Saya tengok sejak dua menjak ini ada Atheis (orang tidak percaya kepada Tuhan) datang perli saya di ruang komen.
Saya nasihatkan kepada pembaca beragama islam, jangan sindir sangat mereka, doakan hidayat, sebab seorang tidak bertuhan sanggup datang ke Page ketuhanan dan tak jemu ceritakan kelebihan Tidak bertuhan adalah seorang yang sangat kesepian.
Kesipian boleh datangkan kemurungan, dan boleh membawa kepada bunuh diri.
Saya Google kejap tadi dan mendapati, banyak kajian menunjukan golongan Athies lebih ramai membunuh diri berbanding orang agama.
Copy paste: In a global study on atheism, sociologist Phil Zuckerman noted countries with higher levels of atheism had the highest suicide rates. (wiki)
Lepas tu saya terbaca artikel ini, ditulis oleh Staks Rosch seorang vocal atheist, and Jedi.
Tulisan itu sangat membantu orang Atheis yang kemurungan, maka saya translate dan copy paste di sini, semoga membantu:
Tajuk: ATHEISM HAS A SUICIDE PROBLEM, oleh Staks Rosch seorang Vocal Atheist.
Kemurungan adalah masalah yang serius dalam komuniti orang yang tidak bertuhan dan sering membawa kepada bunuh diri.
Ramai Atheis tidak suka perkara ini termasuk saya sebab kita ingin percaya kita manusia Bahagia tanpa Tuhan tapi bila sesuatu yang buruk berlaku, kita sangat tidak Bahagia.
Sudah tentu ada banyak sebab mengapa ateis lebih cenderung kepada membunuh diri berbanding daripada golongan penganut agama. Tapi ironinya, salah satu sebab ateis membunuh diri adalah tekanan dari orang Bergama itu sendiri, mereka selalu menyisihkan kita, menghina, mengutuk, mengkeji hingga ramai Ateis yang mengalami kegelisahan dan kemurungan.
Bayangkan seorang anak muda yang baru menyedari bahawa Tuhan itu tidak wujud? Baru sedar amalan kelurga semuanya sia sia, maka anak muda itu tidak dapat menjawab soalan, dari mana saya datang, kemana saya selepas mati? Dan apa tujuan hidup?
Dalam kemurungan mencari jawapan yang tidak ada, masalah ditambah bila anak mud aitu dipulaukan oleh orang agama, dihina dan dikutuk, maka anak muda itu terpaksa teruskan perjuangan tanpa tujuan secara bersendirian dan akan cenderung bunuh diri.
Saya pernah menulis mengenai masalah bunuh diri di kalangan ateisme sebelum ini dan mendapat pelbagai respons. Beberapa ateis mempersoalkan sama ada statistik itu benar-benar wujud? Sebagai rekod, memang begitu. Malahan saya dapat memberitahu anda secara anekdot, bahawa ia berlaku.
Pengalaman saya sendiri, memang ada rakan-rakan ateis yang saya kenal telah bunuh diri, malahan sejak saya pegang jawatan ‘vocal atheist’ saya kini lebih tahu begitu banyak lagi ateis yang telah membunuh diri sendiri.
Jadi kita kena berusaha menurunkan angka bunuh diri tersebut sebab Kehidupan ini adalah satu-satunya harta yang kita ada.
Ada orang Kristian yang menjawab secara peribadi dan terbuka akan artikel saya sebelum ini lalu berkata:, “Lihat, ateisme menyebabkan bunuh diri,”
Ada juga yang berkata:
“Atheis mempunyai kadar bunuh diri yang lebih tinggi kerana mereka tahu bahawa hidup mereka tidak ada artinya tanpa Tuhan, tetapi terlalu sombong untuk meminta pengampunan kepadaNya walaupun mereka tahu di dalam diri mereka adalah bersalah, tapi mereka tetap memilih untuk mati selamanya dengan dosa kesombongan mereka. "
Ya, itu adalah komen dari penganut agama Kristian. Malah ada yang menulis buku bertajuk:
"Kelebihan Katolik: Mengapa Kesihatan, Kebahagiaan, dan Syurga Menunggu Orang Yang Beriman,"
Baiklah, saya akui, atheis seperti minoriti lain yang bila stress boleh terdedah kepada kemurungan dan bahkan bunuh diri tapi korang semua kena ingat sebahagian besarnya bunuh diri ini disebabkan oleh tekanan geng agama!
Saya mengakui bahawa ‘kejahilan’ sebenarnya adalah salah satu kebahagian atau kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kepercayaan pada syurga juga adalah kebahagian, tapi bagi saya kebahagian sejati bila kita mampu bahagiakan diri sendiri dan mampu bahagiakan orang lain tanpa perlu kepada tahyul, itu Bahagia tertinggi! Lebih tinggi dari Jesus sebab kita memahami tentang alam semesta yang luas seluasnya!
Sebagai sebuah komuniti, ateis harus saling mengingatkan tentang keajaiban alam di sekeliling kita. Alam ini terlalu besar dan kita mudah tersesat dalam perjuangan serta masalah kita sehari-hari.
Memetik kata kata Ferris Bueller, kehidupan ini bergerak sangat pantas dan jika kita tidak berhenti dan menoleh sekali-sekala, maka kita akan ketinggalan sedangkan kita hanya mempunyai satu kehidupan. Sungguh tidak ada Tuhan yang ajaib dan Maha sempurna menanti kita selepas kita mati. Ini sahaja pilihan kita ada, nikmati hidup sebab Hidup terlalu singkat untuk disia-siakan.
Sekiranya hidup anda menyedihkan, tolong berusaha untuk menjadikannya lebih baik, jika tidak untuk anda, buatlah untuk orang yang menyayangi anda. Ingatlah, ada banyak Galaxie di luar sana dan kita semua adalah pelengkap dalam rantaian kemajuan manusia.
Satu perkara yang saya perasan adalah: Selepas seorang ateis membunuh diri, tiba-tiba nampak macam banyak yang nak bantu, tapi dah terlewat,padahal kalaulah bantuan itu dibuat sebelum mereka bunuh diri tentu lebih baik.
Dalam bab ini golongan agama lebih baik, mereka saling bantu membantu, mereka ada system yang sangat baik, sepatutnya kita golongan ateis juga boleh memiliki system sokongan tanpa perlu percaya kepada Tuhan.
Tapi masalahnya golongan Atheis terkenal sebagai orang yang suka membantah dan tidak suka berjemaah, Cuba korang kumpulkan tiga atheis di sebuah bilik bersama, kejap lagi mereka akan bergaduh dengan masalah kecik tak masuk akal, adohai.
Jadi terbukti, hidup berjemaah membantu orang Bergama selesaikan kemurungan, maka kita golongan athies patut lebih mudah berjemaah, bergabung tanpa perlu bersetuju dengan semua isu, kita hanya perlu sokongan moral sesama atheis kerana kita tiada Tuhan ajaib yang akan menolong kita.
Dengan system berjemaah ini,. Kita bukan sahaja mampu untuk saling membantu, tetapi kita juga mampu untuk menyampaikan gerak perjuangan kita antara satu sama lain dan mampu meminta sokongan. Sungguh tidak ada Tuhan ajab yang akan bantu kita untuk keluarkan kita dari neraka ini.
Eh? Adakah saya sebut Neraka? Itu tak wujudpun, maafkan saya yang tersesat dalam berkata kata, Walau bagaimanapun, maksud saya adalah kita jangan sombong untuk menawarkan pertolongan kepada orang lain dan kita jangan malu untuk meminta pertolongan.
Jadi sesiapa yang ada masalah nak bunuh diri, sila hubungi nombor ini:
(Rujuk artikel asal dalam link, maaf jika translate saya tidak tepat, BI masa SPM dulu tak kredit, saya cuba ringkaskan sebab agak Panjang, nak baca kill link ini: https://www.huffpost.com/entry/atheism-has-a-suicide-problem_b_5a2a902ee4b022ec613b812b )
Ulasan saya:
Seronok bila tahu Atheis kagumi alam yang luas ini, Tahu tak? Ada teori mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.
Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection?
Macam ada satu kuasa yang mengawalnya, kan?
Balik ke bumi, Bila tak ada air, tiba tiba hujan, bila lapar nak makan, ada tumbuh tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab ada kuasa yang pantau kita.
Oleh sebab alam ini begitu tersusun, maka orang agama Yakin ada Kuasa yang menyusunnya, letupan di angkasa (big bang) bukan tiba tiba, sebab dibumi ini ada banyak bahan letupan nuklear, tapi takde yang meletup sebab ada yang kawal, maka Sebagai manusia yang boleh berfikir, kita rujuk sebab dan akibat, Tuhanlah layak kepada segaka penciptaan.
Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang untuk penuhi keperluan cinta.
Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana aku datang?, apa tujuan aku di dunia ini?, dan kemana aku selapas ini?. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.
Dan Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.
Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.
Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.
Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.
Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?
Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kita pilih nobody cares?
Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Lakum di Nukum Wali Yaddin.
Woha!
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「kata-kata bijak cinta」的推薦目錄:
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Facebook 的最佳解答
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
- 關於kata-kata bijak cinta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
- 關於kata-kata bijak cinta 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
- 關於kata-kata bijak cinta 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Kata Kata Bijak Cinta - Facebook 的評價
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Kata Kata Bijak Cinta - Pinterest 的評價
- 關於kata-kata bijak cinta 在 Kata-kata Bijak Tentang Cinta dan Perasaan - YouTube 的評價
kata-kata bijak cinta 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
15 Step Perancangan Kewangan Suami Isteri oleh pakar Kewangan, Afyan Mat Rawi No 13 amat mengejutkan, mungkin satu dalam sejuta sahaja!
(Dalam kurungan adalah apa yang saya amalkan)
1. Ia bermula sebaik sahaja memulakan perancangan untuk berkahwin dan hidup bersama.
(Betul! Saya target kahwin paling lewat umur 25 tahun, dan saya dapati kos kahwin perlukan RM10 ribu paling kurang, maka saya perlu menyimpan RM500 sebulan selama dua tahun, untuk itu gaji saya tak boleh beli kereta baru, jadi saya beli kereta second Hand sahaja dan Alhamdulillah, dapat kahwin waktu umur 25 tahun tanpa berhutang)
2. Rancang majlis perkahwinan dengan kos yang bersesuaian dan bukan ikut trend atau fikir apa kata orang. Jauhkan dari berhutang. Pedulikan kata-kata pakcik dan makcik bawang. Biar majlis tak grand, asal tak berhutang.
(Saya buat majlis agak besar, jemput semua orang kampong, tapi takde bersanding bagai, takde silat, kompang, renjis mawar semua takdr, bajet cukup untuk mas kahwin, dan kenduri sahaja serta sedikit sewaan bas, penginapan, dan lain lain)
3. Selepas berkahwin, boleh mula menabung untuk beli rumah pertama, bukan untuk beli kereta pertama. Selalu berlaku, tak dapat beli rumah sebab duit dah habis banyak untuk ansuran dan maintenance kereta. Jadi, rancang untuk beli rumah dulu baru beli kereta, bukan sebaliknya. Pastikan installment rumah lebih rendah oleh kadar sewa.
(Betul, tapi saya dah beli rumah pertama teres tengah pada waktu bujang lagi sebab saya takde komitment bulanan kereta, jadi rumah pertama ni tak perlu besar, cukuplah bila kita pindah, harga sewa lebih tinggi dari bulanan Bank, terima kasih kepada kawan yang nasihat beli rumah dulu zaman tu, dan terima kasih kepada kawan yang puji saya beli kereta buruk dahulu-Note: jika kawan kau kutuk kereta buruk, tak payahlah buang masa berkawan dengan orang macam tu)
4. Tak perlu malu kalau rumah pertama ialah rumah pangsa. Ia jauh lebih baik dari menyewa sampai tua. Lepas ada rumah pertama, kita akan bernafsu untuk rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Masa tu tak kisah pun kalau pakai kereta buruk sahaja.
(Betul, bila kahwin, rumah lebih penting dari kereta, lalu lama kelamaan, saya mampu beli rumah lebih besar dan pindah, rumah lama saya pernah buat Homsetay tapi rugi, jadi sekarang hanya sewakan, rumah sekarang walau terkurung waktu PKP, sangat best sebab rumahku syurgaku, bukan keretaku syurgaku, take note!)
5. Pilih kenderaan yang sesuai, fungsinya untuk bergerak dari titik A ke titik B. Kalau baru berdua tak perlu sampai pakai MPV. Harganya jangan lebih setahun gaji.
(Setuju, saya beli MPV bila anak dah lima orang, sebelum tu pakai kereta Wira Sedan sahaja, lagi susah saya beli waktu PRU, semua penyokong kerajaan dan pembakang cakap saya bodoh beli kereta waktu PRU sebab nanti parti mereka menang, harga kereta turun separuh, mujur saya tak dengar cakap penyokong politik-Woha!)
6. Gabungkan gaji bersama untuk rancang kos kehidupan berkeluarga. Bahagikan ikut formula 30% untuk belanja isi rumah, 30% untuk hutang, 5% ekstra, 5% pemberian dan 30% lebihan.
(Hidup untuk berkongsi, saya dan isteri kumpul harta sama sama, dan masing masing istiharkan harta, saya jadi PM dan Menteri Kewangan, Isteri jadi Penolong Mneteri Kewangan, dan Menteri Hal Ehwal Rumah Tangga, setiap perbelanjaan adalah melalui mesyuarat, maka dapatlah nikmat hidup melancong sana sini, dan lain lain walau ada waktu sukar…)
7. Pastikan perbelanjaan isi rumah dan pembayaran hutang piutang tak lebih dari 30% setiap satu atau maksima 60% kombinasi kedua-duanya. Ekstra 5% sebagai tambahan jadi 65%. Jika dari awal dapat susun, makin lama makin mudah.
(Okey yang ni saya kantoi, hutang saya banyak, maka untuk itu saya buat kerja sambilan di rumah seperti, Jual tanjak, Jual Buku, Menulis, berceramah, Youtuber, dan banyak lagi, tapi oleh sebab kerja sambilan saya banyak di rumah, maka kerja sambilan saya tidak mejejaskan cinta sebab anak bini semua depan mata, Alhamdulillah)
8. Rancang minima 30% lebihan untuk 3 perkara penting ini; 10% simpanan, 10% perlindungan takaful, 10% pelaburan. Ia perancangan sepanjang masa hingga akhir usia.
(Ini pun saya masih belajar dari Ebook Merancang Wang, baru sebahagian saya mampu buat, doakan saya)
9. Langgan takaful income protection untuk suami isteri. Pastikan coverage mencukupi 10 tahun gaji. Jika langgan “loving couple policy” – jika salah seorang mati, polisi satu lagi jadi free. Kemudian baru rancang untuk medical card pula.
(Inipun saya masih terhegeh hegeh, aduhhhh, nak kena ulang kaji pesanan dan saranan dalam buku BIjak Mnegurus Wang)
10. Boleh mula untuk buat perancangan pusaka dan harta sepencarian. Kita tidak tahu usia kita sampai bila, maka permudahkan urusan pasangan.
(Pun sama, aduh tak start lagi ni, semoga tulisan ini jadi semangat untuk saya buat semua ini)
11. Rancangan persaraan. Dari sekarang perlu buat tabungan. Ini penting supaya kelak tua kita tidak terbeban. Boleh mula pelaburan yang paling mudah dan murah; emas dan unit trust sebelum beralih kepada yang lebih sukar dan sukar; saham dan hartanah.
(Ini saya ada buat tapi aset susah cair macam hartanah, pelan pelan saya akan cuba buat untuk asset mudah cair macam saham, doakan saya sebab entah kenapa langsung tak minat nak bersaham, aduhhhh)
12. Apabila mula menimbang cahaya mata, boleh mulakan perancangan dana pendidikan mereka. Ada banyak cara; takaful pendidikan, TH, ASB dan SSPN-I antara pilihannya.
(Alhamdulillah, yang ni saya dah buat untuk lima anak, TH dan SSPN-I, syukur berada di landasan yang betul)
13. Aset penting dalam sebuah keluarga ialah ilmu. Penuhi rumah dengan buku. Kena ada perpustakaan mini di satu bucu. Bukan TV, Astor, pinggan, mangkuk, sudu atau garfu.
(Ini dah lama saya buat, gaji pertama beli rak buku, dan tiap bulan beli buku hias rak buku, tapi sekarang saya dah kurang beli buku, sebab saya dah hias rumah saya dengan buku yang saya sendiri tulis, ada 13 tajuk! Cakap “nak” kat ruang koman nanti)
14. Jangan lupa rancang untuk pergi haji. Pastikan dah daftar dengan Tabung Haji. Daftar untuk anak-anak sekali. Semoga dapat panggilan ilahi.
(Alhamdulillah, dan daftar Haji isteri dan semua anak anak, dan jika ikut giliran tahun depan, tapi sebab Covid ni, mungkin anjak ke tahun depan satu lagi, jom pergi haji bersama kereta mayat tahun depan satu lagi!-Amin)
15. Perancangan pusaka, pelaburan, takaful dan lain-lain tadi perlu di”review” sekali-sekala. Supaya ia dikemaskini sentiasa. Sebaiknya 2-3 tahun secara berkala.
(Ini belum buat lagi.., aduhhhhh, salah diri sebab perasan sibuk)
16. Belajar ilmu kewangan secara bermodul dalam. Rujuk link pada komen
(Okey, ini saya dah buat, dan sedang fahami serta mengalami, memang menyedarkan saya yang kadang syok sendiri dengan kewangan tapi bila baca, saya masih banyak buat silap dan tak rugi jika kita merendahkan diri belajar Bijak Mengurus Wang sebab bukan semua ilmu boleh dapat macam udara.., ada waktu udara pun kena pakai alat bila sesak nafas. Jadi sesiapa yang sedang sesak duit, sangat elok baca Ebook Bijak Mengurus Wang siap dengan penerangan Video. InsyaAllah ilmu bila dipejari dengan berlapang dada akan terbuka pintu ilham kepada kebaikkan.) Boleh rujuk Komen link Bijak Mengurus Wang
https://infaqconsultancy.onpay.my/order/form/videoBMW/Hamka
Ps: Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
kata-kata bijak cinta 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Kesunyian Seorang Isteri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sedikit intro tentang aku. Nama Zuana (of course bukan nama sebenar), umur awal 30an, berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel-comel bijak belaka. Aku berkahwin seusia awal 20an selepas degree dan menjadi surirumah sepenuh masa disebabkan suami tidak benarkan aku bekerja. Aku buat online business di rumah.
Masalah aku bermula sejak perkahwinan kami masuk tahun ke-7 which is past 3 4 year ago. Hubungan aku dengan suami agak rengang dimana aku pon tak tahu apa salah aku dengan dia. Puas aku ajak berbincang. Tapi, jawapan dia cuma “kita tak ada masalah untuk dibincangkan” sambil berlalu pergi. Apa masalah kami? Husband aku tidur ruang tamu. Kalau dia tidur dalam bilik, bila aku terjaga pukul 2 3 pagi, dia hilang. Tidur kat ruang tamu atau bilik anak. Bila tidur sekali, dia tak bagi aku sentuh dia. Dia letak bantal hadang antara kami berdua. Dalam kehidupan sehari-hari pon sebolehnya dia mengelak tak mau bersentuhan dengan aku. Kalau aku pegang dia atau peluk dia, dia tepis aku, dia tolak aku. Dia bagi la alasan tah hapa-hapa, nak pergi toilet laa, dia tengah berpeluh laa, dia nak minum air etc. Apa-apa alasan la asalkan dia jauh dari aku. Kalau dia tengah tengok tv, aku duduk sebelah dia, dia blah masuk bilik. Kalau aku masuk bilik, dia blah pergi tempat lain. Bersama?? Sebulan tak lebih 3 kali. Kadang sebulan sekali ja. Tu pon express. Pelik kan??
Selepas beberapa tahun, aku pon dah naik bosan dengan perangai dia. Ajak bincang macam cakap dengan dinding. Kalau aku luahkan perasaan, dia diam tak bersahut sambil buat muka seposen. Satu hari tu, aku dah puas nangis tiap kali masa solat masa tidur, aku cakap dalam hati, kalau ada memana lelaki tegur aku, memang aku akan layan. Sebelum ni ada ja yang masuk jarum, tapi aku tak layan. Aku seller online, ada ja customer atau stranger yang whatsapp, pm nak berkenalan bagai. Kawan sekolah, kawan u pon ada ja yang pm. Tapi, aku ignore sebab aku sedar diri, status aku sebagai isteri orang. Nak dijadikan cerita, aku layan facebook macam biasa. Aku memang suka part baca komen. Mana aku suka aku like atau letak emoticon.
Allah makbul agaknya doa aku. Tetiba ada sorang guy ni (Shah) pm aku sebab aku letak emoticon kelakar kat komen dia. Aku jawab biasa-biasa ja. Profile dia pon gambar tah sesapa. Tetiba dia masuk bab jaga pemakanan. Dia macam nak tuduh aku pakai product terlarang berdasarkan dia judge gambar profile aku. Kami berdebat. Tapi, dah natural aku jenis tak suka bergaduh, aku reply elok-elok la. Dari situ, tukar topic ke topic. Shah puji gambar profile aku comel. Korang boleh bayang tak?? Seorang isteri yang kesunyian. Tetiba ada lelaki lain puji comel (Berhari-hari aku sengih sensorang depan cermin bila terkenangkan dia puji aku). Dari hari pertama kami bermessage, aku bagitau status aku isteri orang. In fact, gambar profile aku pon dengan dua orang anak aku. Shah pon mengaku yang dia suami orang dan juga bapa kepada 4 orang cahaya mata.
Dari situ, tiap hari kami bermessage through facebook. Kami bincang berkaitan makanan kesihatan, bahaya supplement terlarang, berkaitan business sebab dia kerja gomen dan buat part time business. Jadi, kami berkongsi pendapat tentang business masing-masing. Dari bermessage bertukar ke whatsapp. Bertukar-tukar gambar. Aku tak percaya gambar yang dia bagi sebab handsome kot. Takkan la bapa kepada 4 orang anak handsome macam tu. One day, aku dapat 2 miscall. Aku call balik sebab unknown number (aku tak save nombor whatsapp dengan Shah) dan ingatkan customer aku. Sekali Shah!! Dia bagi alasan, dia call sebab takut dia berwhatsapp dengan lelaki atau ada orang nak mainkan dia. Dah lama whatsapp, dia video call. Alasan kalini pon sama, nak pastikan betul ke perempuan yang whatsapp dengan dia. Kekonon takot lelaki guna apps tukar suara lelaki jadi perempuan. Setelah beberapa kali dia video call, aku jawab. Aku pakai tudung elok-elok kekonon dia tak nampak aurat aku. Perghh, memang orang yang sama dengan gambar yang dia bagi. Kami vc masa husband aku masuk tidur. Korang tau apa dia cakap masa first time vc? Dia cakap aku comel. Cute. Wife Shah ala-ala husband aku, besar gabak. Shah cakap suka tengok aku. Sedap mata memandang. Husband aku pon dah berkurun tak puji aku wei.. Aku selalu ja tanya husband aku “cantik tak?” Dia jawab, “ok jaa”. Tak tengok aku pon. Kadang aku tanya husband aku, “sayang Zuana tak?” dia jawab, “sayang” sambil main handphone atau apa-apa hal dia. Berbalik kepada vc aku dengan Shah, kejap ja kami vc. Gila kauuu, laki aku ada dalam rumah kot.
Makin lama, aku macam ada perasaan kat Shah. Dia handsome, tinggi, sport guy, he has a great smile, kelakar, caring, badan dia fit (tak buncit), pakaian dia pon smart (sebab dia kerja badan beruniform). Beza la dengan husband aku, walaupon gaji berbelas ribu, pakaian selekeh, misai malas nak trim, perut buncit, muka berjerawat, badan berjerawat, baju tidur pakai 2 hari baru nak tukar. Kepam kot. Aku suruh tukar, dia cakap nak pakai tidur ja pon. Dia ingat aku takde hidung? Nak kata aku habiskan duit dia?? Hellooo.. Semua perbelanjaan aku, mekap ke, baju ke, bra segala mak nenek, aku beli guna duit business aku. Even peralatan dapur pon aku yang belikan. Baju raya aku, anak-anak termasuk dia, aku yang belikan. Tak kira lagi aku belikan kasut, baju, perfume memahal kat dia sebab aku nak hak aku tengok permandangan yang elok. Tapi, dia tak appreciate. Dia tolak aku jauh-jauh dari dia.
Berbalik cerita berkenaan Shah, tiap kali dia whatsapp aku, dia akan tanya khabar aku, macam mana progress business aku. Shah juga selalu sebut ayat ni, “Comelnya, sayang betul sebab isteri orang.”. Dia kiss kat screen handphone. Bila nak end conversation, dia akan type “jaga diri baik-baik”. Aku dah melting dengan dia, tapi, aku cuba tahan diri sebab aku sedar yang aku isteri orang dan dia suami orang. Sampailah satu tahap, kalau berhari tak contact, bila dia call, dia akan cakap “lega boleh dengar suara Zuana”. Aku ada tanya dia, “abang suka Zuana ke?” Dia jawab, “suka sebagai kawan.”. Tapi, cara dia treat aku, rasa macam special gais. Jauh beza dengan husband treat aku.
Aku bagi satu situasi. Awal tahun ni (2018), aku bercuti dengan family kecil aku, aku inform Shah awal-awal sebab takot dia contact aku, kantoi pulak. Nak dijadikan cerita, hari pertama bercuti, malam tu anak aku demam sampai warded. Husband aku?? Dia balik tidur hotel dengan anak-anak yang lain. Aku la yang gila sorang-sorang kat hospital. Tempat orang pulak tu. Anak aku kena warded pon, aku dukung sensorang ke wad. Dalam masa tu jugak, Shah whatsapp. Dia cakap “sorry kacau, cuma nak tanya khabar.”. Aku bagitau situasi aku, terus dia call aku gais. Dia comfort aku, tanya aku dah makan ke? Suruh aku mandi bersihkan diri. Suruh baca surah sekian-sekian. Aku dengan anak aku sehelai sepinggang gais kat hospital tu. Harapkan husband nak hantar pakaian ke makanan ke minuman. Haram!
Pagi-pagi di hospital kan diorang edarkan breakfast. Aku hanya mampu telan air liur ja sebab pinggan cawan apa pon aku takda. Anak aku dah minta susu bagai. Aku call husband tak berjawab. Dalam celah tu la hadas besar pon tak bersalin gais. Punya bengang aku masa tu. Dah la aku kena ulang alik ke toilet mandikan anak sebab nak turunkan suhu badan dia. Aku guna baju anak aku sebagai towel lap basah air. Kawan husband yang konvoi sesama datang pagi tu bawak breakfast. Memang aku menangis masa tu juga. Wife dia peluk aku erat-erat sambil cakap sabar banyak-banyak. Diorang husband and wife boleh datang pagi-pagi, kenapa tidak husband aku? Dia boleh layan tidur sementara aku dengan anak dia kat hospital yang taktau hujung pangkal ni. Bila dia datang? Masa waktu melawat. Yesss.. tengah hari!! Bravo hubby!!!
Aku malas nak imbau lebih lanjut kejadian drama bangang tu. Jadi, makin lama aku makin tangkap cintan la dengan Shah. Sampailah satu hari, kantoi dengan wife dia. So, aku rasa that is la. Aku takot, sedih, menyesal, semua ada. Aku cakap kat dia, cukuplah setakat ni saja. Dia pon ok. Aku minta nak call explain kat wife dia, dia tak bagi. Dia cakap, takpe la, kita stop ja contact each other. Aku redha walaupon frust gais. Menangis macam orang gila bila aku sensorang, aku kemurungan, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. Untuk kali pertama, aku melalui fasa putus cinta sebab sebelum dia, aku hanya pernah bercinta dengan husband aku. Rasa putus cinta tu sangatlah perit, pedih dan seksa. Dalam pada tu, muncul rasa bersalah kat husband, aku rasa berdosa sebab menduakan dia. Aku confront husband aku. Aku bagitau aku ada scandal, tapi aku dah break up. Aku minta maaf, minta ampun. Aku bagi alasan, aku buat macam tu sebab aku sunyi. Huband aku tak cakap banyak dan aku boleh nampak dia terkejut gila. Dia tak mahu tau lebh lanjut cerita perihal aku dan Shah. Dia pun minta maaf kat aku sebab dia abaikan aku selama ni. Dia berjanji yang dia akan berubah.
Bagi mengisi masa lapang selain perbaiki hubungan aku dengan husband, aku tingkatkan value aku. Untuk pengetahuan readers, walaupon aku ada anak 4 orang, body aku still macam orang belum kahwin. Perut aku, walaupon pernah czer sekali, takda strech mark dan flat. Luka czer aku sebaris comel ja. Boleh dikatakan aku pandai bab masak memasak. Cakap ja kau nak makan menu apa. Tradisional? Western? Eastern? Kuih? Dessert? Semua aku boleh masak. Ingat lagi masa tahun ke-3 kami berkahwin, husband aku puji masakan aku lagi sedap dari masakan mak dia dan mak aku walaupon menu yang aku masak tu berdasasrkan resepi mak-mak kitaorang yang aku olah sikit. Apa lagi kelebihan yang aku ada? Anak-anak kitaorang semua comel-comel dan bijak. I’m very good at parenting sampai kawan-kawan aku selalu pm aku minta nasihat berkaitan anak-anak diorang. Aku pandai cari duit sendiri. Aku boleh berdikari. Aku nak pergi mana-mana, aku boleh drive sendiri berdasarkan waze. Jadi, apa yang aku kurang? Aku tak berapa pandai makeup. Aku masuk kelas mekap. Belajar cantikkan diri. Aku rasa, aku dah add semua value aku so that kalau husband aku tinggalkan aku, dialah manusia paling rugi dalam dunia ni. Haha.
Tak semena-mena, boom! bermessage dengan senior lama (Kyril) through facebook. Awal tu tanya khabar. Last aku jumpa berbelas tahun dulu. Kami kenal masa outdoor activity. Aku ada hati kat dia sebab dia ada ciri-ciri lelaki idaman aku. Non smoking, tinggi, great smile, handsome, suka outdoor activity, caring, soft spoken. Memang 90% menepati ciri-ciri idaman aku. Tapi, masa tu dia dah ada girlfriend. Kami selalu contact through yahoo messenger. Tak sampai sebulan aku couple dengan boyfriend aku (husband aku), dia confess yang dia sukakan aku dan nak kahwin dengan aku. Dia clash dengan girlfriend dia sebab orang ketiga. Aku reject dia walaupon hati aku meronta-ronta nak kat dia. Aku anggap takda jodoh. Selepas setahun lebih kejadian tu, dia kahwin. Lepas tu, kami stop contact each other. Berbalik kepada kejadian terkini, kami bermessage bertanya khabar bagai. Rupanya dia baru bercerai. Timing lebih kurang masa aku start scandal dengan Shah last year. So, sebagai kawan, aku cuma menjadi a good listener.
Dalam masa yang sama, Shah mula contact aku balik. Aku cerita drama antara aku dengan Shah kepada Kyril dan Kyril bagi nasihat dan kata semangat supaya hubungan aku tinggalkan Shah dan pulihkan hubungan dengan husband. Dalam masa yang sama, Kyril mengimbau cebisan kenangan kami dulu. Dia menyesal sebab terlalu ambil masa nak approach aku. Ada juga dia suarakan pendapat suruh aku bercerai dengan husband aku. Dia cakap, dia masih sukakan aku. Aku tolak cadangan tu sebab aku masih ada rasa sayang dekat husband. Tolak kes dia ignore aku, actually, husband aku seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab. Sepanjang 10 tahun kami berumahtangga, dia tak pernah naik tangan atau suara dengan aku. Tak pernah sekali pon maki aku. Ringan tulang membantu aku membuat kerja rumah. Cuma, dia lack of empathy dan juga bukan seorang yang romantic. Kyril mengalah dan cuba tolong aku selamatkan rumah tangga aku dan bagi kata-kata semangat supaya aku tinggalkan Shah. Shah keep contact aku sekadar tanya khabar. At last, aku ikut nasihat Kyril. Aku block Shah. Settle. Hubungan aku dengan suami pon makin ok walaupon tidaklah 100 peratus ok. Alhamdulillah.
Aku bagitau Kyril, hubungan aku dan suami dah much better. Aku berterima kasih sangat-sangat kepada Kyril. Kemudian, makin lama, dia makin menjauh dan sepi. Status instagram dia semua sedih-sedih, sayu-sayu. Ada sekali, aku berani message bertanyakan khabar. Dia jawab nak tak nak ja. So, aku stop setakat tu ja. Aku taktau apa yang aku dah buat. Aku assume dia jauhkan diri sebab tak nak keruhkan rumah tangga aku. Thank you so much. Aku bersyukur juga disebabkan aku migrate jauh ke borneo, jadi, aku terpelihara dari melakukan perbuatan yang pelik-pelik sebab jauh dari Shah atau Kyril.
Masalah aku tak settle sampai part tu. Selepas raya aidilfitri yang lalu, masa aku kat porch, ada seseorang panggil nama aku. Aku toleh. Rupanya jiran sebelah rumah (Daus) yang panggil. Daus baru pindah awal tahun ni. Bujang. Senior Engineer. Aku pernah tegur dia masa dia mula-mula pindah tapi tak pernah bagitau nama aku. Hidup berjiran kan. Dah jiran aku panggil, aku pergi kat dia. Dia tanya, kenapa dia call nombor (ada nombor dan nama aku kat situ) kat banner balkoni rumah aku tak dapat. Aku cakap, tu nombor lama. Husband saja letak banner kat situ sebab nak elak panas. Dia minta nombor aku yang terkini. Aku nak cakap apa? Aku bagi je laa.
Kali pertama Daus call sebab dia nak beli benda yang dia nampak tertera kat banner balkoni aku. Dia call dan datang rumah selepas husband aku keluar pergi kerja. Ada la sembang-sembang kosong. Depan pintu rumah ja. Selepas seminggu, Daus beli lagi. Lepas tu, dia whatsapp aku. Dia keep on whatsapp aku. Aku malas nak layan sebab aku tengah frust putus cinta masa tu dan aku dalam cubaan nak memperbaiki hubungan dengan husband.
Aku reply biasa-biasa saja. Satu hari, aku tipu dia bagitau dia aku dah tak jual benda kat banner tu. Haha. Pernah dia whatsapp masa aku tengah class makeup. Dia cakap “patutlah kulit cantik.”. Sweet! Tapi, aku takda mood nak buat drama siri baru. Dia suruh aku hantar selfie pon aku tak layan.
Lepas tu, lama tak contact, cuma terserempak masa kat luar rumah macam tu ja. Sampailah last month, dia whatsapp aku bagitau dia balik kampung. Minta aku tengok-tengokkan rumah dan kereta dia. So, setiap 2 hari aku update ja. Dia ada tanya nak kirim apa-apa ka? Aku cakap takda. Ada jugak dia selit suruh aku selfie. Aku reject elok-elok. Lepas dia pulang, dia contact bagitau belikan aku something. Tiap kali dia whatsapp aku, dia cakap tak sempat nak bagi. Padahal, rumah dia sebelah rumah aku ja pon. Bila whatsapp tu melarat la nak chit chat bagai.
Sampai la satu hari, dia whatsapp agak daring. Aku terus potong cakap “cepat-cepat la kawen”. Dia boleh reply apa tau?? “Kalau Zuana single, dah lama dia ajak keluar (dating)”. Aku speechless. Aku just reply “haha” bersama emoticon gelak keluar air mata tu. Jiran kot wei.. Tak agak-agak. 3 hari lepas, Daus whatsapp pagi tu cakap nanti dia nak bagi benda yang dia belikan tu. So, lepas lunch, husband aku pergi kerja. Dia call cakap dah ada depan rumah. Aku keluar terima pemberian dia dan ucap terima kasih. Cuma bertanya khabar berbahasa basi. Dia cakap, bau macam baking masa aku buka pintu rumah. Aku cakap “yaa, tengah baking. Petang karang nak cod”. Dia suruh aku buat extra sebab dia nak rasa. Aku ok kan jaa. Ada la terselit topic yang dia nak kahwin hujung tahun ni. Rupanya dia balik kampung haritu sebab nak settlekan hal kenduri dia. Aku ucap tahniah dan tumpang rasa happy. Tapi gais, dalam penghujung sembang, dia boleh puji-puji aku. Dahtu, ajak aku keluar tengok wayang malam tu. Ko rasa??
Aku reject. Aku cakap, aku just nak cod, pastu balik. Aku bagitau dia petang karang sebelum keluar cod, aku hantar kat dia. Aku bagitau husband tentang pemberian Daus dan boleh nampak riak muka husband aku berubah. Tapi, dia cuba control. Aku bagitau ja la dari nak kantoi. Nak dijadikan cerita, aku terlewat siapkan order. Lepas maghrib baru aku keluar cod. Aku ada inform Daus awal petang tu. Dia ok kan ja. Bila aku dah keluar rumah, aku call dia sebab nak bagi kek tu. Korang tau dia jawab apa? Dia kat luar, jumpa kat luar. Dia suruh aku ke tempat dia ada sekarang. Dia send location. Tempat tu memang tempat romantic. So, tak dak pasai aku nak kesitu. Aku cakap, “Tak nak pergi situ. Saya cuma nak cod pastu balik”. Dia cakap, “takpe, bawa ja kek dia, nanti dia contact”. Bila aku dah cod, aku call dia tanya nak drop kat mana? Skali, dia sampai situ gais. Dia ajak aku makan sesama. Lepas dia settle makan, dia ajak tengok wayang. Aku tolak elok-elok cakap nak balik. Balik rumah, husband aku tak tanya sepatah apa pon. Kemana aku pergi ke? Kenapa balik lewat? Takde. Aku sampai rumah, husband masuk bilik.
Daus sambung whatsapp aku. Dia cakap seronok keluar makan dengan aku. Aku cakap’ “keluar makan ja pon”. Pastu, mula la melalut bersimpang siur. Aku cakap, “sabar laa.. tak lama lagi dah nak kenduri tu.” Tetiba kannn.. dia video call!! Dua kali aku tak angkat. Aku whatsapp tanya kalau-kalau dia ter sebab sebelum ni pon ada jugak dia tertekan. Dia jawab, “ memang dia nak vc dengan aku.”. Aku tanya dia nak cakap apa? Dia jawab. “angkat ja”. Lepas pakai tudung, aku angkat. Dia tanya dah cuci muka ka? Aku cakap ya sebab dah nak masuk tidur. Dia puji-puji aku. Dia minta nak tengok aku tanpa bertudung. Aku tak bagi. Pastu, dia cakap otak dia dah fikir bukan-bukan. Aku cakap bebaik, “Better stop ja vc. Pegi la tidur cepat-cepat”. Daus drag conversation siap muah muah nak kiss aku, sampaikan aku terpaksa end vc tu. Lepas tu dia sambung whatsapp lagi. Oh my god! Last, aku turn off wifi, aku tidur.
Harini, Daus whatsapp aku petang tadi. Dia cakap saja ja. Dia tanya samada aku keluar kemana-mana tak malam ni. Aku cakap tak. Dia ajak aku keluar tengok wayang. Aku tolak elok-elok. Aku cakap tak elok keluar dengan tunang orang bagai. Dia jawab keluar sebagai kawan ja. Jawapan cliché sangat macam Shah. Haha. Aku jawab, “takpe laa.. terima kasih. Bla bla bla”. Berjela la alasan aku punya nak jaga hati jiran.
Kesimpulannya, aku nak buat macam mana eh?? Buntu gais.. Kalau bukan jiran, dah lama aku maki. Kau dah nak kahwin tak berapa bulan, sesuka hati kau menggatal dengan bini orang. Aku memang takde mood dah nak berdrama. Sekarang ni, aku focus nak groom husband aku ja jadi lelaki idaman aku. So far, husband aku dah boleh disentuh. Haha. Peluk kalau aku suruh dia peluk aku. Dah shopping baju seluar yang senonoh setanding dengan pangkat dia. Dah trim misai dia bagi nipis sebab aku prefer lelaki yang takda misai. Dah berjinak-jinak dengan activity sukan. Dari perut pregnant 6 bulan dah jadi 3 bulan. Dah tukar baju tidur hari-hari. Dah kurang buat perangai baran tak memasal dia. Dia bukan jenis naik tangan, tapi, dia suka sepak-sepak mainan anak-anak atas lantai. Pastu, marah dan membebel anak-anak atas sebab-sebab kecil. So far, ok la husband aku. Much better. Cuma, part atas katil masih lagi kelaut. Aku redha jaa.. Kalau ada tips, share laa.. Haha.
Lastly, aku mohon readers doakan kebahagiaan aku dan husband. Masih cuba perbaiki. Kalau bukan jodoh kami berdua, mohon aku dijauhkan dari menjadi perosak rumah tangga orang. Letih drama gais. Scandal dengan laki orang, dengan duda, dengan bakal laki orang. Memang pasni aku takkan minta doa bodoh-bodoh macam haritu dah. Insaf sangat.
– Zuana
Kredit : iium confession
kata-kata bijak cinta 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最佳解答
kata-kata bijak cinta 在 大象中醫 Youtube 的最讚貼文
kata-kata bijak cinta 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
kata-kata bijak cinta 在 Kata Kata Bijak Cinta - Pinterest 的推薦與評價
Pinterest Lite. Save space on your device. Sign up. Explore · Home Decor. @Kata Kata Bijak Beach, Water, Outdoor, Gripe Water, Outdoors, The. ... <看更多>
kata-kata bijak cinta 在 Kata-kata Bijak Tentang Cinta dan Perasaan - YouTube 的推薦與評價
KATA KATA SEDIH - RINDU · UNTUK KAMU YANG SEDANG BERJUANG (Video Motivasi ) | Spoken Word | Merry Riana · Dalam Cinta, Kapan Waktu Yang Tepat untuk ... ... <看更多>
kata-kata bijak cinta 在 Kata Kata Bijak Cinta - Facebook 的推薦與評價
Kata Kata Bijak Cinta. Friends · Photos · Videos. Photos. Login into Facebook · Create New Facebook Account. Others With a Similar Name. Loading. ... <看更多>