Pak Yus. 30 November 2015. Isnin.
Abam. 10 Febuari 2020. Isnin.
Siti Sarah. 9 Ogos 2021. Isnin.
.
Masa arwah Pak Yus meninggal, saya ingat lagi. Astro ulang berapa kali dalam sehari bacaan Al Fatihah untuk arwah. Masa tu arwah masuk Raja Parodi. Lepas arwah meninggal, minggu tu rancangan tu ditangguh sementara semata-mata nak buat tribute untuk arwah.
Berminggu-minggu orang cerita kebaikan dia. Akhirnya pecah rahsia amalan arwah yang suka bersedekah. Ada pusat anak yatim di Kedah terima wang belanja setiap bulan dari arwah Pak Yus. Saya ingat lagi ayat pengetua tempat tu, "Lepas ni takda lagi lah nak bagi kami bantuan tiap bulan".
.
Kemudian tahun lepas, Abam. Fad dan Achey setiap kali bercakap pasal arwah mesti menangis. Begitulah juga pun ceritanya. Yang baik-baik belaka. Terutama bab suka tolong orang.
Paling kita ingat kisah arwah Abam jaga mak dia. Setia sungguh. Baik sungguh. Lembut sungguh. Sampai mak dia kata, "Siapa lah nak jaga makcik kalau Abam takda".
.
Semalam pula Siti Sarah. Satu Malaysia. Dari Dato' Seri Najib, Anwar Ibrahim, Ebit Lew, Prof Muhaya, Ustazah Asma Harun, Ustazah Noor Bahyah. Setiap golongan. Segenap lapisan. Semua doakan arwah. Sampai menangis kita walau tak pernah jumpa dia.
Tuan Nadir kongsikan kisah arwah bagi korban berbelas ribu untuk Gaza. Masa jenazah arwah sedang diuruskan, team BeePrihatin post di ig. Orangnya dah takda tapi sedekahnya sedang berjalan. Dalam live di tanah perkuburan saya nampak ada orang komen. Dia ingat lagi masa Siti Sarah dan Shuib bagi bantuan banjir di Pahang.
.
Lalu dari 3 manusia berbeza ini, ada satu pengajaran yang sama.
1. Tak kira kita di posisi apa pun, Allah tahu nilai kita. Kita artis. Kita pemimpin. Atau kita bukan siapa-siapa. Bila saja Allah kata Dia akan angkat nama kita, Dia akan buat. Walau dari tempat yang serendah mana. Sebab Allah saja yang kenal diri kita sebenar apa.
2. Sebab itu jangan ada sangkaan pada sesiapa. Kita tak tahu apa pengakhiran setiap manusia. Juga kita tak tahu apa amalan rahsia dia yang Allah terima. Dan kita tak tahu dari bab mana tentang dia yang Allah redha. Anggap semua manusia baik. Yang tak baik hanya kita.
3. Sentiasa senangkan hati semua orang. Jangan buat orang susah hati sebab sikap kita. Apatah lagi kita nak susah hati dengan sikap orang pada kita. Orang yang penyayang sentiasa hatinya lapang. Dia cuma pandai suka. Tanpa ada prasangka.
4. Mereka semua orang susah masa kecik. Yus anak yatim. Abam dah takda ayah dan maknya pula sakit. Siti Sarah pernah cerita kena tolak gerai pukul 5 pagi sebelum pergi sekolah. Hidup ni macam roda. Allah boleh bagi sangat susah. Dan tiba-tiba boleh bagi sangat mewah.
5. Saat diuji dengan kesusahan mereka bersabar. Kemudian diuji pula dengan kekayaan tapi tak lupa diri. Apa Allah bagi, mereka bagi balik. Biasanya ujian susah ni orang boleh sabar. Tapi ujian senang ni selalu buat kita lupa untuk bersyukur. Buat kita rasa tak cukup. Takut nak bagi pada orang.
6. Kebaikan ni sama bagai minyak wangi. Dia meruap. Bila mana kita sorok tak bagi nampak pun, Allah akan tunjuk. Lepas tunjuk satu, keluar satu lagi. Dan lagi. Akan pecah harumnya sama macam pecahnya bau minyak wangi. Jika tidak masa kita hidup, waktu kita telah mati.
7. Tinggalkan bakti dalam hidup orang yang kita sayang. Seikhlas hati. Pak Yus suka tolong anak yatim. Abam sabar jaga mak sakit. Siti Sarah punya taatnya pada suami, stokin pun dia sarungkan.
8. Tinggalkan impak pada orang keliling yang ada. Sehingga semua orang ada memori istimewa yang berbeza dengan kita tiap satunya. Ada kisah manis yang terus hidup walau saat kita telah tiada.
Hidup seketika biar beri makna.
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過86萬的網紅SYEDOT ASMR,也在其Youtube影片中提到,Salam & Hey Syedot Nation, hari ini makan Nasi Berlauk dengan Ayam Bakar, Ulam Ulaman dan Sambal Garing dari Dapur Kaknis Jom Order Sambal Garing : h...
「kaknis」的推薦目錄:
- 關於kaknis 在 Syatilla Facebook 的最佳解答
- 關於kaknis 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
- 關於kaknis 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
- 關於kaknis 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳解答
- 關於kaknis 在 Babyboom Lactation Centre by Kaknis Babyboom - Facebook 的評價
- 關於kaknis 在 Sarah Kaknis (sarahkak24) - Profile | Pinterest 的評價
- 關於kaknis 在 Youha Ava Gen 2 Bluetooth by Kaknis Babyboom - YouTube 的評價
kaknis 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳貼文
Bila saya tengok orang-orang hebat yang berjaya dengan sesuatu yang dia buat...
Selain suka lihat dia punya kejayaan, yang lebih saya suka lihat ialah dia punya pasangan.
Non toxic.
Cuba kita bayangkan begini je. Kalau Ustaz Ebit Lew punya isteri asyik nak merajuk. Nak mengamuk. Saya tak rasa begitu senang dan tenang Ustaz Ebit Lew boleh pergi merata bagi bantuan. Tak balik berhari-hari.
"Asyik tolong orang je, saya tak tolong".
Cukup isterinya cakap begitu saja. Dah tentu susah hati Ustaz nak keluar merata.
Saya ingat ada sekali Cikgu Mohd Fadli Salleh pernah berkongsi kisah isteri beliau bagi semangat. Untuk teruskan apa yang cikgu buat. Tak merungut bila cikgu sampai pagi-pagi baru boleh balik berehat. Sibuk menguruskan Dana Kita.
Sekarang ditambah pula dengan kelas online percuma untuk satu Malaysia. Bukan sikit-sikit pastinya tenaga dan waktu yang nak dikorbankan di situ.
Perempuan pun ada ramai yang hebat juga. Macam Prof Muhaya, Ustaz Asma' Harun, Ustazah Norhafizah Musa, Bonda Nor.
Wanita hebat yang mencipta nama dan kredibiliti dalam membuat sesuatu yang memberi makna untuk diri mereka sendiri. Tinggalkan legasi sebelum mati.
Saya ada terbaca sekali Ustazah Asma' Harun pernah tulis bagaimana beliau mampu kekal untuk berkongsi ilmu merata-rata walaupun ada juga rasa sedih dan putus asa bila ada peristiwa yang melemahkan jiwa. Suami beliaulah orangnya.
Suruh Ustazah teruskan. Malah bantu juga jaga anak-anak yang masih kecil-kecil lagi semuanya.
Kalaulah punya nya jenis suami yang asyik nak minta isteri kena taat suami. Kena berbakti pada suami. Kena buat kerja rumah. Kena jaga anak. Saya tak pasti kita boleh kenal atau tidak nama-nama ini.
Tak cukup dengan ceramah dan aktiviti, mereka ni semuanya ada buku masing-masing. Nak buat buku ni pun bukan benda mudah. Banyak sekali perlu guna tenaga dan masa. Air mata pun ada kadangkala.
Nampak macam tak berhenti-henti dan nampak macam banyaknya masa mereka mampu nak kejar semua. Tapi percayalah, semua ini tak semudah yang kita sangka.
Ada pasangan yang kuat di belakang. Yang tak penting diri. Yang tak kisah perasaan peribadi. Yang tak larut dalam emosi. Yang teguh menyokong pasangan dalam apa pun situasi.
Mereka sedar kalau suami isteri mereka buat sesuatu yang baik untuk diri sendiri, mereka pasti akan dapat sahamnya sekali.
Lebih kurang kita berfikir cuma tentang 'saya', akan lebih banyaklah ruang untuk kita berfikir tentang 'kita'.
Begitulah.
Terima kasih suami,
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
kaknis 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Satu yang aku suka tentang pasangan ni ialah, suami dia pun rajin melayan. Suruh shoot video pun dia shoot. Suruh makan pun dia makan. Suruh potong kayu pun dia potong kayu. Nampak bahagia dan manis sekali.
Bukan susah pun nak bagi isteri rasa gembira dan dihargai. Jadilah sahabat terbaik dia.
Cuba teman masa dia kat dapur. Tak ambik video pun takpa. Tak kupas bawang pun takpa. Teman je. Borak dengan dia. Seronok dah dia rasa. Dia bukan nak pembantu. Dia nak 'companion'.
Bukan kerja banyak yang acapkali membuat isteri penat. Perasaan bersendiri tu sebenarnya yang buat dia rasa tak larat.
'Small gesture. Big impact.'
Ni kadang belum suruh buat apa. Baru ajak selfie sesama je pun muka dah macam berak tak hadam.
Janganlah sampai kurang harta, kedekut pula kasih sayang. Jika begitu, makanya kita telah menjadi orang yang paling papa sekali.
Comel betul dia berdua ni kan! 😍
📷 : Bernama
#kaknis
Kredit Siti Suryani Yaakop
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1822126137930681&id=100003999362517
kaknis 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳解答
Salam & Hey Syedot Nation, hari ini makan Nasi Berlauk dengan Ayam Bakar, Ulam Ulaman dan Sambal Garing dari Dapur Kaknis
Jom Order Sambal Garing : http://www.wasap.my/60193226178/ordersambal
▬ Follow Dapur Kak Nis ▬
instagram : @dapur_kaknis
https://www.instagram.com/dapur_kaknis/
▬▬ Follow Socmed Aku ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#asmr #eatingshow #mukbang #yt:cc=on #syedotasmr #asmrsounds #asmrmukbang #asmreatingsound #eatingsounds #malaysia #indonesia #makanan #diet
kaknis 在 Sarah Kaknis (sarahkak24) - Profile | Pinterest 的推薦與評價
See what Sarah Kaknis (sarahkak24) has discovered on Pinterest, the world's biggest collection of ideas. ... <看更多>
kaknis 在 Youha Ava Gen 2 Bluetooth by Kaknis Babyboom - YouTube 的推薦與評價
Spesifikasi Youha AVA Gen 2 Bluetooth Saiz lebih compact dari Youha Ava Gen 1 Saiz corong 24mm& 28mm Handsfree, Tubeless, ... ... <看更多>
kaknis 在 Babyboom Lactation Centre by Kaknis Babyboom - Facebook 的推薦與評價
1)YOUHA AVA funnel size available in 24mm OR 28mm. · 2) The material of the cup same as YOUCUP, silicone funnel & PP cup. · 3) The milk capacity is 8oz each cup ... <看更多>