Melintas lintas gambar kahwin di memory Facebook, maklumlah, September ni bulan ulang tahun perkahwinan.
Jadi sempena orang tanya tentang kitab taklim,
Maka saya imbas Kembali, kenangan Malam pertama kahwin, maka berboraklah kami suami isteri akan beberapa rangkap perbualan sewaktu buka hadiah yang ada kitab taklim dalam kotak, maka saya berkata:
“Sayang, mulai malam ni, kita akan wajibkan keluarga kita baca hadis dari kitab ini selama 15 minit ke setengah jam”
“Jika habis, baca kitab mana pula?”
“Kita ulang balik, sebab hadis no 1 pun kita belum dapat amal sempurna”
“Satu kitab ini sahaja?”
“Ada tiga kitab, Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusuf, Fadail Amal karangan Maulana Zakaria, dan Fadhilat Sedekah, Kitab yang orang hadiahkan ini Fadhail Amal versi terbaru”
“Kenapa kena baca kitab tiga ini sahaja?”
“Sebenarnya lepas perang dunia kedua, Maulana Tabligh mendapati punca orang islam bergaduh adalah kerana tafsir berbeza bab hukum hakam, dan untuk satukan ummat Islam, kita kena baca satu kitab yang bebas unsur tafsir berbeza tapi zaman itu kitab ini belum wujud”
“Kira kitab ni baru wujud lepas perang dunia ke dua?”
“Ya betul, sebelum ini kitab ulamak terdahulu bercampur ilmu hukum hakam dan fadail, maka Maulana Aliyas, ketua Jemaah Tabligh arahkan anak saudaranya, Maulana Zakaria, seorang pakar hadis untuk buat kitab kompilasi Fadail Amal”
“Saya baru tahu ni”
“Maka munculah kitab Fadhilat solat, Fadhilat zikir, Fadilat puasa, Haji, sedekah, dan banyak lagi”
“Jadi kitab Fadail Amal ni adalah koleksi semua kitab itu dalam satu buku?”
“Ya betul, kemudian bila Jemaah dakwah banyak belajar sifat sahabat melalui enam perkara asas agama, maka anak Maulana Yusof karang kitab Mutakhab hadis tentang enam sifat sahabat dan Hadis Fadail”
“Okey, benda ni baru bagi saya, sila beri tunjuk ajar”
“Bukan hadis sahaja dalam kitab ini, ada juga ayat Al quran, yang mana Ayat Allah dan Hadith bila dibacakan, akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pembaca dengan syarat pembaca faham apa yang di baca dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri”
“Jadi kitab ini baca versi Bahasa melayu lah kan?”
“betul, kita kena faham apa kita baca, cuba Kita rujuk kepada masyarakat Jahiliah di zaman nabi dulu, sebuah masyarakat yang terkenal dengan kejahatan seperti bunuh anak perempuan hidup-hidup, minum arak dalam tengkorak berdarah, dan berjudi dengan membunuh wanita mengandung untuk teka jantina bayi.. serta lain lain maksiat..”
“saya kena catat nasihat abang ni..:
“Takpe, malam ni dengar dulu, sambung kisah sahabat, bila mereka mendengar suara Nabi yang membaca Al quran dan hadith, maka satu cahaya nurani yang terang telah datang dan menerangi hati si pendengar sehingga meleleh air mata mereka keinsafan sehingga akhirnya mereka memeluk agama islam dan bersolat tak jemu-jemu”
“oh, inilah yang abang cakap majlis suara Nabi tu, kan?”
“Ya betul, Maka kerana itulah para ulamak telah menggalakkan kita agar menghidupkan bacaan Hadith Nabi dirumah kerana apabila ‘Suara Nabi’ di dengarkan, maka ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Saya setuju”
“Terima kasih sayang sebab setuju, kita semua tahu Ilmu penting, kena belajar, tapi jika hati gelap.., maka takde kekuatan untuk amal ilmu kerana hati menjadi buta sehingga tidak nampak kelebihan dari perintah Allah...”
“Benar..”
“Untuk itu, mulai mala mini jom kita belajar-belajarlah menghidupkan ‘Suara Nabi’ (bacaan ta’alim) dirumah pada setiap malam selepas isyak dan bila ada anak kelak, atas riba lagi kita dah baca pada mereka”
“Abang nak anak berapa orang?”
“Target Muat satu kereta sekurang kurangnya, kalau boleh nak ramai lelaki agar dapat sambung kerja dakwah”
“Amin, bagaimana kaedah bacanya?”
“ Baca hadith Nabi jika boleh ulang tiga kali.., maka insyAllah.., ianya akan mengeluarkan satu cahaya yang boleh menerangi hati si pendengar dengan syarat si pendengar faham apa yang di dengar dan sanggup mendengar dengan penuh rendah diri...”
“Kena tafsir ke?”
“Tak perlu tafsir sebab dah ada tafsir kat bawah.., baca jer.., Zaman sahabat, mereka boleh dengar hari hari suara nabi lalu merekapun improvekan diri masing masing, sekarang, Al quran dan hadith telah menjadi warisan Nabi, tinggal kita nak kena hidupkan kembali 'suara Nabi' agar anak isteri dapat mengambil manfaat seperti mana anak isteri sahabat yang mendengar 'suara Nabi' dari suami mereka yang bercerita akan sabdaan Nabi setelah bergaul dengan Nabi sehari hari..”
“Kalau kita gaduh, camne Bang?”
“Baca jer sorang sorang, awak jika baca, saya yang marah terus tak jadi merajuk tau!”
“eh? Ni ada Kitab English?”
“Sama sahaja, ini versi BI, nanti waktu awak baca BM, saya semak dalam BI, nak tambah penguasaan Bahasa English, senang nak takluk dunia”
“Wow, lain macam laki saya ni”
“Kita baca Taklim ni tak lamapun, sampai mati jer.., tapi bila kita mati? Mungkin esok? Maka sampai esok sahaja..., kan?
*****
20 tahun kemudian, anak lima orang, empat lelaki, sorang perempuan, satu OKU autisme, dan Alhamdulillah tiap malam masih baca Taklim, Tiap pagi lepas subuh semua akan berceramah, lepas tu mesyuarat, lepas zohor muzakarah adab, lepas asar habiskan Zikir, lepas Magrib, mengaji, lepas Isyak, sambung Taklim dan muzakarah enam sifat sahabat.
“Dunia mereka macam mana?”
Anak sama jer macam anak orang, ada yang minat korea, ada minta Hindustan, ada minta tamil, suka jugak main game, macam anak orang lain juga.
“Sekolah macam mana?”
Anak sulong baru masuk UIA, anak No 2 MRSM, anak no tiga, sekolah agama, anak no empat, PdPR sekolah dekat jer, dan anak OKU, sekolah PPKI.
“Nak beli tiga kitab tu kat mana?”
Saya tak jual, tapi saya rekemen beli di Shopee link ini,
https://invol.co/cl61mfq
Ps: Demikian kisah borak saya dan isteri di malam pertama, korang malam pertama kahwin?, borak apa? Sebelum korang kongsi jawapan, saya jerit WOHA siap siap.
Woha!
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Mukbebel kembali lagi dengan Mukbang Lobster, Alaskan King Crab, Baby Crab, Udang sambil bebel isu-isu viral sekarang. Segmen dan isu viral yang ada ...
「mrsm」的推薦目錄:
- 關於mrsm 在 Facebook 的精選貼文
- 關於mrsm 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mrsm 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於mrsm 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
- 關於mrsm 在 JIJIE ARRIF Youtube 的最佳貼文
- 關於mrsm 在 JIJIE ARRIF Youtube 的最讚貼文
- 關於mrsm 在 MrSM | Facebook 的評價
- 關於mrsm 在 MrSM - Baby - YouTube 的評價
- 關於mrsm 在 MrSM - SIT - YouTube 的評價
- 關於mrsm 在 MrSM - élé - YouTube 的評價
mrsm 在 Facebook 的最讚貼文
Hari ni saya rasa sebak.
Angka kematian tertinggi di Malaysia akibat Covid
Dan dalam angka itu ada orang yang saya kenal.
Sahabat saya belajar satu kelas dahulu, telah meninggal dunia akibat Covid, dan isterinya pagi tadi juga meninggal dunia akibat Covid, dan anak anaknya masih kecil seramai empat orang.
Saya bayangkan jika saya dan isteri mati akibat Covid esok.
Anak saya lima orang itu, siapa nak tolong tengok-tengok kan?
Datuk dan Nenek belah ayah dah lama pergi, Tinggal Atok dan nenek belah Isteri, tapi Tok dan Wan dah tua, berapa lama mereka mampu tengok tengok kan?
Maka Pakcik dan Makciknya akan tolong jaga, tapi Pakcik Makciknya bukan orang senang, siapa nak ambil lima beradik sekaligus?
Maka akan berlaku pisah memisah adik beraduk, abang Long student U mungkin senang orang nak jaga, anak nombor dua pelajar MRSM, mungkin tak susah pakcik makciknya nak jaga, anak perempuan sorang yang rajin tolong ‘arwah’ mak, senang nak jaga sebab pandai bawa diri, tapi anak nombor empat lelaki yang agak nakal? Dan anak OKU Autisme? Siapa nak layan karenahnya bila dia mengamok?!
Saya tahu Allah ada, Allah jaga mereka semua, saya juga tahu dunia ini pentas ujian, llau saya terbayangkan ujian anak anak yang tiada lagi ibu dan ayah di sisi mereka, sungguh pelukan pakcik makcik, tak sama macam pelukan ayah dan ibu. Marah Pakcik dan Makcik, tak sama marahnya si ibu dan ayah…
Maka duhai anak, berpisah kita di dunia jangan sedih sangat, tolong jangan habiskan air mata untuk takdir sementara, sungguh kesusahan yang akan datang jangan ditangisi, tapi bersyukurlah sebab nikmat terbesar adalah kenal Allah dan Sembah Allah!
Nabi Muhammad SAW tahu lepas baginda wafat, cucunya akan mati di seksa dan dibunuh, sorang akan mati dipancung, dan sorang akan mati di racun, namun baginda juga mampu redha sebab Nabi faham dunia bukan maksud hidup, susah di dunia sementara, yang mana selagi ada Iman dalam dada, pasti kita semua akan mati dengan tenang dan Kembali Bersatu di Syurga!
Husin dan Hasan akan Bersatu dengan Nabi Kembali di Syurga, juga Saidina Ali dan Osman dan semua sahabat lain akan Bersatu di syurga kerena mereka semua telah Redha kepada Allah dengan semua takdir, asal Allah redha, maka mereka Redha, maka berdamailah dengan semua Takdir duhai semua anak ayah. Redha dengan semua jalan hidup, Sabar bila susah, Syukur bila senang, dan atas sikit, dengan susah pun kita Syukur, Alhamdulillah!
Satu lagi yang saya sebak duhai semua pembaca, yang mana bila ibu ayah dah mati, harta arwah, bukan semua dapat kepada anak yatim, ada hak pakcik dan makciknya, yang mana banyak kisah berlaku perebutan harta, hingga Allah masukkan dosa makan harta anak yatim adalah dosa besar!
Selalu juga saya dengar orang mengeluh bab pembahgian harta dalam Islam, sebab ada kes, waktu arwah hidup, pakcik makcik tak pernah tolong, bila arwah mati, muncul pakcik makcuk tuntut harta sampai bergaduh gaduh!
Ingatlah pesanan setiap Jumaat, jadilah orang bertakwa, siapa orang yang bertakwa? Orang yang menunaikan hak anak yatim.
Maka saya percaya hikmah dalam pembahagian harta arwah, adalah menguji sifat takwa umat islam, yang mana bila berlaku kematian, maka muncullah semua pakcik makcik nak ambil harta sebab ada hak mereka dalam harta arwah, namun saya percaya, orang bertakwa hanya ingin tahu berapa hartanya, lalu semua dihadiahkan Kembali kepada anak yatim secara terang terangan.
Dan andai kata dikalangan pakcik makcik tiba tiba ada sorang tak nak hadiahkan, maka pakcik dan makcik yang lain tahu bahawa ada saudara dekat yang sedang susah di kalangan mereka hingga sanggup ambil peluang ini untuk urus hidup mereka guna bahagian harta arwah, maka pakcik makcik bertakwa yang lain, pergilah bantu pakcik yang tak nak hadiahkan itu, dan di situ tahulah nanti sifulan benar benar susah atau tamak?
Jika sifulan benar benar susah, maka terbuka jalan untuk tunaikan hak, jika sifulan betul betul tamak, terbuka pula jalan untuk berdakwah.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya yang terfikir kematian tiba tiba, sedang harta yang ada tak banyak mana pun, maka tolong pakcik makcik kepada anak saya, iaitu abang dan kakak serta adik beradik saya, tolong tengok tengoklah anak saudaramu nanti bila saya dah pergi mengadap Ilahi.
Tolong munculkan diri dengan bertakwa di majlis kematian saya, dan bersaksilah, Saya telah halalkan semua hutang jika ada pada waktu itu, dan jika saya ada hutang dengan kamu, ambillah dari harta saya agar dapat saya berehat dengan aman di kubur. Hutang wajb bayar walau sudah menjadi mayat, pesanan kepada diri sendiri,
Akhir kata, salam takziah buat semua yang telah pergi menghadap Ilahi hari ini, esok esok giliran kami pasti tiba.
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pulang, moga kita pulang Bersama sekeping hati yang bertakwa.
Al Fatihah.
mrsm 在 Facebook 的最讚貼文
Zaman PKP ramai orang tak dapat berniaga, termasuk adik saya.
Waktu sebelum PKP3.0, waktu saya ke Terengganu hantar anak nombor dua masuk MRSM, Saya tumpang tidur rumah adik saya.
Rumah kampung.Tengah malam rasa nak ke tandas. Kena lintas dapur.
Sampai dapur saya tengok adik perempuan saya sedang buat kueh biskut. Saya tak tegur sebab jam baru 12 malam.
Jam empat pagi saya terjaga dan rasa nak ke tandas lagi. Faktor usia.
Saya ke dapur dan dapati adik saya masih buat kueh biskut. Berbalang balang.
Saya rasa sekeping memang sedap.
"Berapa jual?"
"Ikut saiz bekas dalam RM12"
"Tarikh luput berapa hari?"
"Dua hari"
"Dua hari sahaja?"
"Ya ikut testimoni pembeli dua hari terus habis makan sebab sedap, jadi siapa beli kena makan cepat sebab dua hari jer habis tanpa sedar"
"Perghhhh"
Korang bayangkan, walau stress akibat PKP, Jam empat pagi masih boleh bagi punch line, masih berjaga buat kueh, masih mampu berusha untuk teruskan hidup yang mencabar ini, korang support lah beli, rasanya macam dark coklat yang rangup!
Dan lepas makan tu tolong simpan tempat rahsia. Jumpa dek orang lain nanti tak sampai dua hari dah habis.
Woha!
Masa tu dia jual secara COD, sekarang masuk PKP3.0. dan banyak tempat PKPD, adik saya dah jual di Shoppe,
Klik sini untuk beli. https://invol.co/cl5gfn5
https://invol.co/cl5gfn5
https://invol.co/cl5gfn5
Terima kasih bantu kami meniaga kecik kecik. Jika tiafa shopee call Puan Rody: Wasap.my/601129244409
mrsm 在 Hazeman Huzir Youtube 的精選貼文
Mukbebel kembali lagi dengan Mukbang Lobster, Alaskan King Crab, Baby Crab, Udang sambil bebel isu-isu viral sekarang.
Segmen dan isu viral yang ada seperti di bawah:
0:00 Teaser
0:37 Intro
2:45 Yang Ternama Bawa Imej Islam, Macam Mana Nak Tahu Ikhlas Tak
6:50 Episode Akan Datang
7:53 Ain Husniza TikTok Viral, Make School Safe Again
13:17 Mukbang Lobster, King Crab, Baby Crab, Udang Scampy
15:16 Agenda Iklan Raya Viral
18:42 Isu Sekolah Periksa Haid MRSM
20:04 Next Episode
mrsm 在 JIJIE ARRIF Youtube 的最佳貼文
IBRAH | VIDEO PENDEK 2020
Penularan virus Corona-19 yang sedang melanda umat manusia pada waktu ini benar-benar menguji erti kesabaran serta kebijaksanaan seorang hamba kepada sang Pencipta-Nya. Ada yang diuji dari segi kewangan, ada yang diuji dari segi kasih sayang, ada yang diuji dari segi kesihatan dan pelbagai musibah yang tidak dapat dibayangkan. Setiap daripada kita diuji dari pelbagai sudut, dari segenap ruang. Dalam episod IBRAH kali ini, anda akan menelusuri erti kehidupan seorang pendidik sepanjang penantian berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengenal pengertian hikmah disebalik musibah
Penulis Skrip & Papan Cerita : JIJIE ARRIF & FAHZULAZRI BIN MOHAMMED SUHAIMI
Video Editor : MUHAMMAD ZAFRI HAIKAL BIN MOHD SABRI
Pengarah & Penerbit : JIJIE ARRIF
#pkp #Covid-19 #mrsm
JANGAN LUPA COMMENT, LIKE DAN SUBSCRIBE !
- - -
I N S T A G R A M :-
JIJIE ARRIF - https://www.instagram.com/jijie_arrif/
ZAFRIE HEYKAL (Video Editor) -https://www.instagram.com/zafflurrie/
BUSINESS INQUIRIES :- sitikhadijahmohdarrif@gmail.com
PERSONAL ASSISTANT :- zafrihaikalsbr@gmail.com
Music Background :-
GURU MALAYSIA INSTRUMENTAL
Ciptaan Nazri Ahmad
Gubahan muzik dan solo violin : FARIDZZ BIN MUHAMAT ROLI
SMK KING EDWARD VII, TAIPING, PERAK
French horn : Fauzan Khiry
AShamaluevMusic - Documentary Thriller ( https://youtu.be/f_pX6OVhkLQ )
FREE COPYRIGHT Inspiring Music / Inspirational Background Music No Copyright / No Copyright Music ( https://youtu.be/h7Ua_4s05eM )
mrsm 在 JIJIE ARRIF Youtube 的最讚貼文
Raya tahun ni memang berbeza, bukan saja di Malaysia tapi seluruh dunia. Covid-19 memang memberi impak yang besar kepada kita semua lebih-lebih lagi yang sedang menyambut Aidilfitri.
Dengan norma baru ni, tiada lagi kelaziman bersalaman dengan jiran tetangga, tiada ziarah-menziarahi apatah lagi tak boleh balik ke kampung halaman. Ini, perubahan yang sangat besar dalam rutin kehidupan kita dalam menyambut kehadiran Syawal yang sangat dinanti-nantikan setiap tahun.
Sebagai seorang guru, ibu, isteri dan anak kepada keluarga Mizz yang tidak seberapa besar ni.. bukan sahaja sekadar beraya diperantauan malah beraya dikuarters guru ni, inilah kali pertama dalam sejarah hidup Mizz Jie beraya tanpa ibu bapa, kaum keluarga mahupun sanak-saudara.
Totally a new experience for my family and I, all of us in fact! It is honestly weird, awkward, challenging but at the same time interesting and totally mind-blowing (when I tried my utmost best to make it positive). Since this will be one of the biggest chapter in the world history, I would like to share interesting things that each one of us can actually do to make the impossible... possible! I may not be able to change the history, but at least I hope... this small gesture of mind would actually help others or if not whole, at least as a positive reminder to myself... to keep on moving forward, to keep on giving to others.
Having said that, Raya ke-3 ni semua orang buat apa? Mizz Jie sekeluarga sambut dengan cara yang memang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Jom tengok Mizz Jie sekeluarga buat apa Raya ke-3 ni! Kalau menarik, jangan lupa boleh buat sekali di rumah tapi make sure patuh SOP ye guys!
JANGAN LUPA COMMENT, LIKE DAN SUBSCRIBE !
- - -
I N S T A G R A M :-
JIJIE ARRIF - https://www.instagram.com/jijie_arrif/
ZAFRIE (Video Editor) -https://www.instagram.com/zafflurrie/
BUSINESS INQUIRIES :- sitikhadijahmohdarrif@gmail.com
PERSONAL ASSISTANT :- zafrihaikalsbr@gmail.com
Music Background :
Dendang Perantau - P.Ramlee
Seloka Hari Raya - Uji Rashid & Hail Amir
Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
Dari Jauh Ku Pohon - Sudirman
#CovidRaya #Raya2020 #Vlog
mrsm 在 MrSM - Baby - YouTube 的推薦與評價
SUR TOUTES LES PLATEFORMES : https://songwhip.com/ mrsm /baby. ... <看更多>
mrsm 在 MrSM - SIT - YouTube 的推薦與評價
Retrouvez "SIT" sur toutes les plateformes : https://songwhip.com/ mrsm /sit. ... <看更多>
mrsm 在 MrSM | Facebook 的推薦與評價
MrSM , Le Lamentin 。 4902 個讚· 1 人正在談論這個。 #Ayiii... ... <看更多>