ALMARHUM CIKGU ABDUL HALIM ISMAIL
Setelah bertarung beberapa hari di hospital, rakan dan mentor saya Cikgu Abdul Halim menamatkan perjalanan seorang insan di atas dunia yang sementara menuju alam yang kekal abadi tepat jam 10.32 malam tadi.
Saya bertemu beliau buat pertama kali di pejabat ABIM, Seksyen 14, Petaling Jaya sekitar tahun 1995. Perwatakannya mudah dan mesra. Murah senyuman. Beliau adalah antara pimpinan ABIM yang beraras dan berfrekuensi tinggi. Semasa kematian menjemput ruhnya yang suci kembali kepada Pencipta Agong, beliau adalah Timbalan Presiden kepada WADAH.
Saya kerap berinteraksi dengan Almarhum waktu saya menolong mengajar beberapa mata pelajaran di hujung minggu di Kolej ABIM di Sg Ramal dalam Diploma Perniagaan Islam (kalau tak salah ingatan). Pertemuan saya dengan beliau tidaklah kerap mana. Beruntunglah mereka yang boleh mendampingi beliau sepanjang masa.
Program terakhir saya dengan Almarhum ialah pada bulan April 2021 sebelum bulan puasa. Saya diminta berucap sebagai perasmi majlis bakul makanan anjuran SALWA. Saya sepatutnya hadir dalam program ini di Sg Ramal hari Khamis. Namun, pada hari Selasa saya diambil ambulan ke hospital Sg Buluh kerana Kovid.
Saya minta maaf kepada Almarhum dan penganjur kerana tidak dapat hadir. Saya tidak ada halangan dibuat secara zoom. Almarhum bersetuju. Saya berbicara dari ward saya di Hospital Sg Buluh. Satu detik yang indah.
Banyak yang saya dengar tentang peribadi & perwatakan beliau. Pemurah kewangan dan pemudah urusan. Lemah lembut & tidak erti penat bekerja. Always on the move seolah2 Almarhum ada sesuatu yang ingin dibuat sementara ada usia & kesihatan. Ini berkat tarbiyah dalam organisasi yang Almarhum bersama mengemudi.
Jelas sangat Almarhum disayangi oleh ramai manusia, penduduk dunia . Moga2 Almarhum juga disayangi penduduk langit.
Pulanglah sahabat kami ke alam yang lebih luas dan lapang di 'bawah sana'. Penat lelah dan senyuman serta sifat pemurah mu akan menerangi kehidupan tanpa rasa takut dan bimbang.
Urusan pengkebumian Almarhum telah selesai sekitar jam 11 pagi tadi. Sehingga kita berjumpa semula di Firdaus Al-A'la.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وادخله فسيح جناته
MDB
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過988的網紅Luthfy LARZ,也在其Youtube影片中提到,I bought Indonesian indomie in outside java island which is the condiment that’s used different from Indomie that produce for java island distribution...
「tarbiyah」的推薦目錄:
- 關於tarbiyah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於tarbiyah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
- 關於tarbiyah 在 Facebook 的最佳解答
- 關於tarbiyah 在 Luthfy LARZ Youtube 的最佳解答
- 關於tarbiyah 在 Fahmi Adzha Youtube 的精選貼文
- 關於tarbiyah 在 Tarbiyah Academy - Home - Facebook 的評價
- 關於tarbiyah 在 Tarbiyah of Children | The Right Way & The Wrong Way 的評價
- 關於tarbiyah 在 8 Tarbiyah ideas - Ramadan - Pinterest 的評價
tarbiyah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最讚貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 53)
Mekah (II)
Selepas Tahallul pertama, boleh ditanggalkan pakaian ihram. Sudah beberapa hari berpakaian ihram sejak sampai di Mekah dari Malaysia. Pakaian ihram putih melambangkan kesucian warna diri manusia. Ruh memang tidak berwarna. Sama sahaja. Hanya manusia yang menjadikan ruh berbeza. Rendah diri. Sombong. Benar. Menipu. Harga diri. Rasuah.
Sebelum bertolak ke Arafah, Mekah menerima hujan lebat selepas waktu asar. Jalan2 lincin & slippery. Saya diberikan ujian tergelincir & terjatuh waktu berjalan pulang ke tempat tinggal. Ada sedikit kecederaan di paha. Hanya mendoakan supaya tidak sakit & dapat berjalan dengan baik. Saya berehat waktu Maghrib sampai Subuh. Hanya solat di bilik. Pada keesokan hari, kaki saya pulih semula. Ujian Allah tidak pilih masa & tempat.
Setelah selesai amalan melontar di Mina, selesailah ibadah haji saya. Rasa terharu kerana dah lengkap rukun Islam. Ini memang satu anugerah. Rukun Islam perlu dijunjung. Ia tanda komitmen kita sebagai hamba Allah yang ingin melengkapkan segala rukun agama.
Saya juga belajar rukun kehidupan di sana. Memang penat melakukan amalan haji. Perlu kekuatan badan & minda. Tetapi saya rasa lebih penat menguruskan jemaah kami. Ada yang tak sihat. Ada yang berkerusi roda. Kadang2 kami terpaksa mengusung di atas jambatan & menyeberangi tembok penghadang jalanraya. Ada yang kehabisan insulin bagi kencing manis. Terpaksa saya bergegas mencari klinik & ubat. Kadang2 makanan sampai lambat sebab kami tidak ada caterer. Bila saya lambat bawa balik makanan, ada yang bising & merunggut. Bila dah diletakkan atas karpet, ada yang berebut2 nak makan & kadang2 tak terfikir mereka yang bekerja menyediakan segala keperluan.
Saya banyak belajar rukun kehidupan di sana. Saya banyak memerhati. Nak bina kehidupan atas dunia, tidak cukup dengan rukun Islam. Perlu ada rukun kehidupan. Timbang rasa. Empati. Pengorbanan. Kepimpinan. Hormat menghormati. Kasihan belas. Kasih sayang. Macam2 lagi. Amalan haji adalah medan tarbiyah yang ada segala2nya.
Selepas selesai sudah amalan haji & kehidupan susah di dalam kemah, kami semua kembali ke kehidupan biasa yang lunak.
#terbangbersamamdb
MDB
tarbiyah 在 Facebook 的最佳解答
EP 06 - ANAK ISTIMEWA IBU BAPA DIDUGA | Dana Madrasah Anak-Anak Istimewa | FIZA O AND GIRLFRIENDS
Please donate to :
https://mijhub.give.asia/campaign/the-tarbiyah-fund#/
Or PAYNOW : UEN 202041210Z
tarbiyah 在 Luthfy LARZ Youtube 的最佳解答
I bought Indonesian indomie in outside java island which is the condiment that’s used different from Indomie that produce for java island distribution.
This video I made to fulfill the final assignment of speaking III course in reviewing food.
Student Registration Number: 1601240768
Class: English Education D 2016
Tarbiyah and Teacher's Training Faculty, Antasari State Islamic University of Banjarmasin.
#TugasKuliah #PBI #UINantasari
tarbiyah 在 Fahmi Adzha Youtube 的精選貼文
Lagu Rasmi Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Selangor kali ke-15.
Kita Bertemu di hari ini,
Di Perkampungan Menara Gading,
Kita menjadi saksi,
Berhimpunnya anak-anak negeri,
Membawa bersama harapan ibu bapa,
Mencari secebis ilmu, buat bekalan di dada,
Dalam mencari keredhaanya.
Kita akan bertemu lagi,
Tika melangkah ke Menara Gading,
Pertemuan Pertama Kali,
Berteraskan Keimanan, Membuah persaudaraan,
Itulah Ikatan Hati.
Kita bersama tempuhi segala halangan,
Berbekal Iman dan Tarbiyah,
Beserta sedikit ilmu dan pengalaman,
Dan berkat doa ibu dan bapa,
Sahabat~
Kita Bersama membawa, Harapan dan Cita-Cita,
Menjadi insan yang bertaqwa,
Menara~
Menjadi titik bermula,
Ukhuwah sesama kita,
Untuk berbakti pada semua.
Kerana cinta pada yang esa~
Kerana Ukhuwah kita bersama.
#GPHU #PMGS15
tarbiyah 在 Tarbiyah of Children | The Right Way & The Wrong Way 的推薦與評價
In this talk, Salman Asif Siddiqui clearly defines what tarbiyah is and what it is not. A must watch video for every parent and teacher ... ... <看更多>
tarbiyah 在 8 Tarbiyah ideas - Ramadan - Pinterest 的推薦與評價
Oct 29, 2016 - Explore Yasmeen Roberts's board "Tarbiyah" on Pinterest. See more ideas about islam for kids, ramadan kids, ramadan activities. ... <看更多>
tarbiyah 在 Tarbiyah Academy - Home - Facebook 的推薦與評價
Tarbiyah Academy · The first International Baccalaureate Islamic school serving the needs of Howard county, MD. We opened our doors in September 2015! · - ... ... <看更多>