Syukur Alhamdulillah, dengan Rahmat dan Izin Allah Subhanahuwataala, jika sebelum ini saya diberi nikmat mendaki gunung Kinabalu, (walaupun dudah tua) kini Alhamdulillah saya berpeluang menyelam sambil menikmati kecantikkan dasar laut Cina Salatan.
Sungguh menyelam ni macam berada dalam dunia yang lain, yang mana kita boleh terbang dalam air, Rujuk gambar: Dah lama nak buat gaya Ultraman, ha ha ha
Walau pun pada mula rasa takut juga, tapi bila dah melihat kecantikkan dasar laut, semua takut hilang, enjoy the silence!
Dari dalam laut, betapa cantik sungguh ciptaan Allah di dunia, dalam syurga nanti tak tahulah betapa cantik lagi sebab yang dunia ni pun dah terpegun!
Terus kagum dengan ciptaan Allah menjadikan otak manusia, hingga manusia mampu reka alat menyelam, kagum dari dekat!
Berita baik, Nak menyelam ni tak perlupun pandai berenang, yang penting jiwa kena berani dan rajin belajar.
Sebelum menyelam, Guru Selam akan ajar guna alat menyelam dalam air kolam dulu, ajar langkah keselamatan jika google masuk air, atau alat pernafasan tercabut, atau tangki oksigen tiba tiba habis, atau sesat dalam air, semua di ajar.
Lepas dah pandai terus Guru selam bawa kita masuk laut melalui pantai dan Pratik ilmu dalam kolam tadi di tepi pantai.
Lokasi kami belajar meyelam ni di Pulau Tioman, maka tepi pantai pun dah ada hidupan laut yang cantik, rezeki hari tu waktu menyelam ada ikan penyu datang teman, tapi sayang masa tu tak bawa kamera sebab sedang belajar.
Lepas dua kali meyelam di pantai, maka kami di bawa ke tengah laut naik bot dan terjun sedalam18 meter!
Mula mula menyelam, telinga akan rasa tak selesa sebab tekanan air yang semakin tinggi, jadi kena selalu buat equalize atau synchronize dengan cara tutup hidung dan hembus hingga udara keluar ikut telinga, lepas tu dah sedap menyelam ke dasar laut.
Rupanya sedap menyelam ni bila kita bertanang dalam bernafas, jika kita cemas, akan susah nak tenggelam, bila kita tenang, laju jer kita dapat turun ke dasar dan terus terbang di atas batu karang bersama hidupan laut yang jinak jinak semuanya.
Sedang asyik menyelam, tiba tiba guru selam ajak masuk gua, alamak hati dah kecut dah, buatnya tersangkut kat dalam gua, lepas tu oksigen habis? Macam mana?,
Tapi beranikan diri, bernafas dengan tenang, enjoy the silence, enjoy the coral, adakah saya berjaya masuk gua tu?
(kena tengok video)
Ya Allah, sungguh cantik ciptaan hidupan laut sedang dunia ini baru setitis nikmatMU berbanding dengan akhirat maka dah tentu kehidupan di syurga adalah sejuta kali lebih cantik tertarik dan indah!, segala pujian hanya untuk Mu!
akhir kata, Bila terkenangkan betapa cantiknya syurga, tentu rugi sangat jika tak dapat masuk syurga! Sebelum ni pergi pulau dah rasa rugi tengok orang menyelam sampai ke dasar sedang kita hanya mampu snorkling dari atas, bayangkan perasaan ahli neraka yang menyesal bila tengok orang masuk syurga!
Allahuakbar!
Jom layan video saya yang sedang meyelam sambil kagum dari dekat, dan korang pulak, sila kagum dari jauh!
Woha!
https://youtu.be/qv6k0Regg-o
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過0的網紅MsHannahChia,也在其Youtube影片中提到,This is my first time diving after getting my PADI cert. It was a very meaningful dive trip as we were helping to clean the corals and provide a bette...
「tioman berjaya」的推薦目錄:
- 關於tioman berjaya 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的精選貼文
- 關於tioman berjaya 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
- 關於tioman berjaya 在 XiaoMa 小马 Facebook 的精選貼文
- 關於tioman berjaya 在 MsHannahChia Youtube 的最佳貼文
- 關於tioman berjaya 在 Crystal Swung Youtube 的精選貼文
- 關於tioman berjaya 在 Joshua Tsi TV Youtube 的最佳解答
- 關於tioman berjaya 在 Berjaya Tioman Resort - Malaysia | Pahang Tua - Facebook 的評價
- 關於tioman berjaya 在 Staying at Berjaya Tioman Resort (hotel review) - YouTube 的評價
tioman berjaya 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 的最佳貼文
15 Tanda korang ahli neraka, No 11 amat terkejut tapi ramai yang buat.
1.Korang berhutang dengan Along
Hutang dengan kakak sulung korang yang bernama Along takpe, tapi jika korang berhutang dengan Along, korang akan miskin di dunia kerana riba(bunga) Along sangatlah tinggi, dan korang juga akan miskin di akhirat kerana Allah melaknat mereka yang terlibat dengan riba, eh, korang bukan miskin di akhirat, tapi akan diazab.., dan mungkin didunia juga korang akan diazab, seperti dikurung oleh Along dalam bilik bawak tanah minum air paip dan makan roti expired, sebelum anggota badan yang penting dipotong-potong..
Maka nasihat saya, jangan jadikan diri kita ni sehina hina manusia dalam islam bila kita sanggup berhutang dengan Along kapir yang bunganya berjalan mengikut kiraan hari…, nak beli perabot, nak beli TV LCD, nak beli patung bangau untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar rumah,, tak payahlah nak berhutang dengan Along,.., carilah jalan lain.., kita orang islam, dah tahu Along itu haram, buat apa nak berhutang jugak.., Allah laknat, tak selamat dunia akhirat, tak berbaloi kena potong tangan atas kesalahan bukan hudud, cukuplah kerandut zakar dipotong waktu kecik, sila ambik pengajaran dan bertaubatlah..
2.Ada Kad Kredit tapi tak laku sebab dah kena block.
Jangan emosi dulu, sayapun ada Kad Kredit, bagi saya kad kredit adalah untuk orang bijak yang malas bawak duit atas factor keselamatan atau menjimatkan masa dan belanja tanpa dikenakan cukai tahunan atau riba kerana bayar pada tarikh sebelum riba bermula, tetapi bagi mereka yang slow dan mudah diperbodohkan, mereka akan belanja sampai habis limit kad yang melebihi pendapatan bulanan dan bayar bulanan hutang dengan jumlah paling minimum… (itu yang bayar, yang tak bayar lagi bangang)
Bila korang berhutang guna kad kredit, maka riba akan berjalan, apatah lagi korang berhutang untuk beli perkara sampah seperti (masukkan sendiri barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun).., dan riba kad kredit adalah riba yang paling tinggi dalam semua riba yang di’halal’kan oleh kerajaan., sendiri mahu ingat!
Kalau korang diistihar muflis kerana kad kredit, saya tak tahu nak cakap apa.., ok, saya tahu:
"Wahai sahabat,, bayarlah hutang cepat cepat dan bertaubatlah jika tak nak masuk neraka.. aduh.."
3.Pinjam duit kawan dan melengah-lengahkannya.
Pinjam duit kawan, adik beradik, saudara mara, adalah tidak salah, Nabipun berhutang, lagipun pinjaman sebegini takde riba, sangat bagus.., tapi jika korang tangguhkan bayar hutang sehingga menyusahkan kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA, maka ingatlah, apabila kawan, adik beradik, saudara mara, PTPTN dan MARA yang korang lengah-lengahkan hutang tu mati tanpa sempat korang bayar, maka bersedialah untuk bagi pahala korang pada mereka jika korang jenis solat awal waktu, tapi jika korang jenis solat lengah lengah, sama macam bayar hutang lengah lengah, maka bersedialah untuk ambik dosa mereka dan masukklah korang ke dalam neraka dibakar doa laknat PTPTN, MARA, YAYASAN, kawan, adik beradik, dan saudara mara…
Berdosa dengan Allah, ada peluang untuk diampunkan, tapi bila mati dengan bawak hutang maka sengat besar seksanya diakhirat.., sudahlah hidup didunia orang benci, mati pulak masuk neraka, aduh!
Ps: Tolong jangan ambik gambar makan durian jika hutang kawan kawan bekum bayar.
4.Ambik rasuah.
Ni lagi satu masalah besar dalam Negara selain dadah, denggi, dan pembakaran terbuka ditepi jalan.., arghh, saya malas nak cakap banyak, sebab selalu keluar iklan dalam Tv iaitu mereka yang rasuah akan di penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, dan saya tambah, korang juga akan masuk neraka!
Nabi bersabda dalam hadith yang diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka.
5.Jarang balik kampung
Orang tua dikampung sangat rindu pada korang, tapi korang sebab belanja besar dalam hidup beli barang mewah yang korang banggakan tapi takde siapa pedulipun, akhirnya hujung bulan takde duit, lalu setahun dua kali balik kampungpun payah.., kenapa?
Alahai tak kan tak tahu, nak balik kampung, naik kereta minyak mahal, duit tol lagi, minyak hitam lagi nanti jika kereta rosak, duit lagi, sampai kampung, kena bagi duit lagi kat mak ayah.., akhirnya korang jarang balik, mak bapak kecik hati, dan menangis sambil tonton sitcom cerita indon yang banyak kisah anak derhaka, yang mengingatkan mereka juga ada anak derhaka macam korang, dan korang tahu bila korang balik?
Lepas jiran bagitahu mak bapak korang dah jadi mayat barulah nak balik.., itupun sebab nak tolong jual tanah arwah mak bapak, memang boleh jadi ahli nerakalah anak macam ni..
Sementara mak bapak masih hidup, baliklah kampung ziarah mereka, jika takde duit, cerita betul-betul, mereka nak tengok korang depan mata.., sejukkan mata mereka, tapi jika korang sibuk cari harta dunia sehingga lupa ziarah mereka, lupa makan minum mereka, lupa kain baju mereka, lupa kencing berak mereka, lupa ayam itik mereka, maka koranglah yang Nabi cakap, mereka yang celaka kerana tidak mendapat keampunan dibulan Ramadan yang lalu sebab mak bapak mereka tak dapat manfaat dari anak-anaknya.
Kata korang:, “Mak, saya tak boleh balik kampung, kerana saya ada masalah kewangan, minyak mahal, tol lagi, lagipun saya kena bayar banyak bil dalam hidup seperti TV astra full package, Nelix, iplix, lagi, tiket wayang setiap minggu, yuran gymnasium, bil api tiga phase (sebab rumah korang ada aircond gergasi), yuran langgangan majalah orang kaya, Play station, clubbing dan (isilah perkara yang mak bapak korang tak pernah buat tapi korang buat siap bayar lagi), adohai..
6.Ada kerja tambahan sehingga tinggal perintah Allah.
Tak salah nak buat kerja part time, tapi.. janganlah sampai tinggal solat dan lain lain ibadat.
Balik kerja terus bukak kedai burger, orang azan magrib, korang potong timun, orang azan isyak, korang potong bawang, orang mengaji, korang potong roti, orang berdakwah, korang potong stim, dengan berkata:
“Hamka, salahkah umat Islam mengumpul harta dengan cara yang halal? Bukankah ada hadith: "Beribadatlah kamu seolah esok hari kamu akan mati dan bekerjalah seolah kamu hidup seribu tahun lagi". Bukankah dengan kekayaan kita boleh membela agama kita?, ingat Hamka, bekerjalah kamu seolah olah hidup seribu tahun”
Maaf bang, jika korang sedang bekerja atau sedang buat kerja dunia, tiba tiba dengar azan berkumandang, maka segeralah solat bagi wanita dan segeralah ke masjid bagi lelaki kerana korang bekerja di ibaratkan seolah olah hidup seribu tahun, maka boleh buat lain kali, boleh tangguh!, banyak masa lagi daa..,
Tapi oleh kerana korang beribadat macam esok dah nak jadi mayat, maka korang kenalah segera bersolat serta merta, jangan berlengah lagi, al faham ke idop?
Saya ulang: kita dah nak jadi mayat esok, maka kita tidak boleh tangguh sebarang perintah Allah, misalnya jika kita dengar azan, maka kita kena segera ke masjid, untuk solat berjemaah…, dan jika dah memang kita ada peluang untuk hidup seribu tahun lagi, maka kita kena relexs dan bersabar jika kerja dunia tu tak berjaya atau tak menjadi, kerana kita ada banyak masa lagi tu..!!, seribu tahun lagi ape?!!! ..he he he, relekslah brother.. he he he.
Pesan saya, Tak salah buat kerja tambahan, tapi jangan sampai ibadat entah ke mana, kalau datang solatpun tak nampak muka sebab berbungkus kain kapan dan duduk depan sekali sebelum naik kereta mayat.. aduh..
7. Kedekut nak mampos.
Kedukut hingga Tak bayar zakat.. Zakat yang dibayar hanyalah zakat fitrah, dan sedekahpun biasanya RM seringgit, tapi dalam diri rasa dah banyak bagi pada Allah, maka bila adik beradik susah, atau jiran susah, atau ada fakir miskin mintak tolong, terus ungkit, saya dah banyak bagi sedekah kat masjid, (RM seringgit seminggu), pergi jumpa Along!
Orang kedekut tak ke manapun, duit banyak akhirnya jadi hak waris, badan jadi hak ulat, dan korang masuk neraka, tak ke manapun.
Tapi dalam bab nak bagi pinjam duit dengan orang kena tengok diri sendiri, jika tak mampu nak halalkan hutang, jangan beri hutang.
8. Suka bertanya bila gaji nak masuk (bagi mereka yang makan gaji)
Tak salah bertanya, tapi jika gaji masuk 25 haribulan, 26 haribulan, dah bayar hutang dengan semua gaji, kerja part time pun tak laku, maka 27 haribulan dah tanya, errr, bila gaji masuk? Tak ke ahli neraka? Sebab jika korang ahli shurga korang akan Tanya, bila zohor nak masuk? Faham!
Sayapun tanya jugak pada 22 haribulan, bila gaji masuk?, dan jika mereka cakap, esok lusa masuk, maka saya terus pergi membeli belah keperluan rumah sebab tak nak bersesak sesak dan biasanya sebelum 25 haribulan pasaraya lengang dan barang murah..
Woha!
9. Marah bila bercakap bab duit.
Saya tak tahupun korang ada masalah kewangan, saya tanya sahaja, “apa kata hujung minggu ni kita pergi menyelam di Pulau Tioman?” terus korang marah kerana anggap saya hina korang yang ada hutang Along, kredit kad, lalu beremosi dengan saya. Marah marah..
Jangan marah-marah bro, nanti masuk neraka! Maaf sebab salah Tanya bab duit.., patut saya tanya "Hutang bila nak bayar?" alamak duit jugak, aduhhhh
10. Guna duit raya anak dan tidak berniat nak ganti balik.
Pelik?, lepas raya kenapa lu banyak bawak duit RM seringgit bila belanja?
(Malas nak tulis karangan cerita ini)
11. Takde akaun tabung haji.(atau simpanan mana mana untuk kerjakan haji)
Kata kau: "Kitaorang mana ada duit nak daftar pergi haji, nanti kitaorang kaya, kitaorang tak mainlah pergi haji dengan pekej murah, kitaorang akan pergi haji dengan syarikat swasta, pekej perdana, RM30 ribu, berkemah dipadang arafah dalam bilik air cond, makan nasi minyak walaupun di tanah arab dan beriktikaf dihotel mewah, sekarang kitaorang takde pendahaluan RM1300, kitaorang tak mampu,
Lagipun rumah kitaorang ada astra, TV besar kat dapur dan TV LCD kat ruang tamu, Wayang player lagi, sound system surround, mana mampu daftar tabung haji, tayar spare kereta punya rimpun tak sport, (yang lain semua dah sport). Lagipun duit bulan ni nak beli patung bangau betina untuk letak tepi kolam kecik dalam pagar sebab kesian patung bangau jantan yang selama ni sekor sekor duduk tepi kolam, dia kesunyian.., tapi bangau tu kesunyian, Nabi adam dalam syurgapun kesunyian, bila takde Hawa, bangau saya lagilah kesunyian.."
(adegan seterusnya terpaksa didelete kerana saya sedang mematahkan leher bangau kesunyiannnya agar tidak kesunyian lagi)
12. Mencuri
Ini memang dosa ber ganda dua puluh tiga (masukkan soud effect guruh)!, orang yang hutang dengan along ‘lebih baik’ dari korang yang mencuri, jadi jangalah mencuri, atau lebih kejam, tiba tiba jadi perompak! Boleh masuk neraka bro!
13.Menipu mintak derma konon nak buat masjid.
Kat Malaysia ni dengar cerita ada yang mintak derma konon nak buat masjid, wakil badan kebajikan, tapi rupanya duit tu masuk poket sendiri untuk memiliki barang mewah yang korang rasa bangga tapi nobody care..
Memang masuk neraka!
14:Menipu dalam jual beli.
Jual skim cepat kaya, tipu dalam pelaburan, ambik duit orang buat melabur lepas tu lepas, janji untung dalam saham kelapa sawit lah, emas lah, hotel mekkah lah, akhirnya si pelabur yang merana.. aduh..
Yang jual on line pun menipu jugak, ada baca kes hari tu orang jual alat besarkan zakar tiga kali ganda dengan harga RM500, dan siap pesan: Hati hati bila guna waktu cuaca panas. Ramai yang beli, dan bila sampai, masing masing dapat Kanta Pembesar-Woha!
15…. (berhenti minum air kejap)
Arghh, saya mula mula nak tulis sepuluh bab sahaja, tapi masuk nombor 15 ada banyak lagi ilham datang, maka saya stop sampai sini, korang sambunglah sendiri.. saya dahaga..
Akhir kata:-
Tak salah jadi miskin, Nabipun miskin, dan sahabat bagindapun ramai yang miskin, dan orang miskin akan masuk shurga lebih awal dari orang kaya, jadi saya bukan nak cakap jadi miskin itu salah, yang salah bila kemiskinan kita menyusahkan orang, itu yang salah..,
Alang-alang dah jadi miskin, biar mati masuk shurga, tapi jika jadi miskin dan masuk neraka, itu yang sedih, rugi dunia dan akhirat!
Ada hadis jugak, jadi kaya boleh masuk syurga sambil merangkak, dan ada hadis lain, orang masuk neraka berjalan dengan muka..
Maka, tak salah juga menjadi kaya, walau masuk syurga dengan merangkak, daripada masuk neraka dengan berjalan atas muka akibat menyusahkan orang kerana miskin,
Jadi jika serius kita nak Berjaya di dunia dan di akhirat bab pengurusan wang, abang mayat cadangkan baca BIjak Mengurus Wang di sini, ada bacaan dan Video.
https://tinyurl.com/bmwhamka
Ps: Namun jika anda dah buat semua 15 perkara di atas, pintu taubat masih terbuka, Allah Maha Pengampun. Bak Kata Raihan, Selangkah kau dekat pada Allah, Seribu Langkah Allah dekat padamu. Take noted,
tioman berjaya 在 XiaoMa 小马 Facebook 的精選貼文
6月13日新闻简述:(欢迎Share and Follow Page)
1. 一名律师相信是与沙巴基本设施发展部长彼得安东尼被控5宗洗钱案有关,昨日向反贪会自首。63岁的律师已被反贪污会追缉至少3年,嫌犯将延扣至618以协助调查。
2. 北京连续两天出现病例,市当局宣布暂停小学低年级复课。12日新增两宗均为为男性,是中国肉类食品综合研究中心雇员,1万余名雇员将接受冠病检测。6家批发市场暂停营业。
3. 菲律宾防长登陆有主权争议的中业岛为沙滩坡道落成剪彩时,收到“欢迎来到中国” 及“欢迎来到越南”短讯。
4. 大马私立教育企业家公会调查显示,若无法复课,67%的业者能支撑少于3个月,74%业者会选择结业。希望政府能在701起允准恢复运作,并给予10年免税措施。另外也希望政府将幼儿园和托儿所交由同个部门管辖。
5. 马来西亚补习协会发文告表示,624应考班复课,目前教育部没有针对补习中心作出明文指示,以致业者彷徨无助,希望教育部给予明确指示。
6. 财政部长指出政府将在国内筹集350亿令吉以资助刺激经济计划。
7. 公积金局将在今年宣布第一季业绩,并可能突破1兆令吉,i-Lestari短期计划,让会员提取每月500令吉长达12个月并不影响公积金局的投资。
8. 财政部长否认将注资马航。日前传国库控股将注资50亿令吉,以拯救马航。
#订阅Youtube频道,关注2K爸妈:https://bit.ly/37qTVoB
9. 美国生物科技公司Moderna,将从7月份开始启动最终阶段的冠病疫苗临床试验。
10. 董总宣布首阶段高中二和高中三学生将在624复课。
11. 一名在吉隆坡的巴基斯坦籍理发师证实染冠病,此前他共接触过40人,所有人已经接受检测并居家隔离。
12. 大马12日新增确诊33例,16例为境外输入,17例本土传播,当中14人为外籍人士,3公民。死亡新增1例,治愈出院103例。
13. 慕尤丁在日前的土团党最高理事会上提打算在今年举行大选,终止人们对国盟政府的质疑。
14. 国内贸易及消费人事务部规定发廊只能收取一次性理发围裙及手套费,擅自调高服务费的业者将面对高达50万令吉罚款。
15. 社团注册局允许社团召开理事会议,参与人数需最少化,时间不超过1小时。
16. 油价上调,RON95, RON97上调8仙,柴油上调10仙。
17. BERJAYA TIOMAN RESORT将在615关闭并裁员。该公司将作出合理赔偿给雇员,总额逾800万令吉。
18. 澳洲《厨艺大师》参赛者萨拉炮轰电台主持人是“种族主义者”,直指被人以华语“你好吗”开启谈话是“种族歧视”。萨拉在悉尼出生长大,母亲是马来西亚华裔,来自砂拉越州,因此厨艺传承母亲的大马特色,拥有“亚洲元素和风味”。
感谢 半粒糖 的整理。
tioman berjaya 在 MsHannahChia Youtube 的最佳貼文
This is my first time diving after getting my PADI cert. It was a very meaningful dive trip as we were helping to clean the corals and provide a better environment for them to grow. Thank you Berjaya Tioman Resort for organising this.
Find me on my social media platform:
Instagram : https://www.instagram.com/mshannahchia
Facebook: https://www.facebook.com/mshannahchia
Website: https://www.mshannahchia.com
PLEASE SUBSCRIBE HERE! :-)
https://www.youtube.com/channel/UCtP5...
Email: mshannahchia@gmail.com
tioman berjaya 在 Crystal Swung Youtube 的精選貼文
Tioman 海岛 LUMIX GH5
上次去 Tioman 的影片出炉啦
应该是最后的旅游影片了?
上次去那里考到了我的 advance diver course ?
谢谢 GAD DIVING!
tioman berjaya 在 Joshua Tsi TV Youtube 的最佳解答
塑料产品一直都是我们日常生活里不可或缺的一样物品, 因为又方便又耐用。不过我们万万没想到的是,因为贪图它所带来的方便却对我们的生态环境带来了严重的祸害!
不过很庆幸的马来西亚政府在近年来也开始响应了环保意识, 也有很多单位参与齐声!其中有个就是Berjaya Tioman Malaysia!
上个月我有幸的收到Berjaya Tioman的邀请参与今年的Tioman Island Conservation Day 2018(TICD 2018)! 这个活动真的让我对海洋生态有更深入的了解,也给了我这部影片的启发!
就让我用这部影片带你感受不一样的Tioman Island吧!
#joshuatsiTV #TICD2018
tioman berjaya 在 Staying at Berjaya Tioman Resort (hotel review) - YouTube 的推薦與評價
We had a 3D3N trip to Tioman Island and stayed at Berjaya Tioman Resort. It was the first family trip since the pandemic. ... <看更多>
tioman berjaya 在 Berjaya Tioman Resort - Malaysia | Pahang Tua - Facebook 的推薦與評價
Berjaya Tioman Resort - Malaysia, Pahang Tua, Pahang, Malaysia. 7864 likes · 70 talking about this · 3357 were here. Berjaya Tioman Resort is proven an... ... <看更多>