Adik saya kerja servis kereta hampir 10tahun, dulu dia belajar di politeknik, dia ajar saya tips ini. Sya share dgn korg JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.
1> Minyak hitam
Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik - mungkin 7,500 km atau 10,000 km.
2> Filter
Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa - 5,000 km. Minyak Synthetic - 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)
3> Spark plug
20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.
4> Bateri kereta
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L...begitu la citernya!
5> Timing belt
60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!
6> Clutch plate
Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!
7> Fuel Filter
Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.
8> Air Filter
Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.
9> ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100...ikut saiz kereta anda!
10> Gear Oil
Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.
11> Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12> Radiator Coolant
Sebotol Rm 15-20... selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13> Air-Cond Belt / Alternator Belt
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada "crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai "Preventive Maintenance"
14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!
15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.
16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.
17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.
18> Flush? kalau dalam buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000 km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.
19> Water pump
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.
20> Spark plug
Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus - minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.
21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.
22> Brake pad
Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.
23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.
24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.
25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
Kredit Liana Jasmina
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Padu Beb Studios,也在其Youtube影片中提到,[ NOTE : English Subtitles are available for this video. Please enable it manually by clicking on the “Caption/CC" button and choose "English". // All...
「rezeki in english」的推薦目錄:
- 關於rezeki in english 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於rezeki in english 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於rezeki in english 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於rezeki in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
- 關於rezeki in english 在 Rezeki sudah ada yang mengatur.... - Iqraa English TV 的評價
- 關於rezeki in english 在 SATV Morning Announcements October 20, 2022 - YouTube 的評價
- 關於rezeki in english 在 Pin by Melody on sedekah#rezeki#zakat#harta - Pinterest 的評價
rezeki in english 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Sedikit perkongsian semasa sy di Makkah..
Semasa di makkah, sy ditakdirkan Allah, berjumpa dengan hamba Allah yg sgt2 kaya.. kerjanya adalah berdagang barang2 keperluan di seluruh tanah arab, seperti kurma, gandum, unta, kambing, dan macam2 lagi..
.
Dengan takdir Allah, hamba Allah ini menegur sy sewaktu menunggu azan solat fardu berada betul2 sebelah sy dalam saf.. Hamba Allah ini tya sy dari mana, dan sy bgthu dari Malaysia.. dan dia tya lagi adakah pertama kali dtg ke makkah.. sy menjawab ya.. dia terus memeluk sy dan menyebut kalimah masyaAllah.. semua percakapan dlm bahasa english.. al maklum sbb sy tak reti bahasa arab.. setakat ana anta tu boleh lah.. walaupun skolah dan universiti sy ambil bahasa arab.. 😅..
.
Seterusnya, sy tyakan dia.. dari mana.. dia cakap dari arab saudi.. dan dia tyakan sy.. adakah sy student atau sudah bekerja.. sy ckp, sy sudah umur sekian2 dan ada perniagaan kecil kecilan.. dan sy tya pula, apa pekerjaan dia.. dia cakap, dia bantu salurkan makanan dari Allah utk ke seluruh penduduk tanah arab.. MasyaAllah.. sy sudah agak, dia ni mesti pedagang arab yg hebat.. tp, sy tya lagi.. adakah anta berniaga..? Di balas ya.. dan terus naikkan semangat sy untuk terus bersembang dengan dia.. org nya sgt rendah diri dan sama seperti org2 lain di dalam masjid al haram.. xde perbezaan darjat pun.. bukan duduk di carpet istimewa atau ruang istimewa.. dan sy pasti hamba Allah ini adalah millionir mahupun billionir..
.
Maka mula lah sesi interview yg sgt hebat dan tip2 yg dia bagi pada sy, bagaimana utk menjadi pembantu Allah dalam dunia ini.. kalau nk jadi pembantu Allah dalam kehidupan harian kita, dlm pekerjaan kita, kita kena apply juga ya.. kalau dah jadi pembantu dan hambaNya.. faham2 lah.. jadi PA pada org besar pun dah boleh buat duit kan dgn izin Allah.. ini kan pula Pada Allah s.w.t, tuhan kita sekalian alam.. MasyaAllah..
.
Maka sy tya lagi, adakah makanan2 yg sy makan di sini tu anta yg supply..? Dia cakap, ya.. dia adalah salah seorang dari beberapa pedagang yg lain.. terus sy sapa, masyaAllah.. dan dia sambung bukan dari dia.. tp dari Allah s.w.t.. katanya.. in english.. "not from me, but from Allah s.w.t.."
.
Dia sambung, hamba Allah ini ckp, dia kena jaga pekerjanya seramai 10000 org di seluruh tanah arab.. masyaAllah.. terus sy rasa mcm nak pengsan.. sy jaga beberapa org pun dah rasa mcm x tentu hala.. ini kan pula 10000 org.. MasyaAllah.. jadi, sudah faham kan, sejauh mana perniagaan hamba Allah ini jika mempunyai pekerja 10000 org..
.
Sy tya dia, mcm mana boleh sampai tahap mcm ni.. dia terus cakap.. semua nya kerana Allah yang bagi dan amanahkan pada dia.. dulu dia seorang yg miskin, berdagang seperti pedagang2 kecil yg lain.. yg membantu emak dia jual barang2 keperluan di tepi2 jalan.. dan semua nya sekelip mata, bila hamba Allah ini buat tips yg dia bagi pada sy ini.. ringkas dan mudah.. conversation x boleh panjang, sbb dlm masjid dan org dah azan.. maklum lah..
.
Apa yg tips dia bagi.. utk apply..?
1) Solat fardu 5 waktu jgn tinggal
2) Jaga solat awal waktu, sebelum azan harus ada di dalam masjid2 yg terdekat.. sbb Allah memanggil kita, kenapa kita harus sombong xnak pergi.. seperti Allah ingin memberikan sesuatu dan panggil kita ke rumahnya, x logik kalau kita xnak pergi..
3) Solat sunat duha dan tahajjud jgn sesekali tinggal.. minimum 4 rakaat 2 rakaat setiap solat. Ini sebagai seolah2 pintu belakang kita dengan Allah s.w.t..
4) Solat taubat setiap hari..
5) Doa.. dan doa nya adalah, Ya Allah, kau anugerahkan lah aku perniagaan besar dan barkah yang dapat aku bantu seluruh umat islam di muka bumi ini. Itu shj..
6) Zakat dan Sedekah..
.
MASYAALLAH.... semuaNya di atas kehendakNya.. kita penuhkan semua tips yg Hamba Allah ini bagi.. insyaAllah.. rezeki perniagaan kita semua akan terbentang luas, kerana niat perniagaan kita dan menjalankan amanah yg kita janjikan itu..
.
InsyaAllah, dengan apa yg sy kongsikan ini akan mendatangkan satu anugerah dari Allah s.w.t yg hebat yg x semena2 kita jangkakan kan.. insyaAllah.. sy doakan kawan2 yg membaca ini berjaya di dunia dan akhirat di limpahkan rezeki oleh Nya..
.
Salam..
.
(sy guna istilah pembantu ini sekadar perkataan hambaNya yg menjalankan amanah ya.. sbb Allah maha besar, sekelian alam. Faham ya..)
Kredit : Nik Hilman
rezeki in english 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[Apa Yang Menarik Tentang Kuih Bulan?]
Perayaan Kuih Bulan yang diraikan oleh masyarakat Cina ini sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Akhir-akhir ini kita dapat melihat terdapat banyak kuih bulan dijual dan dipromosikan di pasar raya. Apakah sebenarnya simbolik dan perkara yang menarik disebalik kuih ini? Bagaimana sejarahnya?
Perayaan Kuih Bulan atau nama yang lebih tepat bagi perayaan ini adalah ‘Perayaan Musim Luruh’, namun nama-nama lain seperti Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung masih lagi popular di Malaysia kerana perayaan ini tidak lengkap tanpa adanya kuih bulan atau tanglung di kalangan orang Cina. Perayaan Kuih Bulan ini akan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar Cina.
Asal Usul
Perayaan ini secara dasarnya adalah pesta para petani.[1] Di China, bulan purnama kebiasaanya mengambang paling terang pada musim luruh. Pada masa yang sama, musim luruh juga adalah musim menuai. Pada zaman kuno, masyarakat Cina yang berkerja sebagai petani akan meraikan hasil rezeki mereka dengan mengadakan makan besar bersama keluarga sambil mengamati keindahan bulan. Tiada sebarang upacara keagamaan pada masa itu. Namun begitu, pada zaman sebelum ilmu sains berkembang maju, daripada sikap ingin tahu tentang bulan, lahirlah pelbagai cerita mitos sebagai jalan cara untuk menerangkan ‘keajaiban’ bulan. Contohnya, mengapakah bulan kerap berubah bentuk? Kenapa berlaku gerhana bulan dan dari situlah, lahirnya pelbagai kepercayaan mitos terhadap bulan.[2]
Manakala pula, istilah 中秋 bermaksud ‘Pertengahan Musim Luruh’, pertama kalinya tercatat dalam buku pra abad ke 2 iaitu Upacara Zhou (周礼), di mana disebut “…pada pertengahan musim bunga, gendang dipukul dan Binshi (sejenis alat muzik) dimainkan; semuanya bertujuan menyambut ketibaan musim panas. Begitu juga dengan Pertengahan Musim Luruh untuk menunggu ketibaan musim luruh.”
Begitu juga dalam Rekod Adat (仪礼) catatan sekitar abad ke 11 SM, terdapat kenyataan bahawa maharaja China ‘menyembah matahari pada pagi musim bunga dan bulan pada malam musim luruh’.
Walaupun demikian, rakyat China hanya mulai memeriahkan perayaan ini semasa zaman dinasti Tang (618–690 M dan 705–907 M) selepas terbitnya mitos-mitos cerita mengenai bulan, antaranya kisah maharaja Tang Ming (Xuanzong) mengunjungi istana di bulan. Sebelum ini, kemeriahan adalah lebih tertumpu pada perayaan Pesta Perahu Naga.[3]
Ritual Menyembah Bulan
Ritual menyembah bulan terkenal semasa zaman Dinasti Ming (1368–1644). Pada setiap tiga tahun, maharaja China akan menghadiahkan daging korban kepada ‘Dewi Bulan’ melalui upacara penyembahan. Para menteri dan tentera juga akan melakukan upacara yang sama. Kebiasaannya penyembahan ini dilangsungkan di taman diraja dalam istana.
Hal ini juga berkait dengan mitos Dewi Bulan yang bernama Chang Er. Sebelum itu Chang Er dikatakan seorang manusia biasa dan memiliki suami bernama Hou Yi. Walaupun terdapat pelbagai versi jalan ceritanya, namun pengakhirannya adalah lebih kurang sama.
Diceritakan, Bumi mempunyai sepuluh matahari. Pada suatu hari, kesemua matahari terbit ke langit pada waktu yang sama, mengakibatkan kepanasan melanda penduduk Bumi. Hou Yi merupakan seorang pemanah handal. Beliau dengan tekadnya menembak sembilan matahari supaya hanya satu matahari sahaja yang terus hidup. Atas jasa baik ini, Hou Yi dihadiahkan sejenis ubat kekal abadi.
Walaupun demikian, Hou Yi tidak terus makan ubat itu kerana beliau tidak mahu hidup kekal abadi tanpa isteri tersayangnya Chang Er. Pada suatu hari semasa Hou Yi keluar memburu, anak muridnya Fengmeng yang dengki dengan kehandalan Hou Yi, telah memecah masuk rumah pasangan itu untuk merampas ubat tersebut. Dalam keadaan kelam kabut itu, Chang Er yang cuba menyelamatkan ubat tersebut tertelan ubat tersebut, lalu kemudian beliau terapung dan terbang di atas langit.
Disebabkan Chang Er telah berubah menjadi dewi yang membolehkannya terapung di langit, beliau memilih untuk tinggal di bulan supaya beliau dapat terus tinggal berdekatan dengan suaminya. Hou Yi pula, apabila sedar atas kejadian itu, merasa sungguh sedih. Sejak hari itu, beliau selalu meninggalkan buah-buahan kesukaan Chang Er sebagai makanan sembahan.[4]
Hasil dari mitos itulah masyarakat Cina dahulu menyembah Dewi Bulan. Akan tetapi itu bukanlah pencetus kepada masyarakat Cina untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan. Adapun versi yang agak logik untuk disandarkan kepada perayaan ini adalah disebabkan perjuangan masyarakat Cina dalam menentang penjajahan.
Menggulingkan Penjajah Dengan Kuih
Kisah ini dikatakan asal-usul kuih bulan diraikan pada pertengahan musim luruh. Kuih bulan menjadi makanan khusus kepada perayaan ini dikatakan hasil dari kejayaan masyarakat Cina menggulingkan penjajah Dinasti Yuan (Dai Ön Yeke Mongghul Ulus, 1271–1368). Pada waktu itu dinasti Yuan adalah pemerintah berbangsa Mongolia yang menjajah China dan menjadikan China sebahagian daripada jajahan takluk Empayar Mongolia. Dipercayai bahawa para pemberontak telah menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi rahsia di kalangan ahli-ahli dan penduduk China. Dimana mereka meletakkan nota di dalam kuih tersebut.
Ini kerana pada waktu itu penjajah Mongolia mengawal ketat gerak-geri penduduk China dengan menghantar askar-askar di setiap penjuru perkampungan, di samping menindas mereka. Perlancaran pemberontakan pada hari pertengahan musim luruh itu bertulis di dalam nota bersama kuih:
八月十五杀鞑子 bermaksud: “Bunuhlah orang Tatar (Mongolia) pada hari lima belas haribulan kelapan!”
Maka pada malam itu, semua penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat pun keluar beramai-ramai dengan senjata masing-masing, lalu membunuh askar-askar Mongolia. Kejayaan itu akhirnya menandakan pembebasan China daripada penjajahan, lalu terbitlah dinasti baru iaitu Dinasti Ming (明朝) yang akan memerintah selama lebih 200 tahun setelah itu. Sejak dari situ, kuih bulan menjadi makanan khusus pada Perayaan Musim Luruh sebagai cara memperingati usaha kemerdekaan daripada penjajah asing.
Walaupun watak-watak di dalam kisah ini adalah personaliti sebenar dalam sejarah, perlu ditekankan juga bahawa kisah ini hanyalah semata-mata cerita dongeng yang diceritakan turun temurun dan disandarkan kepada watak-watak tersebut. Tiada dokumen asal yang merekodkan kemenangan orang Cina terhadap penjajah Mongol disebabkan pengunaan kuih bulan.[5]
Inovasi Perayaan Kuih Bulan
Kebiasaannya, kuih bulan berbentuk bulan dengan ketinggian setengah jari, walaupun terdapat juga bentuk segi empat tepat. Secara keseluruhan, ia adalah isi pastri tebal disaluti kulit nipis. Dewasa ini, kuih bulan juga terdapat dalam pelbagai perisa. Di antaranya, pes biji teratai dan pes kacang manis yang paling kerap dijual di pasaran, manakala pandan, durian, dan keladi merupakan perisa moden. Ditambah dengan kekreatifan pasaran, kini terdapat juga kuih bulan yang diperbuat daripada coklat atau jeli.
Festival kuih bulan ini bermula dengan sambutan penting keluarga akan tetapi kini di Malaysia dan Singapura ianya telah menjadi aktiviti luar di mana ia disusuli dengan perarakan tanglung akan diadakan di jalanan.[6]
Bolehkah Muslim Meraikan Perayaan Kuih Bulan?
Hasil penelitian didapati perayaan ini adalah perayaan budaya masyarakat Cina. Ia bukan perayaan agama dan ia boleh disambut oleh muslim. Malah pada hari ini sudah terdapat banyak kuih bulan yang halal yang di sahkan oleh JAKIM. Maka kuih bulan yang halal boleh dimakan oleh muslim.
Adapun pada perayaan ini juga dilakukan juga pesta tanglung. Hal ini perlu dirincikan dengan baik kerana ia ada berkaitan dengan kepercayaan dan ibadat kaum Cina di Malaysia dan Singapura. Tanglung pula perlu dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanglung yang digunakan sebagai pelita dan juga tanglung digunakan untuk berdoa.
Tanglung yang digunakan sebagai pelita itu tidak ada signifikan kepada kepercayaan atau agama kerana ia hanya digunakan sebagai lampu pada zaman dahulu. Kebiasaanya ia berbentuk kertas bulat dan api di dalam kertas itu disertakan dengan batang kayu dan ia berfungsi sebagai lampu. Malah ia juga digantung di rumah-rumah.
Manakala tanglung doa pula mereka melakukan dengan beberapa cara, pertama mereka akan berdoa sambil memegang tanglung sebelum dilepaskan ke udara dan ada juga menulis doa di kertas dan dibakar serta diterbangkan bersama tanglung dengan harapan agar tuhan memakbulkan doa mereka. Hal ini ia terpalit dengan perkara ibadat dan itu boleh dikatakan ritual agama (Chinese folk religion). Hal ini umat Islam dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam melakukan ritual ini.
Satu fakta yang perlu diketahui adalah, pesta tanglung yang sebenar dilakukan pada 15 haribulan 1 (kalender lunar) iaitu pertengahan bulan baru Cina atau dikenali sebagai Cap Go Meh iaitu hari penutup perayaan tahun baru.[7] Akan tetapi di Malaysia dan Singapura sedikit berbeza kerana mereka menambah pesta tanglung ini pada hari Perayaan Kuih Bulan 15 haribulan 8 (bulan lunar). Hal ini dikaitkan juga dengan kepercayaan dewi bulan yang mana pada malam perayaan tersebut adalah hari bulan mengambang.
Selain daripada tanglung doa itu umat Islam boleh terlibat dengan pesta ini selagimana ia tidak ada unsur yang bercanggah dengan syara’.
Kesimpulan
Perayaan ini memiliki banyak versi asal usul bagi simbolik kepada bulan. Selain masyarakat Cina dahulu sering menikmati bulan purnama pada pertengahan musim luruh, ia juga disusuli dengan beberapa mitos yang mengagungkan bulan.
Dari situ wujudnya kepercayaan terhadap bulan sehingga diterjemahkan kepada sejenis kuih. Malah mereka juga mendakwa kuih bulan ini pernah digunakan ketika melawan penjajah untuk menyembunyikan mesej-mesej di dalam kuih tersebut. Akan tetapi hasil penelitian didapati versi ini juga tidak kukuh untuk disandarkan kepada asal usul kepada perayaan ini.
Mutakhir ini Perayaan Kuih Bulan telah menerima inovasi seperti mana ia disertakan dengan pesta tanglung dan ucapara berdoa. Sedangkan sebelum ini perayaan tanglung di China hanya dilakukan pada hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama mengikut kalender lunar dan bukan pada pertengahn musim luruh. Akan tetapi ritual ini sudah diserap masuk ke dalam Perayaan Kuih Bulan juga. Ia menambah kepada simbolik kepersonaan terhadap bulan itu sendiri.
Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenal sedikit sebanyak kepercayaan bagi masyarakat lain yang diamalkan oleh bangsa Cina, India dan lain-lain agar dapat menguatkan lagi kefahaman dan nilai toleransi di antara satu sama lain.
Nota akhir:
[1] Lihat Tan Sri Lee Siow Mong, (2006). Spectrum of Chinese Culture, Pelanduk Publications, Selangor, hlm 163
[2] Lihat Kin Wai Michael Siu (1999). The Journal of Popular Culture, Lanterns of the Mid-Autumn Festival: A Reflection of Hong Kong Cultural Change, Jilid 33, Isu 2, hlm 67
[3] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mcgraw Hill, USA, hlm 76
[4] Lihat Yang, Lihui; Deming An (2005). Handbook of Chinese mythology. Santa Barbara, Calif
[5] Lihat Gai Guoliang, (2009). Exploring Traditional Chinese Festivals in China, Mcgraw Hill, USA, hlm 78-79
[6] Lihat Prof. Dr M. Kamal Hassan dan Dr. Ghazali Basri, (2005). The Encyclopedia Of Malaysia, jilid 10 Religions & Beliefs, Mooncake Festival, Archipelago Press, Singapura, hlm 77
[7] Di China, Hong Kong, Taiwan mereka akan melakukan pesta Tanglung pada 15. 1 akhir tahun baru dan bukan pada perayaan kuih bulan: Lihat Lee Siow Mong, Spectrum Of Chinese Culture, Pelanduk Publications, Selangor, hlm 168/ Lihat juga J. Gordon Melton (2011). Religious Celebrations, ABC-CLIO, California, USA, Jilid 1 hlm514/ lihat juga http://www.china.org.cn/english/features/Festivals/78320.htm
R&D Team MRM
rezeki in english 在 Padu Beb Studios Youtube 的精選貼文
[ NOTE : English Subtitles are available for this video. Please enable it manually by clicking on the “Caption/CC" button and choose "English". // All English Subtitles are produced by Pyan's wife. // All of our videos with English Subtitles will always have (ENG SUBS) written at the end of each title. // Otherwise, there are no subtitles available yet for that video. // "Auto-generated" subtitles are not made by us, as they are obviously, auto-generated. // Thank You! ]
..
Cafe yang aku pergi dalam video kali ni memang sangat istimewa - diurus dan dikendalikan oleh golongan kurang upaya dari segi pendengaran.
Padu Beb Studios dengan kerjasama Grab pergi ke RC Deaf Missions Cafe kali ni untuk berkongsi rezeki dengan mereka dan dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu golongan ini meneruskan kelangsungan hidup mereka seperti manusia biasa.
Pada pendapat aku, makanan yang disediakan sangat berkualiti dan boleh pergi jauh. Pastri yang mereka hasilkan juga sangat bagus.
Kepada korang semua yang berminat nak support mereka, boleh berkunjung ke RC Deaf Missions dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.
Untuk tahu bagaimana korang boleh support peniaga lain yang terdiri dari golongan kurang upaya bersama Grab, boleh log in ke https://grb.to/GFGPadubebstudios
..
#GrabForGoodMY #KongsiRezeki #RCDeafMissions
..
#PaduBebBros #PaduBebStudios
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ??
..
Email: padubebstudios@gmail.com
Website: https://www.padubebstudios.com
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios
..
rezeki in english 在 SATV Morning Announcements October 20, 2022 - YouTube 的推薦與評價
Comedy • 2004 • English audio. Free with Ads. PG · DZIKIR PAGI Pembuka Rezeki | Putar Di Rumah, Kantor dan Tempat Usaha | Dilancarkan Segala ... ... <看更多>
rezeki in english 在 Pin by Melody on sedekah#rezeki#zakat#harta - Pinterest 的推薦與評價
English Quotes, Doa, Healthy Life, Spirituality, Allah, Healthy Living, Spiritual. Ummu Azura . 4rb pengikut. Informasi lainnya. English Quotes. ... <看更多>
rezeki in english 在 Rezeki sudah ada yang mengatur.... - Iqraa English TV 的推薦與評價
The Companions said, "The Prophet, may God bless him and grant him peace, "This nation will be divided into seventy-three sects, all of whom are in the fire ... ... <看更多>