Pagi tadi terdengar pengisian tentang rumahtangga.
Ustaz bertanya kepada kaum wanita di saf belakang, "Puan-puan nak jadi apa?"
Soalan yang sangat sederhana.
Kata ustaz, soalan itu memang simple, tetapi jawapan para wanita yang bergelar isteri dan ibu amatlah penting kerana itulah letaknya masa depan ummah.
Wah... Serius bunyinya.
_
Wahai isteri, wahai ibu,
Pernah tak kita tanya diri kita. Apa purpose kita atas dunia ni? Apa fokus kita?
Apa yang Rasulullah SAW harapkan dari kita sebagai isteri dan ibu?
Maka, jawapan yang sepatutnya bagi soalan tadi ialah,
"SAYA NAK JADI ISTERI SOLEHAH."
_
Ustaz kata lagi, "bila saya ingatkan tentang kepentingan untuk kaum wanita perlu ada semangat untuk jadi wanita solehah, mesti akan ada je suara-suara tak puas hati,"
Mereka berdalih...
'tengoklah ustaz... Kalau suami baik, barulah kita pun bersemangat nak jadi baik,'
'isteri cerminan suami, kalau dia pun tak soleh, macam mana isteri nak jadi solehah?'
" Tengok! Belum apa-apa dia dah highlight kesalahan suami dahulu sebelum muhasabah kekurangan diri sendiri."
"Padahal ingatan Rasulullah SAW untuk suami pun dah ada dan jelas. Tapi sesetengah wanita hanya nampak apa yang suami salah, tetapi dia tak nampak kekurangan diri sendiri."
Allah...
_
"Wanita akhir zaman ini sebenarnya dia bukannya nak seorang 'suami', mereka hanya nakkan lelaki. Kiranya ada lelaki dalam hidup, okaylah." kata ustaz lagi.
Taknak dibimbing, dinasihatkan dia melenting. Tak ada semangat pun untuk kejar title wanita solehah.
Sebabnya makna 'suami' ini amat berat di sisi Allah, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim, ketua keluarga adalah orang yang perlu menyelamatkan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.
Beratnya tugas tu, Allahuakbar.
Oleh itu, sebagai isteri, mindset perlu betul. Untuk dibimbing, wanita pun perlu ada kerendahan hati untuk dibimbing. Untuk dilindungi, wanita perlu ada rasa syukur kerana ada yang sudi menjadi pelindung.
Hargai suami kita yang baik itu. Lihat siapa yang beri pinjam suami kita. Ya, Allah.
_
Wahai wanita, sesekali sebelum tidur, bayangkan kita seorang diri, tanpa suami dan anak-anak, bayangkan macam mana jika kita seorang diri sedang disoal jawab di hadapan Allah tentang apa yang kita buat di dunia ini.
Sebagai isteri.
Sebagai ibu.
Sebagai anak.
Sebagai umat baginda Rasulullah SAW.
Betulkah selama ini kita selalu utamakan pandangan Allah? Atau tak pernah langsung fikir tentang Allah hanya fikir tentang kepuasan diri sendiri sahaja?
Astaghfirullahal adzhim...
_
Akhir kata,
Cuba koreksi diri dan bagi markah untuk diri sendiri. Dari skala 1 (tak solehah langsung) hingga skala 10 (isteri solehah), agaknya kita di skala berapa?
Agaknya Allah redha tak dengan diri kita sekarang? Layak tak kita masuk syurga dengan title isteri dan ibu?
Wallahi... Jauh di dalam hati kita tentu tak mampu menipu..
.
Muhasabah diri saya yang paling lalai dan leka.
Astaghfirullah.
#intandzulkefli
#selfreminder
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「intandzulkefli」的推薦目錄:
- 關於intandzulkefli 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於intandzulkefli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於intandzulkefli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於intandzulkefli 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳貼文
- 關於intandzulkefli 在 大象中醫 Youtube 的最佳解答
- 關於intandzulkefli 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於intandzulkefli 在 #intandzulkefli | Facebook 的評價
intandzulkefli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Suatu hari, suami pulang agak lewat dari kerja. Kemudian selepas dia menyantuni kami dan anak-anak selepas solat, dia minta izin untuk keluar berjoging. Katanya untuk 'warming up' sempena charity run yang dia akan dia sertai pada hujung minggu.
"30 minit je..." janjinya.
Saya hargai dia bertanya, tanda dia menghormati isterinya. Walau sebenarnya selaku suami, dia tak perlu pun izin saya.
Setelah suami pergi, saya sambung semula buat kerja bisnes di workstation, sambil memantau anak-anak mewarna menggunakan water color.
Namun, terhenti taipan di papan kekunci. Tiba-tiba sahaja hati rasa tersentuh.
"Arghh... seronoknyalah jadi orang lelaki. Bebas sebebas burung. Aku jugalah yang seperti gajah yang dirantai besi. Kalau dibukakan rantai kaki pun tak reti nak ke mana.." bisik hati kecil.
Yelah, apabila suami beri masa keluar untuk ME-TIME, ada masanya hati asyik teringat pada anak. Rasa tak tahu pula nak ke mana. Rasa sunyi tanpa usikan suami dan keletah anak-anak. Sudahnya beberapa minit dah terpacul semula depan pintu rumah.
Ya Allah.. wanita.. wanita.. sungguh complicated! Terus teringat lagu Ragaman. Huhu. Wanita ni, kadang dia pun tak faham kenapa dia rasa dan bertindak begitu.
.
Dengar bunyi pintu rumah dibuka, suami sudah pulang. Dia terus naik mendapatkan saya. Secepatnya dia perasan perubahan riak wajah ini. Bertahun-tahun hidup bersama, dia sudah masak dengan segala perubahan reaksi wajah isterinya.
"Kenapa ni? Marah ke?" Soalnya prihatin.
Saya menggeleng.
"Taklah."
"Habis tu?"
Saya melepas nafas. Pandang muka suami.
"SAYA CEMBURU, CEMBURU DENGAN KEBEBASAN ABANG," luah saya. Jujur.
Suami saya senyum. Fahamlah dia gelojak hati saya.
"Terima kasih yang.. atas segala pengorbanan. Jaga anak-anak, jaga abang." Katanya perlahan. Mungkin untuk menyejukkan hati ini.
Alhamdulillah. Terpujuk juga hati ini. Walau kadang rasa sebak dan menitis juga air mata bila singgah perasaan kacau sebegini, tanpa tahu kenapa.
.
Teringat satu pesanan ustazah, "orang perempuan yang Allah pilih duduk rumah, dia perlu bersyukur, Allah pilih nak beri dia pahala tanpa perlu bersusah pun keluar dari rumah. Dia redha 'lepaskan' suami buat jihad, dakwah, cari nafkah halal, pahala tersebut dia pun dapat."
MasyaAllah. Mudah bunyinya. Namun, selalu ada masanya emosi seperti roller coaster.
Nak pujuk hati, nak redha itu sangat payah. Tak pernah pun cemburu dengan wanita lain tentang hidup mereka. It's their life. We woman are not in competing with each other. We should empower each other.
Namun setelah berkahwin, disebabkan hanya suami best friend forever (BFF) yang ada. Maka, dialah sasaran rasa cemburu itu. Cemburu dia boleh bebas ke mana tanpa perlu risau pada anak-anak, sebab ada isteri di rumah menjaga mereka.
Hati bapa tak seperti hati ibu, itu kata orang tua-tua.
Saya tahu, ada juga wanita lain rasa seperti ini. Bukan tak redha, tetapi inilah cabaran yang kadangkala singgah menguji hati.
.
Ada suatu masa, bila dengar radio ikimfm, berkumandang lagu 'Jangan Menangis Habibah'. Sampai korus, suami turut ikut menyanyi,
"Solat lima waktu..
Puasa di Ramadhan..
Taati suamimu..
Maruah dipertahan..
Sabdanya pilihlah..
Syurga mana..
Pintu mana..
Yang kau suka"
Suami pandang pada saya sambil senyum. Beria dia menyanyi. Saya tahu dia maksudkan lirik itu untuk menguatkan saya.
.
Dulu semasa sebelum nikah, dengar khutbah baitul muslim, asatizah bacakan hadis betapa mudahnya isteri nak masuk syurga.
Rupanya lepas kahwin, I have to admit, this journey is tougher than what I was thought before.
Everyday is a battle. Sometimes I win. Sometimes I lose. But as Muslim, I never give up.
"I am not a bad mom, it's just a bad day." Reset semula esok, insyaAllah. Syukur alhamdulillah, masih waras lagi.
Bercerita pada ibu kadang ibu hanya gelakkan sahaja. Ya, mungkin cabaran ibu bahkan lebih sukar lagi kerana kesibukan ayah bahkan lebih berganda. Terima kasih ibu, atas segala pengorbanan untuk kami anak-anakmu.
.
Medan rumahtangga nampak kecil. Sekecil dalam rumah, bahkan cuma menangani anak-anak kecil, "it's not a big deal." Sesetengah memang akan fikir begini. Namun, di sebalik dinding batu itu, ramai wanita telah tewas menangani emosi sendiri. Ramai yang 'lost' kerana depresi.
Maka, sangat penting suami memainkan peranan sebagai supporter nombor satu isteri, teman paling baik dan paling rapat kepada isteri.
Jangan biarkan isteri sendirian. Selalulah bertanya perasaannya dan berbual dengannya. Selalulah ambil tahu segala gelojak rasanya yang dipendam. Peluk dirinya. Buka pintu rumah, dapatkanlah dia dahulu.
Mehnah dan tribulasi dalam rumahtangga adalah ujian berdua suami dan isteri, maka tangani ujian itu bersama, galasi beban itu bersama.
Support isteri selayaknya dialah ketua penghulu bidadari kalian di syurga. insyaAllah.
.
Semoga Allah merahmati semua suami dan isteri yang sentiasa berusaha membahagiakan, menyokong dan memahami pasangan masing-masing sebaiknya. Amiin
Hidup ini adalah untuk menggapai redha Ilahi. Semoga dapat lagi berkumpul bersama dalam syurgaNya. InsyaAllah.
Kredit :
#intandzulkefli
#notabaitulmuslim
intandzulkefli 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.
Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.
Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.
.
Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.
.
Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.
Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.
Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.
.
Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.
Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, "Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu." (HR. Tirmidzi)
Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.
.
Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.
.
Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?
Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.
.
Kredit : #intandzulkefli
intandzulkefli 在 #intandzulkefli | Facebook 的推薦與評價
Sejak bersalin anak ketiga mukanya memang kusam teruk. Lepas habis pantang perut buncit ya robbi. Rambut banyak gugur macam orang lepas kimo. ... <看更多>