Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor telah memberi sumbangan sebanyak 40 katil hospital, 87 tank oksigen, 50 “flowmeter”, 18,000 N95 pelitup muka dan “half-face piece respirator” kepada hospital-hospital di negeri Johor, hari ini.
Penyerahan peralatan perubatan secara simbolik tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Aman bin Rabu, Pengarah Kesihatan Negeri Johor.
Turut hadir pada sesi tersebut ialah Encik Hishamuddin bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan juga Yang Berhormat Dato’ Mohd Rashidi Mohd Noor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Kesihatan Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi berkata bahawa kurniaan pada hari ini merupakan kesinambungan daripada kurniaan-kurniaan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor. Majlis hari ini menyaksikan simbolik penyerahan kurniaan sumbangan 40 buah katil hospital yang diedarkan ke hospital-hospital di Johor Bahru, Batu Pahat dan Mersing yang bertujuan membantu hospital dalam menambah baik perkhidmatan kesihatan di hospital awam negeri ini. Tambah beliau lagi, YRZSNJ juga kini sedang dalam proses untuk memenuhi keperluan yang lain untuk membekalkan peralatan kesihatan yang lain berdasarkan permintaan dan perbincangan bersama pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi turut memaklumkan, majlis yang diadakan hari ini memberi gambaran mengenai tindakan responsif dan proaktif yang diambil oleh pihak YRZSNJ dalam menjadikan perkhidmatan kesihatan awam di negeri ini antara yang terbaik di negara ini.
Semua sumbangan yang disampaikan pada hari ini adalah dengan menggunakan dana yang telah diasaskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor pada 7 Ogos 2021 yang bertujuan untuk menggalakkan penyumbang daripada sektor swasta bagi memberi sumbangan wang tunai untuk membantu dan menguatkan sistem kesihatan yang lemah disebabkan oleh peningkatan kes jangkitan Covid-19. Semua pihak dialu-alukan untuk memberi sumbangan sebagai usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dan memberikan bantuan kepada pihak-pihak yang terkesan akibat pandemik ini.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani turut menyatakan bahawa majlis kurniaan hari ini adalah bukti keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap perkhidmatan kesihatan di negeri ini dan diharapkan dengan kurniaan tersebut ia mampu menambahbaik taraf perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan akan digunakan sebaiknya. Bagi pihak rakyat di negeri ini, patik menjunjung setinggi-tingi kasih atas keprihatinan dan kurniaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi juga berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan YRZSNJ kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Aman, sebagai wakil kepada keluarga empat orang petugas Kementerian Kesihatan yang terlibat dengan satu kemalangan jalanraya di KM9.7, Lebuhraya Utara – Selatan (Arah Utara) pada hari Rabu yang lepas.
YRZSNJ juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada Yayasan Amal Ng Teng Fong dan Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atas sumbangan RM1 juta yang akan membantu Yayasan dalam masa jangka yang panjang bagi menyediakan peralatan hospital dan PPE kepada hospital-hospital dan juga untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik ini.
YRZSNJ, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan membeli dan membekalkan peralatan perubatan kepada hospital-hospital di Johor.
同時也有11部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Episod 1 :- Lahirnya Band Death Metal "Sil Khannaz" Dari Utara. - Sil Khannaz bermula dengan Demo Doctrine to Hell & Demo Assassin Led By Blasphemy. ...
negeri utara 在 Facebook 的最讚貼文
“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
negeri utara 在 Facebook 的最佳解答
RepostBy @ebitlew:
"Pohon doakan ye. Bantuan barang dapur buat seluruh Malaysia. Sedih sayu berat ujian kita semua di Malaysia. Menangis baca berita-berita di Malaysia orang bunuh diri. Sesiapa yang benar-benar perlukan bantuan barang dapur di seluruh Malaysia boleh hubungi nombor ini. Bantuan diberikan tanpa mengira bangsa atau agama. Kita semua sebuah keluarga. Team Kasih Umat di Seluruh Malaysia akan membantu. Esok mereka hantar setakat yang mampu.
Lokasi & No Telefon
1.Kota Kinabalu,Sabah 01121820646
2.Seberang Perai Utara,Penang 0184636181
3.Semporna,Sabah 01159023120
4.Bintulu,Sarawak 0164035460
5.Senawang,Negeri Sembilan 0173164974
6.Bandar Kuantan,Pahang 01161096263
7.Kudat,Sabah 0169771243
8.Pasir Mas,Kelantan 0179478716
9.Sungai Petani,Kedah 01127226330
10.Ipoh,Perak 01151523766
11.Kunak,Sabah 0166033149
12. Pasir Gudang JB 0107068364
13. Kuala Terengganu 01120507611
14 Melaka Tengah 01139900575
15. Kuala Lumpur,Selangor 0176296906"
negeri utara 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
Episod 1 :- Lahirnya Band Death Metal "Sil Khannaz" Dari Utara.
- Sil Khannaz bermula dengan Demo Doctrine to Hell & Demo Assassin Led By Blasphemy.
- Munculnya album sulung Sil Khannaz "Conception Of Madness".
- Jaie Jokkhannaz dan Cd Khazab mencipta "EP Pendita Gila".
SINOPSIS EPISOD 1:-
Sil Khannaz merupakan sebuah kumpulan metal berat yang diterajui oleh pemuzik-pemuzik berpengalaman dalam arena arus bawah tanah Malaysia. Bermula di negeri Perlis sekitar lewat 80-an dan masih bergiat aktif sehingga sekarang meskipun berlaku pertukaran ahli.
Latar Belakang :- Berasal dari Perlis, Malaysia
Genre :- Melodic Death Metal, Thrash Metal
Tahun Aktif :- 1987–sekarang
➡Syarikat rakaman :-
◾Nebiula Production
◾Ultra Hingax Production
◾Mamat Records
◾Valentine Sound Productions
◾Pony Canyon Music (M) Sdn.Bhd
◾IGM (2)
◾Bsync Live Sdn.Bhd
◾Interglobal Music Publishing (M) Sdn.Bhd
➡Pengkarya Berkait :-
◾Brain Dead
◾Infectious Maggots
◾Vociferation Eternity
◾Blackfire
◾Necrotic Chaos
◾Metalasia
◾Suffercation
➡Ahli Semasa :-
◾Jaie Jokkhannaz - (vokal)
◾Dark E - (gitar)
◾Roy - (gitar)
◾Hashim Pestilence - (bass)
◾Adjhezz - (drum)
➡Bekas Ahli :-
◾Che' Mat - (drum)
◾Adi Katak - (drum)
◾Din Pendita Gila - (bass)
◾Joe Slaughter - (gitar)
◾Tom Decibel - (bass)
◾CD Naz - (gitar)
◾Lan Bye - (drum)
✴DISKOGRAFI SIL KHANNAZ (1987-2020)✴
➡Album Studio :-
◾Conception of Madness (1993)
◾Gerbang Kayangan (1997)
◾Bara Pawaka (2000)
◾Darah Muda (2003)
◾Berdiri Antara Panji-Panji (2006)
◾Tawanan Dosa (2018)
➡EP :-
◾Pendita Gila (1995)
◾Thunder Roar (2015)
➡Demo :-
◾Doctrine to Hell (1990)
◾Assassin Led By Blasphemy (1992)
➡DVD Dan Video :-
◾Rockumentari (2004)
◾Official Bootleg DVD (2008)
➡Album Kompilasi :-
◾Purnama 13 (1993)
◾Best of Sil Khannaz (2004)
➡Album Live :-
◾Stronger Than Before (1997)
◾20th Anniversary Live at Planet Hollywood (2097)
✴Siri Meniti Perjuangan Perjalanan Sil Khannaz✴
Episod 1 :- Lahirnya Band Death Metal "Sil Khannaz" Dari Utara.
LINK :- https://youtu.be/a_juzsrPtvc
Episod 2 :- "Gerbang Kayangan" Album Terbaik Sil Khannaz
LINK :- https://youtu.be/UH0w2ebhhlc
Episod 3 :- Sil Khannaz Terus Hebat Hasilkan Karya-Karya Terbaik Buat Peminat
LINK :- https://youtu.be/BA510nxtvhM
Episod 4 :- Album Ke 5 Sil Khannaz "Tawanan Dosa & Diskografi Album (1987 - 2020)
LINK :- https://youtu.be/DzEOjXl47_0
#SilKhannaz #MenitiPerjuanganPerjalananSilKhannaz #Episod1
Mohd Ikram Amz Official YouTube Channel 2021©
negeri utara 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳貼文
Dalam episod Makan Mana Geng kali ini, Amal dan Azri mencari 3 tempat makan di sekitar Setiawangsa yang mempunyai pelbagai seleksi makanan dari negeri Johor hinggalah Kedah. Restoran yang dipilih untuk sarapan pagi ialah Restoran Diva yang menghidangkan makanan istimewa dari Negeri Johor. Untuk menu makan tengah hari, gerai Nasi Ambang Rembang Petang menghidangkan Nasi Ambang dan pelbagai lagi makanan tengah hari. Akhir sekali, Nasi Langgaq dan Bihun Sup Special di Restoran Langgaq menjadi pilihan untuk menu makan malam.
Muat turun aplikasi Dego sekarang:
Apple: https://apple.co/2VCCIng
Android: https://bit.ly/3gkaQxP
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
negeri utara 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Apa khabar semua? Kembali lagi ke rancangan Destinasi TV, The Nasi Kandar Show bersama hos kami, Anwar Hadi. Dalam rancangan ini, Anwar Hadi akan mencuba pelbagai Nasi Kandar serata Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.
The Nasi Kandar Show masih menjelajah negeri Perak dan misi mencari nasi kandar terbaik masih diteruskan. Untuk episod kali ini, Anwar Hadi singgah ke Restoran Nasi Kandar Pekan Lama dimana nasi kandar ini sememangnya terkenal di kalangan penduduk tempatan yang duduk berhampiran. Pemilik restoran ini iaitu Encik Ali merupakan generasi ke-4 yang mengendalikan resepi nasi kandar turun temurun ini. Uniknya di restoran ini kari yang dihidangkan mempunyai mangga didalamnya! Rasa masam-masam manis itu menaikkan lagi selera pelanggan-pelanggan yang datang makan. Antara menu pilihan kami disini adalah rendang ayam, sayur, teloq masin, sambal nyok dan kari campur yang hanya berharga RM6.50.
Kalau anda sendiri penah try makan di Restoran Nasi Kandar Pekan Lama, tulis rating yang anda nak bagi diruangan komen dibawah. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Jangan lupa untuk singgah ke Nasi Kandar Pekan Lama dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
?Lokasi » Nasi Kandar Pekan Lama
Rumah Pangsa, Jalan Bijih Timah Mbi 125, 30000 Ipoh, Perak
? https://goo.gl/maps/Z3LvHrHH2Zqf5niz6
☎️ 013-500 0002 » Nasi Kandar Pekan Lama
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 10 pagi hingga 4 petang
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv