Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Ulang kaji ksah sebelum PKP,
Alkisahnya anak perempuan umur 13 tahun mengadu ada masalah di asrama, saya pun suruh dia senaraikan sepuluh masalah itu:
Katanya:
1.kawan suka mencarut.
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing.
3.Warden tak bagi bawa telefon.
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat.
5.Ayah ambik lambat waktu cuti.
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar.
7. Baju sukan hilang kena curi
8.cicak berak atas berus gigi
9.kena ejek sabab baju sama
10. Pingan makan hilang.
Okey, Alhamdulillah dia nak mengadu, jadi saya jawab lebih kurang..
1.kawan suka mencarut. (Jangan rapat sangat dengan kawan macam tu, cari kawan yang suka berzikir, dan jadikan diri kita seorang yang jaga lidah)
2.kawan suka duduk dalam kumpulan masing masing. (pilih kawan yang perangai macam penjual minyak wangi, kawan yang ramai, kita boleh pilih)
3.Warden tak bagi bawa telefon. (ayah setuju, tak bagus langung bawa smartphone ke asrama)
4.cikgu ajar tak paham sebab loghat Terengganu pekat sangat. (nanti pergi belajar oversea Bahasa English lagi pekat)
5.Ayah ambik lambat waktu cuti. (maaf, ayah agak sibuk, tapi anak lelaki semua balik naik bas, na ayah tetap ambik walaupun jauh 90km, tak sanggup tengok na naik bas macam abang-abang)
6. Ada kawan kacau dalam kelas, ajak borak waktu cikgu mengajar. (bincang dengan cikgu, dan ketua kelas, nak duduk kerusi depan sekali, benda boleh bincang)
7. Baju sukan hilang kena curi (Pakai dulu baju sukan mana yang ada, dan lain kali tulis nama baju besar besar kat Kawasan dalam tudung diluar baju biar pencuri malu)
8.cicak berak atas berus gigi (basuh jer lah, beli baru dekat koperasi)
9.kena ejek sabab baju sama (ayah orang lelaki, bangga jika ada baju sama dengan kawan, jadi maaf tak dapat bantu bab ini)
10. Pingan makan hilang. (ayah call warden ganti pingan baru, ayah akan bayarkan)
Okey, begitulah lebih kurang masalah terbesar anak mengadu pada ayahnya, lepas tu saya suruh dia senaraikan 10 kelebihan duduk asrama, katanya:
1.Dapat belajar berdikari.
2.Dapat ramai sangat kawan
3.Dapat kenal budaya terengganu.
4.Bangun awal subuh
5.Sekolah yang luas, banyak kemudahan (dulu dia sekolah rendah sekolah agama yang kecil sahaja)
6.Banyak program keagamaan
7.Ayah ambik bukan naik bas. (tak macam abang abang)
8.Tak bergaduh dengan adik dan ayah.
9.Banyak masa belajar sebab tak kena jemur baju, angkat baju, lipat baju macam kat rumah.
10.rindu menambah kasih sayang.
Haha ha, kelagar jugak tengok cara anak berfikir, rupanya seronok duduk asrama sebab kat rumah selalu kena suruh sampai gaduh gaduh, ha ha.
Lepas tu saya tanya dia satu soalan:
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Anak jawab betul, dan bila bincang tentang masalah itu, semua masalahnya yang lain menjadi kecik dan simple sahaja.
Memang betul, dalam hidup ini, jika kita faham tentang masalah terbesar dalam hidup, maka segala ujian, kesusahan, penderitaan, dan lain alain ujian semunya adalah sangat kecil.
Jadi, apakah masalah terbesar itu?
Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?
Alkisahnya ada seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…
Kenapa?
Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.
Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”
Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.
Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?
Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.
Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.
Tuan tuan, kita tengok cina mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?
Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!
Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!
Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.
Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.
Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.
Emak saya pun dah mati, dan saya tak sedih sangat sebab saya tahu emak saya orang islam dan tempatnya di syurga, Cuma saya takut saya lambat masuk syurga sebab banyak dosa..
“Mak, Hamka ada mimpi mak pakai baju emas tersenyum di tempat indah, rindu pada mak, tapi takpe, Allah ambik mak dalam keadaaan mak seorang islam. Terima kasih Ya Allah”
Jadi anakku di asrama, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.
Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.
Kepada Allah, aku menyebut nyebut nikmat hidup dalam keadaan beriman ini.
Oh Tuhan yang boleh membolak balikkan hati manusia, kasihanlah kami yang hina dan banyak dosa ini, janganlah kau matikan kami tanpa iman, dan andai kata umur pendek baik untuk kami, pendekkan umur kami, jika umur Panjang baik untuk kami, maka panjangkan umur kami,
Tiada daya upaya melainkan dengan Izinmu.
Terima kasih Allah, bagi kami Islam,
Terima kasih. Alhamdulillah
Semoga kita semua Woha sampai Syurga.
「kisah qarun」的推薦目錄:
kisah qarun 在 Facebook 的最讚貼文
Menafsir Mimpi?
(Sedikit tafsiran mimpi dari saya yang banyak dosa, dan ini adalah pendapat saya semata-mata)
Saya ingin membuat pengakuan kepada dunia, bahawa saya masih bodoh dalam banyak hal, terutama bab tafsir mimpi. Jadi TOLONG jangan PM saya suruh tafsir mimpi korang, sebab hati saya kotor, dosa saya banyak, dan masih berusaha menjadi mayat yang bertaubat.
Seriusnya,saya tak ada ilmu tafsir mimpi, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun.(buat masa ini)
Maka, kepada mereka mereka yang DM atau PM tanya bab tafsir mimpi, maaf sebab saya tak layan. Dan kepada yang belum PM dan baru nak tanya saya bab tafsir mimpi, baik tak payah hantar, korang akan kecewa kerana saya TAK TAHU langsung bab tafsir mimpi.
Saya ulang: saya tak tahu, saya tak pernah belajar, dan tidak berniat untuk belajarpun!.
Apapun mimpi korang, betapa pelik, petapa seram, betapa inception pun, saya tak ada rasa nak kagum, jauh lagi nak tafsir, sebab saya memang tak tahu, saya bukan seorang yang suka perasan pandai, bila tak tahu, saya cakap tak tahu.
So, berhenti PM saya tanya bab tafsir mimpi buat selama-lamanya, ok?
(Saya telah delete semua mesej korang yang tanya pasal tafsir mimpi)
Untuk mengubat sedikit kehampaan korang yang dah susah payah PM saya bab tafsir mimpi, Saya cerita serba sedikit apa yang saya tahu tentang tafsir mimpi, dengan harapan,:-lepas ni jangan cerita kandungan mimpi korang dan suruh saya tafsir- saya bukan orangnya.
Sedikit info tentang mimpi yang saya tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat saya semata-mata.
Menurut Buznama, jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.
Maka mimpi baik jadikan modal solat hajat, kit ani asyik doa nak Panjang umur maca syaitan dan rezeki banyak Qarun, sekali sekala kena tambah modal lain, jadi gunakan mimpi baik sebagai modal solat hajat.
Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku, Jangan pulak mimpi Nampak buruk orang terus anggap betul, siasat dulu yer.
Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik (ada dalam hadith, )
Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka InsyaAllah itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan saya bermimpi jumpa Nabi, kawan saya tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan saya, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. (baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi)
Pada pendapat saya, Jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpipun tak buat dosa.
Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat saya, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul, kena hijralah.
Jika korang bermpimpi bersutubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer, hihihi.
Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala.(air mani sudah penuh testis daa..) , tafsir mimpinya: Kena cepat cari jodohlah.
Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Saya bila mimpi jumpa hantu, saya akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.
Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia, tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat.
Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah orang yang tidur dengan niat nak solat.
Bagi pelajar, jika korang mimpi masuk exam tapi tak study, itu bermakna korang sangat serius dalam belajar, bagus!
Jika mimpi jumpa orang yang kita suka bukan bermakna dia rindukan kita, tapi kita yang rindukan dia.
Jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, dan mimpi jumpa arwah sedang kesedihan, bermakna arwah perlukan doa anak yang soleh, rujuk gambar, ada group wasap di kampung saya sedang berusaha kirimkan zikir sebanyak 70 ribu kepada arwah ibu dan bapa mereka, sangat bagus wasap ini sebab Ketika orang sedang gaduh atau stress, datang status update bilangan zikir pada arwah ibu bapa. Alhamdulilah.
Second last, jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Woha!
Last, Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. Woha! (petikan filem abang Nolan)
Arghh banyak pulak cerita tafsir mimpi saya, tadi nak cerita sikit jer, stop!, habis sampai sini.
Moral of the story: JANGAN MESEJ SAYA SURUH TAFSIR MIMPI KORANG LAGI! TOLONG!
Sekian.
Ps: Banyak kisah mimpi yang berlaku oleh sahabat dalam zaman merakam hadith, adalah berguna untuk rujukan ummat akhir zaman, setelah di tafsir oleh nabi Muhammad SAW, maka kita di zaman mengzahirkan hadith ini, tak perlu sangat nak tafsir mimpi kita seperti mereka, dengan sibuk cerita pada ustaz ulamak suruh tafsir mimpi korang yang tah apa apa, Baik kita zahirkan hadith Nabi dengan menjadi watak yang di suka oleh Allah dan Rasul…, dan ini adalah pendapat saya semata-mata.
Woha!
kisah qarun 在 Facebook 的最讚貼文
Muslim tidak hipokrit. Amar makruf nahi mungkar dan tetap bersikap adil walaupun terhadap diri sendiri sesuai dengan firman Allah Subhana Wa Ta’ala;
“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(An-Nisaa' 4:135)
Yang melakukan kesalahan adalah individu maka tidak wajar disandarkan pada agama. Ada kes yang mudah dilapor, disiasat, direman, didakwa & disabitkan kesalahan. Ada yang agak kompleks tidak semudah itu.
Tangan tangan ghaib yang tidak takut pada Allah dan pelbagai faktor lain.
Ketahuilah, di dalam kisah Qarun ada pengajaran buat kita. Apabila orang awam merasa takjub, kagum dan mahu memiliki kekayaan seperti Qarun tetapi para alim yang berada bersama mereka pula bersikap sebaliknya.
Akhirnya apabila Qarun ditelan bumi, masyarakat yang jahil baru sedar betapa orang alim terlebih awal memberikan amaran dan merasa bersyukur tidak mengikuti dan taasub pada populariti & kekayaan Qarun.
Apabila ramai alim bersuara ke atas sesuatu isu, ketahuilah para alim tidak akan bersepakat di atas sesuatu kesesatan dan kemungkaran.
Pastinya para alim mengetahui apa yang masyarakat awam tidak ketahui sehingga amaran demi amaran untuk menyediakan masyarakat tentang suatu kemungkaran yang telah dan sedang berlaku di dalam masyarakat.
Kita jangan sesekali menjadi seperti golongan liberal, apabila terkena pada Muslim, gempak gempita tetapi apabila terkena pada geng sendiri diam seribu bahasa.
Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala jauhkan kita dari mereka yang menunggang agama untuk kepentingan hawa nafsu lalu menjadikan masyarakat yang mengidolakan mereka sebagai mangsa kepada nafsu mereka. Allahuma Ameen
kisah qarun 在 Kisah Qarun yang Tamak Harta - Ustaz Nazmi Karim - Facebook 的推薦與評價
Kisah Qarun yang Tamak Harta - Ustaz Nazmi Karim · 更多 Ceramah Ustaz & Ustazah 的文章 · Ustaz Huzaifah Kuliah Isya' · AF Ustaz Shukri Idris Kuliah Maghrib · Kuliah ... ... <看更多>
kisah qarun 在 Nabi Musa AS, Kisah Qarun - Suara Muhammadiyah - Pinterest 的推薦與評價
Nabi Musa AS, Kisah Qarun Buried Treasure, Treasure Chest, Pirate Treasure, High ... Nabi Musa AS, Kisah Qarun - Suara Muhammadiyah ... ... <看更多>
kisah qarun 在 Kisah Qarun yang Derhaka. 的推薦與評價
Qarun Sang Penderhaka | Qarun merupakan sosok tubuh yang tidak lagi asing di dalam masyarakat. Qarun yang dikatakan mempunyai harta yang tersangat... ... <看更多>