Bapa2 Kena Tahu 13 Barang Asas Untuk Baby Nih
Dulu saya pun macam korang juga, blur anak pertama tak tahu nak sediakan apa. Nasib baik isteri ada. Saya hulurkan duit je lah. Dia beli semuanya.
Tapi masa kelahiran anak kedua saya teman dia cari satu satu barang baby, masa ni lah baru kenal satu satu barang baby, dan betapa susahnya nak mencari setiap satu, bukan boleh jumpa satu kedai je.
Khas untuk bapa2 & bakal bapa di sini saya kongsikan 10 barang asas yang wajib ada dan 3 barang tambahan yang boleh memudahkan kerja penjagaan bayi nanti.
1. Pampers
Wajib kena ada pampers banyak masa masuk labour room sebab lepas bersalin jururawat akan pakaikan pampers, bayi baru lahir memang akan berak banyak. Lain lah kalau bersalin hospital swasta pihak hospital ada sediakan pampers.
2. Minyak Telon
Ada banyak pilihan minyak telon tapi yang glamour dan mudah di dapati ialah minyak yuyi cap limau. Letak sikit minyak telon di perut, belakang dan kaki untuk bagi badan bayi selesa. Juga boleh elakkan perut masuk angin. Bayi meragam tu kekadang sebab perut tak selesa.
3. Pakaian
Sediakan 2 pasang baju semasa di labour room, 1 lengan panjang dan 1 lengan pendek. Kalau anak kena tahan wad kena sediakan lebih pakaian. Di rumah kena sediakan sekurang-kurangnya 7-14 pasang baju bayi untuk kegunaan seminggu.
Nota : Guna sabun yang ada anti kuman dan bakteria serta mesra bayi untuk basuh baju bayi kerana kulit bayi sangat sensetif.
4. Sarung Tangan & Kaki
Selain bayi nampak comel sarung tangan dan kaki fungsi mengelakkan bayi dari kesejukan dan elak angin masuk melalui kaki. Kuku bayi baru lahir kekadang panjang, jadi sarung tangan boleh lindungi muka dia dari kena cakar.
5. Topi bayi
Ubun ubun kepala bayi sangat lembut dan mudah masuk angin. Topi boleh lindungi kepala dari masuk angin dan supaya bayi tak kesejukan. Topi jangan terlalu ketat, longgar pun tak mengapa asalkan bayi selesa.
6. Tisu Basah
Tisu basah penting sebab guna cuci kencing dan berak bayi. Bayi berak dan kencing tak banyak dan tak berbau, guna tisu basah dah mamadai. Kalau nak guna air susah sedikit sebab kena angkat dan menganggu bayi nak tidur. Bayi kan kena tidur 14-17 jam sehari.
7. Bedung
Bedung guna untuk balut dari kaki sampai bahu bayi. Tujuannya supaya anak tak mudah terperanjat, boleh kena lemah semangat kalau asyik terperanjat. Petua orang lama bedung bayi supaya kaki dan tangan dia tak bengkok.
8. Barut
Barut guna di perut bayi supaya perut tak kembung dan masuk angin. Sebelum di barut sapu dulu minyak telon di tengah2 perut. Sediakan sekurangnya 2-3 helai barut untuk ganti bila kotor, sebab mudah terkena najis.
9. Tuala
Tuala bayi untuk lap selepas mandi mesti kain yang lembut dan nipis. Tuala yang kasar dan terlalu tebal boleh lukakan kulit bayi yang halus dan nipis. Bergeser sikit boleh melecet. Lepas mandi terus lap, jangan tunggu lama lama sebab daya tahan sejuk bayi sangat lemah.
10. Besen mandian
Jika sinki besar dan sesuai untuk mandikan anak boleh guna sinki, tapi nak lebih mudah guna besen mandian kerana boleh guna pelapik mandi yang bayi boleh baring kita tak perlu pegang. Bahaya kalau pegang takut terlepas.
11. Tilam ( tambahan )
Tilam tidur yang lembut khas untuk bayi supaya dia selesa tidur atau untuk jimat boleh sahaja guna tilam sedia ada.
12. Tikar getah ( tambahan )
Tikar getah guna untuk alas anak lepas mandi dan ketika tukar pampers. Supaya tilam tak basah dan terkena najis bayi. Atau boleh guna apa-apa alas yang kalis air.
13. Termometer ( tambahan )
Termometer alat tambahan untuk kita guna periksa suhu anak sama ada demam atau panas biasa. Suhu lebih 37 darjah celcius di kira demam, cepat bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Dah tahu apa barang yang wajib mudahlah nanti tak kelam kabut nak mencari. Dia jadi susah bila kita tak tahu nak beli apa, mulalah stress barang baby tak cukup. Masa ni pantang nampak iklan jual barang baby semua nak beli. Suami garu kepala tengok abang posmen setiap hari datang hantar barang shopping online.
Kredit : Mohd Fhais Salim
Part Time Babysitter
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過351萬的網紅Alieff Irfan,也在其Youtube影片中提到,Why So Serious ? Jangan lupa like, share dan subscribe ye Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ayla Lipmatte boleh tekan link whatsapp dibaw...
teman tapi mesra 在 Facebook 的最佳貼文
Siapa kat sini yang tak boleh tengok crush dia kena kacau masa sekolah dulu ?
teman tapi mesra 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
Tadi masa saya dekat kedai makan.
Ada 1 pasangan suami isteri ni duduk makan di sebelah meja saya bersama anak perempuan berumur lebih kurang 4 tahun.
Sepanjang duduk,
saya perhatikan isteri dia punyalah bersemangat untuk bercerita. Tetapi suami dia langsung tak endahkan isteri dia.
Suaminya sedang khusyuk main game.
Akhirnya, Isterinya mula hilang minat untuk bercerita dan sudahnya, isterinya diam dan
suapkan anak makan.
Tak lama berselang.
kawan suami dia lalu dan tegur suami dia,
terus suami dia nampak ceria.
berbual gelak ketawa mesra bukan main.
memang sangat berbeza dengan dia layan isteri dia.
Sehinggakan,
saya yg ada dekat situ saya pulak yg terasa.
Tak tahu lah kalau saya ni yg sensitif sangat.
Tapi nampak jelas suami dia layan tak layan je isteri dia.
Kadang saya ni bukan nak sebelahkan wanita. Tapi apa yg saya paham tentang wanita bernama isteri ni. Mereka akan suka bercerita dengan suami mereka.
Walaupun cerita tu benda sama yg dia pernah citer sebelum ni.
Sebagai seorang suami.
Harus layan jelah. Apa yg nak dibualkan.
Dengar je. Sebab apa?
Sebab perempuan ni, bila mereka dah berkawin. Mereka dah tak ada BFF lain melainkan suami mereka sendiri.
Kalau kita sebagai suami taknak dengar apa yg isteri nak luahkan.
Siapa lagi yg nak dengar.
Dulu saya pun tak paham.
saya tengok isteri saya beriya² cerita.
Tapi saya layan endah tak endah.
lama² isteri saya dah tak bercerita dengan saya.
Bila burung murai tetiba diam je. Saya pun jadi musykil. Saya tanyalah dekat isteri saya.
"Kenapa you diam je,
merajuk dengan I ke?"
Isteri saya jawab
"kalau I citer pun, you bukannya nak dengar."
"I bukan tak nak dengar apa you cakap,
tapi benda tu kan you pernah cerita sebelum² ni."
"Itulah kesilapan you, you tahu tak?.
Orang perempuan ni. Lepas dia kahwin,
dia dah tak ada siapa² dan dah tak ada istilah kawan baik. Yang ada hanya suami.
Kalau suami taknak dengar.
Dengan siapa lagi mereka nak bercerita."
Selepas dari kejadian tu.
Baru saya sedar kesilapan saya.
Bila fikir balik.
Betul jugak apa dia cakap.
Kita ni laki.
kat tempat kerja kita ada kawan² untuk berbual dan meluahkan sesuatu.
Berbanding isteri hanya ada anak² untuk mereka bercakap.
Kat tempat kerja kita boleh bergelak ketawa dengan kawan².
Tapi kenapa bila kita balik rumah.
Nampak bini je kita terus diam.
Dah takde modal nak bercerita.
Bila isteri banyak mulut hendak bercerita pulak. Tak dilayannya dan tak diendahkannya.
Dengan siapa lg mereka nk luah.
Kalau 1 hari nanti dia mula beralih arah dan dah tak anggap kita sebagai teman untuk mereka berbual dan meluah.
Jangan salahkan mereka pulak.
Sebab ianya juga berpunca dari layanan kita terhadap mereka.
Fikir²kan.
Penulis : Eddie Dieana
teman tapi mesra 在 Alieff Irfan Youtube 的最佳貼文
Why So Serious ?
Jangan lupa like, share dan subscribe ye
Kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Ayla Lipmatte boleh tekan link whatsapp dibawah , Thankyou! :heart:
.
.
https://www.wasap.my/+601151212127/berapa+harga+ayla
teman tapi mesra 在 DanielZamrii Youtube 的最讚貼文
Do follow us on Instagram @danielzamrii @itsrosenicotine