“Saya mahu ke syurga tak mahu ke neraka!”
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Seusai solat isyak, seorang lelaki India beragama Kristian hadir ke pejabat MRM untuk bertemu dengan saya. Temujanji telah diatur kerana sahabat Melayunya memberitahu bahawa kawannya ini nampak berminat dengan Islam tetapi beliau tidak tahu bagaimana nak menerangkan kepadanya.
.
Apabil mereka masuk ke bilik saya, saya bertaaruf sedikit dengannya untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat. Beliau memberitahu beliau telah lama tidak ke gereja. Maka saya bertanya kepada beliau kenapa beliau dah lama tak pergi gereja dan dalam banyak agama yang ada, apakah keunikan Islam yang menyebabkan dia berminat mendalami Islam & bukannya agama lain? Beliau menjawab;
.
“Actually saya sudah lama tak pergi gereja kerana semakin saya mendalami Bible, saya rasa itu bukan apa yahg diajar Jesus. Saya mahu ikut ajaran sebenar Jesus. Kenapa saya berminat dengan Islam & bukan agama lain? Sebab saya tengok konsep ketuhanan dalam Islam & Nabi dalam Islam paling dekat dengan Kristian.”
.
Lalu saya memberitahu kepadanya bahawa memang Allah dah sebut dalam Al-Quran (Al Maidah 5:82) bahawa yang paling dekat dengan Islam adalah orang Kristian. Beliau terkejut mendengar jawapan saya. Maka saya bertanya kepada beliau apakah beliau mempunyai persoalan yang memerlukan pencerahan? Kawannya mencelah;
.
“Brother, dia ni bila saya tanya dia, dia memang dah yakin Allah sahaja Tuhan & dia juga boleh terima Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam sebagai Nabi terakhir!”
.
Setelah mendengar jawapan kawannya, saya bertanya kepada beliau untuk mendapatkan kepastian samaada apa yang disebut kawannya itu benar atau tidak lalu beliau mengiyakan jawapan kawannya. Lalu saya bertanya;
.
“Memandangkan anda telahpun menyakini Allah sebagai Tuhan & Nabi Muhammad sebagai Nabi, apa sebenarnya yang menghalang anda memeluk Islam sekarang?”
.
Tanpa berselindung, beliau menjawab; “family & kawan-kawan la Brother.” Dan saya bertanya bagaimana family & kawan-kawan dia boleh jadi penghalang lalu beliau menjawab; “takut diaorang tak suka & tak boleh terima.”
.
Saya bercerita dengannya tentang pengalaman saya memeluk Islam dan pengalaman mengendalikan beratus kes mereka yang juga mempunyai kerisauan yang sama. Saya mengatakan dulu saya memeluk Islam sebab saya yakin Islam agama yang benar dan saya mahu masuk syurga dan belum sempat saya habiskan, beliau mencelah;
.
“Saya minat dengan Islam pun sebab saya mahu masuk syurga tak mahu pergi neraka! Dengar ceramah Brother & ustaz lain di YouTube ah sudah seram apatahlagi mahu masuk neraka! Saya tak mahu masuk neraka!”
.
Saya menjawab;
.
“Ya betul saya pun sama. Sebab itu bila saya memeluk Islam dulu, saya pun ada kerisauan sama tetapi saya fikir semula dan bertanya pada diri, kawan-kawan saya mau sembah apa, mereka tak pernah tanya atau minta izin saya. Mereka mau makan apa mau pakai apa atau mau pergi mana pun tak pernah tanya apa pendapat dan minta izin saya. Habis tu kenapa saya nak memeluk Islam dan berubah jadi lebih baik saya kena fikir apa perasaan mereka pula?”
.
Dia menganggukkan kepada tanda setuju dan saya bertanya kepadanya lagi.
.
“Anda percaya selepas anda memeluk Islam, anda akan jadi lebih baik atau lebih jahat?”
.
Dia menjawab; “Kemungkinan besar akan jadi lebih baiklah.” Dan saya bertanya;
.
“Kenapa kamu mahu menangguhkan diri untuk menjadi lebih baik sedangkan kamu yakin apabila kami memeluk Islam, kemungkinan besar kamu akan jadi lebih baik? Kenapa berikan diri lebih banyak alasan untuk tangguhkan hasrat menjadi lebih baik dan menyembah Allah?”
.
Dia menjawab; “Brother, saya cuma takut saya buat jahat itu sahaja. Nanti masuk neraka.”
.
Saya berkata; “Lebih baik kamu buat jahat sebagai Muslim daripada membuat jahat sebagai Belum Muslim kerana kalau kami buat jahat sebagai Muslim, kamu masih ada tauhid dan tidak syirik (sekutukan Allah). Bila kamu buat jahat sebagai Muslim, kami dapat dosa tetapi apabila kami buat baik kamu dapat pahala sebagai Muslim yang akan memadamkan dosa-dosa kecil kamu. Sedangkan kalau you buat jahat sebagai Belum Muslim, segala kejahatan kamu buat kamu akan dapat dosa dan lebih teruk segala kebaikan kamu buat kamu pun tak dapat pahala langsung (25:30)!”
.
Setelah berbincang hampir sejam lebih, beliau berkata; “Okla Brother. Saya memang takde alasan pun dan tak mau tangguh untuk menyembah Allah. Im ready.”
.
Alhamdulilah. Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah. Dengan rahmat Allah, seorang lagi insan kembali kepada agama fitrah malam tadi di pejabat MRM. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
Mungkin anda juga mempunyai sahabat yang berminat dengan Islam tetapi anda tidak tahu bagaimana menjawab atau menerangkan kepada mereka. Jangan risau. Hubungi kami di wasap.my/+601110500414 untuk aturkan pertemuan. We di our best and let Allah do the rest.
.
Welcome back to Islam, brother… Pulangnya seorang lagi hamba Allah kepada agama Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
#islam #muslim #dakwah #firdauswong
#multiracialrevertedmuslims #dakwahmrm #indiamuslim #indianmuslim
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「dakwahmrm」的推薦目錄:
- 關於dakwahmrm 在 Facebook 的最佳解答
- 關於dakwahmrm 在 Facebook 的最佳解答
- 關於dakwahmrm 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於dakwahmrm 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於dakwahmrm 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於dakwahmrm 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於dakwahmrm 在 Multiracial Reverted Muslims - MRM - Home - Facebook 的評價
- 關於dakwahmrm 在 Shahadah - March 2014 Street Dakwah by MRM - YouTube 的評價
dakwahmrm 在 Facebook 的最佳解答
“Saya suka cara Islam uruskan kematian. Simple & jimat”
.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar! Alhamdulillah petang kelmarin, seorang wanita cina dalam telah melafazkan kalimah shahadah secara sukarelanya.
.
Beliau menghubungi saya menerusi IG lalu saya telah menghubungkan beliau dengan Bro Azim & juga Bro Adam Tan. Pertemuan segera diatur untuk berjumpa dengannya. Akhirnya mereka bertemu di luar bagi memudahkan saudari kita ini.
.
Dalam pertemuan mereka, beliau menceritakan antara kecantikan Islam yang menyebabkan beliau mula berminat untuk mengkaji tentang Islam adalah konsep pengurusan jenazah. Beliau melihat bagaiman mudahnya pengurusan jenazah di dalam Islam selain memudahkan waris si mati.
.
Bukan itu sahaja, beliau juga kagum dengan kerjasama sesama Muslim dalam menguruskan jenazah. Beliau berharap apabila beliau meninggal kelak, jenazahnya diuruskan dengan cara agama Islam. Beliau menyambung;
.
“Islam cukup bagus dan cantik ada sistem macam ini."
.
Allah Subhana Wa Ta’ala menjentik hati hamba-hambaNya yang ikhlas mencari & merendah diri dengan pelbagai cara. Tambahan pula selama ini beliau sememangnya mempercayai hanya ada Satu Tuhan dan tidak logik untuk mempercayai lebih dari Satu Tuhan. Konsep ketuhanan dalam Islam sangat logikal bagi mereka yang berakal.
.
Kami percaya ramai sahabat di lie juga tertanya-tanya & tercari jawapan.Jangan tunggu & jangan ragu, dapatkan kepastian kepada persoalan anda dengan menghubungi kami di wasap.my/+601110500414.
.
Selamat pulang ke agama yang benar, wahai saudariku.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong
#multiracialrevertedmuslims #dakwahmrm #cinamuslim #chinesemuslim
dakwahmrm 在 Facebook 的最佳貼文
“Sejak saya rapat dengan Muslim, saya lebih tenang dan berhenti sembah berhala, berhenti makan daging babi, tidak pakai tangkal, berhenti berjudi & minum arak”
.
Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Selasa lepas seorang lelaki berbangsa Cina telah mengucapkan dua kalimah syahadah di WISMA MRM. Alhamdulilah.
.
Alkisahnya kakitangan beliau yang beragama Islam telah menghubungi PA saya untuk mengatur pertemuan pada minggu lepas untuk bosnya berjumpa dengan saya kerana beliau mempunyai beberapa persoalan tentang Islam yang memerlukan penjelasan. Pertemuan telah diatur pada 20 April di pejabat kami. Antara soalannya adalah isu hudud, kenapa Jabatan Agama berebut mayat, kenapa saya memeluk Islam, apa yang boleh dilakukan & tidak boleh dilakukan seorang Muslim. Alhamdulilah beliau sangat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.
.
Saya juga mengambil kesempatan bertanya kepada beliau apakah kecantikan Islam yang menyebabkan dia berminat untuk mendalami Islam memandangkan beliau adalah seorang bos yang mempunyai 8 cawangan perniagaan? Beliau menjawab,
.
“Saya lahir dalam keluarga Buddha dan saya banyak ikut sahaja tanpa saya tahu kenapa saya buat semua itu. Namun sejak saya rapat dengan Muslim, saya lebih tenang dan mula berhenti menyambah berhala, tidak memakai tangkal, berhenti makan daging babi, berhenti berjudi & tidak minum arak.”
.
Setelah pertemuan pada 20 April, beliau mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan untuk memeluk agama Islam. Alhamdulilah. Dari interaksi saya dengan beliau, walaupun beliau berkedudukan dan lebih berusia, tetapi beliau sangat merendah diri apabila saya memberitahu kepada beliau bahawa kami akan sediakan kelas Fardhu Ain kepadanya secara percuma dan adakah dia kisah andai Eksekutif Dakwah MRM iatu Adam Tan yang baru berusia 25 tahun mengajarnya dan beliau menjawab;
.
“Saya ok sahaja. Tiada masalah pada umur yang penting dia lebih tahu mengajar dan sesiapa yang lebih berilmu dari saya walaupun dia lebih muda, dialah guru saya.”
.
Alhamdulilah. Dari pengalaman saya, kerapkali mereka yang merendah diri & ikhlas mencari kebenaran akan diberikan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Selamat kembali kepada Islam wahai saudaraku. Andai yang masih tercari-cari jawapan, tunggu apa lagi? Hubungi kami di wasap.my/601110500414 untuk mendapatkan jawapan yang akan memandu anda kepada kebenaran!
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #muallafcina #chinesemuslim #dakwahmrm
dakwahmrm 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
dakwahmrm 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
dakwahmrm 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
dakwahmrm 在 Shahadah - March 2014 Street Dakwah by MRM - YouTube 的推薦與評價
Shahadah - March 2014 Street Dakwah by MRM. 19K views 8 years ago. TVSUNNAH. TVSUNNAH. 100K subscribers. Subscribe. ... <看更多>
dakwahmrm 在 Multiracial Reverted Muslims - MRM - Home - Facebook 的推薦與評價
Ramai berniat untuk berdakwah tetapi tidak tahu caranya. Usah risau, kami akan kongsikan caranya. Dakwah adalah jauh lebih mudah dari yang anda sangkakan. ... <看更多>