Bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?
Saya ni takdelah pandai sangat bercakap, menulis ramai orang puji, tapi bercakap ni masih berterabur, sebab bakat menulis dan bakat berpidato adalah dua seni yang berbeza! namun saya pernah berceramah, buat bengkel penulisan, bagi talk, bagi motivasi, dan pernah jadi juru pantun majlis pertunangan!
Maka ada yang minta tips, bagaimana tidak gemuruh bila bercakap depan Public?
Ada dua kaedah mudah.
Pertama korang cuba belajar bercakap agama dari rumah ke rumah kepada orang yang tak pernah korang jumpa.
Sebab? Jika korang jumpa orang yang dha kenal, gumuruh tu takde, cabaran takde, atau ornag tu pulak hina korang dengan serang peribadi sebab kenal siapa kau.
Maka kena cari orang jauh, Macam Nabi bila bercakap dengan orang Mekkah, ramai kata Nabi gila, tapi bila bercakap dengan orang Madinah, ramai yang mendengar dengan baik.
Maka sayapun pergi ke kampong yang jauh dari kampong saya, biar orang tak kenal, senang nak borak tanpa orang hokum sejarah kita.
Tapi langit tak selalunya cerah, saya mula mula buat kerja macam ni, menggiggil gila babi, apa kejadah saya yang banyak dosa nak borak bab agama dengan orang tak kenal?
Orang pertama saya jumpa sedang tolak motorsikal, baju petak petak, badan gempal, dan pakai helmet, saya pun berdakwahlah dengan terketar ketar, hujung dakwah saya ajak dia ke masjid.
Dia cakap dia uzur, perempuan gemok berambut pendek rupanya, aduhhhh, malu tu usah cakap, saya rasa nak terjun dalam sawah.
Orang kedua pulak seorang lelaki berambut panjang, tak pakai baju, sedang kopak kelapa dengan parang. Dalam hati aduhai, kenapa orang macam ni yang Allah takdirkan ada depan mata?
Tapi guru saya pesan, ikhlaskan diri, nanti Allah bagi pertolongan.
Saya yang sedang takut dan gemuruh, terus ikhlas kan diri, saya buat kerana Allah, lelaki ni makhluk, parang dia makhluk, jika saya mati kena libas hari ni, saya syahid, terus masuk syurga.
Bila kita ikhlas, pling?! Datang rasa berani macam pengembom berani mati.
Saya bagi salam, lelaki tu tak pedulikan.
Saya cakap:
“Bang, boleh tak kerana Allah, saya nak cakap sikit?”
Lelaki tu terus hunuskan parang depan muka saya dan berkata:
“Siapa tok guru kau?”
Adakah saya terkencing dalam seluar? Tak, Allah tolong saya dari dalam, spontan saya jawab:
“Nabi Muhammad guru saya, boleh saya cakap sikit dengan abang hal agama?”
Terus lelaki tu jatuhkan Parang dan kami pun borak hal agama.
Kemudian orang seterusnya dah takde masalah, ramai yang layan dari yang benci, dan ramai yang lari lintang pukang walaupun mat rempit baju gangster seluar koyak mata bercelak, semua lari tak cukup tanah macam kena kejar dengan Mambang Tanah!
Woha!
Jadi bila selalu buat, maka setakat nak berceramah, nak berpantun, nak menyanyi, nak merisik, nak meminang, nak apa apapun dah tak gemuruh dah, InsyaAllah.
Moga dalam kubur nanti dapat borak dengan Malaikat Kubur tanpa gemuruh, sebab jika korang tak reti bercakap dengan Malaikat Kubur, siaplah kepala kena ketuk sampai pecah!
Jadi, praktis sekarang, biasakan cakap agama depan orang kita tak kenal, berdakwah...
Sekian satu tips, ada satu lagi tips, lebih mudah dari ini, lain kali saya kongsi.
Oh ye, kepada yang Ingin membaca lebih banyak kisah menarik dari Hamka keretamayat, ada ayat power, tazkirah santai, nasihat deep, tips hebat, cerita lucu dan banyak lagi, dapatkan e-book Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai.
http://keretamayat.blogspot.com/p/permata-yang-hilang-kini-di-jumpai-ebook.html
Terima kasih semua, abang sayang korang dari jauh.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam Cinta Monyeng! . Sesungguhnya cinta monyet adalah lucu. Mun dikenang balit eh, tesengeh2 sorang dirik. Betapa naifnya kita masa kecik. But i per...
pantun lucu 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳解答
Janganlah marah jika tak faham nasihat di sebalik pantun melayu.
Pesan pantun ni nak cari bini jangan tengok wajah cantik semata mata. Tengok juga tahap ilmunya. Jika tumbuk sambal yang tak guna dapur api pun tak pandai yang lain apatah lagi?
Sekali dapat bini anti vaksin, anti beranak di hospital, anti bank islam, anti memasak tak ke naya?
Maka pesan saya kepada orang bujang:
Sebelum saya kahwin, saya belajar beberapa perkara agar bini dan anak lebih gembira hidup dengan saya:
Saya belajar main gitar- bini suka dan anak pun suka.
Saya belajar melukis –bini suka, anak lagi suka!
Saya belajar mewarna- Anak suka sangat.
Aku hafal lagu popular-dalam radio, bila ada lagu lama, saya menyanyi dengan baik, bini terhibur, anakpun gembira.
Saya belajar Bahasa English- anak suka tanya jika tak faham.
Saya belajar Sains-bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila berlaku peristiwa.
Saya belajar agama- bini dan anak akan dapat penerangan lebih bila ada masalah agama.
Okey banyak nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Bini saya pulak, sebelum kahwin dah belajar tumbuk sambal, dan belajar memasak, belajar kemas rumah, belajar basuh baju, belajar jemu baju, lipat baju, kemas dapur dan sebagainya.
Hasilnya saya rasa sangat lapang serta tenang dan masa menulis idea mencurah curah sebab rumah kemas dan minum pakai semua cukup.
Bini saya juga belajar menjahit sebelum kahwin, tahun pertama hari jadi dia minta hadiah mesin jahit, sekarang langsir rumah dan baju anak-anak, banyak bini yang jahit. Alhamdulillah, mesin jahit tu masih elok sampai sekarang siap buas bisnes jahit tanjak.
Bini saya juga belajar hias rumah dan hias halaman, lepas kahwin sayadah tak payah pening kepala.
Bini saya pernah bercita cita nak jadi cikgu-tapi takde rezeki, namun lepas kahwin anak anak dapat kelas tuisyen percuma, bila anak cemerlang- anak dapat hadiah, bini pun dapat-woha!
Bini saya juga pandai mengaji-lepas kahwin anak anak semua mengaji dengan dia sampai khatam.
Banyak jika nak cerita. Tak habis tiga hari tiga malam.
Moralnya di sini, kepada orang bujang, tambah kemahiran korang, belajar sekarang, nanti lepas kahwin, pasangan korang akan rasa diri korang ni asset, bukan liability.
Jangan buang masa main game, tengok TV, melepak, dan update fesyen, jangan! Baik korang pergi belajar menjahit, belajar berenang, belajar asas elektrik, belajar ilmu rumah tangga, belajar tumbuk sambal dan belajar agama, sebab nanti bila dah kahwin, korang akan buat bini dan anak gembira.
Nampak tak?
Sila kagum dari jauh!
Woha!
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ingin membaca lebih banyak kisah menarik dari Hamka keretamayat?, ada ayat power, tazkirah santai, nasihat deep, cerita lucu dan banyak lagi, dapatkan e-book Permata Yang Hilang Kini Di Jumpai.
http://keretamayat.blogspot.com/p/permata-yang-hilang-kini-di-jumpai-ebook.html
pantun lucu 在 Adli Shinichi Facebook 的最讚貼文
‘Opera Van Java’ merupakan program berkonsepkan komedi yang disiarkan di stesen televisyen Indonesia, ‘Trans7′.
Dalam salah sebuah episod yang ditayangkan, Raja Gombal (Andre OVJ) dan Ratu Gombal (Jessica Iskandar) bertukar-tukar ayat cinta atau lebih tepat sekali, pick up line antara satu sama lain.
Lucu sungguh ayat-ayat yang digunakan sehinggakan kami semua ketawa besar.
Berikut adalah 7 pick up line pilihan kami (#4 paling kami gemari).
—
#1 – Pantun Empat Kerat
—
Kelmarin hari Selasa,
Aku membeli kelana,
Kata orang kamu itu biasa,
Tapi buat aku kamu itu sempurna!
—
#2 – Dialog
—
Lelaki: Aku mahu bilang terima kasih sama kamu.
Perempuan: Kenapa, bang?
Lelaki: Gara-gara kamu ngajarin aku. Kelmarin result aku dapat 9.
Perempuan: Dalam mata pelajaran apa?
Lelaki: Mata pelajaran… ‘Mencintai kamu!’
—
#3 – Dialog
—
Perempuan: Tahu tak, aku sampai sekarang masih belum bisa membaca.
Lelaki: Aduh, kesian sekali kamu. Baca apa?
Perempuan: Baca isi hati kamu…
—
#4 – Dialog
—
Perempuan: Pilih yang kiri atau yang kanan? (sambil tunjukkan kedua-dua belah tangan yang digenggam)
Lelaki: Hmm… kanan.
Perempuan: Kenapa tak pilih dua-dua saja, ini juga milik kamu kan (sambil tunjukkan tangan belah kiri)
—
#5 – Dialog
—
Perempuan: Kamu lebih suka mocha atau kopi?
Lelaki: Wah… dua-duanya saya suka ni. Hmm… Aku pilih kopi aja.
Perempuan: Kopi?
Lelaki: Kupinang (sebut ‘kopinang’) kau dengan Bismillah!
—
#6 – Dialog
—
Lelaki: Aku takut…
Perempuan: Takut apa?
Lelaki: Aku takut kehilangan kamu!
—
#7 – Dialog
—
Lelaki: Mulai sekarang aku tak mahu main wayang lagi
Perempuan: Jadi, sekarang mahu jadi apa?
Lelaki: Aku mahu jadi petani aja
Perempuan: Kenapa mahu jadi petani?
Lelaki: Supaya setiap saat aku bisa menanam cinta di hati kamu!
—
Jom kita saksikan klip video penuh rancangan ini.
Kami pasti anda juga akan ketawa!
http://www.youtube.com/watch?v=R7vkeSdNzIM
pantun lucu 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam Cinta Monyeng!
.
Sesungguhnya cinta monyet adalah lucu. Mun dikenang balit eh, tesengeh2 sorang dirik. Betapa naifnya kita masa kecik. But i personally think thats good utk emotional development... Jangan molah nok advance2 sudah ler. Zaman Ngektsai kecik marek, yalah antara permainan nok femes selain main gudi, guli, rondes, zeropoint... rindok lagik berami2 main, laki rompuan. Rindu bila dikenang balit. Keindahan ya akan slowly berubah sabila kita melangkah ke arah puberty. Angkat bujang/dara kata urang... di mana malu ya udah menebal dlm dirik, keseronokan ya akan mula bertukar menjadi sesuatu yg lain... berikanlah anak2 kita zaman kanak2 yang indah, bukan hanya di depan skrin hempon atau seumpamanya. Adik2, sik cemburu ktk ngan zaman kmk org nok indah dolok? Hihihi... ah tak usah dibandingkan. Biar Ngektsai tersenyum sendiri... ?
.
Ubah lah mentaliti bahawa urg kaya jak dpt ke @swinburnesarawak! Kerajaan Sarawak sedia membantu rakyatnya utk memastikan anak2 serawak tuk berilmu supaya dpt menabur bakti kembali ngan bumi kita. Tinggal maok ka nisik jak lagik. Sebagai contoh Yayasan Sarawak nyedia Skim Bursari BP40 utk kemudahan kita nganta anak ke Swinburne! Link Ngektsai sediakan, boleh klik sia n rajin2kan membaca...
.
https://yayasansarawak.org.my/my/laman-utama/
.
https://www.facebook.com/swinburnesarawak
.
Ijazah antarabangsa oi tapi, yuran sama jak kedak masok IPTA lain... i personally suka episod tok, sebab dirakam di Kuching, Asajaya Samarahan dan Bintulu Sarawak. Tq @swinburnesarawak for this opportunity! Rindok ngan Monyeng, sunggoh dah besar, sik nya nyimpan dendam ngan Abang Aril nya. Maseh jak nya ok. Mungkin kerana nya faham rasanya bila makin dewasa. Nemiak lain main hempon, nya berkepong main nikah2... so sweet... and inggar... hahahaha...
.
Credit to credit to lagu latar belakang nok best and penuh nasihat, lagu rakyat negeri Sarawak, “Pantun Mensea” Komposer
Cikgu Hj Zamhari hj mustapha
Penyanyi asal Iqmal Asraf Saparuddin.
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
#swinburnesarawak
#yayasansarawak
pantun lucu 在 Alieff Irfan Youtube 的最佳貼文
Why So Serious ?
Ingat lagi tak kat ratu pantun semua? jangan lupa share and subscribe!!