Apa perkataan paling sesuai untuk rezeki dalam Bahasa English!?
Ada yang cakap, wealth, luck, health, fate. Blessings, sustenance, property, means of living, livelihood, income, subsistence, sustenance, food, nourishment, good fortune… etc..
Tapi semua tu mempunyai maksud berbeza.
Kita orang melayu memang guna perkataan REZEKI pinjam dari Bahasa arab sebab Rezeki ni ianya ada kaitan dengan Ketuhanan.
Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, anak yang ramai adalah rezeki, hati yang tenang adalah rezeki, muka tak hensem tapi mampu bahagia adalah rezeki yang mana semua oitu automatic terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi.
Mungkin sebab itu ada kajian kes bunuh diri banyak berlaku pada orang yang tidak beragama kerana mereka tidak faham konsep rezeki, dan sudah tentu ada juga kes bunuh diri pada orang beragama yang salah faham konsep rezeki.
Sebab konsep rezeki adalah berdamai dengan takdir, semua Allah dah set from the top, Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, atau GAGAL mencapai sesuatu, maka mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress hingga memilih untuk mati.
Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.
Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, ini rezeki saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.
Bila kita putus cinta, ini rezeki saya, ingatlah semua orang akan mati, mencintai Nabi, maka Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmatnya lebih besar dari dicintai semua bidadari.
Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ini rezeki kita, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.
Jangan pernah sedih lihat rezeki orang, itu rezeki mereka, semua orang ada rezeki tersendiri..
Sungguh ter Kadang manusia selalu bersedih kerana Allah belum bagi rezeki yang diminta.. Tapi kita lupa bahawa masih banyak rezeki yang baik pada kita, Allah belum ambil..
Akhir kata, Cintailah Pemberi Rezeki lebih dari Rezeki maka Rezeki tak di sangka sangka akan mengalir sampai syurga dan Di syurga, Bertemu Pencipta Rezeki adalah Rezeki terbesar dari segala Rezeki.
Semoga rezeki kita sampai syurga!
Woha!
sabar maksud 在 Facebook 的最佳解答
Gais.. Shuk nak remind korang ni.. Jangan lupa tengok kiteorg racer2 TGR ni berlumba secara virtual ok? Bile? Sabtu dan Ahad minggu depan, Sept 18 & 19! Boleh tonton GR Velocity Grand Finals kat Facebook or Youtube Channel Toyota Gazoo Racing Malaysia!
Ade org dgn konpiden nya rase akan menang utk race ni.. Mmg x sabar la nak tgk skill dia kali ni..slalu main suke2 je kan.. Kali ni kite tgk siapa juara..cube teka siapa Shuk maksud kan? amacam? Korang mesti #shukriteam tau!! Komen sket sape team shuk??
#ToyotaGazooRacingMalaysia #PushingTheLimits #Drive❗ #AllAboutTheDrive #ToyotaMY
sabar maksud 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Asalamualaikum.Kalau semua syg mak meh support like resepi free dr mak boleh? kite kumpul pahala sama2 ya.
sbb preggy ni mak banyak masa kat rumah jd mak suka rnd resepi2 lama2.Maksud mak mana yg rumit2 sukatan susah2 mak mudah kan.bila jd mak ajar kat korg.mana yg nak wat niaga mana yg nak bg anak2 makan ptg,ikut la resepi ni mak halal kan dan mak ikhlas ajar smpai korg pandai.Yg ni apam kampung kalau dulu2 org takut nak buat sebab ade sukatan banyak ade yg langsung buat xjd.mak bg resepi sampai jd korg buat ya.Syg mak kan muah3.
ptg ni dah buat tunjuk mak tau🥰
Apam kg beras susu mudah
sukatan ikut cawan masing2 tp kalau cawan korg pinjam jiran pn jd😂 tetap jd
nasi sejuk 1 cawan ( xkisah jenama ape janji nasik lah jgn nasik lemak je sudah😂)
susu segar atau full cream 1 cawan 1/2 ( mak xde khas kan jenis susu golongan kayangan ke golongan b40 ke semua boleh guna susu jenama sama rasa die sama xpenah apam jd rasa roti jala)
gula 1 cawan kalau nak makan dgn kelapa manis kurg kan gula tau( kalau dah sedar diri suami ade kencing manis jgn ko tibai banyak2 gula melain kan ko ade niat nak bolot kwsp dia)
blender sampai hancur semua( guna blender je sape kata xde mak libas belakang badan die dgn getah paip)
tambah kan ke dalam
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 peket yis kering
blender halus ya
kalau korg rasa nak gaul kat dalam besen pn boleh tetap jd cuma beza die halus dan kasar tekstur apam tu je.
ade org suke letak garam tp mak xletak sbb mak letak kat kelapa tu nnt.ikut korg nak letak pn boleh
pas tu tuang dalam bekas besar dan ttup pakai kain basah bia 1 jam kene la sabar,ko sabar jap bole
kene sabar xyah jap2 tgk🤣🤣
korg tu bukan aku leh caye sgt jap2 intai😏😏
dah tu panas kan kukusan ya bukan ko panas kan hati jiran dgn makan durian ramai2 kt depan beranda rumah kau😂
sambil tu adunan td dah naik ( lg naik lg herlok)
kembang ceduk bahagi dua letak colour kesukaan korg.
pas tu tuang kat loyang kalau mak mudah guna loyang sebab senang