Sekarang viral drama korea berjudul Squid Game. Melintas di Tiktok budak budak remaja buat ulasan cakap drama ni best giler.
Jika ada nak tonton Bersama keluarga, filem ini tak sesuai untuk remaja dan anak kecil sebab ada babak lucah dan ganas.
Ni abang petik laporan dari imdb Parent Guid, Sex & Nudity: Moderate.
https://www.imdb.com/title/tt10919420/parentalguide?ref_=tt_stry_pg
Katanya, episode awal ada babak lelaki dan Wanita berpakaian dalam sahaja sewaktu dihumbang dari van. Bukan babak seks cuma berpakaian dalam.
Pada episod empat, ada watak berzina dalam tandas, kedua mereka bertelanjang, dan dada Wanita itu kelihatan tapi Gerakan kamera adalah pantas.
Dua episode akhir, ada babak Wanita bertelanjang menjadi patung yang diwarnakan.
Hujung episod juga babak lelaki kaya bertelanjang bulat suruh sesorang buat oral sex. Lelaki itu dari arah belakang maka paparan jelas bertelanjang.
Okey, itu sahajalah laporan yang ada babak lucah dalam drama itu, saya hanya translate ke Bahasa melayu nak bagitahu, risiko jika menonton Bersama anak bini.
Oleh sebab filem ini ada babak VIP bertopeng haiwan.. dan pemain game adalah kaki hutang tak bayar.. maka pemain telah dijadikan binatang ternak kerana dunia hanyalah taman permainan bagi yang mahu sia siakan hidup...
Petik sikit ayat al Quran dari surah Al An'am (Binatang ternakan) berbunyi..
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?"
Maka janganlah jadikan dunia tempat bermian sahaja, jadikan dunia ladang akhirat.
Sekian ulasan saya yang berunsur Parents Guide.
Woha!
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過2,430的網紅leeyanarahman.co,也在其Youtube影片中提到,#LEEYANARAHMAN #DRAMACIKMANJA #imantroye Kisah antara pasangan suami bersama gadis simpanan semasa menjadi banyak persoalan. Apakah yang sedang berla...
「tonton drama melayu」的推薦目錄:
- 關於tonton drama melayu 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tonton drama melayu 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於tonton drama melayu 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於tonton drama melayu 在 leeyanarahman.co Youtube 的最佳解答
- 關於tonton drama melayu 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
- 關於tonton drama melayu 在 Drama Melayu - Telemovies! Tonton sekarang! - YouTube 的評價
- 關於tonton drama melayu 在 Drama Melayu Live - Facebook 的評價
tonton drama melayu 在 Facebook 的最讚貼文
Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis. Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
tonton drama melayu 在 Facebook 的最佳貼文
Drama ziarah menziarahi sebelum PKP.. semua ini menjadi kenamgan..
Alkisahnya.. satu hari Saya sempat duduk depan komputer, buka Microsoft word, dan menulis:
“Dunia adalah tempat...”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan datang rupanya, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteripun membancuh air minuman sambil saya membuka tabung kerepek.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topik menarik, perbualan sekitar mengemaskini harta masing-masing.
Apa kerja sekarang? Anak berapa ramai? Bini sudah tambah ke? Kenapa masih pakai kereta lama? Ada beli tanah tak? Ada buat kerja tambahan tak? Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update harta dunia itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis… “Dunia adalah tempat...”
Jari sayapun menari-nari di keyboard..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar salam dari luar rumah, kawan lain pula datang menyinggah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri kembali memperbaharui air minuman sambil saya membuka tin biskut jagung.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini kefahaman politik masing-masing.
Kau tahu tak Hamka?, siapa liwat MB? Kau tahu apa kaitan pembunuhan Datok X dengan parti Y? kau tahu kenapa PM rasuah sana? Kau tahu kenapa ada MB tak bangga jadi melayu? Kau tahu kenapa bonus hanyatak dapat?, sebenarnya duit tu, Bla bla bla..
Boring bukan?
Selepas tetamu yang suka update isu politik itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis...
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang sekejap, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri saya membuka tin susu pekat manis yang baru lalu memperbaharui air minuman sambil saya menambah biskut keping.. tak lama hidangan keropok lekor pun bini turut hidangkan dan saya terus berborak dengan tetamu..
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar mengemaskini teknologi terkini.
Kau tahu tak Hamka?, Jepun sekarang sudah cipta alat X, Amarica pula cipta alat Y, Russia pula cipta alat Z, tapi Malaysia buat research entah apa-apa,
Agak menarik…,
Selepas tetamu yang suka update teknologi terkini itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis..
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan lain pula datang hantar barang, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteri memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan kuih apa yang ada.
Tahu apa yang kami borakkan?
Tak ada topic menarik, perbualan sekitar hiburan tanah air dan antarabangsa.
Kau tahu tak Hamka?, Filem X menurut rotten tomatoes 98 markah, kena tonton filem ini, menurut imdb pula filem ini markahnya 8.5/10, Bla bla bla..
Okey jugak sembang filem yang out of the box?
Selepas tetamu yang suka update movie itu pulang, saya kembali duduk depan computer dan menyambung apa yang belum habis ditulis…
“Dunia adalah tempat manusia mengumpulkan harta dan berbangga antara satu sama lain yang mana dunia juga tempat manusia memilih untuk percaya dan mempertahankan apa yang dipercayai walaupun mereka mungkin salah kerana mereka ingin memiliki teknologi terkini yang akan dapat menonton filem bermutu antarabangsa…”
Belum sempat saya habiskan ayat, terdengar lagi salam dari luar rumah, kawan tabligh pula datang ziarah, saya tinggalkan computer dan sambut kawan saya dengan senyuman dan jemput mereka berlabuh diruang tamu.
Isteriku memperbaharui air minuman sambil saya menjemput mereka makan serdak kuih..
Tahu apa yang kami borakkan?
Satu isu yang menarik, bab akhirat, bab mayat, bab adab usul.., bab peristiwa akhir zaman, dan bab buku hamka keretamayat, Bla bla bla
Saya tak boring, korang boring tak? ..(saya sorang jerlah lelaki beriman diakhir zaman kononnya)
Selepas tetamu yang suka bercerita tentang agama itu pulang, saya kembali duduk depan computer Tekan Backspace banyak kali sehingga tiba ke permulaan ayat.
“Dunia adalah tempat…”
Dalam kepala saya tergambar apa yang saya borakkan dengan tetamu tadi, iaitu kisah manusia menyesal diakhirat lalu minta kepada Allah untuk kembali ke dunia tapi Allah tidak layan lalu mereka menangis sehingga keluar bijik mata.
Sayapun menyambung tulis pada paparan Microsoft word itu.
“Dunia adalah tempat untuk membina akhirat”.
Sayapun tekan butang 'X' pada bahagian atas sebelah kanan lalu Microsoft word bertanya pada saya dalam Bahasa English:-
“Do you want to save the changes to document1?”
Saya jawab, “yes” kerana saya setuju bahawa dunia adalah tempat untuk membina akhirat.
Sekian...
Ps: hidup menuju kematian, korang pula sedang menuju mayat, dan kereta mayat yang sentiasa menuju kubur, mungkin membelok kerumah korang, Selamat Membina Akhirat. Woha!
tonton drama melayu 在 leeyanarahman.co Youtube 的最佳解答
#LEEYANARAHMAN #DRAMACIKMANJA #imantroye
Kisah antara pasangan suami bersama gadis simpanan semasa menjadi banyak persoalan. Apakah yang sedang berlaku ? Tonton untuk ketahui lebih lanjut.

tonton drama melayu 在 David Teo Youtube 的最讚貼文
Metrowealth Official: www.metrowealth.com
Instagram : @migonline
Twitter : @MiGOnline
Facebook Fanpage : facebook.com/MiG.On9

tonton drama melayu 在 Drama Melayu Live - Facebook 的推薦與評價
Drama Melayu Live. 7746 likes · 1 talking about this. Tonton Drama Melayu dan Telefilem 2021 termasuk memaparkan sinopsis, tonton dan senarai pelakon. ... <看更多>
tonton drama melayu 在 Drama Melayu - Telemovies! Tonton sekarang! - YouTube 的推薦與評價
Air Mata Ayah | Drama Melayu | Telemovie · Papa Pilot | Father's Day Telemovie | Drama Melayu · Marhaban Ustaz! | Telemovie (ENGLISH/MALAY SUBS) | ... ... <看更多>