Cakap je masa pkp nak cube resipi baru…. tapi kalo terlalu renyah tetap malas kann……
Ni abg brian payungkan resipi dessert yang super mudah! takyah oven, takyah mixer, hanya perlu sentuhan kasih sayang…gitewwww…..
Nantikan lebih lagi resipi sodap dan tawaran semasa siaran langsung #SeleraAbangBrian di @ezmall.tv setiap hari pada kul 6pm
Tipu-Tipu Cheesecake Blueberry
* ¾ cawan biskut marie/ graham crackers, dihancurkan kasar
* 2 sudu besar mentega, dicairkan
* 240g keju krim, dibiarkan lembut pada suhu bilik
* 2 sudu besar gula aising, diayak
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1 cawan krim putar
Topping Blueberry
* 1 cawan blueberry segar/ frozen
* 2 sudu besar air
* 1 sudu besar gula aising, diayak
* 1 sudu besar jus lemon
* 1/2 sudu besar tepung jagung, dilarut dengan air
1. Gaulkan biskut hancur dengan mentega dan letakkan pada dasar gelas.
2. Dalam mangkuk besar, pukulkan keju krim, gula aising dan esen vanilla sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, pukulkan krim putar sehingga gebu. KaupBalikkan dengan campurang keju krim sedikit demi sedikit. Tuangkan masuk dalam gelas atas lapisan biskut.
4. Untuk topping, panaskan kesemua bahan topping sehingga memekat. Letakkan 1-2 sudu topping yang telah disejukkan atas lapisan keju krim dalam cawan.
#cheesecake #nonbake #halal #resepihalal #resepi #quickrecipes #malaysianfood #malaysianrecipes #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #resepimudah #resipikek #kekkeju #creamcheese #creamcheeserecipes #baking #bakingrecipe #resipbaking #kek #cake #blueberry
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
creamcheeserecipes 在 96 Best CREAM CHEESE RECIPES ideas - Pinterest 的推薦與評價
Crescent Roll Cheese Danishes | Recipe | Crescent recipes, Cream cheese crescent rolls, Crescent rol. More information. Breakfast Pastries. ... <看更多>