Nama kuih ni agak kontroversi sikit so jangan sesekali hilangkan "S" tu ya 😑😔.
RESEPI KUIH PUKIS
Bahan-bahannya :
BAHAN1
(Campur sekali dan diamkan 15minit)
●1 sudu teh ragi instant
●1/4 sudu teh gula pasir
●50ml air suam
BAHAN2
●2 biji telur A
●60gm gula pasir
●1/4 sudu teh garam
BAHAN3
●120gm tepung gandum
●100ml susu cair
●1 sudu besar majerin cair
Topping :
Keju
Cara membuat:
👉Pukul telur, gula pasir, dan garam sehingga kembang.
👉Tambahkan tepung sambil diayak dan diaduk rata , lalu tambahkan larutan ragi instant tadi, aduk rata.
👉Kemudian masukkan susu cair sedikit-sedikit sambil diaduk rata. Diamkan 30 minit.
👉Last sekali masukkan majerin cair. Aduk rata.
👉Panaskan acuan pukis(guna kualipun boleh) sapu majerin sikit Tuang adonan , tabur topping keju , tutup dan biarkan sampai masak.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...