Paling Simple
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH ? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10 Link Shopee » https://shopee.com.my/rasaku...
「resepi tomyam ayam putih」的推薦目錄:
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi tomyam ayam putih 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
resepi tomyam ayam putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
AYAM GORENG TOMYAM PEDAS
1 ekor ayam (di potong & di bersihkan)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai(dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (di belah 6)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
5 ulas bawang putih(di hiris)
2 cm lengkuas (di potong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam dan gula (jika perlu)
1. Masukkan minyak masak secukupnya untuk mengoreng ayam, lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam kemudian goreng sehingga masak.
2. Minyak yang sama (keluarkan sedikit minyak untuk menumis bahan2 tomyam)
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas, masak sehingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak dan pecah minyak.
5. Kemudian masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan dan tambahkan garam dan serbuk perasa (jika perlu) serta gaul rata.
6. Akhir sekali masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan air ½ cawan..biarkan merenih sebentar dan sedikit kering..
7. Angkat, sedia utk di hidang.
Kredit resepi & foto : Nurul Ateekah
resepi tomyam ayam putih 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Arini kite masak simple.. 👩🍳
Tomyam Putih Campak² cara saya ye...😂
Resepi TOMYAM PUTIH 🍲
Bahan² :
Ayam (potong kecil)/udang/sotong (ikut selera masing) ☺️
1 biji bwg besar (hiris)
2 ulas bwg putih (ketuk)
3 btg serai (ketuk)
3 inci lengkuas
6 Cili padi (ketuk) ~klau nk pedas lebihkan lagi 😎
1 Kiub Ayam Megi
Garam
Gula
Serbuk perasa
2 biji tomato
Lobak merah
Kubis bunga
6 helai daun limau purut
2 biji limau nipis (ambil jus)
Daun ketumbar/daun sup (ikut pilihan masing²)😉
Air
Cara²:
Masukkan air, masukkan bwg besar yg dihiris, bwg putih,serai, lengkuas sekaligus, rebus sehingga mendidih, kemudian masukkan ayam, biarkan lagi ia mendidih sehingga ayam tu masak, masukkan cili padi, kiub ayam,daun limau purut, kacau seketika,..dah menggelegak, masukkan lobak merah, kubis bunga dan tomato, masukkan sedikit garam,gula dan sedikit serbuk perasa..kacau dan biarkan sekejap,jgn lama² sgt nnti layu plk sayur tu..last skali...masukkan jus limau nipis dan ttupkan api.. taburkan dgn daun sup atau daun ketumbar..sedia utk dihidangkan 😃
Siap ! 😘
Selamat Mencuba 🤗
#bismillah 🤲
#syukuralhamdulillah 💕
Kredit Resepi : Cahaya Petunjuk
resepi tomyam ayam putih 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
MENANGI GIVEAWAY PRODUK DARI RASAKU DENGAN 3 LANGKAH MUDAH
? Langkah 1: Beli Produk Rasaku bernilai RM10
Link Shopee » https://shopee.com.my/rasakumarketingproducts
? Langkah 2: Screenshot atau ambil gambar resit sebagai bukti pembelian
? Langkah 3: Like dan DM Resit Pembelian ke Facebook Rasaku
Link Facebook » https://www.facebook.com/rasaku.my
10 orang pemenang bertuah akan dipilih dalam setiap episod.
Kembali lagi dalam episod terbaru Resepi Tok Di Dapur Fendi, yang dibawakan oleh Rasaku, Rasa Yang Ku Rindu. Dalam episod lepas, Fendi dah pun tunjuk cara-cara membuat Tomyam Masak Lemak, Paprik Ayam dan juga Kerabu Taugeh dengan Kerang. Tak lengkap lah hidangan makan malam kita kalau tak ada pencuci mulut . Haaa jom tengok macam mana cara mudah buat Cendol dan Sagu Gula Melaka.
Bahan dan cara penyediaan gula melaka:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
4 blok gula melaka
3 sudu gula merah
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula merah. Kacau sehingga semua sebati bahan sebati. Biar gula melaka sejuk dalam suhu bilik.
Bahan dan cara penyediaan santan berlemak:-
Sedikit air
3 helai daun pandan
1 kotak kecil santan pekat Rasaku
Panaskan periuk bersama sedikit air. Masukkan daun pandan dan santan pekat Rasaku. Tambahkan sedikit garam untuk rasa yang lebih berlemak.
Bahan dan cara penyediaan Sagu Gula Melaka:-
1 mangkuk sagu
1 camca pewarna merah
4 sudu gula putih
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Masakkan kesemua sagu bersama air dan pewarna merah. Biar selama 10 minit untuk sagu masak. Sejukkan sagu yang sudah dimasak dan sedia untuk dihidang. Hidangkan sagu bersama santan berlemak dan gula merah.
Bahan dan cara penyediaan Cendol:-
Ketulan ais batu
Cendol
Jagung manis Rasaku
Kacang merah tin
Gula merah (dimasak)
Santan (dimasak)
Tumbuk ketulan ais batu dengan lesung batu ataupun kisar dengan penyisar ais. Letakkan cendol, jagung manis dan kacang merah di atas ketulan ais. Tambahkan gula merah dan santan yang telah dimasak tadi. Cendol sedia dihidang untuk di nikmati pada waktu panas terik.
Jangan lupa untuk mencuba kedua-dua pencuci mulut dengan menggunakan produk Rasaku, mudah dan confirm sedap. Tag kami di Facebook dan Instagram @DESTINASI TV
#destinasitv #resepitok #rasaku #resepimuda #dapurfendi
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

resepi tomyam ayam putih 在 Iena Eliena Youtube 的最讚貼文
Berikut Cik iena kongsikan Resepi Tomyam Ala Thai Sedap. Cik iena sememangnya penggemar tomyam. Jadi Cik iena akan cuba pelbagai tomyam paste dan cara memasak tomyam. Jadi Cik iena kongsikan respi tomyam yang cik iena dah olah dan yang selalu cik iena masak di rumah dengan menggunakan tomyam paste favourite iena.
BELI Peace Tomyam Paste : https://t.productlink.io/a052y1t
BELI Thai Chili paste : https://t.productlink.io/a052y1s
Bahan Bahan Tomyam Ala Thai
6 Ekor Udang
4 Ekor sotong
Sedikit Isi Ayam
Sebiji Bawang Holand
5 Ulas Bawang Putih
Bunga Kubis
Lobak Merah
Cendawan
2 Biji Tomato
10 Helai Daun limau purut
Bahan Hiris Dan ketuk
3 Batang Serai
Halia ( lebih kurang sebesar ibujari perempuan x 2)
Lengkuas (Lebih kurang sama banyak dengan halia)
4 rumpun Akar Daun ketumbar
3 Biji Cili Api merah (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
2 Sudu Besar Tomyam paste jenama Peace
2 Sudu Besar Thai Cili Paste
2 Sudu Besar Sos ikan thai
1 Biji jus perahan Limau nipis
Setengah Cawan Susu cair (75ml)
5 Cawan air (750ml)
Daun ketumbar dihiris
Untuk pengetahuan cawan yang cik iena guna Cik iena dah sukat jumlah kandungannya untuk 1 cawan adalah 150ml
Sudu yang iena gunakan juga agak besar berbanding sudu di kedai makan. Boleh tengok gambar di Blog.
Nak tau tentang tomyam paste juga boleh baca di blog
Blog updated : di http://www.ienaeliena.com/2021/02/resepi-tomyam-ala-thai-sedap.html
#tomyam #tomyum #resepitomyam #resepitomyum
resepi tomyam sedap,resepi tomyam mudah,resepi tomyam thai pekat sedap,resepi pes tomyam thai paling sedap,resepi tomyam siam asli,resepi tomyam ayam,resepi tomyam seafood,resepi tomyam ala thai sedap,resepi tomyam ala thai,cara masak tomyam thailand,cara masak tomyam thai pekat,cara masak tomyam guna pes thai,tomyam thailand pekat,tomyam thailand,tomyam,thai food,resepi mudah,tom yum soup,tom yum goong,tom yam,tom yum,resepi che nom,resepi tomyam thai

resepi tomyam ayam putih 在 Rasaflix Youtube 的最佳貼文
Senang je nak buat Oden ni rupanya. Tak yah bazir beli kat kedai. Harga pun jauh lebih murah dengan porsi yang besar. Berbaloi sangat.
Resepi Oden Viral & Sup Pedas Ala-Ala Jepun, Buat Sendiri Semudah 123
//Bahasa Melayu
--------------------------------------------------------------------------------------------
Resepi Oden Viral & Sup Pedas Ala-Ala Jepun
Bahan-bahan (Sup Pedas)
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 pkt pes asam pedas
3 sb pes tomyam
3 sb gula
2 sb serbuk stok ayam
1.5 ml air
1/2 batang lobak merah
1 batang saderi
2 cwn air
Bahan-bahan (Oden)
mee udon
brokoli
cendawan enoki
sosej
bebola ikan
bebola ketam
kek ikan
Cara memasak
1. Dengan menggunakan lidi sate, cucukkan kesemua bebola dan brokoli pada lidi.
2. Kisar halus bawang merah, bawang putih, lobak merah dan batang saderi bersama dua cawan air.
3. Tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan pes tomyam dan pes asam pedas.
5. Kacau seketika. Perisakan dengan gula serta serbuk stok ayam.
6. Tuangkan air dan masak lagi sehingga air menggelegak. Kemudian, masukkan bahan-bahan oden.
7. Masak seketika dan Oden Viral dan Sup Pedas Ala-Ala Jepun siap untuk dihidangkan.
//English
--------------------------------------------------------------------------------------------
Homemade Viral Japanese Spicy Soup Oden Recipe, As Easy As 1,2,3
This homemade Oden is easy to make and with the same price you will get bigger portion rather than you buy it at shop. Really worth it !
Japanese-Style Oden & Spicy Soup Recipe
Ingredients (Spicy Soup)
1 whole red onion
3 cloves garlic
1 packet asam pedas paste
3 tbsp of tom yam paste
3 tbsp of sugar
2 tbsp of chicken stock powder
1.5 ml water
1/2 carrot
1 stick celery
2 cups of water
Ingredients (Oden)
udon noodles
broccoli
enoki mushroom
sausage
fish ball
crab ball
fish cake
Cooking methods
1. Using skewers, slide all the balls and broccoli onto stick.
2. Finely blend the red onion, garlic, carrots, and celery with two cups of water.
3. Pour ground ingredients into a pot and cook until simmering.
4. Add in tom yam paste and asam pedas paste.
5. Stir well and season with sugar and chicken stock powder.
6. Pour in water and cook until bubbling. Then, add in oden main ingredients.
7. Cook for awhile and Japanese-Style Oden & Spicy Soup is ready to be served.
Nak resepi lagi?
Sertai Rasaflix di https://rasaflix.net
#resepirasaflix #oden #odenJepun #Jepun #sup #pedas #spicysoup #suppedas #meeudon #sosej #fishcake #kekikan #steamboat #mudah #simple #resepisimple #resepikuih #resepimudah #easy #resepi #recipe
#kisahdunia #rasaflix
#mr_lovva #nntaca #kdboom #nrsalnaz
