DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berangkat melakukan lawatan ke klinik pakar di Hospital Sultanah Aminah pada hari Khamis, 18 Oktober 2018.
Semasa lawatan, DYAM Tunku Mahkota Johor turut menyampaikan sumbangan kurnia kepada Hospital Sultanah Aminah dan hospital-hospital di Kulai dan Kota Tinggi. DYAM Tunku Ismail juga menitahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar Dan Pertanian agar memantau semua hospital serta pasar-pasar awam di seluruh Negeri Johor. Buat masa yang sama juga DYAM Tunku Mahkota Johor akan memantau segalanya.
DYAM Tunku Ismail baru-baru ini turut menyatakan perancangan untuk mengadakan hab perubatan di Johor dan juga membina lebih banyak hospital agar dapat mengurangkan kesesakan pesakit.
———
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim made a spontaneous visit to the specialist clinic at Sultanah Aminah Hospital on Thursday, 18th October 2018.
During the visit, the Crown Prince of Johor also made contributions to the Sultanah Aminah Hospital and hospitals in Kulai and Kota Tinggi. HRH Tunku Ismail has also informed the Exco of Health, Environment and Agriculture to monitor all hospitals and markets in Johor. At the same time, HRH Crown Prince of Johor will monitor everything.
HRH Tunku Ismail recently mentioned plans to have a medical hub in Johor and to build more hospitals to ease the congestion of patients at current hospitals.
Search