Ateisme: Fenomena Menyalahi Moral & Rukun Keberagamaan
Di dalam penulisan kali ini memfokuskan fenomena kewujudan agama baru yang telah terjadi di negara barat terutamanya hasil daripada perkembangan fahaman ateis.
Hal ini bertitik tolak setelah berlakunya revolusi agama Kristian di Barat. Ini kerana situasi itu telah mencetuskan perubahan di dalam bentuk keberagamaan di Barat. Setelah fahaman sekular mengambil alih daripada kepimpinan teokrasi Gereja di barat ia telah menyebabkan lahirnya gerakkan ateisme yang bersifat anti kepada agama dan menafi kewujudan Tuhan. Golongan ini begitu pesat sekali berkembang. Menurut Pew Research Center mengatakan sejak dari tahun 1975 hingga 2007, bilangan ateisme di Barat meningkat dua kali ganda.
Akhir-akhir ini suatu fenomena yang semakin parah telah dilakukan oleh golongan komuniti ateis apabila gerakkan mereka mula tersebar. Mereka telah banyak mendirikan agama parodi atau dikenali juga agama satira.
Mereka sinonim dengan kelompok yang menentang golongan beragama yang mempercayai kepada kewujudan Tuhan. Oleh itu, salah satu bentuk mereka mahu menyindir dan menyebarkan doktrin ateisme adalah dengan mencipta agama mereka tersendiri dengan berjenaka dan memperolok-olokkan konsep ketuhanan di dalam kepercayaan mereka sendiri agar orang memahami bahawa konsep ketuhanan adalah tidak masuk akal. Itulah tujuan mereka.
Sebelum ini kami sudah membincangkan sebuah gerakkan ateis yang mencipta agama parodi yang bertapak di Amerika Syarikat dikenali sebagai Pastafarianisme (http://bit.ly/2j1P05E).
Banyak kes penghinaan kepada agama lain yang melibatkan doktrin Pastafarian. Sebagai contoh pada 21 September 2012, seorang Pastafarian bernama Giorgos Loizos ditahan di Greece atas tuduhan berniat jahat dengan mempersendakan agama Kristian dengan mewujudkan laman Facebook menghina seorang tokoh paderi Kristian Ortodoks di Greek yang bernama Elder Paisios. Giorgos Loizos menghina paderi tersebut dengan meletakkan nama ‘Elder Pastitsios’ yang mana nama dan mukanya digantikan dengan pastitsio iaitu pasta dan sos berkaramel. Kes yang bermula di Facebook itu di bawa sampai ke Parlimen Greek dan dibicara di mahkamah sehingga dijatuhkan hukuman penjara kepada Giorgos Loizos.
Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Ia adalah bersumberkan fahaman yang menghina dan mempersendakan kepercayaan agama. Ini kerana Pastafarian bukanlah sebuah kepercayaan atau sebuah keimanan. Ia adalah sebuah agama parodi atau lebih bersifat sarkastik dengan menyindir golongan yang beragama dengan doktrin-doktrin mereka yang tidak masuk akal. Manakala bagi golongan yang menyokong fahaman ini pula mereka kebanyakkan adalah dari golongan ateis.
Sokongan dan anutan mereka itu tidak sama sekali mewajahkan sebuah agama tetapi mereka lebih bersifat berolok-olok untuk menyindir golongan yang beragama. Malah lafaz-lafaz yang bersifat keagamaan seperti ‘Ameen’ ditukar kepada mereka sebagai ‘Ramen’ (mee) dan sebutan itu diguna untuk mengaminkan doa. Begitu juga dengan nama bulan Ramadhan mereka memanggil dengan ‘Ramendan’ dan banyak lagi perkataan-perkataan yang digubah oleh mereka. Permainan lafaz-lafaz ini banyak terdapat dalam ‘kitab suci’ mereka iaitu Gospel of Flying Spaghetti Monster. Malah di bahagian kata pengantar dalam buku itu Bobby Henderson mengaku bahawa beliau adalah nabi kepadaa Pastafarian.
Kononnya dengan melakukan cara ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa agama adalah ciptaan manusia dan agama memiliki doktrin yang pelik dan tidak masuk akal. Malah di dalam buku yang dikarang oleh Bobby Henderson banyak mengkritik teori evolusi dengan cara yang agak bodoh sekali dengan mencipta doktrin manusia berasal daripada lanun dan bukan dari spesies beruk seperti cara faham evolusionis. Itu merupakan cara mereka mempersendakan golongan yang menolak teori evolusi terutama golongan Kristian di Amerika Syarikat.
Ia bermula daripada pemberontakkannya terhadap sukatan pengajian mengenai konsep penciptaan alam semula yang mahu diubah dari teori evolusi kepada cara intelligent design. Maka Bobby Henderson mula bermain sarkastik dengan mereka-reka kisah yang berunsur lawak menentang fahaman evolusi walau pada hakikatnya beliau seorang yang beriman dengan teori evolusi. Pada peringkat awalnya terdapat ramai tokoh Kristian yang menyokong cara lawak Bobby menolak evolusi akan tetapi lama-kelamaan baru mereka perasan apa yang dilakukan oleh golongan Pastafarian adalah merupakan sindiran yang mengisyaratkan kepada cara fahamanan Kristian dalam menolak evolusi.
Tidak dinafikan fahaman ini muncul disebabkan golongan agamawan gagal menjelaskan kepada mereka antara hubungan sains dan kepercayaan dalam agama. Pada awal abad ke 20 ini merupakan zaman ideologi Darwin sedang mencapai kemuncak di dalam dunia sains. Mutakhir ini barulah terdapat ramai tokoh agama yang menentang teori evolusi dengan cara saintifik dan logik yang sedikit sebanyak membantutkan perkembangan ideologi mereka.
Akan tetapi, sarkastik yang dilakukan oleh Pastafarian terus dilakukan malah agak sukar untuk berhujah dengan mereka kerana mereka memakai dua anutan dalam satu masa, dari sudut pertama mereka boleh manjadi ateis dan dari sudut kedua mereka boleh menjadi orang beragama. Sekiranya dikritik cara fahaman agama mereka, mereka akan mengemukakan cara berfikir ateisme dan sekira mengkritik fahaman ateisme mereka mula mengaku sebagai seorang beragama pula. Kebiasaan perangai seperti ini mereka bukan orang yang jujur dalam mencari kebenaran. Kebenaran itu berpaksi kepada keyakinan dan hujah yang menyakinkan. Ia bukan berdiri dengan sindiran dan fahaman yang rapuh.
Hakikat kepada agama Pastafarian ini ia adalah sebuah agama yang tidak beragama. Hidup dengan penuh sindiran dengan menipu diri sendiri.
Senarai Agama (Gereja) Parodi
Selain daripada agama Pastafarian, masih terdapat banyak lagi agama atau gerakkan gereja baru yang menggunakan cara yang sama untuk menyindir agama. Antara gerakkan ateisme yang menggunakan konsep agama parodi adalah:
1) Landover Baptist Church (Gereja Baptis Landover):
Ia adalah sebuah gereja parodi juga dari kaum ateis dan agnostik di Amerika Syarikat. Gerakkan ini bertujuan untuk menyindir penganut Kristian di Amerika.
2) Missionary Church of Kopimism (Gereja Kopimisme):
Ia adalah sebuah gerakkan kepercayaan copy dan paste segala infomasi yang dianggap doktrin suci di dalam agama. Ia bertapak di Sweden.
3) The Church of SubGenius (Gereja SubGenius):
Ia adalah sebuah agama parodi yang diikuti lebih ratusan ribu orang. Agama ini berkembang di Amerika Syarikat. Agama parodi ini menggambarkan mereka adalah sebuah gereja yang sangat terbuka dengan nilai-nilai sekuler, budaya pop, agama-agama baru, teori konspirasi, trend psikologi masa kini serta teknik-teknik motivasi dan juga turut membincangkan mengenai bisnes jualan. Agama parodi ini memiliki pengaruh besar terhadap perkembangan sekularisme di Amerika Syarikat dan telah menjadi inspirasi bagi beberapa penulis buku, pelukis, penyanyi rock dan pop yang terkenal.
4) Raelism:
Cult ini diasaskan oleh Claude Maurice Marcel Vorilhon (1946) di Vichy, Allier, Perancis. Di dalam bukunya Le Livre Qui Dit la Verite yang bermaksud buku yang menceritakan kebenaran, Vorilhon menyatakan bahawa dia telah didatangi oleh makhluk asing pada 13 Disember 1973. Satu spesies makhluk yang mereka panggil sebagai Elohim (Tuhan dalam sebutan Ibrani). Makhluk Elohim inilah telah datang kepada manusia terdahulu dan telah melakukan hubungan seks dengan wanita bumi lalu membiakkan manusia di bumi. Ajaran ini juga mempromosikan seks bebas dengan gaya mereka tersendiri. Mereka adalah golongan ateis yang membina agama Raelism dengan bentuk parodi disamping menanam kepercayaan sains fiksyen. Mereka juga terlibat banyak kontroversi dengan pihak Gereja Katolik seperti pada tahun 1992 di Montreal, Kanada terutama dalam isu seks bebas.
5) Discordianism:
Agama Discordian adalah sebuah agama baru yang ditubuhkan pada sekitar tahun 1950-an. Agama ini juga dianggap sebagai agama satira atau parodi disebabkan terdapat banyak doktrin yang tidak masuk akal. Agama satira ini ditujukan untuk mewujudkan teori konspirasi tidak masuk akal yang menyebabkan tidak ada sesiapa pun yang akan percaya. Ia menyebabkan orang tidak akan kritis lagi dalam berteori konspirasi. Ini kerana teori konspirasi Illuminati dan Freemason mendapat perhatian di kalangan masyarakat Amerika pada ketika itu. Terutama selepas pembunuhan Presiden Amerika John F Kennedy 1963. Agama ini telah dicipta oleh Greg Hill dan Kerry Wendell yang merupakan penulis buku Principia Discordia. Agama ini mendakwa menyembah Dewi Eris, dewi Yunani yang terkenal sebagai dewi persengketaan dan yang melakukan huru hara. Oleh disebabkan Discordian beriman kepada Dewi Eris maka mereka sangat menekankan perbuatan huru-hara, dan perbezaan pendapat antara satu sama lain. Ini adalah doktrin utama dalam agama Discordian. Agama ini juga tidak ada peraturan. Discordian sering juga dikenali sebagai Erisian kerena mereka menyembah Eris.
6) Jediisme
Jediisme adalah sebuah agama yang dicipta oleh peminat Jedi dalam filem Star Wars. Agama ini dicipta pada tahun 2001 disebabkan pengaruh watak Jedi dalam Star Wars yang menarik minat mereka untuk turut beragama seperti golongan Jedi. Pengasas agama ini tidak diketahui. Ia juga dipopularkan oleh golongan ateis juga. Agama ini muncul apabila wujudnya gereja untuk penganut Jediisme. Mereka aktif di internat terutama dalam laman Church of Jediism dan Temple of the Jedi Order. Di sinilah mereka mengasaskan sistem kepercayaan Jediisme berdasarkan watak Jedi dalam filem Star Wars.
Masih terdapat banyak lagi gerakkan ateis yang seumpama ini seperti Church of Satan, Invisible Pink Unicorn, Kibology, dan banyak lagi. Sebenarnya perkara ini juga menunjukkan bahawa situasi agama yang dianut oleh majoriti masyarakat Barat kebelakangan ini seakan kosong di dalam jiwa masyarakat mereka. Sehingga menyebabkan golongan ateis sanggup mempermainkan serta memperlekehkan agama yang dianut oleh majoriti masyarakat mereka sendiri. Kadang kala mereka melihat agama yang diamalkan oleh masyarakat mereka itu dengan nada tahyul yang menyebabkan sukar untuk diterima oleh logik mereka.
Kesimpulan
Sebelum ini golongan ateis sudah terkenal dengan slogan yang menghina agama-agama. Kini mereka teralih kepada fenomena mahu beragama untuk melempias nafsu mereka yang mahu menghina agama dengan cara ‘berseni’ mereka sendiri. Oleh itu jelas bahawa perbuatan mereka ini adalah tidak bermoral dan menyangahi kebebasan pihak lain.
Bagi meminimalkan berlakunya perkara tersebut ada beberapa perkara yang harus diambil kira hasil pemerhatian apa yang telah berlaku kepada gereja di Barat.
Pertama, Islam haruslah sentiasa dijadikan sebagai cara hidup berdasarkan sumber yang shahih. Kedua, golongan pendidik khususnya dari kalangan guru-guru hendaklah memiliki bacaan yang luas dan pelbagai termasuk di dalam sudut pengetahuan sains, sejarah, dan logik. Ketiga, golongan agamawan hendaklah menjadi kritis dan sering menjawab persoalan ummah. Jangan sesekali memikirkan ‘hukuman’ itu adalah matlamat kepada segala persoalan yang ditimbulkan. Kerana perkara itu sering dilakukan oleh gereja di Barat sehingga golongan anak muda mereka tidak berminat dengan agama dan mereka lebih memilih untuk menjadi ateis. Keempat, diadakan dialog harmoni diantara agama kerana perkara itu boleh menjernihkan salah faham antara satu sama lain dan mengelakkan dari munculnya pemikiran untuk menyindir agama kerana mereka sering didedahkan dengan persoalan dan perbincangan yang mendalam di dalam agama.
Rujukan
[1] – (2004) Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England
[2] Pew Research Center: http://www.pewresearch.org/
[3] – (1996). A Lion Hanbook The World’s Religions, A Lion Book, England
[4] – (2013). The Religions Book, Dorling Kindersley, London
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
「the gospel of the flying spaghetti monster」的推薦目錄:
the gospel of the flying spaghetti monster 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[Fenomena Agama Parodi: Keparahan Atheisme]
Setelah berlakunya revolusi agama Kristian di Barat, ia telah mencetuskan banyak perubahan baru di dalam konsep beragama di Barat. Setelah fahaman sekular mengambil alih daripada kepimpinan teokrasi Gereja di barat ia telah menyebabkan banyak wujudnya kalta (cult) agama baru.
Antara faktor penyumbang kepada agama baru di Barat adalah disebabkan berkembangnya golongan atheis dan golongan yang anti kepada agama. Ini kerana timbul dari sikap mereka yang telah berputus asa dengan agama. Golongan atheis telah membentuk banyak agama parodi atau agama untuk ‘dipermain-mainkan’ bagi kepuasan mereka untuk menyindir golongan beragama.
Agama Pastafarian
Nama Pastafarian adalah berasal daripada kata Pasta yang memberi maksud kepada sejenis makanan seperti mee dan spaghetti. Asas agama ini adalah memperkenalkan tuhan yang paling berkuasa iaitu The Flying Spaghetti Monster. The Flying Spaghetti Monster dianggap sebagai tuhan yang menciptakan alam ini.
The Flying Spaghetti Monster atau Raksasa Spaghetti Terbang adalah sebuah kepercayaan yang diasaskan oleh Bobby Henderson pada tahun 2005 sebagai protes berbentuk sindiran terhadap keputusan Badan Pendidikan Negara Bahagian Kansas yang membenarkan untuk mengajar pendidikan sains dengan kaedah intelligent design dan sukatan pengajian itu adalah alternatif lain kepada pengajian teori evolusi di Kansas.
Sejarah
Pada tahun 2005 fahaman ini diasaskan oleh seorang anak muda yang bernama Bobby Henderson yang berasal dari Amerika Syarikat. Ketika itu beliau berusia 24 tahun dan merupakan pelajar di Universitas Oregon State.[1] Pada awalnya Bobby Henderson merupakan seorang atheis dan seorang yang beriman dengan evolusi dan sains. Beliau tidak percaya kepada konsep ketuhanan dan terlalu pesimis terhadap campur tangan Tuhan dalam sains. Pada suatu hari beliau memberontak apabila Badan Pendidikan Negara di Kansas membenarkan sukatan pengajian yang bersifat keagamaan dan memiliki unsur ketuhanan dalam menjelaskan konsep penciptaan alam semesta.
Bagi menentang kaedah pengajian ini beliau tidak menggunakan cara penentangan terang-terangan seperti demonstrasi atau menulis artikel tetapi beliau menggunakan kaedah menyindir (sarcasm) dengan melakukan ‘agama parodi’. Dengan kaedah itu beliau mencipta sebuah agama yang memiliki konsep ketuhanan untuk menunjukkan bahawa penciptaan Tuhan itu tidak logik dan mengarut di mata masyarakat. Beliau mula mencipta sebuah fahaman yang mana menceritakan bahawa sebelum wujudnya alam ini terdapat satu makhluk yang memiliki kuasa seperti Tuhan yang menciptakan dunia dan manusia. Ia adalah Makhluk Spaghetti Terbang. Makhluk ini digambarkan seperti obor-obor yang dipenuhi dengan spaghetti dan memiliki dua bebola daging.
Setelah beliau menciptakan imej kuasa pencipta dengan bentuk spaghetti yang memiliki bebola daging, lalu beliau mendoktrinkan bahawa makhluk inilah yang menciptakan alam semesta. Konsep penciptaan yang diambilnya melalui jalan yang digariskan di dalam Bible dalam buku Genesis bab satu. Yang mana di dalam bab itu menceritakan tuhan menciptakan alam semesta selama enam hari. Apa yang berbeza adalah wajah tuhan itu digambarkan dengan Makhluk Spaghetti Terbang. Idea dan fahaman yang diwujudkan oleh Bobby Henderson mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan masyarakat di Amerika terutama bagi kelompok yang tidak percaya kepada Tuhan iaitu atheis dan agnostik. Bagi golongan yang mempercaya kepada fahaman agama parodi ini ia dikenali sebagai Pastafarian atau spagnostics.
Setelah fahaman itu berkembang maka dibuka The Church of the Flying Spaghetti Monster (CoFSM) pada Januari 2005. Pada tahun itu juga Bobby Henderson menulis surat kepada Pendidikan Negara Bahagian Kansas yang mana Bobby Henderson menyatakan bahawa konsep intelligent design dianggap sebagai suatu cara untuk mengajarkan sains di sekolah tanpa menyebutkan kata ‘Tuhan yang mencipta’ dan itu merupakan satu langkah kepada memperkenalkan konsep Tuhan yang mencipta. Henderson menyatakan bahawa konsep intelligent design dan fahaman The Flying Spaghetti Monster juga tidak ada perbezaan, ia mengatakan dalam suratnya:
“I think we can all look forward to the time when these three theories are given equal time in our science classrooms across the country, and eventually the world; One third time for Intelligent Design, one third time for Flying Spaghetti Monsterism, and one third time for logical conjecture based on overwhelming observable evidence.”[2]
Sindirian Bobby Henderson menyeru agar diajarkan teori penciptaan mengikut fahaman Pastafarian di ruang kelas sains.[3] Bagi beliau tidak ada beza konsep yang beliau perkenalkan dengan konsep yang diperkenalkan oleh Badan Pendidikan di Kansas. Setelah itu fahaman Pastafarian ini menjadi fenomena dan Raksasa Spaghetti Terbang merupakan simbol penolakan kepada pengajian intelligent design dan konsep penciptaan Tuhan dalam pendidikan sekolah.
Fenomena Pastafarian
Dewasa ini, Pastafarian mula mendapat tempat dikalangan anak muda terutama di kolej Amerika Utara dan Eropah. Malah terdapat berpuluh-puluh ribu pengikut fahaman ini.[4] Kemudahan media sosial dan internet menjadi sasaran Bobby Henderson untuk mempromosi idea dan fahamannya dan hasilnya dari tahun ke tahun pengikut aliran ini menjadi bertambah ramai terutama dikalangan pelajar Universiti. Malah sering kali berlaku perdebatan diantara pelajar Kristian dengan golongan Pastafarian.
Golongan Pastafarian mula membuat kepercayaan menyembah kepada The Flying Spaghetti Monster. Malah mereka juga memiliki hari raya yang dikenali sebagai hari Talk Like A Pirate Day yang disambut pada setiap 19 September dengan pesta bebola daging dan juga sos suci. Pada hari raya tersebut mereka juga akan berpakaian seperti lanun. Mereka menganggap lanun adalah manusia yang suci yang mana, nama baik lanun telah dicemari oleh Gereja Katolik pada era 1800-an.
Pastafarian percaya bahawa konsep lanun dilabel sebagai perompak dan orang buangan adalah sebuah fakta yang salah yang telah disebarkan oleh ahli-ahli teologi Kristian pada Zaman Pertengahan. Sebaliknya, penganut Pastafarian percaya bahawa golongan lanun sebenarnya adalah peneroka yang cintakan keamanan dan mereka adalah dari golongan yang baik.
Baiknya lanun itu digambarkan seolah-olah seperti Santa Klaus yang memberi hadiah kepada kanak-kanak. Akan tetapi imej lanun ini menjadi buruk apabila dikritik dan diburukkan oleh gereja. Henderson ada menyatakan bahawa “pemanasan global, gempa bumi, ribut taufan, dan lain-lain bencana alam adalah kesan langsung daripada bilangan semakin mengecil golongan lanun sejak tahun 1800.”[5] Oleh disebab itulah imej mereka seakan mesra dengan watak-watak lanun.
Sehingga pada hari ini di Austria sudah menjadikan tapak kepada Pastafarian yang mana ia seakan sebuah agama yang sebenar. Kepercayaan ini bertuhankan suatu kuasa terhebat yang memiliki bentuk seperti pasta yang melilit dua bebola daging. Seperti agama lain, Pastafarian juga memiliki beberapa aliran, salah satunya adalah bahawa mereka mengakui bahawa tuhan mereka yang sebenarnya adalah makaroni, bukan spaghetti. (Ikhtilaf) Perbezaan ini juga merupakan sindiran kepada golongan agama yang memiliki mazhab yang pelbagai.
Golongan Pastafarian juga dikatakan memiliki tanda untuk mengenali penganut mereka. Sekiranya orang Islam mereka memakai kopiah penuh dan itu merupakan identiti sebagai muslim, manakala Yahudi mereka memakai kopiah kecil bagi identiti mereka. Bagi Pastafarian pula biasanya mereka akan memakai pakaian seperti biasa dan setelah itu mereka akan memakai mangkuk penapis spaghetti aluminium di kepala. Kebanyakkan gambar lesen memandu dan kad pengenalan dan gambar rasmi mereka juga diletakkan gambar mereka memakai mangkuk penapis spaghetti di kepala sebagai identiti mereka sebagai sebuah agama.
Kitab Suci Pastafarianisme
Bobby Henderson telah menulis sebuah kitab suci yang dikatakan asas kepada agama ini iaitu The Gospel of Flying Spaghetti Monster. Buku itu telah diterbit pada 28 Mac 2006. Buku itu tidak setebal kitab suci yang lain. Dalam terbitan Villard di New York The Gospel of Flying Spaghetti setebal 178 muka surat dan berpecah kepada tiga bab utama pertama bab The Blunder of Science, kedua Explaining Pastafarinism, dan ketiga Propaganda.
Henderson berkata dengan buku beliau itu, beliau merancang untuk membina sebuah kapal lanun, yang mana beliau akan menyebarkan agama Pastafarian dan menghuraikan tentang kepercayaan Pastafarian ke seluruh dunia. Di dalam buku itu juga dalam bab What’s The Matter with Evolution? Henderson menggunakan kaedah sindiran untuk membentangkan kelemahan dalam biologi evolusi dan membincangkan sejarah dan gaya hidup dari perspektif Pastafarian.
Beliau menyatakan bahawa evolusi itu tidak wujud dan manusia tidak berasal daripada beruk tetapi manusia berasal daripada lanun dan berubah menjadi manusia moden. Kaedah itu diperkenalkan untuk menyindir golongan agamawan dalam menolak evolusi. Henderson menyatakan di laman sesawang beliau bahawa lebih daripada 100,000 salinan buku ini telah dijual.
Bobby Henderson aktif di internat dan beliau memiliki laman sesawang tersendiri iaitu laman Church of Flying Spaghertti Monster di www.venganza.org. Di sinilah maklumat yang boleh diambil untuk memahami fahaman Pastafarian yang penuh dengan sindiran dan kekacauan dalam memahami agama.
Ulasan
Pastafarian tidak layak diketegorikan sebagai sebuah agama. Walaupun begitu terdapat juga sebahagian ahli teologi yang menjustifikasikan mereka adalah sebuah agama. Agama secara etimologi Sanskrit bermaksud tidak huru hara. Tetapi apa yang berlaku kepada Pastafarian adalah sebaliknya. Malah terdapat banyak kes penghinaan yang melibatkan doktrin Pastafarian.
Sebagai contoh pada 21 September 2012, seorang Pastafarian bernama Giorgos Loizos ditahan di Greece atas tuduhan berniat jahat dengan mempersendakan agama Kristian dengan mewujudkan laman Facebook menghina seorang tokoh paderi Kristian Ortodoks di Greek yang bernama Elder Paisios. Giorgos Loizos menghina paderi tersebut dengan meletakkan nama ‘Elder Pastitsios’ yang mana nama dan mukanya digantikan dengan pastitsio iaitu pasta dan sos berkaramel. Kes yang bermula di Facebook itu di bawa sampai ke Parlimen Greek dan dibicara di mahkamah sehingga dijatuhkan hukuman penjara kepada Giorgos Loizos.
Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Ia adalah bersumberkan fahaman yang menghina dan mempermainkan dengan kepercayaan. Ini kerana Pastafarian bukanlah sebuah kepercayaan atau sebuah keimanan. Ia adalah sebuah agama parodi atau lebih bersifat sarkastik dengan menyindir golongan yang beragama dengan doktrin-doktrin mereka yang tidak masuk akal. Manakala bagi golongan yang menyokong fahaman ini mereka kebanyakkan adalah dari golongan atheis. Sokongan dan anutan mereka itu tidak sama sekali mewajahkan sebuah agama tetapi mereka lebih bersifat bermain-main untuk menyindir golongan yang beragama. Malah lafaz-lafaz yang bersifat keagamaan seperti ‘Ameen’ ditukar kepada mereka sebagai ‘Ramen’ (mee) dan sebutan itu diguna untuk mengaminkan doa. Begitu juga dengan nama bulan Ramadhan mereka memanggil dengan ‘Ramendan’ dan banyak lagi perkataan-perkataan yang digubah oleh mereka. Permainan lafaz-lafaz ini banyak terdapat dalam Gospel of Flying Spaghetti Monster. Malah di bahagian kata pengantar dalam buku itu Bobby Henderson mengaku bahawa beliau adalah nabi kepadaa Pastafarian.
Kononnya dengan melakukan cara ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa agama adalah ciptaan manusia dan agama memiliki doktrin yang pelik dan tidak masuk akal. Malah di dalam buku yang dikarang oleh Bobby Henderson banyak mengkritik teori evolusi dengan cara yang agak bodoh sekali dengan mencipta doktrin manusia berasal daripada lanun dan bukan dari spesies beruk seperti cara faham evolusionis. Itu merupakan cara mereka mempersendakan golongan yang menolak teori evolusi terutama golongan Kristian.
Ia bermula daripada pemberontakkannya terhadap sukatan pengajian yang mahu menukar kepada konsep penciptaan alam semula jadi dari teori evolusi kepada cara theism (kepercayaan kepada tuhan) maka Bobby Henderson mula bermain sarkastik dengan mereka-reka kisah yang berunsur lawak menentang fahaman evolusi. Pada awalnya terdapat ramai tokoh Kristian yang menyokong cara humor Bobby menolak evolusi akan tetapi lama-kelamaan baru mereka perasan apa yang dilakukan oleh golongan Pastafarian adalah merupakan sindiran yang mengisyaratkan kepada cara fahamanan Kristian dalam menolak evolusi.
Tidak dinafikan fahaman ini muncul disebabkan golongan agamawan gagal menjelaskan kepada mereka antara hubungan sains dan kepercayaan dalam agama. Pada awal abad ke 20 ini merupakan zaman ideologi Darwin sedang mencapai kemuncak di dalam dunia sains dan setelah itu fahaman evolusi mula merosot apabila terdapat ramai ilmuan dan saintis yang beragama mula mengkritik teori evolusi dan mendedahkan penipuan saintifik yang berlaku di dalam teori ini. Akan tetapi, sarkastik yang dilakukan oleh Pastafarian terus dilakukan malah agak sukar untuk berhujah dengan mereka kerana mereka memakai dua anutan dalam satu masa, pertama atheis dan kedua agama. Sekiranya dikritik cara fahaman agama mereka, mereka akan mengemukakan cara berfikir atheisme dan sekira mengkritik fahaman atheisme mereka mula mengaku sebagai seorang beragama pula. Kebiasaan perangai seperti ini mereka bukan orang yang jujur dalam mencari kebenaran. Kebenaran itu berpaksi kepada keyakinan dan hujah yang menyakinkan. Ia bukan berdiri dengan sindiran dan fahaman yang rapuh.
Hakikat kepada agama Pastafarian ini ia adalah sebuah agama yang tidak beragama. Hidup dengan penuh sindiran dengan menipu diri sendiri.
Senarai Agama (Gereja) Parodi
Selain daripada agama Pastafarian, masih terdapat banyak lagi agama atau gerakkan gereja yang menggunakan cara yang sama untuk menyindir agama. Pecahan ini banyak berlaku di dalam agama Kristian dan gerakan mereka ini sangat tidak disenangi oleh pihak gereja. Penulis tidak berniat untuk membahas gerakan mereka secara mendalam, mungkin ia berguna kepada pembaca yang sebahagiannya turut mendalami bidang perbandingan agama dan teologi. Antara gerakkan keagamaan yang menggunakan konsep parodi adalah:
1) Landover Baptist Church (Gereja Baptis Landover), ia adalah sebuah gereja parodi juga dari kaum atheis dan agnostik di Amerika Syarikat. Gerakkan ini bertujuan untuk menyindir penganut Kristian di Amerika.
2) Missionary Church of Copimism (Gereja Kopimisme), ia adalah sebuah gerakkan kepercayaan copy dan paste segala infomasi yang dianggap doktrin suci di dalam agama.
3) The Church of SubGenius (Gereja SubGenius), ia adalah sebuah agama parodi yang diikuti lebih ratusan ribu orang. Agama parodi ini menggambarkan mereka adalah sebuah gereja yang sangat terbuka dengan nilai-nilai sekuler, budaya pop, agama-agama baru, teori konspirasi, trend psikologi masa kini serta teknik-teknik motivasi dan juga turut membincangkan mengenai bisnes jualan. Agama parodi ini memiliki pengaruh besar terhadap perkembangan sekularisme di Amerika Syarikat dan telah menjadi inspirasi bagi beberapa penulis buku, pelukis, penyanyi rock dan pop yang terkenal.
Masih terdapat banyak lagi gerakkan yang seumpama ini seperti Raelisme, Discordianisme dan lain-lain. Sebenarnya ini juga merupakan petanda bahawa agama Kristian di barat seakan kosong di dalam jiwa masyarakat mereka. Sehingga menyebabkan mereka sanggup mempermainkan serta memperlekehkan agama Kristian. Kristian seakan tidak dihormati oleh masyarakat Barat.
Bagi mengelak berlakunya perkara tersebut ada beberapa perkara yang harus diambil kira hasil pemerhatian apa yang berlaku kepada gereja di Barat. Pertama, umat Islam haruslah sentiasa menjadikan ia sebagai agama cara hidup dan meletakkan matlamat hidup di antara segala perbuatan dosa dan pahala. Kedua, golongan agamawan hendaklah memiliki kemahiran yang pelbagai termasuk di dalam sudut sains, ekonomi, sejarah dan lain-lain. Ketiga, golongan agamawan hendaklah menjadi kritis dan sering menjawab persoalan ummah. Jangan sesekali memikirakan ‘hukuman’ itu adalah matlamat kepada segala persoalan yang ditimbulkan. Kerana perkara itu sering dilakukan oleh gereja di Barat sehingga golongan anak muda mereka tidak berminat dengan agama dan mereka lebih memilih untuk menjadi atheis. Keempat, diadakan dialog diantara agama kerana perkara itu juga boleh menghilangkan perasaan manusia yang memikir untuk menyindir agama kerana mereka sering didedahkan dengan persoalan dan perbincangan yang mendalam di dalam agama.
Wallahua’alam.
[1] Lihat Carole M. Cusack, artikel Invented Religions: Imagination, Fiction and Faith- 15.10.2010
[2] Lihat Henderson, Bobby (2005). “Open Letter To Kansas School Board”-Vaganza.org
[3] Lihat The Washington Post bertajuk Verbatin: Noodle This, Kansas- Ahad, 28 Ogos 2005.
[4] Lihat Savino, John; Marie D. Jones (2007). “Wrath of the Gods”. Supervolcano: The Catastrophic Event That Changed the Course of Human History: Could Yellowstone Be Next. Career Press. New York hlm. 56
[5] Lihat Henderson, Bobby (2005). “Open Letter To Kansas School Board”. Venganza.org
R&D TEAM MRM