Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) (29 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
- 60,427 pemeriksaan telah dilaksanakan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP
- Sebanyak 3,891 pasar raya, 5,299 restoran serta 1,940 penjaja, 921 kilang, dan 1,670 pasar awam/tani telah diperiksa. Turut diperiksa semalam, 3,729 tempat ibadah serta 1,467 tempat riadah
- PDRM telah menahan 65 individu kerana ingkar arahan PKPP. 36 individu daripadanya direman & 29 lagi dikenakan kompaun
- Antara aktiviti terlarang yang melanggar SOP termasuk acara & pertandingan sukan, aktiviti karaoke atau pusat hiburan keluarga & aktiviti judi atas talian
2. Kawalan Sempadan Negara
- Sejak dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 1,115 PATI dan 204 tekong telah ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama lorong-lorong tikus. Turut ditahan 76 individu yang disyaki penyeludup serta 36 buah kapal
- PDRM telah membuat 68 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng & memeriksa 43,207 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI
terutamanya di lorong-lorong tikus
- PDRM telah berjaya menahan 5 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen
3. Kuarantin Wajib
- Dari 10 sehingga 28 Jun 2020, seramai 6,927 orang telah pulang ke tanah air melalui pintu KLIA. 6,891 daripadanya telah diperintahkan untuk menjalani home quarantine dan 36 orang lagi telah dibawa ke hospital
- Pada 28 Jun 2020, sebanyak 318 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui KLIA dan KLIA2 dari Indonesia, Afrika Selatan, Singapura, Hong Kong, UK, China dan Qatar
- Kesemua 318 individu telah diperintah untuk menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka
- Bermula hari ini (29 Jun 2020), rakyat Malaysia & warganegara asing yang pulang ke Malaysia perlu menanggung kos ujian saringan COVID-19 setibanya di Malaysia
- Walaubagaimanapun, pengecualian caj bagi tiga kategori berikut iaitu:
i) Orang Kelainan Upaya (OKU), yang mempunyai Kad Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
ii) Pegawai Kerajaan yang kembali dari luar negara atas tugasan rasmi
iii) Pelajar yang pulang dari luar negara (kali pertama sahaja) dan perlu mengemukakan bukti pengajian
- Bagi tiga kategori ini, jika telah membayar caj ujian saringan sebelum keputusan pengecualian ini dibuat, mereka boleh menuntut semula caj dari KKM
4. Operasi Sanitasi Awam COVID-19
- Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 9,011 operasi sanitasi merangkumi 134 zon.
-Semalam (28 Jun 2020), sebanyak 22 operasi sanitasi meliputi 14 Zon di 4 buah negeri antaranya Sabah (10), Melaka (9) dan Terengganu (2)
5. Pusat Membeli Belah
- Saringan suhu badan dilakukan sekali sahaja iaitu di pintu masuk utama pusat membeli belah.
- Kedai-kedai di pusat membeli belah tidak perlu menyaring suhu badan pelanggan, tetapi masih perlu merekod kehadiran seperti nama & nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual
6. Taman Tema
- Taman Tema termasuk Taman Tema Air dibenarkan untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020. Kebenaran ini melibatkan 54 Taman Tema di seluruh negara dan melibatkan lebih 10,000 tenaga kerja
- Pengusaha semua Taman Tema perlu mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
- Had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan Taman Tema.
- Bagi pengusaha Taman Tema Air khususnya, mereka perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan & Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan, serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air
- Garis Panduan serta SOP boleh diperolehi dari laman sesawang MKN & MOTAC
7. Majlis Jamuan Perkahwinan
- Jumlah tetamu tidak boleh melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi Majlis Perkahwinan dan Akad Nikah di Masijd, Dewan, Rumah & sebagainya
- Had tetamu ini tertakluk kepada saiz keluasan dan kapasiti ruang serta pematuhan SOP berkaitan yang berkuatkuasa
- Kebenaran jumlah tetamu ini juga diberi kepada Majlis Jamuan Perkahwinan di Rumah Ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam
Sumber : Telegram MKN
#KitaJagaKita
「cuba air force」的推薦目錄:
cuba air force 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
'Rambo Bentong' dihukum gantung
Malam kejadian, kedua-dua pasangan suami isteri terlelap kat ruang tamu. Mungkin kepenatan. Tiba-tiba, seseorang berjaya pecah masuk rumah mereka. Bertopeng dan pakai baju ala askar. Apa yang jadi? Mereka tidak tahu perompak itu sebenarnya perogol bersiri.
Tanpa disangka-sangka, perompak kemudian terus memukul suami (mangsa) menggunakan senjata api dipercayai senapang buatan sendiri. Bertalu-talu sampai mangsa lemah dan tidak bermaya. Isteri mangsa cuba menghalang perompak namun dia diugut akan dipukul sekali macam suaminya.
Melihat keadaan suaminya dalam keadaan lemah, isterinya mula ketakutan. Perompak ada di depannya. Perompak kemudian menutup muka isteri mangsa dengan pakaian dan bagi amaran kepadanya supaya diam dan jangan cuba buat apa-apa.
Perompak bagitau isteri mangsa, kawan perompak ada di luar rumah. Tetapi perompak itu sebenarnya berseorangan. Dia hanya cuba menakut-nakutkan isteri mangsa. Dalam keadaan muka bertutup itu, isteri mangsa dapat mendengar perompak itu mengeledah rumah.
Perompak kemudian tanya isteri mangsa sama ada senjata api disimpan di dalam rumah. Diapun menjawab 'tiada'. Ketika ini, mangsa masih tidak sedarkan diri. Mendengar jawapan mangsa yang mengatakan tiada senjata api disimpan, perompak kemudian naik angin.
Mangsa yang berada dalam keadaan lemah terus dipukul. Isterinya merayu kepada perompak supaya jangan bunuh suaminya. Pujukan tersebut tidak dilayan. Sebaliknya, mangsa terus dipukul sampai lembik. Tiba-tiba, perompak itu bangun dan bertindak di luar dugaan.
Dia merogol isteri mangsa. Isteri mangsa merayu dan bagitau perompak bahawa dia sedang mengandung. Lagi sekali, perompak bertindak kejam dengan mengabaikan pujuk rayu. Isteri mangsa kemudian dirogol. Di depan suami, mangsa dirogol perompak. Memang tidak berhati perut.
Kemudian, perompak itu mengeledah rumah mangsa untuk kali kedua. Dalam 20 hingga 25 minit kemudian, perompak tanya isteri mangsa 'mana kunci kereta?'. Kunci kereta kemudian ditunjukkan di mana disimpan. Isteri mangsa kemudian dapat mendengar bunyi pintu dan but.
kereta dibuka. Perompak kemudian masuk balik ke dalam rumah. Lagi sekali dia bertanya soalan yang sama. 'Ada tak pistol di dalam rumah ni?'. Isteri mangsa terus jawab tiada. Suspek kemudian naik angin dan marah. Akibatnya, isteri mangsa dirogol kali kedua. Mangsa.
masih lagi tidak sedarkan diri di atas lantai. Isteri mangsa merayu pada perompak disebabkan dia tengah mengandung. Tetapi rayuan itu tidak dilayan. Kemudian, baru lah perompak tiba-tiba meminta maaf kepada isteri mangsa.
Sebelum melarikan diri, perompak sempat merampas gelang yang dipakai isteri mangsa. Setelah perompak berjaya melarikan diri, isteri mangsa kemudian pergi meminta bantuan. Dia memandu kereta menuju ke Hospital Bentong dan berjumpa dengan pengawal keselamatan di situ.
Mangsa ketika ini masih terbaring tidak sedarkan diri. Kejadian ini terus dimaklumkan pada unit kecemasan Hospital Bentong yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian. Ketika menuju pulang ke rumah, isteri mangsa terserempak dengan polis peronda.
Polis peronda terus hubungi Ibu Pejabat Polis Bentong untuk bantuan. Polis kemudian terus pergi ke lokasi kejadian. Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia keesokan paginya.
Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala kerana dipukul dengan objek tumpul (severe head injury due to blunt force trauma). Beberapa hari kemudian, suspek berjaya ditangkap polis. Senjata api yang digunakan suspek ketika merompak dan barang curi juga dapat dijumpai ketika tangkapan.
Ahli kimia kemudian mengesahkan air mani yang dijumpai pada kain yang dipakai isteri mangsa dan pada tilam berpadann dengan DNA suspek. Suspek kemudian didakwa atas kesalahan membunuh, merogol dan merompak di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan suspek bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan. Suspek dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh. Hukuman penjara dan sebatan dikenakan kepada suspek atas kesalahan merompak dan merogol.
Keputusan Mahkamah Tinggi disahkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Ogos 2017. YAA Mohtarudin Baki, Zakaria Sam dan Abang Iskandar memutuskan suspek bersalah atas kesemua kesalahan yang dipertuduhkan.
Peguam bela suspek membuat rayuan di mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan. Pada Ogos 2018, panel 5 hakim diketuai Ketua Hakim Negara, YAA Richard Malanjum telah memutuskan hukuman dan sabitan ke atas suspek dikekalkan. Suspek kekal bersalah.
Kesemua hujahan pembelaan oleh peguam bela suspek ditolak mahkamah. Peguam bela berhujah senjata yang digunakan suspek ketika merompak sebenarnya berbeza dan bukannya seperti yang dirampas polis. Hujahan ini ditolak mahkamah. Bukti pakar jelas menunjukkan mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat hentakan objek tumpul. Jadi, 'the intended injuries that were inflicted were sufficient in the ordinary course of nature to cause death'. Ini bersesuaian dengan seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan bagi membuktikan wujudnya kesalahan membunuh.
Kes menyayat hati ini berlaku di kawasan perumahan di Jalan Tras Bentong, Pahang pada November 2012.
Yang mengemparkan adalah suspek dalam kes ini pernah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2014 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh kerana membunuh seorang remaja perempuan di Kg Ketari, Bentong.
Suspek dipercayai membunuh mangsa dengan menetak dan menghiris leher serta merogol remaja tersebut di dalam sebuah bilik pada Mac 2009. Hukuman gantung sampai mati ke atas suspek dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Dalam kes bunuh remaja perempuan itu, peguam bela dapat timbulkan keraguan mengenai persoalan samada mangsa dirogol sebelum atau selepas dibunuh (Rudy Jupri v PP). Jadi, suspek dibebaskan atas tuduhan rogol dan tiada rayuan dibuat pendakwa raya. Suspek hanya bersalah membunuh.
Suspek didapati bersalah atas kesalahan membunuh mangsa dan hukuman gantung sampai mati dikekalkan.
Ketika kes rompak di atas berlaku, suspek belum ditangkap polis untuk kes bunuh remaja perempuan. Suspek berjaya ditangkap polis pada 14 Nov 2012 iaitu beberapa hari selepas kes rompak. Suspek dikatakan menyerang anggota polis dengan parang di bukit Taman Syahbandar Kuantan.
*sumber - Sir kamarul (@kamarul14)
Bekas Peguam Mahkamah Tentera.
cuba air force 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文

cuba air force 在 Cuba Gooding, Jr. at Air Force vs. Army Game 11/5/2011. 的推薦與評價
Cuba Gooding, Jr. at Air Force vs. Army Game 11/5/2011. ... <看更多>
cuba air force 在 Cuban Air Force 2021 | Infinite Defence - YouTube 的推薦與評價
... <看更多>