Ma Sha Allah!
Emak bertungkus lumus masak 2 jam, berpeluh badan. Kamu jenguk ke dapur pun tidak, apalagi membantu mericih bawang. Di tangan hanya handphone ghalit dengan game dan media sosial.
Sudahlah ucap terima kasih pun tidak, jauh sekali memuji masakan emak.
Kesian emak, sejam lebih pula untuk mengemas dapur dan membasuh pinggan.
Anak-anak dan suami, prihatin lah apa yang berlaku di dapur.
™ Sekadar gambar hiasan.
~Salam Jumuah~
Kredit : Izafri Ahmad
#PeduliMalaysia
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「jumuah」的推薦目錄:
- 關於jumuah 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於jumuah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
- 關於jumuah 在 Sakkie Facebook 的最佳貼文
- 關於jumuah 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於jumuah 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於jumuah 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於jumuah 在 Jumuah - Facebook 的評價
- 關於jumuah 在 900+ Jumuah Mubarak ideas - Pinterest 的評價
jumuah 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Drama Lelaki tua dan telefon dan anak di asrama.
======================================
Sempena zaman orang intip panggilan telefon, saya nak kisahkan cerita tiga anak di asrama, alkisahnya, anak saya masuk form 1 sahaja, dan kena masuk asrama, maka sebagai bapa, tertunggu tunggu panggilan si anak.
1) Anak Sulung Call:
“Ayah, minggu lepas masuk pertandingan wakil sekolah, tapi tak dapat tempat pertama”
“Kenapa tak dapat nombor satu? Ni mesti banyak main telefon, ayah kena rampas telefon kamu!”
“maafkan saya ayah”
“pertandingan apa kamu masuk?”
“hafazan ayah, semua dah hafal, Cuma ada markah kurang bab Tajwid, Fasohah dan Gaya Bacaan"
“ohhh, hafazan, surah apa yang kena hafal?”
“As Sajdah, Yasin, Ad dukhan, Al Waqiah, As Saff, Al Jumuah, Al Mulk, Nuh dan Al Insan "
“hafal semua?”
“ya, selalu kat sekolah jadi imam memang kena baca surah surah tu”
“Panjang tu, makmum tak marah?”
“saya baca separuh-separuh, faham perasaan makmum kat belakang”
“okey, ayah tak jadi rampas telefon kamu, tahniah!”
(dalam hati, saya ingat dia masuk pertandingan catur ke? Badminton ke? Hoki ke?, malu ayah nak oiii, huhuhu)
*********
2) Anak Perempuan Call:
“Hai ayah, apa khabar?”
“Sihat, Na sihat?”
“Sihat”
“Na tak menangis ke rindu kat ayah?”
“Rindu tapi belum tahap menangis lagi, lagipun Na seronok duduk sini, tapi ada kawan Na ni menangis tak nak duduk asrama”
“Habis Na buat apa untuk tolong dia?”
“Na cakap, kita hidup ni, jangan susahkan ibu bapak”
“terima kasih Na sebab tak susahkan ayah”
“sama sama”
Alhamdulillah anak tak rasa sedih duduk jauh, walau baru masuk 13 tahun, tapi tak menangis nak balik, good girl.
Plot twist! atau kat rumah aku layan dia teruk sangat sampai seronok duduk sana?
**********
3) Anak lelaki yang sorang lagi tak call call pulak.
Alkisahnya, si anak ikut jejak langkah abang dia. Dapat masuk asrama tajaan kerajaan Terengganu. Tahniah.
Waktu pilih katil, pilih locker. Nampak wajah berseri seri tapi bila nak kena tinggal nampak macam nak menangis. Cepat cepat dia lari masuk bilik suruh kami balik.
Ayah faham bila Tingkatan satu dah kena belajar jadi anak jantan. Dah kena belajar berpisah dengan mak dan ayah. Sabarlah nak. Ini akan buat kamu jadi lebih kuat.
Malam nanti di katil asrama sorang diri. Agak agak sedih tak boleh tidur, pergi ambil wudhu solat hajat doa apa-apa yang patut. Hidup memang macam ni. Bertemu dan berpisah.
Korang tahu tak? Malam tadi ayah rindu jugak kat kamu tapi takde call pun. Ayah rindu sebab kamu sebelum waktu tidur akan ketuk pintu dan masuk bilik ayah dengan muka serta tangan yang basah air wudhu hulur tangan minta maaf.
Selalu cakap: "Ayah dan.Bonda. saya mintak maaf, mungkin ini tidur terakhir saya, Bonda dan Ayah istigfar dulu yer sebelum tidur..."
Pagi ini hujan lebat dan sebaik ayah bukak pintu rumah. Ayah terkejut bila nampak cermin kereta tak tutup dan air hujan dah masuk mencurah curah.
Ayah lupa tugas periksa pintu kereta, pintu pagar, dan pintu rumah adalah tugas kamu selama ini.
Pagi ini di atas kerusi kereta yang basah, ayah rasa betul ketiadaan anak ayah.
Esok ayah datang jengok lepas rindu!
Woha!
(begitulah kisah anak, telefon dan asrama, yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan,)
jumuah 在 Sakkie Facebook 的最佳貼文
Salam Jumuah everyone 🥰 sudah baca al-Kahfi ke tuuu 😇
Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
#like
#share
#comment
jumuah 在 900+ Jumuah Mubarak ideas - Pinterest 的推薦與評價
Dec 29, 2022 - Jumuah Mubarak Friday blessings. See more ideas about jumma mubarak quotes, jumma mubarak, jumma mubarak images. ... <看更多>
jumuah 在 Jumuah - Facebook 的推薦與評價
Assalamu Alaykum MSA Family! This week there will be 2 Jum'uahs taking place at the Hong Kong Ballroom, at the Marine Drive Commonsblock. There will... ... <看更多>