An ember-cli addon for implementing modal dialogs - GitHub 的推薦與評價
Display of a modal dialog is typically triggered by a user interaction. While the content in the dialog is related to the content in the user interaction, the ... ... <看更多>
modal dialog 在 dialog = the easiest way to make a popup modal - YouTube 的推薦與評價
Ever needed to make a modal ? Well, we have a native HTML element that does the job with the dialog element! It does a lot of things out of ... ... <看更多>