Tajuk : Pengantin sekarang ramai tak solat
Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.
Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap setelah hampir jam 1 tengah hari.
Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.
Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tidak dapat dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dengan kejahilan diri.
Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yang juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.
Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, telah dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.
Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yang dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.
Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.
Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.
Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yang fardhu tinggalkan tanpa ada rasa malu melayan tetamu.
Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mereka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH.
Kredit : gadis_semanis_epal
「suami tanpa cinta episod 1」的推薦目錄:
suami tanpa cinta episod 1 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
Orang tua tua pesan.. kalau nak anak comel.. suami kena berdiri depan isteri & buat muka muka comel... pastu biar isteri tenung lama2 muka suami... =P
Pernah tak mommy paksa2 suami terpacak depan & buat muka comel?
Atau layan cerita Korea ja sebab suami bz kerja? =)....
.
.
Ini #kisahbenar penangan cerita Korea buat IBU HAMIL.. =)
Hye sis... isteri saya mengandung dah 5 bulan, pada mula saya kenal dia dulu memang isteri saya suka tengok cerita korea.. Sampaikan dia cakap kat saya tengok hero2 dan heroin dan drama korea orang kata boleh kenan kat anak bang..
Haishh saya tak kisah dia nak tengok citer korea, tapi takdelah ari2 tengok sampai terbawak ke tido emosinya.. Kadang2 pernah sekali tu saya balik kerja saya tengok isteri saya menangis, dia sedih hero tu sakit nak mati.. Saya nak gelak pun ada.. 😆😆
Saya cakap kat dia, yang awak ni beriya-riya benar feeling ni, nanti anak awak dalam perut tu pun turut sedih.. Sudah2lah tu..
Dan lebih parah lagi, dia letak wallpaper phone dia gambar hero korea yang dia suka! Saya nak marah pun ada.. Kan lebih elok letak gambo saya ni.. Dan tentu2 anak kuar nanti ikut muka saya.. ish ish syg sygg....
Tapi alhamdulillah lepas bini saya lahirkan anak pertama kami, saya tengok mata anak saya sepet2 sikit.... Sah terkenan! Tapi lama kelamaan muka anak saya berubah ikut muka kami, yela kan muka budak kan cepat berubah..
Sekarang anak saya pun dah 2 tahun, dan dia pulak yang ikut jejak langkah mak dia suka tengok korea.. Saya tanya dia sapa ajar? Dia tunjuk mama dia.. =)
Haha.... tak sangka saya cerita Korea pun boleh buat isteri saya pun emosi.... .
.
.
.
Bab2 layan cerita Korea sampai menangis... habis semua tisu tu memang 'kerja' perempuan tambah2 tyme pregnant memang emosi bercampur campur lahh....
Mau taknya tengok pulak hero dia Lee Min Ho, Lee Dong Wook, So Jongki dan yang paling latest ni citer suspicious partner yg tgh meletop2 sekarang ni.. Ha Ji Chang Wook!
Mesti ada yang tak sabar nak tengok episod seterusnya dan seterusnya kan?
Sebenarnya fanatik tengok drama korean ni lama dah, dari drama Winter Sonata lagi, lakonan Kang Joon Sang & Choi Ji Woo benar- benar memberi impak kepada rakyat Malaysia..
.
.
.
Baik, ini pesanan ringkas buat mommys yang tengah PREGNANT....
1. Daripada melihat hero hero lain... seeloknya tatapilah wajah bapa kepada anak dalam kandungan kita, tanpa dia mungkin tidak anak dalam rahim kita.
2. Buat aktiviti berfaedah seperti riadah atau berkelah bersama suami, gunakanlah kesempatan bermakna ini dengan betul
3. Sentiasa masak makanan kegemaran suami, minum air lebihan cawan suami.. InsyaALLAH bertambah erat hubungan & cinta antara suami isteri.
4. Wallpaper hp @ laptop tu letaklah gambar anda & suami =)
5. Sebelum tido dakaplah suami & bercakap benda2 baik mengenai anak yang bakal lahir nanti.
COPYRIGHT Nazira Nazir buat 9bulan10hari. Tak dibenarkan copy paste!