Bismillahirrahmanirrahim,
.
Salam 19 Ramadhan 1441
Selasa 12/5/2020
.
#pudingkaramelsurianti
Resipi ini saya pernah kongsikan dalam blog pada tahun 2016 dulu. Anak-anak saya sukakan versi tanpa telur seperti ini, sekejap saja habis.
.
Kali ini tak berapa cantik dan tak sekata pula karamelnya😢 tapi rasa sedap😍 terimalah #seadanya #taksempurnabysuriantikitchen
.
Puding Karamel Tanpa Telur (loyang bulat saiz 8 inci)
Sumber Resipi : FB Noraslinda Bugal
Instagram : https://www.instagram.com/surianti_kitchen/
Facebook : https://m.facebook.com/Surianti_Kitchen-2069089969974636/?ref=bookmarks
Youtube : http://www.youtube.com/c/SuriantiKitchen
Bahan A (Karamel)
🔵 3 sudu besar gula pasir
🔵 2 sudu besar air
-Masukkan Bahan A ke dalam loyang, masak di atas dapur dengan api kecil hingga keperangan. Sejukkan.
.
Bahan B (Puding)
🔵 1 paket agar2 serbuk 10 gram
🔵 1 tin susu sejat (susu cair)
🔵 4 cawan air
🔵 1/2 cawan susu pekat manis
🔵 1/2 cawan gula pasir
🔵 2 sudu besar tepung kastard
🔵 1 sudu kecil esen vanilla
-Satukan semua Bahan B
-Masak di atas dapur, sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel
-Bila mendidih dan agak pekat, tutup api.
-Tapis adunan (saya tak tapis) dan tuang dlm loyang karamel tadi. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Kemudian boleh diterbalikkan.
.
📌tak perlu dikukus kerana versi tanpa telur telah dimasak hingga mendidih di atas api
.
📌kalau nak lagi tebal karamelnya, kena lebihkan sedikit gula waktu kita membuat karamel tapi saya lebih suka versi yang kurang gula
.
.
. ❤️Nota ❤️
Video 30 hari puasa 30 resipi telah disediakan lebih awal sebelum bulan puasa.
.
#jendeladapursurianti #pudingkaramelsurianti #sedap #homemade #food #foodie #foodies #homecooking #instaphoto #foodporn #foodblogger #foodstagram #foodjournal #simple #simpleyetdelicious #foodstagram #foodporn #bukuresepi #resepimudah #salamramadhan #iftar #ramadhan2020surianti
2 sudu besar gula berapa gram 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的精選貼文
Hari itu saya dah poskan resepi Bubur Asyura versi Utaqa yang dikacau di dalam kuali. Resepi tersebut adalah dalam kuantiti yang banyak; menggunakan dua bungkus @500 gram tepung beras.
Hari ini projek kacau Bubur Asyura sendirian berhad di dalam periuk NOXXA. Teragak-agak juga pada mulanya nak buat sebab x berapa sihat. Tapi semua bahan telah dibeli, kalau tidak dibuat hari ini alamatnya x buat terus le. Resepi ini adalah dalam kuantiti yang sedikit; makan untuk keluarga dan bolehlah dirasai bersama oleh jiran-jiran terdekat.
Bagi rakan-rakan yang memiliki periuk NOXXA, bolehlah ikut resepi ini. Lebih mudah dan cepat dimasak. Penerangan dan langkah-langkah ada pada setiap gambar.
Selamat Mencuba.
RESEPI BUBUR ASYURA NOXXA
(VERSI UTAQA)
Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan sawit KHALIS
Sedikit garam
1 cawan gula pasir } masak guna
2 ketul gula kabung } 1 cawan air
Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
3 sudu besar sagu biji
2 helai daun pandan
Persediaan awal bahan-bahan:
1. Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan sehingga larut. Kemudian masukkan pula gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.
2. Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.
3.1 tongkol jagung – diambil isinya
4. Pisang emas dipotong dadu.
5. Sagu biji direndam selama 5 minit, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
6. Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat, dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.
7. Bahan A disatukan dan digaul rata/ Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:
1. Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 1 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.
2. Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.
3. Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, sagu, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
Selamat Mencuba
2 sudu besar gula berapa gram 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的精選貼文
Rezeki pada hari Jumaat. For my friends... rasa sama sama ye!
Puding Nangka. Alhamdulillah, walaupun tidak berapa sihat sejak semalam, tetapi masih diberi kudrat oleh Allah untuk menyediakan puding ini. Syukur... akhirnya dapat kutunaikan janjiku menyediakan juadah ini untuk kawan-kawan di pejabat. Rezeki hari Jumaat.
Resepi Puding Nangka
Oleh: Sajian Dapur Bonda
Bahan-bahan A:
50 gram agar-agar tali
1500 ml air
1 tin nangka (jackfruit in syrup) – boleh dibeli di pasar raya
- Asingkan isi nangka daripada sirap.
- Isi nangka dipotong memanjang
- Sirap dimasukkan dalam bahan-bahan B
1 ¾ cawan gula
Pewarna hijau secukupnya
Bahan-bahan B (blend):
1 tin susu cair
100 ml santan pekat
3 sudu besar tepung kastard
1 tin nangka bersama sirap
Cara-caranya:
Basuh agar-agar dan toskan.
Masukkan agar-agar dalam periuk bersama air. Masak sehingga agar-agar larut.
Kemudian masukkan gula dan masak hingga gula larut.
Selepas itu tuangkan bahan-bahan B ke dalam agar-agar yang sedang dimasak dan dikacau sehingga sedikit likat. Gunakan api sederhana.
Kacau selalu supaya tidak meruap dan tidak berketul. Kemudian bolehlah dipadamkan api.
Ambil ¼ daripada larutan puding tadi dan campurkan dengan pewarna hijau. Ketepikan.
Sediakan acuan. Susun potongan nangka di dasar acuan. Dengan menggunakan senduk, cedok larutan puding (warna asal), perlahan-lahan masukkan ke dalam acuan setakat menenggelamkan potongan buah nangka tadi. Masukkan ke dalam peti ais selama 3 minit (supaya potongan buah nangka tadi kekal di dasar acuan dan tidak beralih tempat).
Selepas 3 minit keluarkan. Tuangkan larutan warna asal mengikut ketebalan yang sesuai. Masukkan ke dalam peti ais semula selama 3 minit. Keluarkan, dan tuang larutan warna hijau pula. Masukkan ke dalam peti ais semula. Akhir sekali tuang warna asal dan masukkan semula ke dalam peti sejuk sehingga puding betul-betul keras. Elok dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk.
Untuk resepi dalam format JPEG ada saya poskan di bahagian komen. Sila like page Sajian Dapur Bonda dan kongsi resepi. Terima kasih.
#desserts
#komuter
#juadah