Yer #SeleraAbangBrian di applikasi @lazada_my setiap khamis akan berehat seketika utk beri ruang untuk ko rang fokus membeli belah ngan kempen mid year sales! wahahaha… sambil tu, kalo rindu… abg brian kongsikan je lah resipi aritu yer….
#AbangBrianCooks
KEK GEBU MANGGA BUTTERSCOTCH
(Loyang Bundt 16cm)
Bahan A
3 kuning telur
30g gula kaster
45g minyak jagung
45g susu
¼ sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
60g tepung kek
¼ sudu kecil serbuk penaik
Bahan B
3 putih telur
½ sudu kecil cream of tartar
50g gula kaster
1 mangga, diambil isi dan dipotong dadu
Bahan C
25g mentega
60g krim
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1. Dalam mangkuk besar, pukulkan kesemua Bahan A sehingga sebati.
2. Dalam mangkuk lain, pukulkan Bahan B. Mulakan dengan putih telur, pukul sehingga berbuih, tambahkan gula sedikit demi sedikit dan habis kan dengan cream of tartar.
3. Kaupkan Bahan B bersama Bahan A secara perlahan (guna spatula/ senduk shj! jangan pukul!). Bila sekata campurannya, tuangkan dalam loyang dan bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175C utk 354-40 mins atau sehingga masak sepenuhnya. Biarkan menyejuk.
4. Panaskan kesemua bahan C sehingga memekat. Gaulkan masuk mangga. Tuangkan atas kek yang telah disejukkan.
#tipsAbangBrian
- gunakan mentega yang tidak bergaram utk kuahnya supaya tahap kemasinan dapat dikawal.
- pastikan gula yang digunakan adalah gula kaster/ gula putih halus.
#spongecake #kekspan #resipi #resipimudah #malaysianfood #foodiesofinstagram #foodiesofmalaysia #manggo #butterscotch #mangga #desserts
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...