Salam semua. Abg Zul kembali lagi dengan Resepi Chocolate Moist Cake versi Abg Zul. Cake ni mmg selalu menjadi kegemaran kami sekeluarga. Ditambah pula dengan lelehan coklat cair dan parutan cheese. Sungguh syahdu! Ok Abg Zul share kan resepi istimewa ini utk anda semua. Selamat mencuba ❤️
Bahan untuk cake :
3 biji telur (Gred B)
1 cawan gula (Jika suka kurang manis, boleh kurangkan menjadi 3/4 cawan)
1 cawan minyak
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/4 cawan air panas (mendidih)
Bahan untuk topping :
2 cawan chocolate coin (Abg Zul dark compound beryls)
2 sb marjerin / butter
1/4 cawan susu segar
* Bahan diatas dicampurkan, dan cairkan menggunakan kaedah double boil
? Cara utk membuat cake telah tersedia didalam video yg disediakan. Selamat mencuba! ❤️
#chocolatemoistcake #citarasaabzul #dapurabgzul
Search