RESIPI MUDAH DAN SEDAP
🕸SARANG SEMUT 🐜.
Mmg mudah buat, sbb tak melekat time kita duk sagat doh masa nk masuk kn dlm cawan kertas. Satu keseronokan buat saya time tenyeh sagat 😅 Ada cara dia , tgk gamba bawah . Dan saya lebih suka sagat2 sikit masuk cup , baru tekstur dia berderai ,beza sgt kalo terus sagat habis semua doh lama2 jd berketul .
🕸1 cawan marjerin
🕸½ cawan gula halus
🕸2 biji kuning telur
🕸½ sudu teh esen vanilla
🕸1 sudu kecik pewarna kuning (optional)
🕸1 sudu besar susu tepung (optional)
🕸2 sudu besar tepung kastard
🕸1 cawan tepung jagung
🕸2 ¼ tepung gandum
🕸½ sudu kecik baking powder.
🕸Choco rice sebagai hiasan
🐜Pukul marjerin dan gula sampai kembang. Takde mixer saya guna senduk nasi tu je .
🐜Masukkn telur dan esen vanilla, kacau rata .
🐜Masukkan susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata .
🐜Masukkan sikit demi sikit tepung jagung , tepung gandum dan baking powder (ayak dulu sebelum masukkn dalam adunan)
🐜Uli sampai jadi doh dan tak melekat di tangan. Ikut resipi ni memg sedang molek doh tu jadi. Bole simpan peti ais 20 minit .
🐜Sagat doh atas bekas dan sudu kan guna sudu kecik ke cawan kertas. (Saya guna penyagat beli ikea yg siap bekas)
🐜Bakar biskut dlm oven suhu 160 dlm masa 20-25 minit.
Selamat mencuba ‼️
kredit: wan atirah
teh sarang semut 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳解答
Resepi Kek Sarang Semut :
Tips : Gunakan cawan metrik supaya sukatan tepat dan kek mendapat hasil yang terbaik.
1 1/4 cawan gula putih
1 cawan air panas mendidih
Panaskan periuk / kuali guna api perlahan dan masukkan gula dahulu.Ratakan gula ke seluruh bahagian periuk.Bila dah start mencair jangan kacau gula.
Dah cair dan menjadi perang,tutup api sekejap,masukkan air panas.Hati-hati untuk elakkan terkena badan anda.Buka api dan sebatikan.Biarkan suam.
1 cawan tepung gandum
125 gram butter ( cairkan dan sejukkan )
2 sudu teh soda bikarbonat
5 biji telur gred B ( 4 jika Gred A )
1/4 cawan susu pekat
1 sudu teh essen vanila
Untuk elakkan resepi kek sarang semut menjadi pahit,gula hendaklah diperangkan atau dihanguskan dengan api yang kecil untuk elakkan kek menjadi pahit.
Cara-cara penyediaan resepi kek sarang semut ini :
#1: Dalam bekas,kacau telur bersama susu pekat manis dan essen vanilla.Guna whisk sahaja.Tak perlu kembang cukuplah sehingga telur kuning pecah dan sebati sahaja.Tambahkan buttercup yang telah dicairkan menggunkan kaedah double boil.Pastikan dah sejuk ya. Kacau manja biar sebati sahaja.
#2: Ayak dulu tepung bersama soda bikarbonat dalam bekas lain supaya elok bercampur semuanya.Barulah dimasukkan ke dalam bekas di langkah 1 sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-perlahan.
Barulah ditambah dengan air gula perang yang suam .Kacau hingga adunan sebati. Tujuan nya untuk pastikan soda bikarbonat telah bertindak balas.
#3: Alaskan loyang 7×7 inci dengan parchment paper gris dinding loyang dengan marjerin atau butter dan masukkan adunan yang ditapis. Barulah perap selama 1 jam – 1 1/2 jam.
#4: Nak bakarnya mesti kena faham oven sendiri. Jadi kalau oven biasa, dalam 150 ‘C – 160’C selama 45-50minit.Ingat gunakan api bawah sahaja ya.
Tips : Boleh cucuk dengan lidi untuk tengok kek dah masak ke belum pada minit ke 45 Kalau tak melekat tepung,masak la tu.
Sejukkan dan keluarkan kek sarang semut barulah dipotong melintang untuk serlahkan sarangnya. Mula-mula anda belah dua kek dan tengok alur sarang, barulah dipotong melintang melawang alur dan Insyaallah keluar lah sarangnya.
Kek sarang semut kalau jadi dia akan rasa kenyal, tak rasa span.Selamat mencuba ya.Moga anda akan berpuas hati dengan hasil resepi kek sarang semut ni
teh sarang semut 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 的最佳解答
Resepi Kuih Raya Sarang Semut 2018
.
Cepattt share dulu..nanti nak buat untuk raya dah senang!!
.
Bahan-bahan:
250 gram butter
100 gram gula halus
350 gram tepung gandum
100 gram tepung kastad
100 gram tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
Coklat rice & paper cup
.
Cara-cara membuat:
.
Pukul butter & gula hingga kembang
Masukkan telur & esen vanilla pukul lg
Masukkan semua jenis tepung
Gaul sebati semua
Bentukkan menjadi doh2 kecil kemudian sagat/parut
Masukkan dlm paper cup & tabur coklat rice
Bakar 170-180 c selama 15 minit bgantung pada oven masing2
.
Senang je lah kannnnn..
apa tunggu lagi, share dulu nanti buat!!
Like & Share