TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 55)
Seekor Burung Bebas Dari Sangkar
31 Mac 2005 hari terakhir saya di UIAM. Saya amat sayang UIAM tempat saya mula belajar menjadi pensyarah, pentadbir akademik & seekor anak burung yang mula terbang di awan tinggi. Sedih sangat meninggalkan pintu pagar UIAM kali terakhir.Takut juga kalau syarikat saya gagal. Saya sekarang bekerja sendiri.
1 April 2005 saya boleh terbang ke mana saja. Ini perasaan baru saya. Saya tidak perlu minta izin sesiapa bagi terbang Saya hanya perlu ada tiket & paspot. Fasa baru dah bermula. Saya menjadi pengembara tegar. Kalau dahulu hanya terbang sebulan sekali kerana cuti yang terhad. Kalau nak terbang pun, bertolak hari Jumaat malam & pulang semula ke Malaysia pada pagi Isnin kalau cuti dah habis atau ada program resmi UIA/ kerajaan. Kalau nak jadi seekor burung Rajawali, mana boleh ada tali terikat di kaki!
Saya telah ubah cara hidup saya mulai detik ini. "Kalau hang nak berenang di lautan antarabangsa, siapkan diri sebagai pelayar lautan luas bukan di sungai dan tasik," satu suara menerjah kotak minda. Inilah masanya. Tidak boleh lagi berpatah balik. Sayap sudah mengepak. Dua kali tawaran dibuat bagi saya balik menjadi Rektor UIAM tetapi saya ingin bebas di awan biru & negeri orang.
Saya mula hidup cara baru. Saya beli beg travel baru. TUMI. Sampai sekarang masih kuat. Kata orang boleh tahan bertahun2. Sesuai untuk Rajawali. Saya dah pandai uruskan jadual tiket & penerbangan saya sendiri. Saya tidak boleh bergantung kepada travel agent. Saya kena lebih cepat & pandai daripada siapa sahaja. Jadual penerbangan saya kena lebih efisyen, selesa & murah. Saya seorang usahawan sekarang. Semua perkara kena diambil kira. Masa. Kos. Output.
Jadual penerbangan saya semakin padat. Berada di luar negara hampir 180 hari setahun. Tidak perlu kelam kabut seperti dahulu. Bebas. Saya boleh bekerja di udara, lapangan terbang & di kota2 dunia.
Sebelum 2005, saya selalu ke Bahrain, London, Brunei, Cape Town, Jeddah, Singapura, Istanbul & Jakarta. Selepas 2005, Dubai menjadi destinasi aktiviti saya. Saya muka beralih daripada MAS kepada SIA dan Qatar Airlines. Sekarang Emirates.
(al-Fatihah buat ruh Siti Sarah)
MDB
rajawali tiket 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 26)
Granada, Sepanyol, 1995
Sejak saya meletakkan kaki di bumi Malaysia pada 30 Januari 1994, saya sudah ada mimpi baru. Saya ingin menjadi seekor burung. Bukan burung biasa. Burung Helang atau Rajawali. Tapi impian ini tidak pernah dizahirkan kepada siapa melainkan pada hari warkah ini ditulis. Bukan semua impian perlu diberitahu kepada satu dunia.
Selepas melepaskan rindu dendam dengan emak, abah & adik2 di kampung, saya terpaksa tinggalkan keluarga saya di A. Star. Saya kena melaporkan diri di Kuliyyah Undang2, UIA, P. Jaya. Saya antara yang paling awal dapat PhD walaupun paling junior sebab tukar taraf MPhil ke PhD. Rasa kekok menjadi seorang pensyarah muda berPhD.
Saya terus mencari rumah sewa. Teringat rumah sewa di St Andrews. Ingin mencari sebaik itu. Akhirnya dapat sebuah rumah separuh simen separuh papan di Kg Simpang Tiga, Gombak. Kemudian saya terus balik ambil keluarga ke Gombak. Kereta Honda Accord dalam kontena belum sampai. Bila kereta sampai, duit tak cukup nak bayar cukai kastam. Lebih daripada jangkaan. Hidup mula tertekan. Ini semua cabaran hidup.
Selepas 2 bulan, kami berpindah ke Bandar Kinrara, Puchung yang amat sunyi ketika itu. Saya antara orang pertama berani duduk di sana.
Minda menjadi burung Rajawali semakin kuat. Setiap hari, jam 5.30 pagi, meninggalkan rumah & keluarga dengan kereta kesayangan Honda Accord bagi solat subuh di Mesjid UIA. Ini bagi mengelakkan jam di Jln Klang Lama yang teruk. Jalan teruk. Bukan macam sekarang.
Pukul 6.15 pagi, saya sudah berada di ofis membaca & menulis artikel ilmiah. Ada satu seminar antarabangsa terbesar di kalangan Orientalis di Granada, Sepanyol. 5 hari.
"Aku mesti pergi ke sana. Aku kena pastikan paper aku diterima," tekad anak burung Rajawali.
Paper saya diterima. Cuma pihak UIA tak ada bajet tiket penerbangan. Burung Rajawali pun tak boleh terbang sejauh itu. Perlu naik k/terbang. Saya terpaksa gunakan wang sendiri untuk terbang ke Madrid & Granada.
Hotel pula macamana? Ahhhh. Duit lagi. Rakan & mentor saya, Allahyarham Dr Zainudddin ada idea & hati tulus.
"We can stay together", ujar beliau.
Granada adalah pencetus impian anak Rajawali.
MDB