Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah!
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)
同時也有17部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,? You can also follow me here: Portal: https://www.budiey.com IG: https://instagram.com/budiey Twitter: http://twitter.com/budiey Facebook: http://fac...
「lirik lagu kenangan」的推薦目錄:
- 關於lirik lagu kenangan 在 Facebook 的精選貼文
- 關於lirik lagu kenangan 在 Facebook 的最佳解答
- 關於lirik lagu kenangan 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於lirik lagu kenangan 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
- 關於lirik lagu kenangan 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於lirik lagu kenangan 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
- 關於lirik lagu kenangan 在 Kenangan'80-90 (lirik) syahdu: Senandung OTW - YouTube 的評價
- 關於lirik lagu kenangan 在 Lirik Lagu Kenangan | Facebook 的評價
lirik lagu kenangan 在 Facebook 的最佳解答
Makasih om @posantobing😘😘 ... Ok guys inilah dia Om Posan Tobing yang telah menciptakan lagu Untuk kamu yang telah cecah 150Juta views tontonan di Youtube... Banyak kenangan lagu ini yang di cipta bersama Alyssa tak sampai 30 menit.. masa itu om posan datang ke Malaysia ingin bertemu Alyssa.. dan boss Alyssa iaitu uncle Prashan @melakaboy terus call mummy @suzannedezek suruh datang ke studio... Selepas itu om posan terus main gitar cari ilham untuk Lagu untuk kamu di depan Alyssa sambil Alyssa ambik kertas tulis lirik yang disuruh dengan om Posan.. dan selepas satu bulan Alyssa bersama keluarga , uncle prashan, dan team xeno ke Jakarta untuk rakaman di jakarta... Tak lupa juga kalau korang ingat ada backup suara tu .. tu adalah kakak xeno saya iaitu kak nana @nanasheme yg tolong jadi backup masa tu.. thanks kak.. panjang plak cerita ni kan.. apa pun alyssa ucapkan terima kasih kepada penyokong setia Alyssa... Tanpa anda siapalah Alyssa.. Dan jangan lupa terus support Alyssa ok.. tunggu my next project tak lama lagi.. ok guys Alyssa sayang kamu ADFC dan kepada semua peminat semua .. 😘😘😘❤️❤️❤️❤️
lirik lagu kenangan 在 Facebook 的最佳貼文
Pernah dakwah bapuk?
Alkisahnya, pada satu hari di Kelantan kira kira dua puluh tahun yang lampau, tiba tuba terjumpa bapuk duduk lepak depan rumah, kita dakwahlah dia, salam macam biasa sebab dia lelaki, yang tahu dia ni bapuk bila nampak cara berpakaian ala ala metroseksual, dan bersuara lembut macam perempuan, dan gedik macam pondan.
Ajaib!, dia nak ikut program iktikaf tiga hari, cash!
So pendek cerita dia sangat seronok dapat berkenalan dengan abang abang janggut, waktu tu saya masih muda bergetah dan geng Jemaah pun ramai yang muda macam hero korea, tidur pun nak himpit himpit, tapi ustaz dah pesan awal, tidur tak boleh satu selimut dan tak boleh terlalu rapat. Sosial distance is Sunnah waktu tidur!
So bila ikut sunnah, takde kejadian buruk berlaku, semuanya cerita yang baik baik, bapuk ni malam-malam bangun tahajjud sambil menangis.., yang lawak sikit, dia bukan berdoa sambil menangis, dia nyanyi lagu nasyid sambil menangis.
“Tuhanku.., aku tidak layak masuk syurgamu…, tapi tak berupaya menghadapi api nerakamu.., terima taubatku..”
Begitulah lagu nasyid dia jam 3 pagi bersama air mata di atas sejadah, nasib baik dia tak pakai kain solat perempuan! Woha!..,
Antara kenangan paling lawak, dia nak berceramah magrib, ok, ustaz bagi can.
Dia pun bercerita tentang Iman adalah mutiara.
Apa yang lawak?, sebab dia tafsir lirik lagu Raihan..
Contoh ceramah dia..
“Tuan tuan nak tahu tak kenapa iman adalah mutiara? Sebab mutiara ini tiada ditepian pantai..”
Lepas tu dia senyap sekejap, bernasyid secara perlahan nak cari idea dan sambung ceramah.
“Iman juga tak dapat di jual beli yer tuan tuan sebab iman tak boleh diwarisi dari ayah yang bertakwa, buatlah apa juapun, mendaki gunung yang tinggi, renang lautan api..”
Lepas tu dia hilang idea dan sambung menyanyi secara perlahan lahan siap angguk angguk dan teruskan berceramah. Lawak tapi deep. Kami semua kagum dengan kesungguhan dia nak berceramah.
Kemuncak program dia nak ikut ke Markas Dakwah di Kelantan, sampai sana dia ikut Jemaah lain sebab saya dah nak balik Terengganu lalu kamipun berpisah.
Sampai sekarang saya dah lupa nama dia, dan tak pernah jumpa dia.
Mungkin dia sudah berada di Taman Syurga.
Woha!
lirik lagu kenangan 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog Budiey: https://cutt.ly/HnAOWsZ
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Merchandise Baju T:
https://cutt.ly/9nAOnlc
Thanks for watching!
lirik lagu kenangan 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Episod 4 : XPDC Reunion / XPDC Kita-PengYu / XPDC Militia
Menyingkap sejarah perjalanan KUMPULAN XPDC di pentas ROCK tanah air.
SINOPSIS EPISOD 4 :-
Selepas album XPDC V6 yang dianggotai Ali Izo Yan dan Lola, kumpulan XPDC telah kembali dianggotai ahli asal XPDC iaitu Mael Izo Amy dan Zuar pada tahun 2005. Album Rock Union dan Rasopariso telah diterbitkan sepanjang Reunion XPDC dan juga bertukar tukar ahli sepanjang perjalanan mereka dari tahun 2005 hingga 2018. Terkini XPDC telah terpecah kepada dua iaitu XPDC Kita Peng-yu (Mael Zuar Amy Jeff) dan XPDC Militia (Ali Izo Eddie Lola Arif_Izo).
Video ini didedikasikan kepada anggota asal XPDC iaitu :-
? Eddy Badry (Pengurus/Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Mael - Vocalis (Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Yazit - Drum (Pengasas Utama XPDC)
? Man Tobey - Bass
? Izo - Guitar
? Lee Space - Drum
? Zuar - Bass
? Amy - Drum (ex.Handy Black)
Serta anggota lain yang telah bersama-sama menghidupkan kegemilangan XPDC iaitu :-
? Ali - Vocal (ex.Terra Rossa)
? Lola - Drum
? Yan - Bass (ex.Lefthanded)
? Pae - Drum (ex.Barongan)
? Eddy - Bass (ex.DefGabC/AMUK)
Dan semestinya juga penghormatan tertinggi hasil karya-karya agung dan terhebat di dalam sejarah kewujudan XPDC iaitu Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin. (Penerbit/Pencipta Lagu & Lirik)
⭕ALBUM XPDC (2002-2018)⭕
➡ ALBUM XPDC V6 (2002)
01.Berdesup Cahaya
02.Kaca
03.Sakinah
04.Monggol Dah Pulang
05.Hujan Airmata
06.Anti Perang
07.Selamat
08.Haprak
09.Aku Datang Sekejap Lagi
10.Hilang Satu Skrew
➡ALBUM XPDC ROCK UNION (2008)
◾Disc 1◾
01.Curahan Rasa (Lagu Baru)
02.Teman
03.Selendang Merdeka
04.Genggam Api
05.Sedekah
06.Impian Seroja
07.Pelesit Mata Sebelah
08.C.I.N.T.A.
09.Sebalik Senyuman
10.Sudah Sampai Sini
◾Disc 2◾
11.Menentang Arus (Lagu Baru)
12.Kita Peng-Yu
13.Misteri Mimpi Syakilla
14.C.T. Cinta Kenangan Silam
15.Semangat Yang Hilang
16.Segar Dalam Ingatan
17.Bahalol
18.Titian Perjalanan
19.Hairan Bin Ajaib
20.Lain Hidup
➡ ALBUM RASOPARISO (2009)
01.Sanasinisamasaja
02.Aku Tetap Aku
03.Ntahye Ntahtidak
04.Rasopariso
05.Rasa
06.Puing Cinta
07.Sampai Bila
◾Lagu dipetik dari 'Rock Union'◾
08.Curahan Rasa
09.Menentang Arus
◾Lagu Bonus Track : Headbang(Remastered)◾
10.Raja Kertas (Darjah Satu)
11.Talam Dua Muka (Timurbarat)
12.Bahalol (Kita Peng Yu)
13.Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
➡ALBUM RASOPARISO THE RELAUNCH (2010)
01.Aku Yang Hilang
02.Apa Lagi Nak Dikenang
03.Sanasinisamasaja
04.Aku Tetap Aku
05.Ntahye Ntahtidak
06.Rasopariso
07.Rasa
08.Puing Cinta
09.Sampai Bila
10.Curahan Rasa
11.Menentang Arus
12.Raja Kertas
13.Talam Dua Muka
14.Bahalol
15.Tak Nak Jadi Soh Chai
➡BONUS VCD - REUNION (2010)
VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010
➡AHLI DI DALAM ALBUM XPDC (2002-2018)
◾XPDC V6 (2002)◾
?Ali (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Yan (Gitar bass)
?Lola (Drum)
◾XPDC REUNION (2006)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC UNION (2008)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC (2015)◾
?Mael (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama)
?Eddie (Gitar bass)
?Lola (Drum)
◾XPDC 'KITA PENG-YU' (2016)◾
?Mael (Penyanyi)
?Jeff (Gitar Utama)
?Zuar (Gitar Bass)
?Amy (Drum)
◾XPDC 'MILITIA' (2016)◾
?Ali (Penyanyi)
?Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
?Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
?Eddie (Gitar bass)
?Lola (Drum)
#XPDC #SejarahTitianPerjalanan #Episod4
? Siri Sejarah TiTian_Perjalanan XPDC ?
➡ Episod 1 : Asal Tragedy menjadi XPDC
https://youtu.be/79MlnKrRB5A
➡ Episod 2 : Bermulanya Era XPDC SAMURAI
https://youtu.be/g4NUnD0yAUg
➡ Episod 3 : Mael & REAL XPDC @ REAL X
https://youtu.be/QIMDD87oDd8
➡ Episod 4 : XPDC Reunion / XPDC Kita-PengYu / XPDC Militia
https://youtu.be/HoRvCO5JnIo
➡ Episod 5 : Siapa lagi power Ali atau Mael??
https://youtu.be/oWQ-FFRpVeM
➡ Episod 6 : Aura Mael & Rakan-Rakan Masih Kuat
https://youtu.be/wY2nr8vv9Ek
➡ Episod 7 : Ahli XPDC & Diskografi Album XPDC (1990-2020)
https://youtu.be/pz4JHFNrxOk
@MOHD IKRAM AMZ 2020
lirik lagu kenangan 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
Episod 1 : Asal TRAGEDY menjadi XPDC.
Menyingkap sejarah perjalanan KUMPULAN XPDC di pentas ROCK tanah air.
SINOPSIS EPISOD 1 :-
XPDC lahir dari perpecahan kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey (Bassis) dan Yazid (Drum). Kumpulan Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses rakamannya apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee Space dan Zuar. Nama kumpulan Tragedy kemudian ditukarkan kepada kumpulan XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin.
Video ini didedikasikan kepada anggota asal XPDC iaitu :-
? Eddy Badry (Pengurus/Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Mael - Vocalis (Pengasas Utama XPDC & Real XPDC)
? Yazit - Drum (Pengasas Utama XPDC)
? Man Tobey - Bass
? Izo - Guitar
? Lee Space - Drum
? Zuar - Bass
? Amy - Drum (ex.Handy Black)
Serta anggota lain yang telah bersama-sama menghidupkan kegemilangan XPDC iaitu :-
? Ali - Vocal (ex.Terra Rossa)
? Lola - Drum
? Yan - Bass (ex.Lefthanded)
? Pae - Drum (ex.Barongan)
? Eddy - Bass (ex.DefGabC/AMUK)
Dan semestinya juga penghormatan tertinggi hasil karya-karya agung dan terhebat di dalam sejarah kewujudan XPDC iaitu Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin. (Penerbit/Pencipta Lagu & Lirik)
? Album XPDC(1990-1997) ?
➡ Dalam TRAGEDY (Tiada Album) (1986-1990)
Mael/Izo/Man Tobey/Yazit
➡ Album Darjah 1 (1990)
01.RajaKertas[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
02.AkuDanSesuatu[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
03.PelesitMataSebelah[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
04.C.I.N.T.A.(Instrumental Mix)[Lagu:ZNKevin]
05.Gerak2000[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
06.BukanMilikAku[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
07.AbadikahTragedi[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
08.CerminDunia[Lagu:Bad/Lirik:WanZul]
09.JanganTakMandi[Lagu:MaelXPDC/Lirik:MaelXPDC]
10.C.I.N.T.A[Lagu:ZNKevin/Lirik:JSKevin]
Mael : Vocal
Izo : Gitar
Zua : Gitar Bass
Lee : Drum
➡ Album Timur Barat (1992)
01.C.T.CintaKenanganSilam[Lagu:ZulKevin/Lirik:JSKevin]
02.HambaAbdi[Lagu:MaelXPDC/Lirik:MaelXPDC]
03.Ikatan[Lagu:IzoXPDC/Lirik:IzoXPDC&AyahChu]
04.LaguDariAku[Lagu:ZulKevin/Lirik:JS Kevin]
05.PenyakitGatal[Lagu:MaelXPDC&HaireeSTRA-T.G/Lirik:MaelXPDC&HaireeSTRA-T.G]
06.HairanBinAjaib[Lagu:IzoXPDC/Lirik:IzoXPDC]
07.TalamDuaMuka[Lagu:IzoXPDC/Lirik:AzamDungun]
08.C.T.CintaKenanganSilam(Instrumental Mix)[Lagu:ZulKevin]
09.Cekal[Lagu:IzoXPDC/Lirik:MaelXPDC&Ayang]
10.ImpianSeroja[Lagu:ZulKevin/Lirik:JS Kevin]
Mael : Vocal
Izo : Gitar
Zua : Gitar Bass
Amy : Drum
➡ Album Kita-Peng Yu (1994)
01.Bahalol[Lagu:JSKevin/Lirik:JS Kevin]
02.Nafisa[Lagu:JSKevin/Lirik:SabriZainuddinZainal]
03.JohnJenin[Lagu:IzoXPDC/Lirik:JSKevin]
04.KitaPeng-Yu[Lagu:IzoXPDC/Lirik:Loloq]
05.KabusSemalam[Lagu:JSKevin/Lirik:JSKevin]
06.SelendangMerdeka[Lagu:IzoXPDC/Lirik:Loloq]
07.HijauBumiTuhan[Lagu:IzoXPDC/Lirik:JSKevin]
08.Ntahapahapatah[Lagu:JSKevin/Lirik:JS Kevin]
09.TitianPerjalanan[Lagu:IzoXPDC/Lirik:JS Kevin]
10.SentuhanXPDC(Instrumental)[Lagu:IzoXPDC]
Mael : Vocal
Izo : Gitar
Zua : Gitar Bass
Amy : Drum
➡ Album Brutal (1997)
01.TakNakJadiSohChai[Lagu:IzoXPDC/Lirik:Loloq]
02.HentianIni[Lagu:JSKevin/Lirik:JSKevin]
03.HidupBersama[Lagu:SalamahBasiron/Lirik:SalamahBasiron]
04.TinggalkanSemalam[Lagu:JSKevin/Lirik: JSKevin]
05.AkuTakKanBising[Lagu:MaelXPDC/Lirik:MaelXPDC]
06.SenapangPatah[Lagu:PeterChong/Lirik:JSKevin]
07.CempedakJadiNangka[Lagu:MaelXPDC/Lirik:Mael XPDC]
08.AkuMasihDiSini[Lagu:IzoXPDC/Lirik:AzamDungun]
09.SemangatYangHilang[Lagu:IzoXPDC/Lirik: JSKevin]
10.ApaNakDiKata[Lagu:IzoXPDC/Lirik:JS Kevin]
Mael : Vocal
Izo : Gitar
Zua : Gitar Bass
Amy : Drum
⭕ Kompilasi Album ⭕
➡ XPDC Rock Balad(1995)
01.Titian Perjalanan
02.C.T. Cinta Kenangan Silam
03.Aku Dan Sesuatu
04.Bukan Milik Aku
05.Impian Seroja
06.Abadikah Tragedi
07.Lagu Dari Aku
08.Kabus Semalam
09.Nafisa
10.C.I.N.T.A.
➡ Seleksi Headbang XPDC(1995)
01.KitaPeng-Yu
02.HambaAbdi
03.SelendangMerdeka
04.JanganTakMandi
05.Bahalol
06.TalamDuaMuka
07.PenyakitGatal
08.Ntahapahapantah
09.HariranBinAjaib
10.Gerak2000
➡ Unplugged XPDC & Rakan-Rakan(1995)
01.HairanBinAjaib
02.ImpianSeroja
03.KemilauCinta(Azmani)
04.AkukahYangBersalah(Candy)
05.AnakDunia(Ruhil)
06.C.T.CintaKenanganSilam
07.Michell(Kris)
08.Pijar(Azmani)
09.AkuHanyaSeranggai(Bumiputra Rockers)
10.BukanMilikAku
#XPDC #SejarahTitianPerjalanan #Episod1
? Siri Sejarah TiTian_Perjalanan XPDC ?
➡ Episod 1 : Asal Tragedy menjadi XPDC
https://youtu.be/79MlnKrRB5A
➡ Episod 2 : Bermulanya Era XPDC SAMURAI
https://youtu.be/g4NUnD0yAUg
➡ Episod 3 : Mael & REAL XPDC @ REAL X
https://youtu.be/QIMDD87oDd8
➡ Episod 4 : XPDC Reunion / XPDC Kita-PengYu / XPDC Militia
https://youtu.be/HoRvCO5JnIo
➡ Episod 5 : Siapa lagi power Ali atau Mael??
https://youtu.be/oWQ-FFRpVeM
➡ Episod 6 : Aura Mael & Rakan-Rakan Masih Kuat
https://youtu.be/wY2nr8vv9Ek
➡ Episod 7 : Ahli XPDC & Diskografi Album XPDC (1990-2020)
https://youtu.be/pz4JHFNrxOk
@MOHD IKRAM AMZ 2020
lirik lagu kenangan 在 Lirik Lagu Kenangan | Facebook 的推薦與評價
Lirik Lagu Kenangan. Teman · Foto · Video. Foto. Login ke Facebook · Buat Akun Facebook Baru. Pernah Tinggal di. Padang, Indonesia, profile picture ... ... <看更多>
lirik lagu kenangan 在 Kenangan'80-90 (lirik) syahdu: Senandung OTW - YouTube 的推薦與評價
Kenangan '80-90 ( lirik ) syahdu: Senandung OTW. zab Musik ... The Best Of Nike Ardilla || Lagu Kenangan Nostalgia || Selamat Jalan Duka, ... ... <看更多>