[Baca cerita wanita yang terpaksa bagi anak makan cekodok je..sebab hanya tepung yang dia mampu beli! Semuanya berubah bila dia start tanya - Sampai bila nak hidup susah macam ni??]
Nak tanya anda jugak..
Adakah korang berpuashati dengan tahap hidup sekarang?
Adakah anda rasa tahap bisnes sekarang dah cukup baik?
Sampai bila? Kenapa nak tunggu lagi?
PM kami jika nak tahu macam mana kami bantu wanita ni dan lebih ramai orang lain kat luar sana?
#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
................
::ACAH-ACAH PANDAI SANGAT BERNIAGA 🙄::
Bila orang tanya, "Macam mana awak boleh berada di tahap sekarang?"
Jawapan saya selalunya hanya satu, "Tak mudah!" Dan airmata pada gambar ini membuktikan segalanya.
Ya. Tak semudah memetik jari untuk saya capai setiap yang saya ada hari ini. Saya mungkin belum berjaya macam orang lain yang lebih berjaya daripada saya. Tapi saya percaya saya berjaya jadi lebih baik daripada saya yang dulu.
Tak semua orang tahu kesusahan dan kepayahan yang saya pernah lalui. Malah mungkin sesetengahnya cukup hanya saya dan suami sahaja yang simpan sendiri.
Pernah tahan perut tak mampu beli makanan walau seketul roti.
Pernah hanya beri anak minum air sirap kerana tak mampu belikan susu walau setin kecil.
Pernah juga cuma bagi anak makan jemput-jemput kerana hanya mampu beli tepung sepaket.
Kesusahan bukan untuk dicanang-canang. Malah keperitan semua kami telan sendiri. Apa yang ada kami pakai sampai lunyai. Persoalan kami ketika itu, "SAMPAI BILA?"
"Sampai bila nak hidup susah?
Dengan kesusahan dan keperitan hidup, kami cuba bangkit. Apa sahaja yang kami tak pernah jual. Sebut apa sahaja. Tudung, baju, makanan, MLM? Semua kami jual. Asal boleh datangkan duit.
Tahun demi tahun, banyak bisnes kami cuba buat. Bisnes sendiri, bisnes partnership, bisnes dari funder. Eh, semua lah! Jatuh terduduk jangan cakap lah. Sampai dah terlentang pun ada.
Yang paling teruk ialah SAYA TERPAKSA GADAIKAN CINCIN KAHWIN TANPA PENGETAHUAN SUAMI sebab tak mampu bayar sewa kedai. Allahu, rasa bersalah sangat waktu tu. Tapi saya takde pilihan. Kalau boleh taknak lagi susahkan suami. Suami hanya tahu bila surat tempoh gadaian cincin tu habis dan dah tak boleh ditebus lagi sebab dah dilelong. Saya tahu dia marah. Tapi sebenarnya perasaan kecewa dia pada saya lebih dari segalanya ketika itu. 😢
Kesilapan paling utama kami waktu itu ialah TAK FOKUS! Ditambah pulak dengan rasa acah-acah pandai sangat meniaga! Memang melingkup lah jawabnya. Sebab dulu saya tak percaya yang BISNES PERLUKAN MENTOR! Pada saya mentor tu pandai jual air liur je. (Saya mengaku sayalah biawak itu dulu. 🤣)
Sekali lagi saya terfikir, "Sampai bila nak hidup biasa-biasa? Cukup-cukup makan?"
Sampailah saya jumpa seorang mentor yang dah ubah persepsi saya tentang betapa pentingnya mentor dan berguru kalau nak berjaya. Terima kasih Dr. Azizan Osman sebab berjaya betulkan kepala otak saya yang dulu selalu rasa tak percaya pada diri sendiri untuk capai apa yang saya nak.
Sejak saya join #SpireRichworks lepas #LastIMKK November 2018, hidup saya seakan berubah 360°. Saya lebih dekat dengan Allah. Sales saya juga meningkat terutama selepas saya tamat kelas #MillionaireMarketingMastery. Banyak benda saya belajar yang bukan setakat tentang dunia malah akhirat juga.
Yang paling best, makin ramai yang datang nak belajar makeup di #AmanizMakeupAcademy kami. Saya makin percaya yang bisnes adalah untuk memberi manfaat pada orang lain bukan sekadar untuk duit.
Wallahi, journey saya sekarang pun tak semudah disangka. Malah big why saya makin bertambah terutama lepas saya ada #TeamAmaniz yang saya perlu fikirkan perut mereka dan keluarga. Mereka adalah big why saya selain family saya sendiri.
Tapi saya percaya apa yang mentor saya pesan,
"Selalu ada harapan bagi sesiapa yang sering berdoa.
Pasti ada jalan untuk sesiapa yang kuat berusaha."
Doakan saya terus kuat untuk membantu lebih ramai wanita jadi mahir dalam bidang solekan dan dapat menjana pendapatan sendiri dengan skill solekan yang mereka ada. 💪
#mystory
#ThePowerToAttract #GoodMentorAzizan
#MMMMac2019
#IAmTheNextTitan
#RoadToTitan2020
#IAmSpire
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「lastimkk」的推薦目錄:
- 關於lastimkk 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於lastimkk 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於lastimkk 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於lastimkk 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於lastimkk 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於lastimkk 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於lastimkk 在 #lastimkk - Explore - Facebook 的評價
- 關於lastimkk 在 Intro Lagu NUH, IMKK, ZKM - YouTube 的評價
lastimkk 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Dia ni mula dari kosong hadir program kami 2-tahun lepas dan sekarang mampu capai lebih RM7juta..... Main bantal jer.....
Korang mesti dah biasa tengok muka dia kat tepi highway. Mamat pegang bantal 2 bijik tu..
Nak tahu macam mana dia start bisnes? Jom tonton jap sharing beliau ni...
Share kan dengan kawan-kawan ye..
P/S Pastikan anda join FB Group Nak Ubah Hidup atau layari www.NakUbahHidup.com untuk tonton lebih banyak free video training.
#TeamRichworks
#ResultMatters
#KisahInspirasiUsahawanJutawan
#AnakdidikDrAzizanOsman
#LastIMKK
#MMMDec2018
Penafian:
Tidak semua orang hasilnya sama, jangan expect sangat nak capai seperti mereka. Banyak faktor yang menjadikan mereka ini capai hasil begini. Ramai hanya duduk berangan tunggu perubahan berlaku dan yang lain asyik kira pencapaian orang lain tanpa komited kepada proses mencapainya.
lastimkk 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
Kami warga Richworks bersama pengasasnya Dr Azizan Osman, Pengasas Bersama Jerry Rizal, barisan Lembaga Pengarah dan Team Richworks mengucapkan jutaan terima kasih kepada lebih dari 11,000 peserta Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang terakhir.
Juga kami ucapkan tahniah dan terima kasih kepada lebih 100,000 peserta yang pernah hadir ke IMKK semenjak diadakan dari tahun 2010.
Kami doakan anda terus kaya dan berjaya.
Jika anda mahu tahu bagaimana Richworks boleh bantu anda jadi usahawan berjaya, PM kami.
Terima kasih, terima kasih, terima kasih..
#TeamRichworks
#ThisIsTheEnd
#LastIMKK
lastimkk 在 Intro Lagu NUH, IMKK, ZKM - YouTube 的推薦與評價
![影片讀取中](/images/youtube.png)
ThisIsTheEnd# LastIMKK. ... <看更多>
lastimkk 在 #lastimkk - Explore - Facebook 的推薦與評價
explore #lastimkk at Facebook. ... <看更多>