Berkat waktu dhuha, limpahkan rezeki untuk kami semua 🤲
- Andai kaya makin zuhud
- Andai diuji makin bertahajud
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Korang rasa lepas ni Luca Sickta & Kmy Kmo nak duet dengan siapa? Clue : genre rock ? #MeleTOP Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop Epi...
zuhud 在 Facebook 的精選貼文
Terlihat bendera putih di tegakkan, teringat saya kisah sedih Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan serta kedaifan, pada suatu hari telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain,
Lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, tapi lihatlah beliau bila masuk islam, hidup penuh dengan pengorbanan.
Alkisahnya menurut catatan sejarah, Mus’ab adalah anak orang have have T20 dan hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa berada. Pakaianya di tempah khas dan kasutnya dari Yaman, menandakan sangat kaya.
Wajahnya juga sangat kacak hingga jika ke Pasar, semua orang akan menoleh kepadanya, pernah ada sejarah mengatakan, hensemnya Mus’ab ini lebih kurang seperti Hensemnya Nabi Muhammad SAW hingga dalam perang Uhud, orang kafir lihat mayat Mus’ab disangka Nabi telah mati. Dan disebarkan bahawa Islam telah kalah dalam perang Uhud sebab ternampak jasad Nabi terbujur kaku.., tapi…
Eh? Alamak? terspoiler pulak, terbagitahu awal awal Mus’ab terbunuh dalam perang Uhud.
Baiklah, untuk pengetahuan semua, Mus’ab bin Umair telah terkorban dalam perang Uhud sambil pegang bendera Islam, lebih sedih jenazahnya pegang bendera dengan dua siku yang berdarah kerana kedua dua tangannya telah dipotong musuh.
Namun walau tangannya telah kudung, masih teguh pegang bendera islam, maka terlihat pula ada anak panah menembus dadanya bermakna beliau syahid dalam keadaan pegang bendera dengan baki tangan sampai ke siku dan menghebus nafas akibat panahan dari belakang.
Begitulah sukarnya zaman awal islam, kisah seorang sahabat dari hidup kaya, lalu Mus’ab bin Umair telah masuk islam secara senyap senyap sebab ibu bapanya sangat bencikan islam, tapi sejurus ibu bapanya tahu, Mus’ab telah di ikat dan di kurung, ada Riwayat kata dia ditelanjangkan, dan satu hari beliau dapat melepaskan diri dengan memakai hanya sehelai kain.
Oleh sebab Ibu bapanya sanggup upah Bodyguard Jahiliyyah untuk tangkap beliau, dan atas nasihat Nabi Muhammad SAW sendiri, beliau lari ke Africa Bersama Jaafar r.a demi menjaga Iman dalam diri, dan nanti Jaafar Abi Talib pun mati sama tragis macam Mus’ab, kedua tangan Jaafar dipotong waktu pegang bendera Islam, lalu dengan hujung siku masih teguh memeluk bendera hingga hujung nyawa, sehidup semati betul kisah sahabat ini, apa-apapun, kita tinggalkan dulu kisah Jaafar, dan pendekkan cerita dari Africa, Mus’ab bin Umair telah Kembali ke Madinah bila dengar Nabi telah Hijrah ke sana, waktu itulah Nabi bercucuran air mata tengok beliau yang sangat zuhud dengan sehelai kain yang bertampal termasuk dari kulit binatang.
Di hujung pengorbanan, seperti yang saya dah terspoiler tadi, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup, di tutup kepala kaki terdedah, di tutup kaki, kepala terdedah, lalu Nabi tutup kepalanya dengan kain dan kaki di tutup dengan daun-daun Izkhar..
Nabi kemudian bersaksi Mus’ab adalah ahli syurga sambil uruskan jenazahnya, waktu itu Abu Bakar dan Umar cemburu sangat melihat Nabi uruskan jenazah Mus’ab.
Ya tuan-tuan, kematian Mus’ab bin Umair dicemburui oleh sahabat sahabat hebat seperti Abu Bakar dan Umar.
Dan sejarah membuktikan, jenazah Abu bakar dan Umar tidak di uruskan oleh Nabi Muhammad SAW kerana Nabi telah wafat lebih awal dari Abu Bakar dan Umar.
Sungguh apabila kematian kita mencapai tahap di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Adakah tiba nanti, kematian kita dicemburui? Atau di rai? Atau langsung tidak dipeduli?
Kepada Allah kita semua berserah diri.
Al fatihah buat Mus’ab bin Umair dan semua orang islam.
Woha sampai syurga!
zuhud 在 Facebook 的最佳貼文
Salah ke jika kita cemburu pada kejayaan seorang ustaz? Contohnya pada kekayaan Ustaz Ebit Lew? Salah kah?
****
Cemburu bertempat dibenarkan. Istilah arabnya "ghibtah" yang bermaksud "cemburu baik" atau "dengki baik"
Apa beza Ghibtah dengan Hasad Dengki?
Hasad Dengki adalah bila kita sakit hati tengok orang senang dan kita akan gembira jika kesenangan itu hilang dari orang yang kita dengki.
Contoh kita dengki tengok ustaz rajin bersedekah dan seronok jika ustaz tu di timpa bencana hingga miskin. Jahat kan?
Ghibtah pula adalah kita cemburu sebab tak mampu nak sedekah macam ustaz tanpa kita harapkan ustaz itu hilang hartanya. Malahan kita jadikan ustaz sebagai pendorong dalam kita meniru amalan yang baik baik dan jika ustaz itu bertambah kaya kita tumpang bahagia. Alhamdulillah.
Maka janganlah kita berhasad dengki dengan mana mana ustaz yang dilebihkan nikmat dunia, tapi ghibtahlah kerana ghibtah itu dibenarkan dalam islam.
Bab ustaz ada rumah besar, kereta besar jadi isu konon ustaz tak zuhud.
Hello.. !
Zuhud tu bukan pada rumah kecik, atau kereta buruk semata mata. Saya petik satu kata kata sedap bab erti zuhud dari sebuah buku:
"Zuhud itu bukan diukur pada rumah kecil kononnya itulah 'agama' dan rumah besar itulah 'dunia'. Tidak! Salah faham macam tu!
Sama ada memiliki rumah kecil atau rumah besar, semua itu adalah 'dunia'. Tapi cara mendapatkan rumah itu, dan cara menggunakan rumah itu, barulah dinamakan 'agama'.
Begitu juga dengan memiliki kereta kecil atau kereta besar, semua itu 'dunia'. Tapi cara mendapatkan kereta itu, dan cara menggunakan kereta itu, barulah dikatakan 'agama'.
Al faham ke idop? Jika tak faham sila baca buku tu sampai habis. Sedap nasihat dalam buku tu.
Kata kata di atas itu semua saya Petik dari buku Hamka kereta mayat.
eh? Saya ambil petikan buku sendiri? kebenaran apakah ini?
Sila ghibtah dari jauh.
woha!
Ps: Jom belajar hafal yassin juag jadi ejen jual ebook, jom jadi kaya sebenarnya, woha! klik sini: https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka
zuhud 在 MeleTOP Youtube 的最讚貼文
Korang rasa lepas ni Luca Sickta & Kmy Kmo nak duet dengan siapa?
Clue : genre rock ? #MeleTOP
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd

zuhud 在 ERA Youtube 的最佳貼文
Final Rap Star ERA: Kmy Kmo & Luca Sickta- Gong Nekara dan Zuhud
Kini semuanya dalam satu aplikasi, podcast, video, radio, artikel dan banyak lagi. Muat turun aplikasi SYOK sekarang! SYOK, semuanya ada! http://onelink.to/syok
ERA
Whatsapp : 016-5127777
Website: https://era.je/
Facebook: https://www.facebook.com/era.je/
Twitter: https://twitter.com/ERAdotje
YouTube: http://youtube.era.fm
Instagram: https://www.instagram.com/era.je/

zuhud 在 ERA Youtube 的精選貼文
Lepas single Gong Nekara, kali ni Kmy Kmo & Luca Sickta bergandingan dengan sifu M.Nasir untuk lagu Zuhud. Lirik yang sangat deep dan bukan senang eh nak berkolaborasi dengan sifu M.Nasir ni, lejen tu! Jom layan lagu Zuhud versi live ni. Gaisss, jangan lupa share banyak kali eh video ni, kalau nak lagi best, korang kena guna earphone. ? #sharERA #zuhud #kmykmolucasickta #mnasir #FlowERA
Kini semuanya dalam satu aplikasi, podcast, video, radio, artikel dan banyak lagi. Muat turun aplikasi SYOK sekarang! SYOK, semuanya ada! http://onelink.to/syok
ERA
Whatsapp : 016-5127777
Website: https://era.je/
Facebook: https://www.facebook.com/era.je/
Twitter: https://twitter.com/ERAdotje
YouTube: http://youtube.era.fm
Instagram: https://www.instagram.com/era.je/

zuhud 在 zuhud-pana-graha 的個人檔案 - Facebook 的推薦與評價
名字叫做Zuhud Pana Graha 的用戶. Graha Zuhad · Zuhra Hamid. STIH Graha Kirana Medan jl.Kirana belakang Medan Plaza. Consultants Global Go Green Indonesia ... ... <看更多>