Ada orang campak duit nak tunjuk dia kaya.. ada orang tunjuk jam mahal bersusun, ada orang tunjuk kucing mahal, ada orang tunjuk kereta mewah..
Saya nak campak apa tunjuk kaya? Aci tak tunjuk gambar anak menang juara pertandingan azan? Lepas tu rajin buat kerja rumah.. basuh pinggan hari hari. Hantar baju di dobi lepas tu balik jempur di ampaian.
Anak juga pandai mengaji dan jadi Imam..
Alhamdulillah..
Kaya jugak ni.. sebab harta tak ternilai bila ada anak lelaki pandai buat kerja rumah.. sungguh bertuahlah menantu papa anak datok berwajah seiras mustafa kamal megah holding ke apa namanya..
Woha!
Link anak masuk pertandingan azan:
https://youtu.be/pkA9JmkDV-k
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1,490的網紅eintan nurfuzie,也在其Youtube影片中提到,Sebulan lepas cik en ada beli beg astronaut untuk bawak si oboi balik kampung. Dulu tak terfikir nak beli dan hanya tengok client klinik bawa anak bul...
anak kucing namanya 在 Facebook 的最佳解答
KISAH NABI PUN BERGURAU?
Alkisahnya, 20 tahun dahulu, ketika saya belum keluar berdakwah, Ada sorang ustaz jumpa saya dan berkata:
“Hamka, kau ni kelakar, tadi dalam kelas, ustaz nampak kau sampuk cikgu cakap, semua kelas gelak, cikgu pun suka kau sebab selalu buat lawak dalam kelas, tapi kau tahu tak? ada sahabat Nabi yang juga sangat kelakar, suka buat lawak, hingga Nabi kata dia masuk syurga sambil gelak”
Alamak, saya kelakar sangat ke masa tu?
Tapi memang waktu sekolah dulu, saya tak boleh senyap dalam kelas, dan akan sampuk kata kata cikgu dengan kata kata lawak hingga takde orang tidur dalam kelas! Kira selalu bagi Punch line lah.
Tak sangka ada orang tabligh datang dakwah saya sambil kaitkan saya dengan sahabat Nabi yang suka buat lawak.
Tapi memang betulpun, dalam catatan sejarah ada Sahabat Nabi yang suka bergurau, dan buat lawak, hingga Nabipun ketawa nampak gigi bila bersama dengan beliau.
Pernah waktu Nabi dengar Karkuzahri (laporan) dari Abu Bakar yang baru balik dari Jemaah ke Busra, Nabi gelak bila Abu Bakar cerita tukang masak, si Suwabit kena jual sebagai hamba oleh Nuaiman, macam mana boleh kena jual?
Abu Bakar cerita, si Nuaiman ni lapar mintak makanan lebih dari Suwabit, tapi Suwabit tak nak bagi, Nuaiman ugut nak buat sesuatu yang drastik, tapi Suwabit tak heran, terus Nuaiman pergi pasar dan iklan nak jual hamba yang pandai masak dan akan bercakap, “saya bukan Hamba”, dengan harga 10 keping emas. Ada orang arab beli, bayar kat Nuaiman, dan terus tangkap Suwabit walau dia jerit “saya bukan Hamba”, waktu kejadian tu Nuaiman ni boleh pulak buat muka serius menjual, hinggalah Abu Bakar campur tangan pujuk orang tu pulangkan tukang masak sebab ni semua prank dari Nuaiman. Suwabit bila dilepaskan, gelak jugak sebab dia pun pernah cuba jual Nuaiman tapi tak Berjaya. Nuaiman lagi cekap, adohai.
Nabi juga pernah gelak waktu jumpa Nuaiman yang sakit sebelah mata, Nabi tegur, “boleh ke makan kurma sedangkan kamu sakit mata?” selamba Nuaiman jawab: Saya kan ada dua mata, saya makan kurma ni dengan mata satu lagi. Terus Nabi gelak nampak gigi.
Kisah lain, Nuaiman ajak Nabi makan di kedai, biasa siapa ajak dia kena belanja, tapi lepas makan Nuaiman suruh Nabi bayar, Nabi Tanya kenapa? Nuaiman cakap: Raja kenalah belanja rakyat, Tuan Nabi kot, kenalah belanja saya.., Nabi gelak dan bayar makanan itu.
Kisah lain, Nuaiman bagi hadiah makanan dan madu pada Nabi dengan kuantiti yang banyak, waktu Nabi agihkan makanan dan madu itu pada sahabat lain, datang penjual makanan dan madu mintak duit, sebab Nuaiman tak bayar pun. Nabi dah agak, inilah kerja Nuaiman, terus Nabi senyum dan bayar, hari lain Nabi Tanya Nuaiman, kenapa kau bagi hadiah tapi saya pula yang kena bayar? Nuaiman cakap, “Saya nak bagi hadiah kepada Tuan tapi saya tak ada duit tapi saya tetap nak bagi hadiah sebab saya nak pahala bagi hadiah” Selamba jawapan Nuaiman. Nabi terus senyum nampak gigi lihat gelagat Nuaiman. Adohai.
Kisah lain lagi, ada orang bergurau dengan Nuiaman, suruh sembelih unta orang arab yang baru masuk islam, orang tu masuk masjid, masuk islam, tapi Nuaiman boleh pulak sembelih dan panggang bonggol unta, bila orang arab tu menjerit unta dah mati, Nuaiman lari menyorok dalam kebun jauh dari Madinah.
Nabi ganti unta kepada Mualaf dan cari Nuaiman, terus jumpa sedang menyamar jadi tanah, dengan sapukan debu pada seluruh badan, Nabi sambil tersenyum sapu debu pada wajah Nuiaman dan ajak makan unta tadi sebab Nabi dah balanja.
Sahabat kadang pelik tengok Nabi layan karenah Nuiaman yang buat lawak bukan bukan, lebih parah Nuaiman pernah mabuk akibat minum arak, Nabi hukum dengan pukul Nuiaman dengan kasut, Saidina Umar yang geram dan berkata, Laknat Allah kepada Nuaiman, tapi Nabi tegur, dosa besar tak keluarkan orang itu dari islam. Malahan Nabi kata Nuaiman selalu buat saya ketawa, dan dia akan masuk syurga sambil ketawa.
Rupanya Nuiaman ni golongan Awalin masuk islam, dan sertai perang Badar, Uhud, Khandak, malahan waktu perang Tabuk ada sahabat bernama Kaab, Hillal dan Murarah R.A. tak sertai perang, lalu kena PKP oleh Nabi, tapi Nuiaman setia dalam semua perang.
Balik kepada Nabi Muhammad SAW sendiri, ada waktu Nabipun bergurau dan buat lawak, A'isyah R.a berkata : "Jika Rasulullah S.a.w berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan ketawa".
Pernah semua isteri Nabi berkumpul dan Tanya, siapa Rasullullah paling sayang? Nabi cakap: “Siapa dapat hadiah malam ni, dia adalah kesayangan saya”, maka malam itu Nabi jumpa isteri sorang sorang, dan semua diberikan satu dirham dengan syarat, jangan cerita kamu dapat hadiah, jadi esok pagi semua isteri Nabi tersenyum gembira. Woha!
Saidina Ali bin Abi Talib K.w pula menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w selalu kelihatan ceria, tenang dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, bahkan Baginda kadang-kadang tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.
Pernah Saidina Ali sedang makan kurma bersama Nabi, Beberapa ketika kemudian, Sayyidina Ali menyedari bahawa beliau memakan sangat banyak kurma. Sebab ada biji-biji kurma yang banyak depan beliau.
Diam-diam beliau memindahkan biji kurma miliknya ke tempat biji kurma milik Rasullullah lalu berkata. "Wahai Nabi, engkau nampak begitu lapar sehingga makan kurma begitu banyak. Tengok biji semua depan kamu”
Nabi sambil tersenyum jawab: "Ali, kamulah yang sangat lapar. Sehingga makan kurma bersama biji, langsung tak ada biji tersisa di depanmu”
Terus Gelak Saidina Ali mendengar jawapan Nabi itu, woha!
Kisah lain, Nabi panggil Anas “wahai kamu yang ada dua telinga”, terpinga sekejap Anas nak hadam gurauan Nabi Muhamad SAW. Bila Nabi tengok Sahabat suka main dengan kucing, Nabi panggil dia “Wahai Bapa Kucing”, senyum sahabat tu dapat geleran tu dan terus tukar namanya jadi “Bapa Kucing” (Abu Hurairah) sampai hujung nyawa.
Ada jugak kisah orang tua datang jumpa Nabi minta Doa masuk syurga, Nabi jawab: Tiada orang tua masuk syurga” Terus sahabat yang tua ni menangis, Nabi terpaksa explain the joke, bahawa semua orang dalam syurga adalah muda, orang tua masuk pun jadi muda.
Tapi ada kisah jugak, Nabi buat lawak yang tak sampai punch line jika kena explain, maka nabi diam sahaja, sebab just never explaining a joke couse is not funny if you have to explain it.
Alkisahnya, Ada sahabat minta Nabi tolong dia naik unta, Nabi cakap, Nanti aku akan tolong kamu naik anak unta lah..
Sahabat ni pelik, kenapa Nabi suruh naik anak unta? Tak zalim ke naik anak unta? Sahabat lain explain Nabi buat lawak tu sebab semua unta adalah anak unta kepada ibunya. Baru sahabat ni senyum faham nabi bergurau.
Ada jugak kisah wanita bagitahu Nabi suaminya sakit, Nabi cakap, suamimu yang dalam matanya ada putih tu ke?
Wanita ni pelik, mana ada suami mata nya putih?, balik rumah suaminya bagitahu semua orang ada mata putih, baru punch line sampai kat wanita tu-woha!
Jadi tuan tuan, hidup ni kenalah cari masa untuk bergurau senda, sekali sekala apa salahnya. Nabipun pandai bergurau, makan janganlah serius sepanjang masa.
Balik kepada kisah Nuaiman, ada satu lawak gila dia buat, iaitu zaman Sadina Osman jadi khalifah, ada orang buta nak ke tandas, Nuiaman ni konon buat baik dan pimpin si tua ni pergi kencing, sekali rupanya dinding masjid!?
Menyumpah seranah orang tua buta tu bila kena tegur oleh Jemaah lain, dan Nuiaman pergi menyorok sambil gelak, sebab orang tua bersumpah nak ketuk kepala Nuaiman dengan tongkat sampai berdarah!
Esoknya Nuaiman buat suara lain dan pergi kat pakcik tua yang buta tu dan berbisik “Pakcik nak cari Nuiman kan? Saya tahu di mana dia” Terus di pimpinnya tangan pakcik tu sampai ke mimbar Masjid yang mana Saidina Osman sedang iktikaf, terus orang tua tu ketuk kepala Saidina Osman sampai berdarah! Terkejut sahabat lain sebab Osman tu Amirul Mukmunin! Raja semua orang islam!
Sahabat lain tangkap Nuaiman, Tapi Saidina Osman r.a maafkan Nuiaman malahan gelak dengan kejadian itu, ada riwayat mengatakan Saidina Osman r.a berkata, semua dosa ahli Badar diampunkan Allah. Lepaskan dia.
Tak lama kemudian, Saidina Osman mati dibunuh oleh pemberontak islam, Ini bukan gurauan lagi, juga tak lama kemudian berlaku perang antara ahli syurga, Saidina Ali lawan Talhah, dan dikatakan sejak perang ahli Syurga itu berlaku, Nuaiman tidak tersenyum dan ketawa lagi. Beliau dikatakan menanggung kesedihan melihat fitnah menimpa umat islam, dan menghebuskan nafas terakhir di zaman Muawiyah berkuasa.
Maka dalam kita bergelak ketawa, jangan lupa kisah Sahabat yang telah alirkan darah dan air mata demi memperjuangkan agama.
Abdullah bin Mas'ud berkata,: Apabila aku mengaji didepan Nabi, aku lihat kedua-dua mata Nabi berlinangan dengan air mata". Bila Nabi cerita pasal kubur, saidina Usman menangis, Nabi cerita pasal titian sirat, Abdullah bin Rawahah pula menangis. Nabi cerita sifat orang munafik, Hanzalah menangis, Nabi cerita agama telah sempurna, Abu Bakar menangis, Nabi cerita tentang kematian, semua sahabat menangis.
Dalam sejarah islam, tak ada orang terdahulu yang gelak sampai bisu, tapi Ibnu Umar telah menangis kerana takutkan Allah s.w.t. sehingga matanya buta. Katanya kepada seorang yang memerhatikannya: "Agaknya kamu hairan melihat aku menangis? Matahari pun menangis kerana takutkan Allah s.w.t..."
Kadang kadang Nabi cakap tak banyakpun, terus Abu Bakar, Umar, Osman, Ali akan berlinang air mata.. lantas Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada mereka:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."
Sabda Nabi Mubammad s.a.w lagi.:"Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka."kemudian Nabi suruh sahabat menangis mengenangkan dosa-dosa.
Dalam satu hadis lain pulak, Nabi saw bersabda “Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati, Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”
Jadi tuan tuan, dalam kita gelak berdekah atau buat lawak, jangan lupa menangis dalam solat tahajjud dan dalam doa selepas tahajjud kerana menangis dalam solat dan doa itu sunnah, dan tangisan takutkan Allah, akan memadamkan api nereka!
Akhir kata.., beruntunglah sesiapa yang menangis dalam solat, InsyaAllah akan bahagia di akhirat, dan sesiapa yang gelak dalam solat, maka solatnya batal! Tak sah! Solat semula!
Woha!
anak kucing namanya 在 Facebook 的最讚貼文
Bagaimana didik anak?
(LAPAN cara mudah mendidik anak, nombor TUJUH amat menakutkan)
Pembaca 1:
“Seronoknya tengok video Hamka dan anak anak, ada video raya, ada video muzakarah, ada taklim, bestnya, bagaimana nak didik anak macam tu Hamka?”
Pembaca 2:
“Saya cadang cik Hamka bagi tips didik anak-anak pulak. Isteri saya tengah mengandung. Tapi dia sekarang tengah HO, sangat limited masa untuk diri sendiri. Seharian dalam hospital saja. Jaga pesakit. Ada amalan yang susuai untuk didik anak? boleh share dengan kami, terima kasih”
Pembaca 3:
“Keluarga saya kosong, boleh cik hamka bagitahu bagaimana nak bermula dalam didik anak?”
Jawapan dari Hamka keretamayat.
Salam and solutions.
Anak saya masih kecik-kecik, yang sulung masih SPM, yang kecik OKU Autisme, jadi nak tulis dari segi pengalaman belum sempurna, tapi saya nak tulis juga tip-tips perihal jaga anak setakat yang saya telah amalkan sebagai nota kepada diri sendiri.
1.Mulakan beri nama yang baik baik, dan pendek sahaja.
Agak menyusahkan masa depan si anak jika nama anak panjang berjela, kesian anak korang bila waktu nak isi borang, ruang kotak tak muat, waktu exam terkial kial nak tulis nama, lepas tu bila nak kahwin, terkebil kebil Tok Kadi dan calon menantu nak sebut nama anak yang panjang gaban.
“Saya nikahkan dikau, Tuan Abdul Ahmad Rais Said Altonfok Tonfok Tun Kiai Berahim Bin Ammad Fuad Zambri Mamawee Al Tompek dengan Siti Ainun Bariah Putri Gusti Ledang Amani Kudus Binti Tun Doctor Datok Tuah Syeid Haji Abdul Malik Karim Abdullah dengan mas kahwin.., hargahhh, putus nafas! Semput.. semput!”
Ikut islam banyak nama pendek pendek jer, contoh: Nuh, luth, Adam, Isa, Ali, Umar, dan lain lain, kan senang? Nama anak perempuan saya sepatah jer, Najiha binti Hamka, habis cerita.., senang menantu nak akad lafaz nanti, woha!
2. Masih bab nama: Kalau boleh, bagi nama anak yang unik
Nama unik, maksud saya namanya tak terlalu ramai yang guna, ini dari segi psikologi, anak akan cepat terkenal kerana orang akan mudah ingat nama beliau, dan cerahlah masa depan insyallah, serta mudahlah beliau untuk takluk dunia, macam nama Hitler.., (contoh tak membantu)
Contoh nama saya, Hamka, kat sekolah, jarang sangat saya jumpa dengan orang nama Hamka, kalau jumpapun, tak hensem macam saya, saya tetap win- woha!, dan nama anak saya ada bernama Hazkil, sempena Nama Nabi terdahulu yang sezaman nabi Ibrahim, setakat ni saya tak jumpa nama anak kawan saya bernama Hazkil, dan saya panggil dia dengan nama manja “K”.., mungkin bila besar esok-esok, dia akan jadi Datok K, dapatlah saya menantu Tok Tie. woha!
3. Didik anak cara Sunnah.
Anak macam ‘sponge bob’, akan ‘menyerap’ semua kelakuan ibu bapa sebagai falsafah hidup, bapak yang solat di rumah sebelum PKP, anak juga akan ikut solat di rumah walaupun bila besar jadi ustaz, bapak yang tak solat, anak jugak akan sama tak solat walaupun bila besar jadi pemimpin parti so call islamic. Maka, untuk didik anak cara sunnah, mak bapak dulu kena amalkan sunnah, mak bapak masuk tandas tak tutup kepala, anak akan ikut.., (saya ler ni..oh) mak bapak hantar nenek ke rumah orang tua, anak juga akan hantar korang ke sana,oh..
Jadi, jaga sunnah dalam diri korang, sebab si anak sedang perhatikan korang.., lebih bagus dapat kita duduk dan muzakarah adab dan Sunnah dengan anak anak tiap kali lepas solat, saya buat ni sepanjang PKP dan berdoa semoga kefahaman anak anak bab Sunnah terus kekal dan berkembang.
Alhamdulillah
Secara ringkas, anak belajar dari pemerhatian, bermakna, jika kita ikut sunnah Nabi, maka senang anak nak ikut, jika kita KO, anakpun KO sama, (tertakluk pulak kepada kawan kawannya)
4. Jika ada orang menegur kesalahan anak kita, ucapkanlah terima kasih
Ni penting!, jika ada cikgu marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada cikgu yang cuba selamatkan masa depan anak kita.. Kenapa Mak bapak jenis tu saya panggil bangang?!
Cuba tengok kat sekolah, ada budak nakal, cikgupun pukul sikit, tapi mak bapak yang bangang terus serang cikgu tu tanpa usul periksa.., dan apa kesan pada anak, jadi bodoh sombong.., lepas tu cikgupun malas dah nak tegur anak mak bapak bangang, bila anak dah besar , dan jadi kurang ajar serta bodoh.., mak bapak pulak salahkan kerajaan, memang bengang!
Masa saya kecik, pernah ada jiran datang jumpa mak saya cakap saya ni nakal usik anak dia, mak saya terus ucap terima kasih, dan pukul saya depan jiran tu sampai jiran tu puas.., dan setiap kali ada orang mengadu kesalahan saya, itulah yang mak saya lakukan..
Tapi ada jugak jiran saya, bila mak saya mengadu anak dia nakal, dia marah pulak mak saya, katanya jangan sibuk jaga tepi kain orang, dan mak akupun dah tak mengadu lagi dengan jiran yang jenis sebgitu..
Sekarang, mak saya dan jiran saya tu pun dah arwah, dan saya tengok, anak jiran saya tu bila besar jadi penagih dadah.., (macam cerekarama, kan?)
Jadi ingat falsafah kereta mayat:
“jika ada orang menegur kesalahan kekasih kita, ucapkanlah terima kasih”
5 .Hidupkan suara Nabi di rumah.
Ini paling penting: Al quran dan Hadis bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi, masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..
Tapi bila mereka mendengar suara Nabi membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk ugama islam dan bersolat tak jemu-jemu,
Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...
Untuk itu, saya juga belajar-belajar menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumahku pada setiap malam selepas isyak dan membacanya di hadapan anak dan isteri yang mana saya telah melihat hati mereka mulai terang dengan cahaya kerana mereka mulai menjadi isteri dan anak yang taat kepada Allah dan suami serta ayahnya..
Nikmat mana lagi yang lebih besar dari ditaati? Mana ada raja yang sanggup jadi Raja kepada rakyat yang tak nak taat?, mana korang sanggup jadi bos kepada pekerja yang asyik mogok..?, dan mana best jika jadi suami kepada anak dan isteri yang derhaka?
Best ke jadi Mak kepada Si Tanggang?
Untuk itu, Korang belilah kitab mutakhab Hadith karangan Maulana Yusof atau Fadhilat amal karangan Maulana Zakaria.., kumpul anak beranak, dan baca dengan gaya ustaz walaupun korang bukan ustaz, dan anak beranak kena dengar gaya pelajar walaupun mereka ustaz atau ustazah..
Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...
Dan insyAllah, masyarakat jahilliyah yang bunuh anak hidup-hidup pun boleh jadi baik bila dengar ‘suara Nabi’.., apatah lagi anak anak kita yang tak pernah membunuh, kalau bunuhpun mungkin setakat bunuh cicak dan nyamuk.., apalah sangat..
6. Jangan tunggu 10 tahun baru nak pukul anak.
Ini tak boleh cerita terang terang, kena saman nanti, tapi pukul lah anak jika mereka buat silap. Ada hadith, rumah yang di gantung rotan untuk mengajar anak, dapat pahala, tu gantung, kalau pulul lagi banyak pahala. dan tak perlu saya cerita tahap pukulan yang macam mana, saya tahu korang semua bijak dan tak slow. Ingat pesan Lukman al hakim, anak perlu dipukul seperti kebun perlu di airi...
7.Jangan takutkan anak dengan hantu.
Bagitahu anak, orang tahap tinggi jer boleh jumpa alam ghaib, maka kena rasa seronok jika jumpa hantu! Andai malam malam ada bunyi pelik, pergi tegur dan siasat, dan selalu pasang niat nak jumpa hantu sebab nak berdakwah pada hantu, jika hantu muncul- selfie, moral: jangan takut hantu, takutlah Tuhan.
8.Setiap hari bermusyuarat.
Seronok sangat lepas solat subuh, musyuarat dimulakan dengan tazkirah ringkas dan minta laporan apa aktiviti di buat oleh anak semalam, jika salah kita tegur, jika bagus kita puji.
Jika waktu PKP, masa mesyuarat kita lantik siap siap untuk sepanjang hari siapa jadi Bilal?, siapa jadi Imam? Siapa ajar mengaji? Siapa siram pokok bunga? Siapa bagi tazkirah? Siapa buat muzakarah? Siapa tolong bonda masak atau Bagi makan kucing dan lain lain, dan esok kita mintak laporan balik bagaimana tugas dijalankan.
Begitulah yang saya buat.
Waktu free dia nak main game, tengok TV kea pa, saya biarkan sahaja. Kadang saya layan sama menonton untuk faham apa budak zaman sekarang suka. Kadang kami jongging sama sama dan makan berjamah dna banyak lagilah aktiviti, panjang jika nak cerita semua, boleh beli buku KISAH ANAK BINI atau KISAH LAKI BINi atau NGETEH DIKUBUR AYAH, atau KERANA DIA ANAK SYURGA untuk Nampak suasana keluarga kami-insyaAllah.
Jadi begitulah secara ringkas kisah keluarga kami, (nak panjang ken abaca buku, sempat promote, he he) Sungguh Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bakak dengan kapur- woha!
Link video kami sedang bahagia, doakan kami bahagia sampai Syurga:
https://youtu.be/uprmEufYEwI
Ps: Kepada Anak anak, dah besar nanti tolong cover line ayah sikit yer-Woha!
anak kucing namanya 在 eintan nurfuzie Youtube 的精選貼文
Sebulan lepas cik en ada beli beg astronaut untuk bawak si oboi balik kampung. Dulu tak terfikir nak beli dan hanya tengok client klinik bawa anak bulus dorang. Kebetulan bak cari carrier untuk oboi, cik en terfikir nak cari yang boleh digalas dan terbekenan pula beg astronaut ini.
Video ini hanya review ringkas sebabnya bekerjsama dengan haiwan ini susah lagi lagi namanya kucing. Hahaha