Kisah Saidina Umar tunjukkan contoh menjadi Pemimpin.
Alkisahnya, sebelum PKP 2.0 maka sempat hantar Anak form five 2.0 masuk MRSM.
Teringat hari tu anak ada mintak idea untuk menulis manifesto, sebab beliau nak masuk bertanding sebagai Ketua Perwakilan Pelajar.
Saya pun suruh dia buat manifesto berdasarkan kepimpinan Saidina Umar sebab beliau adalah khalifah Islam yang paling luas menyebarkan sempadan jajahan dan jajahannya kekal sampai sekarang, namanya juga tertulis dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Lalu saya kisahkan cerita dari Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti penat lapar dan tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
OK, tamat cerita itu kat situ, sekarang menjadi tugas pemimpin memastikan rakyat tidak lapar, yang miskin di bantu, maka sebagai ketua wakil pelajar, cuba buat manifesto yang dapat membantu pelajar miskin dari segi keperluan hidup, ayah tak tahu apa masalah pelajar di sana, tapi cuba relate dengan kisah saidina Umar dan Manifesto.
Tak dapat nak kaitkan dengan dunia pelajar? Ok, ayah bagi modal lain,
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah kewangan..
Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapa budak itu kerana mendapat seorang baby boy.
Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul Mukminim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia beranak adalah first lady zaman tu.
Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!
MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Jadi cuba korang kaitkan manifesto bab utamakan kesihatan, jika pelajar stress ada rawatan khas dan sebagainya, SOP untuk cegah penyakit berjangkit ke, apa ke, ayah tak tahu apa masalah pelajar MRSM tapi korang boleh fikir dan kaji dan kaitkan dengan kempimpinan saidina Umar.
Masih takde idea?
Mari kita Rujuk hadis lagi:
Huzaifah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamanya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada huzaifah r.a iatu:
Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Huzaifah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Huzaifah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.
Untuk info, antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah mereka yang terang terang meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih suka oang islam yang solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!
Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So boleh kaikan dengan kehidupan di MRSM? Pastikan semua pelajar jaga solat berjemaah, memang menjadi kewajipan pemimpin galakkan rakyat berjemaah, SOP jangan sampai orang tinggal berjemaah..
Apa? Jap?, semua kat sana dah solat berjemaah lah ayah.., wow, tahniah! Baik, okey kita bagi kisah lain.
Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat rondaan malam, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih kerana rindukan suami, okey, cerita ni tak sesuai untuk pelajar MRSM, kita cari idea lain.
Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!
Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang Lim Guan Eng pun sanggup nak jadikan idola.
Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?
So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…
Jadi korang boleh buat Open Mic ke, Hadis korner ke, Taklim ke, apa-apa, agar suasana di MRSM banyak ada suasana iman…
Okey, panjang juga saya cerita kat anak bab manifesto, lepas tu dia pun buat Manifesto, lepas tu dia berkempen di kalangan pelajar, berceramah dan pilihan raya pun berjalan.
Kisah ni berlaku sebelum PM Umum darurat.
Si anak akhirnya menang Pilihan Raya. Tahniah anak, sebab dapat peluang belajar menjadi pemimpin di usia muda.
Akhir kata, dari cerita ni, korang jangan kagum dengan saya atau anak saya atau Lim Guan Eng...
Tapi kagumlah dengan Saidina Umar.
Woha!
「api stress test」的推薦目錄:
- 關於api stress test 在 Facebook 的最佳解答
- 關於api stress test 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
- 關於api stress test 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於api stress test 在 Is there tools for performance and load testing of REST service? 的評價
- 關於api stress test 在 aliesbelik/load-testing-toolkit: Collection of open source tools ... 的評價
- 關於api stress test 在 Create a Simple REST API and Perform Load Tests Using ... 的評價
api stress test 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
Unplanned 2020 - Untuk Orang yang Tak Suka Baca
Setahun Punya Cerita.
Ceritanya begini...
Lepas aku habis internship tahun lepas (November 2019), aku ambil keputusan untuk join satu program sukarelawan yang KBS anjurkan. Program MYCorps Misi 8 2.0 Asia Selatan. Mulanya aku isi dengan fikiran dapat pun ok tak dapat pun ok. Lepas aku isi tu aku join MRA Sabah pergi misi bantuan banjir di Kudat. Eh! “Anda terpilih untuk menyertai bla bla bla”. Balik ja dari Kudat ke Tawau. Esoknya aku terbang dari Tawau ke KL. Aku dilatih selama 1 bulan dalam program MYCorps. Bermacam modul aku jumpa. Best!
Habis training, aku patutnya dihantar ke India dengan team yang aku baru kenal masa training. Tapi team-team yang sepatutnya ke India terkandas 2 minggu sebab Visa tak lepas. 2 minggu tu aku dengan kawan-kawan manfaatkan untuk terus kumpul dana projek untuk bawa pergi negara misi. Hampir tiap hari kami turun di jalanan dengan bekal tabung dan kata-kata sakti minta sumbangan. Adakala sampai ke subuh kami berjalan di sekitar KL.
Hampir 2 minggu buntu tak deploy ke negara misi. Keputusannya? 3 team ke India yang terkandas dihantar ke Nepal dan Bangladesh. Team aku ke Nepal. Agak gembira sebab memang itu negara pilihanku pertama. Dengan harapan nampaklah banjaran Himalaya. Sampai sana jam 2-3 pagi. Nampak apa tak tau banjaran tu. Gelap! Tapi rileks.. Esok masih ada. Ya! Esoknya berkabus, dan esok tu lah juga kami bergerak ke kawasan yang sejauh 8 jam perjalanan dari Kathmandu. Jalan bukit-bukit. Bengkang-bengkok. View lawa. Tapi bukan Himalaya lah.
Macam2 projek kami buat di sana. Setiap hari kerja tanpa cuti walaupun sabtu ahad dengan harapan boleh ambil cuti di penghujung misi menikmati keindahan Nepal. Asalnya 2 bulan ke negara misi jadi 1 bulan 2 minggu. Tiba-tiba Covid. PKP diumumkan di Malaysia. Kami masih di Nepal. Ada sesetengah projek masih running. Selagi belum dapat keputusan daripada orang atas kami lanjut ja projek. Esoknya 19 Mac kedutaan Malaysia di Nepal maklumkan 20 Mac Nepal akan “lockdown”. Malam tu juga kami pack barang dan buat emergency evacuation keesokan harinya.
Jam 6 pagi, dengan kurang tidur selesaikan apa yang patut semalaman. Sarapan tak sempat. Kami terus ke Kathmandu untuk ambil the last flight from Kathmandu to Nepal. Dengan fizikal yang kurang baik, jalan bengkang bengkok. Mabuknya bukan main. 5 kali muntah. Aku duduk di depan bersebelah dengan driver orang Nepal. Asal aku muntah aku keluar kepala dari kereta. Abang tu pandaaaaaang ja. No stop. We are late. Kami berhenti pun untuk makan tengah hari ja di restoran entah di mana. Janji halal.
Sampai Nepal petang guys. Berkabus. Ya! Himalaya menghampakan aku. Lagi! Kami tunggu di Airport untuk Team Nepal yang lain sampai. Ada yang ambil masa 20 jam untuk sampai Airport dari kampung pedalaman. Risau kami time tu entahlah. Dengan orang sana menganggap kami penyebar Covid. Kami digelar Covid kalau berjalan di kampung-kampung sebab kami dari Malaysia. Muka-muka asia. Last flight dibantu oleh kedutaan. Alhamdulillah. Kami sampai di KL.
Kami kuarantin 2 minggu di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Mabuk aku 1 minggu baru rasa macam segar balik. Kuarantin pertama di IYC dalam bosan ada seronok. Makan cukup. Fasiliti cukup. Tidur kadang lebih dari cukup. Wifi laju. Aircond ada. Katil selesa. Nikmat apa lagi yang kau dustakan. Yang tiada adalah kebebasan. Betullah bebas tu sangat berharga. Macam-macam benda kami buat di sana, dari yang normal sampai yang tak normal. Dari perbincangan meja tentang negara dengan serius hingga ke belajar jutsu air, api, angin dengan tanah. Hebat!
2 minggu lepas tu, aku mahu rasa bebas dan mahu rasa berguna. Sebab 2 minggu kuarantin macam tiada guna. Aku ajak kawan baik yang aku kenal daripada MYCorps pergi jadi sukarelawan NGO Malaysian Relief Agency. Kebetulan rumahnya dekat dengan gudang barang MRA. Kerja kami angkut barang. Packing barang. Distribute barang. Barang makanan lah. Bukan barang terlarang. Berapa hari kami di sana, kami dapat berita kurang menyenangkan. Kawan-kawan yang masih ada di IYC bagitau ada satu orang positif. Tapi bukan dari kalangan kami. Mereka group lain yang dianggap berisiko dan dikuarantin satu bangunan dengan kami. Tapi kami tak pernah jumpa. Walhal nampak kelibat pun tak pernah sebab mereka tak boleh masuk kawasan kami, kami tak boleh masuk kawasan mereka.
Tapi kami dikehendaki buat swab test. Swab test pertama dihidung (Negatif). Perit! Mata berair dan bermulalah kuarantin kali kedua di rumah si kawan selama 2 minggu. Di dalam satu bilik yang tidak besar, cukup-cukup dua orang hidup. Kadang situlah masak dengan stove kecil. Situlah tidur. Situlah bercerita. Sampai satu tahap, kami kehabisan cerita untuk dicerita. Siap ada satu hari yang si kawan ada, tapi suara sehari tu tiada. Masing-masing buat hal masing-masing. Di sinilah juga aku merasa down sebab memikir masa depan. Apa jadi dengan dunia. Aku tiada duit, macam mana balik Sabah sebab tiket sudah cancel dan tiada upcoming flight ke Sabah. Aku baru habis belajar macam mana mahu cari kerja dalam keadaan ekonomi jatuh.
Tapi di situlah kawan-kawan yang di IYC memulakan satu gerakan yang bukan biasa-biasa. 8foraid. Yang bermula untuk menghabiskan sisa baju fundraising untuk ke negara misi jadi kutipan dana untuk membantu frontliners. Ya! Mereka menjadi sukarelawan tanpa turun padang. Daripada bilik kuarantin. Sukarelawan online. Kami yang di rumah pun turut serta memberi sokongan. Daripada beberapa ratus, jadi ribu-ribu terkumpul. Mereka mula dengan membuat PPE untuk frontliners. Buat live session di IG bercerita tentang kesukarelawanan. Inilah yang sedikit sebanyak mengisi masa kami di rumah.
Sebelum habis 2 minggu kuarantin, kami dikehendaki buat saringan kali kedua (Negatif). Hasilnya sama.. dihidung.. perit. Selesai dua minggu, kami mula turun padang dengan inisiatif 8foraid agihkan pek makanan kepada keluarga memerlukan. Tapi kami tak kerap keluar. Risau juga risiko jangkitan. Aku? Masih fikir cara balik Sabah. Akhirnya aku jumpa jalan. Hasil claim tiket yang cancel, sudah boleh pakai. Sekarang tinggal tunggu flight open ke Sabah dan tarikh sesuai. Aku tinggal lagi 2 minggu di rumah kawan menunggu masa pulang. Total satu bulan di rumahnya. Bukan biasa-biasa. Aku berterima kasih dengan si kawan menumpangkan atap.
Aku ambil flight transit KL-KK-Tawau. Tiba di KK, disambut dengan pegawai kesihatan. Ya! Swab kali ketiga! (Negatif).Sebab surat swab kali pertama dan kedua sudah expired. Dalam hatiku, “Tenang! Ini perkara biasa!” Hahahahahahahah. Ya! Masih perit di hidung.
Plan mahu bermalam di KKIA menanti flight esok. Tapi pegawai kesihatan offer bermalam di pusat kuarantin Kompleks Sukan. Esok mereka hantar untuk kejar flight ke Tawau. Bagai mengantuk disorong bantal. Makan pun free. Tidur pun dikatil, kalau di KKIA? Lantai. Ada transport pulang-balik. Ya nikmat apa lagi yang kau dustakan. Disitulah aku bertemu abang-abang se-daerah. Tak kenal tapi kita berkenalan ja. Mereka terkejut dengar ceritaku berliku.
Esok? Checkout. Fly ke Tawau. Disambut lagi pegawai kesihatan. Macam main badminton. Disambut terus. Ya! Kuarantin lagi kali ketiga. Apalah nasib. Tapi kalini tempat kuarantin lebih kepada suasana flat dan kampung-kampung. Ada orang yang masuk lagi awal dari aku di situ. Mereka seakan ada ketua kampung yang mengurus hal-hal kebajikan dalam bangunan kuarantin. Bila masa makan akan ada open table waktu tu. Makan sama-sama. Waktu tu aku pegang jawatan technician kampung baiki plug-plug rosak di kediaman kami. Baiki lampu. Masing-masing ada tugas. Enjoy! Tapi aku kuarantin 8 hari sebab result swab kali ketiga awal keluar memandangkan aku swab di KK. Kalau yang swab di Tawau, testnya kena hantar di KK. Aku bye awal kepada warga kampung. Hahahahaha.
Keluar ja dari kuarantin ketiga, aku balik rumah dan reset hidup. Entah apalah mahu dibuat. Aku pun buatlah pilot projek hydroponic. Waktu ni rasa bosan di rumah dan Malaysia dapat flatten the curve. Aku join lagi MRA Sabah buat misi sukarelawan kebakaran di Tawau, Kebakaran di Semporna dengan Banjir di Kota Belud. Lepas aku tengok pilot projek hydroponic jadi aku pun teruskan dalam skala yang lagi besar sampai sekarang masih dalam proses membina sistem. Banyak juga masalahnya. Dana. Isu-isu remeh. In shaa allah cuba disiapkan dalam tahun ni.
Aku join pula program majlis belia sabah di KK untuk belajar sikit pasal demokrasi. Adalah sedikit input dari segi pengetahuan. Juga input makan free dengan tidur hotel. Eh!? Lepastu aku join pula MRA Sabah dalam Projek Pusat Komuniti & Penyelidikan di Pulau Mabul. Kami berkampung di Pulau Mabul selama 5 hari untuk jadi sukarelawan buat general health screening dan bantu dalam penyelidikan pihak UMS. Di situlah aku start tertarik masuk pulau-pulau yang ada di Semporna.
Selesai itu, aku kembali ke KL untuk hadir Ignition Night MYCorps yang sepatutnya diadakan lepas habis misi. Tapi ditangguhkan sampai wabak reda. Boleh lah jumpa kawan-kawan MYCorps balik cerita pasal aktiviti kuarantin dan tiba-tiba projek akan datang. Kebetulan masa ni MYCorps Intermission 2.0 sedang dirancang oleh KBS. Mula lah semua excited cerita tentang projek. Seminggu aku di KL luangkan sedikit masa di sana dengan kawan-kawan. Balik ja Tawau aku mula merancang projek dengan team yang kami sendiri pilih. Kami setuju untuk Recce Projek Pulau Selakan, Semporna memandangkan kawan sudah pernah buat thesis di sana dan tahu serba sedikit tentang Pulau Selakan.
Beberapa minggu lepas tu team NGO Outbox datang ke Tawau untuk projek Kotak Bahagia mereka. Aku turut serta membantu sukarelawan yang membawa harapan untuk membantu orang di tempatku. Takkan lah orang datang kita tengok ja. Aku pun assist mana yang mampu. Walaupun mungkin waktu mereka datang tu agak kurang tepat sebab kebetulan PRN Sabah sedang rancak dan ramai orang salah faham niat baik mereka ni. Tapi Alhamdulillah projek mereka berjaya dan ada yang belum move on. Harap mereka baca. Beberapa hari lepastu, team aku berkumpul di Sabah untuk recce projek di Pulau Selakan di bawah MYCorps Intermission 2.0. Di sinilah juga kempen PRN Sabah giat berjalan.
Kami ke Pulau Selakan untuk recce tempat dan potential projek. Team aku setuju untuk buat projek air untuk 200 penduduk kampung di sana. In Shaa Allah lepas wabak ni reda kami teruskan. Apapun di sini aku pun mula risau dengan keadaan Covid sampai aku risau mahu balik rumah. Lepas ja Team aku balik ke semenanjung. Aku bertapa beberapa hari di rumah sebab risau mahu keluar. Tiba-tiba kita digelombang penularan Covid-19 yang ketiga. Kes di Sabah meningkat. Kawan-kawan di MRA Sabah mula giat atur langkah membantu apa yang mereka boleh sebagai sukarelawan. Kali ni aku ambil keputusan alang-alang kalau mahu bantu kita keluar rumah terus jadi sukarelawan frontliners. Buat masa ni, kami bantu Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau untuk buat saringan Covid-19 bersasar. Cuma bantu untuk pendaftaran, tapi merasa pakai suit PPE yang panas tu.
Baru aku rasa besarnya pengorbanan frontliners selama ni. Tak balik rumah. Tak jumpa keluarga. Pakai suit PPE panas. Mungkin ada yang stress. Kurang rehat. Frontliners kita memang awesome. Kami juga buka Tabung Covid-19 2.0 menggantikan tabung pertama time PKP dulu dan sekarang tengah bersedia untuk menghantar 2000 pek makanan kepada keluarga yang memerlukan. Juga set PPE akan dihantar ke hospital-hospital bahagian Tawau serta tempat-tempat yang memerlukan. Apapun jadi yang penting ikhlas. Rakyat Malaysia pun ramai yang bantu bagi sumbangan dan aku yakin mereka semua ikhlas. Kita saling membantu dalam keadaan yang saling susah. Adakah yang baca? Apa pendapat kamu?
P/s: menunggu swab ke-4
Ada lagi 2 bulan lebih sikit Tahun 2020 ku. Semoga bermanfaat. Aamiin.
api stress test 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
Sementara menunggu Pemimpin Malaysia yang baru, saya kongsi ciri ciri pemimpin dalam Islam
Untuk itu, saya up balik kisah anak saya, MRSM dan pemimpin
****
Alkisahnya...
Anak duduk MRSM call nak mintak idea menulis manifesto, sebab beliau masuk bertanding sebagai Ketua Perwakilan Pelajar.
Saya pun suruh dia buat manifesto berdasarkan kepimpinan Saidina Umar sebab beliau adalah khalifah Islam paling luas menyebarkan sempadan jajahan dan jajahannya kekal sampai sekarang, namanya juga tertulis dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Lalu saya kisahkan cerita dari Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.
Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
OK, tamat cerita itu kat situ, sekarang menjadi tugas pemimpin memastikan rakyat tidak lapar, yang miskin di bantu, maka sebagai ketua wakil pelajar, cuba buat manifesto yang dapat membantu pelajar miskin dari segi keperluan hidup, ayah tak tahu apa masalah pelajar di sana, tapi cuba relate dengan kisah saidina Umar dan Manifesto.
Tak dapat nak kaitkan dengan dunia pelajar? Ok, ayah bagi modal lain,
Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah keewangan..
Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.
Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul Mukminim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia beranak adalah first lady zaman tu.
Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!
MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Jadi cuba korang kaitkan manifesto bab utamakan kesihatan, jika pelajar stress ada rawatan khas dan sebagainya, ayah tak tahu apa masalah pelajar MRSM tapi korang boleh fikir dan kaji dan kaitkan dengan kempimpinan saidina Umar.
Masih takde idea?
Mari kita Rujuk hadis lagi:
Huzaifah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamanya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada huzaifah r.a iatu:
Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Huzaifah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Hanzalah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.
Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?
Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!
Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So boleh kaikan dengan kehidupan di MRSM? Apa, semua kat sana dah solat berjemaah, okey kita bagi kisah lain.
Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat rondaan malam, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih kerana rindukan suami, okey, cerita ni tak sesuai untuk pelajar MRSM, kita cari idea lain.
Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:
“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”
Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”
Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”
Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!
Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang Lim Guan Eng pun sanggup nak jadikan idola.
Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?
So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…
Jadi korang boleh buat Open Mic ke, Hadis korner ke, Taklim ke, apa-apa, agar suasana di MRSM banyak ada suasana iman…
Okey, panjang juga saya cerita kat anak dalam phone, lepas tu dia pun buat Manifesto, lepas tu dia berkempen kelas ke kelas, berceramah dan pilihan raya pun berjalan.
Update,
Si anak menang Pilihan Raya dan menjadi Perwakilan pelajar. Tahniah anak, sebab dapat peluang belajar menjadi pemimpin di usia muda.
Akhir kata, dari cerita ni, korang jangan kagum dengan saya atau anak saya.
Tapi kagumlah dengan Saidina Umar.
Woha!
api stress test 在 aliesbelik/load-testing-toolkit: Collection of open source tools ... 的推薦與評價
In alphabetical order. Contents. Debugging & API testing; Benchmarking & load testing; DoS/DDoS penetration testing; Traffic replay ... ... <看更多>
api stress test 在 Create a Simple REST API and Perform Load Tests Using ... 的推薦與評價
There are several types of tests in software engineering and load testing is one of the most common. The purpose of this test is to check if software can ... ... <看更多>
api stress test 在 Is there tools for performance and load testing of REST service? 的推薦與評價
... <看更多>