Ni website yang dibina oleh rakyat Malaysia tanpa dana juta-juta.
Kat website ni, sesiapa pun boleh angkat bendera putih secara maya.
Yang merah-merah tu adalah permohonan bantuan. Ramai kan orang susah di seluruh Malaysia.
Yang biru adalah sesiapa yang nak beri bantuan. Boleh tengok juga ramai rakyat Malaysia yang prihatin.
Tahniah Terato Tech yang buat website ni. Kos nak bayar Google Maps ni mahal weh.
Terima kasih kepada Google Malaysia yang bagi kredit percuma kepada Terato Tech.
Nama website ni adalah https://kitajaga.co/
Ni betul-betul rakyat jaga rakyat.
Kredit :
Najib Bakar
#NBTulis
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「bendera putih merah biru」的推薦目錄:
- 關於bendera putih merah biru 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於bendera putih merah biru 在 Facebook 的精選貼文
- 關於bendera putih merah biru 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於bendera putih merah biru 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
- 關於bendera putih merah biru 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於bendera putih merah biru 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於bendera putih merah biru 在 Kenapa Banyak Bendera Negara yang Mirip? - YouTube 的評價
- 關於bendera putih merah biru 在 Ruangguru - Wah, ternyata banyak yah negara yang ... 的評價
bendera putih merah biru 在 Facebook 的精選貼文
Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman ugama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam solat tahajjud meriah macam tengok bola, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah rumah ke rumah.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...
Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..
Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud saya, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..
Lalu di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan satu jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: sayau orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai)
Update: Okey ada movie baru saya tengok kejadian macam ni, Captain Amarica beku di bawah ais, ha ha, tak lah tua sangat pakcik ni!
Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menberhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...
1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains PDPR)
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, penjiman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam dan kad kredit islam pun ada..,
Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut dan saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf?
Mana pergi rakyat malaysia yang beragama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché dan kisah ni berlaku sebelum Covid 19 merebak)
Lepas solat di masjid yang lengang, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... UERO202$!
Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..
Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasaraya islam.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “Serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”
Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat jika beli dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, harga yahudi dan kualiti palestin?..,
korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..
Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk, “Thanos paling kuat!”
Terkejut berok korang dibuatnya, Thanos tu menanang apa? Lata dan uzza korang tahulah, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi One Punch Man juga kuat bang, Gokupun, Superman Zack Snyder pun kuat, DarkSide tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Thor lagi, dia tu dewa.., Bezita, dan Jirenpun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita Keiju Pacific Rim punya geng!
Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..
Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..
Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memeberi salam sambil pelawa korang duduk.
“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”
Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,
“Perancis lah paling kuat bro, mereka sentiasa ada mentaliti untuk menang, personaliti setiap pemain selain kepantasan permainan serta kebijaksanaan semasa di dalam padang. Pergghh, terbaik! Sejarah dah buktikan mereka boleh menentang mana-mana pasukan tidak kira dari segi taktikal atau pasukan yang gemar menguasai permainan kerana mereka merupakan pasukan yang bijak. Pasukan yang kita tak jangka sebab boleh berubah-ubah dari segi taktikal. Tidak kisah mana-mana pemain yang beraksi. Secara fizikal mereka sangat padu dan penyudah mereka sangat sedap! bla bla bla..
*******
Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Masjid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal jam 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!
“GOAL!!!”
Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menyanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...
Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..
*****
1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik TNB...
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..
Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?
Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi..
Selamanya! Selamanya!
Selamanya Harimau Malaya
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaa aaaaa aaaaa,
Lelelelela OOOoo OOo,
Lelelelelaaa Harimau Malaya
Harimau Malaya
Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!
Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,
“Bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”
Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 3 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2020.., dunia belum kiamat..
“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”
“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok bola piala eropah..”
“Oh, ye ke?,”
Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...
Siapa yang bakal menang?
Perancis atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh habis PKP nanti..
Woha!
bendera putih merah biru 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Ketika zaman Brazil top pial dunia, aku tulis cerita ini...
Bayangkan jika korang datang dari kurun terbaik, iaitu zaman agama islam sedang naik, zaman masjid solat subuh penuh macam solat jummaat, zaman orang islam pakat pakat tidur awal dan bangun awal pula di pagi hari untuk solat tahajjud, yang mana terdengar tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., zaman semua orang lelaki keluar berdakwah jauh-jauh tinggal anak bini.., zaman perempuan berpurdah walaupun dalam gelap, bayangkan...
Err, bukan bayangkan perempuan berpurdah dalam gelap tu, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., zaman dunia tunduk di bawah pemerintahan ‘kuku bersih’ ummat islam... zaman peniaga pakat-pakat meninggalkan kedai dan perniagaan sebaik azan berkumandang.., zaman budak budakpun jaga sembahyang, zaman di mana orang kafir masuk islam berbondong bondong sebab terkesan dengan akhlak mulia orang islam, zaman di mana perempuan cantik berjalan di malan hari tanpa gangguan.., bayangkan..
Tengok?! Bukan bayangkan perempuan cantik berjalan di malam hari tanpa ganguan, maksud aku, bayangkan kegemilangan islam di zaman itu.., macam zaman orang arab berdakwah ke seluruh dunia, zaman 1000 tahun yang lampau, zaman yang mana apabila lelaki bertemu lelaki, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, apabila perempuan bertemu perempuan juga, mereka akan bercakap tentang kebesaran Allah, dan apabila kanak-kanak bertemu kanak-kanakpun, mereka juga akan bercakap tentang kebesaran Allah..
Lalu bayangkan di zaman itu, korangpun ikut serta pergi berdakwah ke seluruh dunia, ditakdirkan tuhan, korang ikut berdakwah dengan jemaah ke kutub utara.., dakwah orang eskimolah pulak.., sampai kat sana, sedang asyik korang berzikir atas behtera, sekali kapal korang terlanggar iceberg, terus buat korang tercampak ke dasar lautan yang suhunya bawah paras beku, dan automatik korang terus jadi mayat beku macam ikan dalam ruang frozen peti ais, dan ditakdirkan tuhan, korang berada dalam zon “Suspended animation” atau apa nama ntah, macam "induced hibernation".., alahai macam Sylvester Stallone, dan Wesley Snipes dalam filem Demolition Man tu... (baca: aku orang tua, rujukan filem pun adalah filem lama, adohai) atau lebih rever, macam captain amarica terperangkap dalam ice waktu lawan red skull.
Nak di jadikan cerita, rakan pendakwah korang pulak tak jumpa cari korang di dasar kutub utara tu, maka berhabinasilah korang dalam kesejukkan yang menhentikan segala perjalanan darah dan denyutan jantung...
1000 tahun kemudian, korang dijumpai oleh orang Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik kat kutub utara, mungkin buat ABC (air batu campur) terbesar di dunia siap campur dengan tapai dan pulut, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam iceberg selama 1000 tahun itu di bawa pulang ke Malaysia, lalu di bawa masuk ke makmal kat Universiti Sains Malaysia ke, Universiti Malaysia Pahang ke, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik, memandangkan segala jasad korang masih lagi elok sebab tak reput.., sama macam kes benar rakyat jepun Mitsutaka Uchikoshi pada tahun 2006, yang terperangkap dalam suhu sejuk tapi dapat hidup selama 24 hari tanpa makanan dan minuman akibat dari hypothermic state yang hampir sama dengan kes korang iaitu hibernation atau Suspended animation.. (lain kali jangan ponteng kelas sains)
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang sudah berubah, ada ala-ala kisah pemuda al kahfi gitu.., yang terjaga selepas ‘berhibernasi’ selama 300 tahun, jadi korang pun tanya, “kat mana aku ni?”.., dan legalah korang bila di beritahu bahawa korang berada di negara Malaysia, yang mana agama rasminya islam, pemerintahnya islam, dan ramai rakyatnya juga berugama islam, juga ada sekolah islam, Universiti islam, Bank islam, pinjaman islam, Coklat islam, kedai makan islam, zoo islam, parti islam, penyanyi islam, kereta islam, izu islam, rap islam, dan kad kredit islam pun ada..,
Bila dah sembuh, korang pun jalan jalan kat Malaysia, bila tiba waktu azan, korangpun sukalah sebab bukan main kuat lagi azan, satu bandar boleh dengar.., lepas tu korang ke masjid, wah.., bukan main besar lagi masjid, siap ada karpet, lampu antik, sejadah lembut, air cond tiga kuasa kuda dan luas saujana mata..,
Tapi.., bila solat, tak sampai satu saf? pelik?
Mana pergi rakyat malaysia yang berugama islam? Kenapa zaman aku dulu, masjid penuh sampai ke belakang.., tapi sekarang takde orang? (maaf, sebab agak cliché)
Lepas solat, korangpun pergi kedai makan, oh.., tahulah korang, kenapa masjid kosong, kat sini rupanya orang Malaysia sedang berkumpul.., penuh meja makan.., dan dalam semua kedai makan tu, ada TV besar, dan ada perlawanan bola secara langsung... Brazil lawan Croatia!
Oleh sebab meja makan penuh, korangpun tunggulah dulu kat luar.., sambil berniat nak buat dakwah sikit, nak bercakap tentang iman dan ketuhanan, sebab zaman korang dulu, jika ada masa lapang, terus ajak kawan kawan duduk dalam majlis iman.., majlis bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah..
Korangpun nampak satu orang makcik, dah tua dah.., bertudung dan sedang duduk baca katalog iklan sebuah pasara islam dan produk islamik online.., korangpun tegur makcik tu, dan lepas tu korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai perbualan dengan soalan siapa paling kuat? yang korang akan jawab sendiri, iaitu Allah paling kuat, dan terus merancakkan dakwah, tapi bila korang Tanya makcik tu akan soalan:
“makcik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, makcik tu terus menyampuk, “serbuk pencuci X lah yang paling kuat dan handal menghapuskan kotoran, dengan sesudu sahaja, mampu menghilangkan segala kotoran degil!”
Terkejut berok korang dibuatnya, dan makcik tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi produk merujuk kepada katalog iklan tu.., “makluk A ni bagus,, Makhluk B ni hebat, makhluk C ni kuat”.., rupa-rupanya makcik tu adalah agen MLM yang sedang promote kehebatan prodoknya yang boleh bagi manfaat dan boleh bagi mudarat jika tak beli, lepas tu cerita tentang sistem piramid, ekonomi islam, dakyah yahudi dan kuasa boikot.., korangpun terus jadi takut dan blah..., sebab takut iman korang rosak melayan makcik yang dah jadi syirik sebab yakin dengan produknya boleh bagi manfaat, sedangkan yang boleh bagi manfaat dan mudarat adalah Allah..
Setelah korang berada agak jauh dari makcik tu, korang terjumpa pulak budak-budak yang sedang lepak sambil bermain game di Smart phone yang ayah dia beli secara hutang, korang rasa budak ni boleh ‘makan’ ni.., bolehlah aku meningkatkan keimanan dengan bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah.. , korangpun tegur budak tu, dan macam tadi jugak, korangpun nak bercakap tentang kebesaran Allah, lalu mulai dengan soalan yang korang akan jawab sendiri, iaitu..
“adik tahu tak siapa yang paling kuat?”
Belum habis korang bercakap, budak tu terus menyampuk,
“Tranos, sekali petik jari, separuh galaksi jadi debu!”
Terkejut berok korang dibuatnya, Tranos menanang gapo tu? berhala barukah? Lata dan uzza korang tahulah berhala zaman dulu, ni nama berhala mana pulak ni? dan budak tu juga terus ‘dakyah’ korang dengan macam macam lagi kehebatan watak dalam game yang sedang mereka main .., “tapi Thor juga kuat bang, Iron Man pun, Dr Strange pun kuat, CAptain Marvel tak payah cakap ler, memang kuat sangat, Black Phanter lagi, dia tu anak raja.., Antman, dan pakcik Hulkpun.., semua kuatlah bang.., itu belum cerita X men, dan Justice League punya geng!
Arghh, korangpun mulai pening.., lepas tu azan berkumandang lagi, dan korangpun terus ke masjid, tinggalkan budak tu, tinggalkan kedai makan yang penuh sebab bola belum habis lawan lagi, dah sampai masjid, sama macam tadi, solat jemaah tak sampai satu saf.., imampun baca surah pendek, doa pendek dan terus cabut, mungkin nak tengok bola, dan tinggallah korang sorang diri dalam masjid..
Perut masih lapar, korangpun keluar dan masuk jugak kedai makan, tengok semua orang sedang menjerit jerit melihat bola, ada pulak satu kerusi kosong, dan korang pun duduk dekat satu brader berkopiah yang sedang minum air teh tarik..
Brother ni punya penampilan ada ala ala sunnah Nabi, dengan serban hitam atas bahu, celak mata hitam, jubah labuh, dan kayu sugi tersebul dari celah poket, brother tu senyum memberi salam sambil pelawa korang duduk.
“Bro, kau tahu siapa yang paling kuat?”
Tanya brader tu pada korang, korangpun senyum sebab ada jugak orang yang nak bercakap tentang kehebatan dan kebesaran Allah, tapi belum sempat korang jawab, brader tu dah jawab dah..,
“Brazillah paling kuat bro, Pentacampeão! dah 5 kali dah mereka menang piala dunia, bab kata pepatah: The English invented it, the Brazilians perfected it.., tapi Sapin dan Germanpun kuat bang.., bla bla bla..
*******
Malam itu, ketika korang sedang iktikaf sorang diri di Majid, selepas solat tahajjud, korangpun berjalan mengambil udara segar se awal 3 pagi.., teringat korang pada kampung halaman, yang mana pada waktu begini, akan terdengar suara tangisan taubat di malam hari laksana tebuan yang sedang terbang berdengung.., lalu korangpun menyusuri perumahan islam di Malaysia, sunyi sepi, tiada tangisan kedangaran.., tiba tiba terdengar jeritan yang sungguh kuat!
“GOAL!!!”
Terjekut berok korang di buatnya, hampir setiap rumah terdengar orang menjerit, “goal” dan ketawa , menanyi serta menari.., korangpun cabut lari.. lari sejauh jauhnya, lari untuk selamatkan iman...
Sehinggalah korang tiba ke satu gua, dan korangpun tertidur keletihan.., ditakdirkan tuhan, korang pun tertidur lagi.., dan berlakulah hypothermic state, lalu terus ber hibernation dan kekal dalam Suspended animation..
*****
1000 tahun kemudian, sejarah berulang kembali.., korang sekali lagi diselamatkan oleh Rakyat BolehLand a.k.a Malaysia yang bakal mendapat gelaran dato’ dan juga bakal mendapat imbuhan jutaan wang ringgit, dapat nama serta glamer, iaitu rakyat Malaysia yang sibuk mengharumkan nama Negara dengan buat benda benda yang pelik pelik dalam gua, mungkin buat ABC pertama dalam gua yang di campur bersama sarang burung layang layang, mungkin?
Lalu korang yang ter’jeruk’ dalam gua selama 1000 tahun itu di masuk ke makmal kat Universiti Sains BolehLand, dan dengan kaedah sains, fizik, bio serta kemia, maka korang dapat dihidupkan kembali setelah jantung korang di renjat dengan elektrik...
Di pendekkan cerita, korang pun terjaga dan terkejut melihat dunia yang lagi banyak berubah, semua orang warna muka mereka sudah lain macam, ada yang warna biru, kuning, merah dan putih..
Korangpun Tanya, kenapa muka korang bewarna warni?
Jawab mereka, “bukankan sekarang Malaysia ni dah jadi tuan rumah piala dunia?, kita kenalah raikan bersama, sebab tu kami kaler muka kami dengan warna bendera, abangpun kenalah couler jugak!, lalu mereka pun menyanyi.. “bola..bola..bola..”.., “peteh Malaysia peteh..”ala ala ala, harimau lalaya, aha aha aha"
Arghh, korangpun jadi sasau.., lalu menjerit.., tolong!!!!
Tiba tiba badan korangpun bergoncang.., makin lama makin kuat..,
“bang bangun bang, dah dekat nak subuh dah ni..”
Oh, rupanya korang bermimpi.., jam menunjukkan waktu 4 pagi.., korang rupanya rakyat Malaysia, dan tahun sekarang adalah 2018.., dunia belum kiamat..
“Terima kasih sayang, kejut abang, solat tahajjud..”
“Pandailah abang buat lawak, kan abang suruh saya kejutkan abang malam ni sebab nak tengok final piala dunia..”
“Oh, ye ke?,”
Korangpun bangun, pergi kencing, lalu duduk depan TV sambil tersengih sengih...
Siapa yang bakal menang?
Brazil atau iblis? kita jumpa di saf permata masjid subuh nanti..
SEKIAN, laporan sukan dari keretamayat.
Ps:Aku doakan korang sembuh dari demam bola dan dapat demam ugama, dan mati kerana demam ugama.., amin.., errr, doakan aku sama..., isk..!
bendera putih merah biru 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的精選貼文
bendera putih merah biru 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
bendera putih merah biru 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
bendera putih merah biru 在 Ruangguru - Wah, ternyata banyak yah negara yang ... 的推薦與評價
Wah, ternyata banyak yah negara yang menggunakan bendera merah putih!✨ Bagi Indonesia, warna dari Sang Saka Merah Putih mempunyai makna khusus, lho!... ... <看更多>
bendera putih merah biru 在 Kenapa Banyak Bendera Negara yang Mirip? - YouTube 的推薦與評價
Beberapa waktu lalu, kita pernah bahas kenapa bendera Indonesia itu warnanya merah - putih, engga merah -ijo. Pertanyaan ini pasti ngebuat kita ... ... <看更多>