1 Mei 2020 - Kecoh apabila kisah seorang pelajar UTM Skudai yang sedang mengikuti program Ph.D dalam jurusan kejuruteraan awam balik ke kampong halamannya di Malan, Dangi diviralkan oleh pemandu kenderaan IPD yang menghantar beliau balik malam tadi. Pelajar tersebut, Maznah Binti Ismail yang terkandas dalam kampus sejak penularan wabak Covid 19 dibenarkan balik ke kampong bersama pelajar lain selepas larangan PKP dilonggarkan oleh Kerajaan.
Tinggal bersama dalam khemah usang itu ialah Abang kandungnya, Radzuan bin Ismail bersama isteri dan 6 orang anak beliau. Radzuan bekerja di Kilang Sawit di Batu 10, tidak mampu mendirikan rumah baharu. Gajinya hanya RM1200 sebulan sedangkan beliau terpaksa menyekolahkan enam orang anak. Anaknya yang sulung berusia 22 tahun sedang belajar di UIA, Gombak.
Dengan tersebarnya berita mengemparkan ini, YTM Dato' Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Undang Johol untuk meninjau keadaan sebenar dan ingin mendapat laporan terperinci mengapa Maznah dan abang beliau sekeluarga terpaksa tinggal di dalam khemah begitu rupa. YTM juga telah mengirim sedekah peribadi dan sedikit barang keperluan asas harian.
Maznah menceritakan rumah asal yang terbakar pada 20 Oktober 2015 itu dibina oleh arwah ayah beliau yang meninggal pada tahun 2011. Rumah itu telah dipindahmilik oleh arwah ayah kepada Maznah pada tahun 2010. Pada tahun 2018 Maznah dengan rela hati telah memberikan rumah dan tanah tersebut kepada abangnya Radzuan setelah ibunya kembali ke Rahmatullah.
Untuk makluman, Radzuan (sebelum itu Maznah) telah memohon untuk mendapat sebuah rumah PPRT daripada pihak berwajib. Malangnya, permohonan tersebut tidak menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.
Sebagai wakil Yayasan Undang Johol, saya akan menyediakan laporan terperinci kisah yang dihadapi oleh Maznah dan abangnya, Radzuwan mengenai karenah birokrasi yang mereka alami bagi mendapatkan sebuah rumah PPRT kepada YTM Dato' Undang Hj. Muhammed. Ia melibatkan beberapa Jabatan dan agensi kerajaan dan tidak wajar dilaporkan disini.
YTM Dato' Undang, sebagai pemerintah Luak Johol, pasti tidak mahu melihat rakyatnya tinggal dalam keadaan daif seperti itu. YTM pasti akan meminta Jabatan/agensi kerajaan yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi membantu keluarga malang ini mendapatkan sebuah rumah PPRT.
Kredit : Nan Naz via UPDATE&INFOMALAYSIA
1 May 2020-Noisy when the story of a UTM Skudai student who is following the Ph program. In public engineering majors return to his hometown in Malan, Dangi was diviralized by the IPD vehicle driver who sent him back last night. The student, Maznah Binti Ismail who was stranded in the campus since the contagion of the Covid 19 outbreak was allowed to return to the village with other students after the PKP ban
Living in the old tent is his biological brother Radzuan bin Ismail with his wife and his 6 children. Radzuan works at Palm Factory in Batu 10, unable to build a new house. His salary is only RM1200 a month while he has to school six children. Her eldest 22-year-old child is studying in UIA, Gombak.
With the spread of this throwback news, YTM Dato ' Hj. Muhammed Bin Hj. Abdullah, Johol's Law has asked the Chief Executive Officer, the Johol Law Foundation to review the actual situation and wanted to get a detailed report why Maznah and his family brother had to live in a tent that looks like. YTM has also sent personal alms and some daily basic necessities.
Maznah told me that the home burned on October 20, 2015 was built by her late father who died in 2011. The house was transferred by her late father to Maznah in 2010. In 2018 Maznah. In 2018 Maznah was willingly careful He gave the house and land to his brother Radzuan after his mother returned to Rahmatullah.
FYI, Radzuan (before that Maznah) has requested to get a PPRT house from the authorities. Unfortunately, the application didn't come true until today.
As representative of the Johol Law Foundation, I will provide a detailed report of the story faced by Maznah and his brother, Radzuwan regarding the bureaucratic karenah they experienced to get a PPRT house to YTM Dato ' Law H Muhammed It involves several Department and government agencies and it is unnatural to be reported here.
YTM Dato ' Law, as the government of Luak Johol, surely does not want to see his people living in such a daif. YTM will definitely ask the government Department / agency involved to take immediate action to help this poor family get a PPRT home.
Credit: Nan Naz via UPDATE & INFOMALAYSIATranslated
Search