First Time Menonton Lord Of The Rings
Alkisahnya, Selain Harry Potter, ada satu lagi movie popular yang saya langsung tak rasa minat nak menonton, iaitu Lord Of The Rings.
Teringkat kali pertama kawan ajak tonton DVD, saya yang masih bujang, tahun 2001, waktu tonton, permulaan yang sangat perlahan, ada babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan saya tertidur.
Adohai..,
Can’t go kata orang putih.
Dua tiga tahun kemudian, filem ini masuk TV, ada malay sub okey kot , jom tonton, tapi masih sama, permulaan yang sangat perlahan, babak ahli sihir ke kampong orang kerdil, lepas tu ada perayaan, berborak di meja, dan bila iklan, saya keluar rumah, mengeteh dengan kawan, filem tu tak membuatkan saya rasa dahaga atau lapar untuk tonton. Tapi buat saya dahaga untuk keluar rumah.
Walau bagaimanapun filem tu sangat popular, markah rottens tomato tinggi, Imdb pun tinggi, lepas tu kawan-kawan cakap best, mereka ajak tengok wayang, saya tolak, serius tak minat cerita purba yang terlalu banyak watak dan terlalu banyak sembang mambang.
Bila filem ini menang Oscar, saya azam nak tonton, tapi tak tahu bila? Masa berlalu tiba tiba ada filem Hobbit pulak, okey baiklah, saya bagi peluang tengok di panggung wayang bersama rakan rakan yang lain, katanya bagus tengok filem ini dari Hobbit, sebab dia macam Star Wars episode one, tapi babak bosan berulang kembali, ahli sihir pergi ke kampong orang kerdil, dan borak di meja makan, lama gila mereka borak, dan saya tertidur! Bosan gila! Tak kena dengan jiwa, adohai..
Lain waktu masa lepak mengeteh dengan kawan, tengok ada naga yang cantik CGInya di kaca TV, tapi Naga itu bercakap Bahasa English, macam filem Disney chicken sahaja? Cerita apa ni?, Naga bercakap? kata sahabat saya: Itulah filem The Hobbit part three, what? naga bercakap? ha ha, mujur saya tak minat.
Namun sebagai kaki movie, saya azam satu hari nanti, saya akan beri peluang untuk tonton filem ini bila saya bosan gila, atau, satu hari nanti jika umur saya panjang, saya dah tua, lepak dengan cucu, maka saya akan tonton filem ini dengan cucu.
Tapi niat saya tak sampai, bila Malaysia kena PKP akibat Covid, anak anak saya sendiri yang ajak menonton filem ini.
Terperangkap dalam PKP, memang perlukan filem yang panjang sebegini, maka muncul juga seorang saya seorang berumur 40-an yang First time layan Lord Of The Rings.
Lepas tonton Lord Of The Rings saya tonton pulak Hobbits dan saya buat kesimpulan..
Jika korang suka filem fantasi yang ada banyak watak, (sangat banyak) dan jika korang penonton yang sabar, (dialog panjang meleret), dan korang suka tengok raksasa bercakap, orang kerdil bercakap, dewa bunian bercakap, binatang pelik bercakap, pokok balak bercakap, naga bercakap, hantu bercakap, dan lepas tu suka tengok perang lawan pedang, suka tengok orang tak bercukur, suka tengok orang tak mandi, maka filem ini untuk anda.
Babak aksinya sangat baik, sama macam waktu dialog, babak aksinya juga panjang, puas hati dengan aksi, walau geng hero selalu bernasib baik sampai tak masuk akal tapi inikan filem fantasi. Nasib baik terlau baik bagi geng hero, buatkan aksinya Panjang dan okeylah!
Tapi saya tak pelik kenapa filem ini ramai orang suka sebab novelnya orang dah baca sejak zaman berzaman, tahun 1937 lagi, maka kisah fantasi ini telah bersarang dalam jutaan pembaca. Di zaman itu yang jauh dari TV dan panggung wayang, maka membaca novel fantasi adalah hiburan indah. Masuk zaman perang dunia, novel ini masih dibaca orang hinggalah perang dunia berakhir, dan bila dunia filem tercetus lepas perang, maka cubaan demi cubaan telah di buat untuk filemkan novel ini, namun kesan khas masih belum mampu dicapai buatkan tertangguh sekian lama.
Akhirnya muncullah Peter Jackson yang membaca novel ini dalam 12 jam perjalanan dari Wellington ke Auckland, dan beliau terinprasi dan cuba buat satu filem purba yang baru tapi walau bagaimanapun ideanya dikembangkan, akhirnya tetap mewnjadi mirip kepada Lord Of The Rings, dari kena kutuk meniru novel LOTR, lebih baik adaptasi sahaja novel itu ke dalam bentuk filem, dan oleh sebab terlalu banyak watak maka filem ini pecah kepada enam episode. Then the rest is history.
Filem ini akhirnya sangat Berjaya di pasaran, walau saya tak minat, tapi bila tonton, masih enjoy sebab Peter Jackson pandai buat filem yang disulami aksi dan emosi, antara pengarah yang terbaik, rujuk karyanya yang lain seperti King Kong dan lain lain.
Sedikit Trivia dari filem LOTR
1. Saruman lakunan Sir Christopher Lee telah mebaca novel ini setiap tahun semenjak diterbitkan, beliau adalah satu satunya pelakon dalam filem ini yang pernah berjumpa dengan penulis novel, J.R.R. Tolkien.
2. Cincin dalam filem ini dihadiakah oleh pengarah kepada Fredoo sebagai kenangan.
3. Boromir sangat takut naik helicopter, bila filem ada babak atas gunung, Boromir mendaki dari bawah dalam keadaan lengkap berpakaian purba.
4. Gimli walaupun berlakon orang kerdil, tapi beliau paling tinggi dalam geng Fellowship. 6' 1"
5. Aragon tak boleh berenggang dengan pedang, waktu jalan minum di pekan pun bawa pedang, hingga polis selalu tegur bagi nasihat akan bahaya bawa pedang di khalayak ramai.
6. 200 Juta keuntungan telah mengalir dalam ekonomi New Zealand kerana lokasi filem ini, maka New Zealand telah lantik Menteri hal ehwal Lord of the Rings untuk terus rangsangkan ekonomi negara.
7. Patung mayat Boromir sangat sempurna, hingga ada kru filem selalu tegur dan ajak bercakap.
8. 300 ekor kuda berlakon dalam keseluruh filem ini .
9. Replika gajah raksasa adalah prop paling besar dalam movie ini, namun pengarah cakap, patutnya lebih besar.
10. "Well, I'm back", adalah ayat terakhir dalam filem, juga ayat terakhir dalam novel.
11. Movie ini untung 1000 peratus!
12. The Lord of the Rings trilogy adalah filem paling banyak tercalon dalam Academy Award dengan 30 pencalonan, berbanding Godfather trilogy (28) dan Star Wars film franchise (21). Lepas tu menang besar pulak! Pevah rekod!
13. Filem normal kesan khas sebanyak 200 visual effects shots. Tapi movie ini sebanyak 1,487 kesan khas!.
14. Tentera hantu adalah babak yang saya rasa tak best, bila baca perjalanan filem, Peter Jackson pun rupanya tak suka babak tentera hantu itu, sebab dah masuk elemen tahyul, tapi terpaksa diadakan sebab tak nak kecewakan peminat novel.
15. 100,000 orang berbaris di jalan Wellington, New Zealand untuk tayangan perdana. Jumlah itu adalah 1/4 dari penduduk bandar.
16. Tujuh tahun pengembaraan filem, 6 juta kasut digunakan,;48,000 bilah pedang, kapak, dan perisai. 20,602 background;19,000 costumes 10,000 pelakon ekstra; 2,400 kru; 1,600 pasang kaki Hobbit, 300 ekor kuda, 180 pakar kesan khas, 140 pelakon; 100 lokasi di New Zealand, 50 tailors, cobblers, designers, di Wardrobe department; dan 30 aktor dipkasa belajar bercakap Bahasa bunian, perghhhh!
17. James Cameron lepas tonton film ini terus dapat ilham nak buat filem Avatar, teknologi CGI dari file mini adalah penanda aras untuk sempurnakan Avatar.
18. Okey, dah nama sayapun keretamayat, maka ada sikit tazkirah..
19. Tazkirah dari movie: Dunia ni ada jin, sebelum manusia di cipta, malaikat cakap ada mahkluk telah berperang dan menumpahkan darah, ada riwayat mengatakan iblis mengetuai tentera malaikat usir makluk ni ke alam jin, ada yang kata makhluk itu adalah adam sebelum adam, ada yang kata mahluk itu adalah jin berdaging, tapi ianya bukan bunian, atau Hobbit, atau apa apa watak dari Lord Of The Rings, lalu turunlah Nabi adam ke bumi, eh? Macam tak kena tazkirah ini, adohai. Ok next!
20. Cerita LOTR adalah tentang cincin, di riwayatkan Nabi Sulaiman ada memiliki sebentuk cincin sakti yang menjadi lambang cop mohor pemerintahan kerajaannya. Kaum jin pernah mencuri cincin ini lalu menyebarkan ilmu Sihir buat seketika sebelum cincin ini diambil semula oleh Nabi Sulaiman. Setelah kewafatan baginda, tidak diketahui dimana keberadaan cincin Nabi Sulaiman ini. Sudah pasti cincin ini tiada kaitan dengan cincin milik Gollum serta Smeagol, jangan nak buat teori konspirasi.
21. Cincin dalam LOTR ada tulisan: One Ring to rule them all, One Ring to find them, One Ring to bring them all and in the darkness bind them, Apa yang tertulis pada cincin Nabi Muhammad?
22. Nabi Muhammad SAW ada cincin sebagi cop untuk tanda tangan kerana baginda tidak tahu membaca, Saidina Anas Bin Malik R.a berkata: Ukiran pada cincin Nabi S.A.W terdapat tiga baris. Baris yang pertama tertulis kalimah Muhammad. Baris yang kedua tertulis kalimah Rasul dan baris yang ketiga tertulis kalimah Allah.
23. Haram lelaki memakai cincin emas, tapi harus jika memakai Cincin perak. Haram juga jika memakai cincin Lord of The ring jika dibuat dari emas.
24. Seorang Raja telah memanggil kesemua bijak pandai dalam istananya, dan mengarahkan mereka mencipta sesuatu barang yang mana jika Raja dalam kesedihan lihat benda itu maka akan hilanglah kesedihan, jika dalam kegembiraan bila lihat barang itu maka hilanglah kegembiraan.
25. Maka berpakatlah para bijak pandai untuk mencipa 'benda' tersebut. Dan setelah di nasihati oleh seorang pemandu kederaan jenazah@kereta mayat maka terciptalah benda itu…
26. Dan hasilnya, Raja cukup berpuas hati...
27. Apa benda tu?
28. Sebentuk cincin yang cukup cantik dan halus pertukangannya dan tertulis perkataan di atasnya: "Semua orang akan menjadi mayat, semua mayat akan menjadi tanah, semua tanah adalah millikNYA"
Woha!
Sekian ulasan LOTR filem dari Hamka Kereta Mayat.
the 100 polis 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BERSAMA MDB(Bhg 37)
The Amazing Harvard
Saya telah membentangkan paper saya dalam dewan kuliah di Harvard Universiti. Ini sepatutnya menjadi berita utama di dada2 akhbar di Malaysia. Ini hanyalah lintasan pemikiran seorang anak muda yang amat teruja berada di dalam kuliah berhadapan hampir 150 pengkaji & pengamal kewangan Islam. Bila kita dah seronok, kita terus ingin bermimpi lagi. Inilah rahsia benih kejayaan.
Di saat itu, orang sudah mengenali siapa saya paling kurang cara pemikiran saya apabila saya menulis sesuatu bahan kajian. Pembentangan saya masih teruk lagi. Lantaklah. Mana ada orang boleh terus pandai. Bruce Lee pun kena latih 100 kali setiap hari untuk satu jenis tumbukan.
Di waktu malam, seperti biasa saya suka bersama dengan beberapa rakan baru 'hang out' dalam majlis sosial makan2 sambil mengenali satu sama lain & juga mendengar pengalaman & perspektif masing2. Dua dalam satu. Persahabatan & keilmuan.
Bila dah habis seminar 2 hari, saya masih tinggal di Boston untuk 2 hari. Satu hari saya menghabiskan masa di library Harvard. Magnificent. Amazing. Rasa macam nak tidur kat library. Cool. Dah lah amat besar, kaya dengan pelbagai karya dari seluruh dunia. Menariknya, dalam library terdapat pelbagai wing yang ada penajanya sendiri. Antara penaja adalah Boeing, General Motors & pelbagai syarikat besar. Memang Harvard terkenal dengan endowment & tajaan dari alumni mereka sejak beratus tahun. The best endowment Universitii (wakaf) dalam era moden.
Saya juga ambil kesempatan menziarahi beberapa pensyarah Harvard yang hadir dalam seminar 2 hari lepas di bilik mereka. Ramai orang hadir seminar tetapi tidak pandai menyantuni ekosistem.
Di hari kedua, hari sosial. Jalan2 di bandar Boston. Polis ada merata2. Katanya bandar terselamat di USA. Polis hanya dipanggil untuk cari kuching yang hilang. Inilah tanda aras keselamatan.
Di waktu tengahari, dapat undangan makan tengahari dari pelajar Malaysia (Bank Negara scholar) yang sedang buat Master di Harvard. Ikan goreng berlada menu utama. Inilah menu terbaik di Harvard.
Harvard memberi frekuensi tinggi kepada cara fikir saya. Ilmu & keilmuan perlukan intensiti & bukan separuh hati & masa.
MDB
the 100 polis 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
Pelapor : Pai Syahira
JAIP GUNA KAEDAH RELAU LUPUS NASKAH AL-QURAN ROSAK
PEKAN, 20 Okt - Biarpun perkembangan dunia di arus era konvergens, ayat-ayat cinta Allah kepada hambanya tidak pernah dimamah usia dan kekal dijadikan panduan hidup kepada manusia sepanjang zaman.
Adab membaca dan memegang Al-Quran dalam keadaan berwuduk serta kaedah melupuskan mashaf yang rosak melambangkan ketelitian Islam menterjemah isi kandungan dalam kitab diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w agar terus terpelihara kepada umat Islam.
Kewajipan memelihara kesucian dan kemuliaan Al-Quran bukan sahaja ketika fizikalnya sempurna bahkan tanggungjawab sebagai muslim tergalas dalam proses perlupusan Al-Quran yang tertib.
Krew Berita Pahang berpeluang mendalami proses perlupusan Al-Quran bersama kakitangan Unit Penapisan Media Bahagian Penyelidikan Agama Islam Pahang (JAIP) di Pusat Pemuliaan Al-Quran di Pekan, Pahang.
Terdahulu prosesnya diselanggara oleh pihak swasta namun perjuangan memartabatkan tatacara pelupusan kitab suci ini diteruskan oleh empat pegawai JAIP sejak empat tahun lalu menggunakan kaedah relau atau pembakaran.
Proses asas pengumpulan bahan Al-Quran dimulakan di semua 11 Pejabat Agama Islam Daerah di seluruh Negeri Pahang dan dihantar ke Pusat Pemuliaan Al-Quran.
Lazimnya pernerimaan dan rekod daripada agensi, institusi pendidikan dan masjid secara pukal dikumpulkan di pusat. Setelah ditimbang naskah yang diterima akan disimpan dalam stor kontena.
Kemudian proses pelupusan dimulakan dengan membakar Al-Quran yang rosak ataupun terkoyak termasuk bahan cetakan pendidikan yang mengandung teks ayat Al-Quran melalui kaedah pembakaran secara relau.
Proses relau mampu memuatkan sehingga 100 kilogram bahan dengan kadar suhu 1000 darjah celsius selama 60 minit sehingga menjadi abu.
Kebiasaannya berat 10 kilogram abu akan terhasil daripada proses relau setiap Kali pembakaran, dan sejurus itu fasa penyejukkan dilakukan lebih kurang 24 jam.
Proses ini bagi menghilangkan haba yang menggunakan mesin relau bernilai RM 35,000 ini dilihat mampu menjimatkan kos pelupusan.
Kemudian abu dibancuh bersama air mengikut kelikatan yang sesuai di dalam tong dan dimasukkan ke dalam blok acuan.
Ia akan menjadi adunan seberat lima kilogram serta dijemur selama seminggu di mana proses pengeringan di bawah cahaya matahari bergantung keadaan cuaca supaya menjadi keras, padat dan tidak mudah berderai.
Manakala proses pengurusan abu dilakukan secara teliti dengan membungkus blok abu ke dalam plastik dan disimpan di dalam stor sebelum diangkut ke kapal bagi menghanyutkan abu.
Setelah abu diangkut ke kapal dengan bantuan anggota Polis Marin dan Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia, proses terakhir melupuskan abu Al-Quran selesai apabila abu dihanyutkan ke laut.
Sehingga kini sejumlah empat tan abu Al-Quran berjaya dilupuskan ke laut oleh pihak JAIP semenjak tahun 2017 termasuk menerima sebanyak 40 tan keseluruhan bahan mengandungi kalimah ayat Al-Quran daripada pelanggan.
Berdasarkan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-30 pada 22 Ogos 1992, memutuskan kaedah pembakaran dan menghanyutkan abu ke laut selain daripada penanaman abu.
#habis.
Reporter: @[279106405462987:274:Pai Syahira]
JAIP USES THE FURNITY METHOD OF THE FURNITY OF THE AL-QURAN IS BROK
PEKAN, Oct 20 - Although the development of the world in the current of the convergens era, the verses of God's love for his servants are never aged and remain a life guide to humans all the time.
The manners of reading and holding the Quran in ablution and the method of forgetting damaged mashaf symbolizing the precision of Islam translates content in the book sent down to Prophet Muhammad s.a.w so that it will continue to be preserved to Muslims.
The obligation to preserve the purity and glory of the Quran is not only when its physical is perfect, even the responsibility as a Muslim is relieved in the process of the orderly Al-Quran.
Pahang News Crew had the opportunity to study the process of Al-Quran with the staff of the Media Filter Unit of the Islamic Religion Division of Pahang (JAIP) at the Al-Quran Glory Center in Pekan, Pa
Earlier the process was held by private parties but the struggle to repress the prostitute of this holy scripture was continued by four JAIP officers since four years ago using the furnace or burning method.
The basic process of gathering of Al-Quran materials begins in all 11 District Islamic Religious Offices across the State of Pahang and is sent to the Al-Quran Glory Center.
Usually acceptance and records from agencies, education institutions and mosques are bulk collected at the center. After weighed the accepted script will be stored in the container store.
Then the extinction process begins by burning the damaged or torn Quran including educational print materials containing the text of Al-Quran verse through the burning method of furnace.
The furnace process can load up to 100 kilograms of material with a temperature rate of 1000 degrees Celsius for 60 minutes until it becomes ashes.
Usually the weight of 10 kilograms of grey will result from the furnace process every time of burning, and immediately the cooling phase is done about 24 hours.
This process to remove heat that uses RM 35,000 worth of furnace machine can save the cost of removal.
Then the ashes are built together with water according to the suitable visibility in the barrel and put in the mold block.
It will be a five-kilogram mix and dried for a week where the drying process in the sun depends on the weather so that it becomes hard, dense and not easily apart.
While the ash management process is thoroughly done by wrapping the grey blocks into plastic and stored in store before being transported to ship to drifting the ashes.
After the ashes were transported to the ship with the help of Marine Police and the Malaysian Maritime Enforcement Forces, the final process of releasing Al-Quran ashes completed when the ashes were drowned into the
Until now a total of four tonnes of Al-Quran has been successfully released into the sea by the JAIP since 2017 including receiving 40 tonnes of overall ingredients containing the word of Al-Quran verse from customers.
Based on the 30th National Fatwa Muzakarah results on August 22, 1992, decided to burn and drift ashes into the sea apart from the ash planting.
#habis.Translated