[Baca cerita wanita yang terpaksa bagi anak makan cekodok je..sebab hanya tepung yang dia mampu beli! Semuanya berubah bila dia start tanya - Sampai bila nak hidup susah macam ni??]
Nak tanya anda jugak..
Adakah korang berpuashati dengan tahap hidup sekarang?
Adakah anda rasa tahap bisnes sekarang dah cukup baik?
Sampai bila? Kenapa nak tunggu lagi?
PM kami jika nak tahu macam mana kami bantu wanita ni dan lebih ramai orang lain kat luar sana?
#TeamRichWorks
#NakUbahHidup
................
::ACAH-ACAH PANDAI SANGAT BERNIAGA 🙄::
Bila orang tanya, "Macam mana awak boleh berada di tahap sekarang?"
Jawapan saya selalunya hanya satu, "Tak mudah!" Dan airmata pada gambar ini membuktikan segalanya.
Ya. Tak semudah memetik jari untuk saya capai setiap yang saya ada hari ini. Saya mungkin belum berjaya macam orang lain yang lebih berjaya daripada saya. Tapi saya percaya saya berjaya jadi lebih baik daripada saya yang dulu.
Tak semua orang tahu kesusahan dan kepayahan yang saya pernah lalui. Malah mungkin sesetengahnya cukup hanya saya dan suami sahaja yang simpan sendiri.
Pernah tahan perut tak mampu beli makanan walau seketul roti.
Pernah hanya beri anak minum air sirap kerana tak mampu belikan susu walau setin kecil.
Pernah juga cuma bagi anak makan jemput-jemput kerana hanya mampu beli tepung sepaket.
Kesusahan bukan untuk dicanang-canang. Malah keperitan semua kami telan sendiri. Apa yang ada kami pakai sampai lunyai. Persoalan kami ketika itu, "SAMPAI BILA?"
"Sampai bila nak hidup susah?
Dengan kesusahan dan keperitan hidup, kami cuba bangkit. Apa sahaja yang kami tak pernah jual. Sebut apa sahaja. Tudung, baju, makanan, MLM? Semua kami jual. Asal boleh datangkan duit.
Tahun demi tahun, banyak bisnes kami cuba buat. Bisnes sendiri, bisnes partnership, bisnes dari funder. Eh, semua lah! Jatuh terduduk jangan cakap lah. Sampai dah terlentang pun ada.
Yang paling teruk ialah SAYA TERPAKSA GADAIKAN CINCIN KAHWIN TANPA PENGETAHUAN SUAMI sebab tak mampu bayar sewa kedai. Allahu, rasa bersalah sangat waktu tu. Tapi saya takde pilihan. Kalau boleh taknak lagi susahkan suami. Suami hanya tahu bila surat tempoh gadaian cincin tu habis dan dah tak boleh ditebus lagi sebab dah dilelong. Saya tahu dia marah. Tapi sebenarnya perasaan kecewa dia pada saya lebih dari segalanya ketika itu. 😢
Kesilapan paling utama kami waktu itu ialah TAK FOKUS! Ditambah pulak dengan rasa acah-acah pandai sangat meniaga! Memang melingkup lah jawabnya. Sebab dulu saya tak percaya yang BISNES PERLUKAN MENTOR! Pada saya mentor tu pandai jual air liur je. (Saya mengaku sayalah biawak itu dulu. 🤣)
Sekali lagi saya terfikir, "Sampai bila nak hidup biasa-biasa? Cukup-cukup makan?"
Sampailah saya jumpa seorang mentor yang dah ubah persepsi saya tentang betapa pentingnya mentor dan berguru kalau nak berjaya. Terima kasih Dr. Azizan Osman sebab berjaya betulkan kepala otak saya yang dulu selalu rasa tak percaya pada diri sendiri untuk capai apa yang saya nak.
Sejak saya join #SpireRichworks lepas #LastIMKK November 2018, hidup saya seakan berubah 360°. Saya lebih dekat dengan Allah. Sales saya juga meningkat terutama selepas saya tamat kelas #MillionaireMarketingMastery. Banyak benda saya belajar yang bukan setakat tentang dunia malah akhirat juga.
Yang paling best, makin ramai yang datang nak belajar makeup di #AmanizMakeupAcademy kami. Saya makin percaya yang bisnes adalah untuk memberi manfaat pada orang lain bukan sekadar untuk duit.
Wallahi, journey saya sekarang pun tak semudah disangka. Malah big why saya makin bertambah terutama lepas saya ada #TeamAmaniz yang saya perlu fikirkan perut mereka dan keluarga. Mereka adalah big why saya selain family saya sendiri.
Tapi saya percaya apa yang mentor saya pesan,
"Selalu ada harapan bagi sesiapa yang sering berdoa.
Pasti ada jalan untuk sesiapa yang kuat berusaha."
Doakan saya terus kuat untuk membantu lebih ramai wanita jadi mahir dalam bidang solekan dan dapat menjana pendapatan sendiri dengan skill solekan yang mereka ada. 💪
#mystory
#ThePowerToAttract #GoodMentorAzizan
#MMMMac2019
#IAmTheNextTitan
#RoadToTitan2020
#IAmSpire
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「goodmentorazizan」的推薦目錄:
- 關於goodmentorazizan 在 Azizan Osman Facebook 的最佳貼文
- 關於goodmentorazizan 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
- 關於goodmentorazizan 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於goodmentorazizan 在 コバにゃんチャンネル Youtube 的最讚貼文
- 關於goodmentorazizan 在 大象中醫 Youtube 的精選貼文
- 關於goodmentorazizan 在 大象中醫 Youtube 的最佳貼文
- 關於goodmentorazizan 在 Kenangan manis #mmm #goodmentorazizan - YouTube 的評價
- 關於goodmentorazizan 在 לגלות אודות - #goodmentorazizan | Facebook 的評價
goodmentorazizan 在 Azizan Osman Facebook 的最讚貼文
Entahlah....
Tak tahu nak cakap apa. Korang baca lah sendiri..
Dah lah benci, lepas tu bila dah dapat ilmu dari orang yang dia benci.. dia boleh buat RM14,000 dalam masa 4 hari...apo???
PM tepi kalau nak cuba dapatkan ilmu macam yang dia ada...
p/s: Nak benci berpada-pada, nanti jatuh cinta🥰🥰
#TeamRichWorks
#ThePowerToATTRACT
....................
[ BERBALOI kah pergi kelas marketing DR AZIZAN OSMAN RM12RIBU utk 4hari SAHAJA!!! ]
1-BODOH !!
2-BENCI !!
3-MEMBAZIR !!
4-MENYESAL !!
5-SAKIT HATI !!
Sebelum aku nk cite panjang aku nak cakap yg aku ni #BENCI Gilerr dgn DR AZIZAN OSMAN tu,,sebab ape tau?? Dia tu Konon2 lah nak bantu USAHAWAN MELAYU jadi kaya berjaya bagai TAPI caj kelas training dia kalau tak cecah RM3000 utk 3-4 hari tak sah,,,korang nampak x TARGET nya tu ape?? Dia nk DUIT korang je sebenarnya,,,,,😒😒😒so aku rasa baik takyah #MEMBAZIR duit belajar pada ORANG yg camtu...
So, CAMNE BOLE TERJEBAK??
Ni semua pasal si WAN PAYROCK lah,,,aku kenal dia ni da agak lama,,,dari bawak motor ulang alik keje singapore (dia client aku dulu sbb dia amik insurans Dgn aku,,heheheh)sehinggalah dia sekarang menjadi JUTAWAN (walaupon dia tak declaire tapi aku bole tilik,,,aku kan power,,,hahahah)dengan hanya jual SHAMPOO je kotttt,,,cecah sales sehingga RM1juta dalam masa 6BULAN,,,ko rasa giler aku tak #ADMIRER kejayaan dia???Maka,,bile aku start bisness #SAMBALBELACANTUMBUK aku ni,,,mula lah aku berangan nak jadi cam si WAN PAYROCK tu,,,,tapi aku nk jalan CEPAT berjaya,,so aku belajar lah pada orang yg dah ade RESULTS berjaya dengan CEPAT,,,,,so mulalah aku menghantui hidup si wan ni dengan mintak tips2 utk berjaya,,,try korek ilmu percuma,,(tapi aku ade bayar fee consultancy dia dgn SAMBAL BELACAN TUMBUK aku tu ha,,jimat kan,,,bijak x aku,,? Hahaha,,,sory wan,,)pastu aku cakap kalau dia ade training mana2 aku nak #FOLLOW...😅🙏
#RUGIRM50k selama 2 bulan sebab buat marketing #BODOH😫😫😫😫
Konon dgn pengalaman marketing aku selama 10 tahun ni aku rasa aku HEBAT,,aku rasa pengalaman tu bole aku praktikkan dlm bisness baru ni,,,padahal selama 10tahun tu Takde pon 1 bisness aku berjaya,,bodoh bangang sengal ego tulah AKU,,,tapi aku ni bukan org yg MUDAH GIVE UP,,,Dan waktu tulah wan lagi skali jadi WONDERPET aku (sesuai lah dgn tagline cite tu “kami datang utk menbantu orang dalam kesusahan”...😝)Dia suh aku datang ke kelas DR AZIZAN OSMAN iaitu #ZERO KOS MARKETING...dia cakap #FREE!! Yes FREE then baru aku setuju lah pegi,,siap bawak 2 staff aku..benda free plak kan,,,pastu mentor plak suh pegi,,,memang aku pegi,,,Walaupon kelas ni FREE tapi kene kuar kos jugak utk HOTEL 1 malam tu,,transport jb ke kl,,dan makan,,,tapi takpelah ilmu kan,,,🙄🙄
Sampai je kelas tu,, aku rasa BOLEH lahhhh,,,biasa2 je kot,,aku ade BELAJAR marketing yg biasa je bagi aku,,,tapiiii aku #SAKITHATI sebab DR AZIZAN ni dia tampilkan orang2 yg BODOH tak belajar,orang yg JUAL BANTAL je kot,,orang yg hampir TUTUP BISNESS YG 10thn,,tapi bila attent kelas Millionaire Marketing Mastery (MMM) sales bole cecah RM3juta,,5juta,,10juta,,,dengan hanya menjual JERUK!! Kau rasaaaaa ?????aku makin #PANAS sebab semua yg berjaya cakap dapat sales juta juta tu dari kelas MMM tu ha,,,last skali,,,aku rasa cam tergoda plak dgn org2 berjaya tu,,sebab ape tau,,sebab aku mmg da #TARGET ni aku bole archieve target bisness aku RM1juta,,,Bile cite bab #HARGA memang meninggal babe!!!!skali dia bukak RM12RIBU,,yes RM12RIBU utk 4 hari,,,,telan wei air liur aku,,,tapi bila dia cakap sape beli 1 tiket dapat bawak 2 orang secara #PERCUMA,,,aku pon dengan konon2 konfident dtg meja registration,,,tapi nasib baik ade 2 orang kawan yg nak join skali,,so sorg RM4,000 lah,,jimat duit aku weiii😫😫😫...
Bila aku datang MMM Ni aku mula
#MENYESAL giler sbb tak pegi kelas ni awal,,
#BODOH sbb banyk ilmu marketing yg gileee2 kat sini yg aku tak tahu,,dan yg penting semuanya ZERO KOS,,
#MEMBAZIR masa tenaga dan duit Pada marketing BODOH2 cam FB ADS,belanja umpan dropship2 n agen tapi tak berkualitu
#SAKITHATI sbb aku disatukan dengan RAMAI JUTAWAN yg BERJAYA,,,,,
#BENCI sbb ego bodoh sombong yg ade pada diri aku ni ha,,,,
Dr AZIZAN OSMAN betul2 ajar cara yg BETUL,SENANG,MURAH utk berjaya,,dan semua tu MAKE SENCE weiiii,,,,tambahan pulak dia bagi 3 BULAN bukan dia ajar tilik ke,,bagi batu tangkal ke,,ayat2 mentera,,,pdan sedar tak sedar aku berjaya naikkan SALES aku RM14RIBU dlm masa 4HARI je weiiii,,,,🙀🙀🙀🙀
NASIHAT AKU
Entahlah aku tak tahu nk nasihat ape lagi,,,aku cuma nak cakap,,,kalau korang dulu cam aku ni yg bodoh,bangang,ego semua,,,,baiklah #BERUBAH,,,jgn #SAYANG duit tu utk ilmu yg baik dan terbukti berkesan tapi berimpian nak BERJUTA-JUTA... (itupon kalau kau praktik kan,,,yeee tuan tuan puan puan) apa2 pon terima kasih sbb sudi baca story aku ni,dan aku doakan semoga korang berjaya kaya dunia dan akhirat,,aminnn🤲
Dah baca tu,,,belanja like n share 1 kali boskuuuu!!!😘
C&P - Ema Badron
Founder EMA EMPIRE
SAMBAL BELACAN TUMBUK
#MMMMAC2019
#THEPOWERTOATTRACT
#MMMSSCW
#GOODMENTORAZIZAN
goodmentorazizan 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Masa kat Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), Dr Azizan Osman ada share tentang ilmu tulis My Story.
Ni ilmu penting sebenarnya dalam marketing. So kali ni admin nak share kisah peserta MMM ni yang dulunya mewah sebab bekerja sebagai nurse kat Arab. Paling best part dia cakap - tangan dia setiap hari menjaga pesakit tapi tak menjaga ibu bapa sendiri... - pangggg!!!! kau rasa?
Baca lah sendiri ye...
Nak jugak ilmu marketing macam ni, boleh komen ‘MMM’ dan team akan bantu.
#TeamRichWorks
#100KUsahawanJutawan
.............
[Minat beniaga sejak umur 7 Tahun..]
Di mana saya 5 ke 10 tahun akan datang..adakah masih di Padang Pasir??
Bisnes Dapur Aleena adalah new born baby Pada: MMM DEC 2018
Saya bekas Jururawat yang tercari cari ilmu yang betul untuk mula berniaga sebab memang tidak pandai bisnes & duit pun cukup2 makan saja untuk mula beniaga.silap haribulan, melingkup, bisnes ke laut.duit simpanan yng terkumpul sia2 tidak nampak hasil..
Saya Bekas Jururawat Arab Saudi 17 Tahun kini sedang membina empayar Dapur Aleena dengan ilmu2 dari Doc.Bersama Richwork & Doc, Saya berani mimpi JUTAWAN.Kalau dulu, sebut JUTAWAN pun keluh lidah sebab sudah tahu memang tidak akan mampu..
Selamat Tinggal kerjaya Jururawatku...
Kerjaya jururawat arab saudi memang lumayan dan mewah namun sampai bila..kedua ibu bapa semakin tua dan uzur.Tangan ini siang malam merawat, membelai pesakit2 yang tiada kaitan darah dengan ku tapi kedua ibu bapa terbiar di kampung mengharapkan saudara2 dan anak buah yang dekat untuk tengok tengokkan..anak jenis apakah saya ni😭😭😭.
Pernah satu ketika, mak saya masuk ICU selepas pembedahan buang Rahim due to kanser Serviks.Mak mengalami pendarahan dalaman yg sangat teruk dan hampir2 maut dan terpaksa ditolak masuk ICU selepas sesi bedah.
Saya pada masa itu tidak diberi cuti sebab kekurangan staff dan cuti sudah habis diguna.cuba sedaya upaya memohon cuti tapi tak dapat.bayangan dan bayangan wajah mak saya membuatkan saya hampir2 nak lari dari hospital tu dan balik ke malaysia, namun passport dalam simpanan pihak hospital.satu pengalaman terburuk dalam hidup saya.mempunyai perniagaan sendiri, itulah impian saya. Biar susah susah dahulu untuk bermula tapi kamanisan dan nikmat pasti akan tiba.bersama Richwork saya tidak takut.Doc sentiasa depan mata memantau, menasihati dan mengajar.
Umpama saya ini hidup dalam terowong gelap, yang sangat gelap sekali.nak ke depan takut.mengundur pun takut.ke kiri takut, ke kanan pun takut.saya amat takut sekali terbuat silap yang akan membakar sedikit duit simpanan yang ada ini.
Doc datang menerangi dan menjadi lampu suluh yang terang benderang menerangi di setiap sudut terowong yng gelap gelita tadi.dengan suluhan lampu Doc saya berani berjalan dan melangkah demi langkah menuju ke matlamat dan impian saya menjadi JUTAWAN kelahiran Richwork..aamiin3x in shaa Allah.
Walaupun gaji bulanan belasan ribu di negara padang pasir, namun hati tidak tenang.saya bertuah dan sangat2 bersyukur.Allah telah lorongkan saya untuk menjadi sebahagian keluarga Richworks yang amat penyayang, bertanggungjawab, dedikasi, komitted dan sungguh2 membantu anak2 didik menjadi "manusia " yang bermanfaat pada keluarga dan masyarakat kita.
Impian saya mahu membantu rakan2 saya yang "Stucked" di arab Saudi, terpaksa rela berjauhan dengan mak bapa ,anak2 dan suami tercinta demi mencari rezeki dan bayar hutang2 mereka di malaysia.
Impian saya juga untuk membantu ibu2, ibu tunggal, kaum wanita untuk bangkit beniaga dan mempunyai pendapatan sendiri walaupun hanya dari rumah sahaja.ibu2 yang teraniaya adalah priority saya sebab saya juga pernah ter aniaya dan rasa di buang itu bukan satu perkara yang sedap untuk di hadam..#showingRESULTisthebestREVENGE
Kawan2 semua..anda patut hadir program program Richwork, saya dulu2 pun skeptikal..boleh ke..boleh ke..sya hnya tahu pegang jarum dan cucuk orang.Tidak pernah bermimpi dan ber impian untuk income Juta Juta sebulan, dalam Richwork saya berani sebab Bapa pemasaran kita Dr Azizan Osman sangat2 komitted membantu tanpa mengira waktu dengan ilmu2 yng latest dan terkini yang tiada siapa di luar sana sanggup untk sudi kongsi dengan kita2 yang dahagakan ilmu perniagaan yng betul.Jika kawan2 sedang bersedih dengan keadaan hidup yang biasa2, yang susah, yang serba tidak mampu,jangan risau saya pun macam anda satu ketika dulu, namun saya bangkit dan buat keputusan.
Jangan Tunggu lama2 untuk buat keputusan dan bertindak..masa itu emas.
Keputusan kita pada hari ini menentukan keadaan hidup kita pada masa akan datang.
Wanita memang lemah dan tak berani bila tidak ada ilmu yang betul.
Keyakinan dan keberanian bertindak akan hadir bila kita berguru dengan mentor yang ada beribu proven results.
Perkongsian ikhlas dari Founder Dapur Aleena, Noor Aleena Alfred Abdullah
#mmmmaccw
#goodmentorazizan
#mmmmac2019
#thepowertoattract
#dapuraleena
#mmmdec2018
goodmentorazizan 在 לגלות אודות - #goodmentorazizan | Facebook 的推薦與評價
1 במרץ 2019 ·. KALAU HIDUP SEKADAR HIDUP, BABI DI HUTAN JUGA HIDUP. JIKA KERJA SEKEDAR KERJA, KERA JUGA BEKERJA. #goodmentorazizan · #aurasyurgahijab. ... <看更多>
goodmentorazizan 在 Kenangan manis #mmm #goodmentorazizan - YouTube 的推薦與評價
Kenangan manis #mmm #goodmentorazizan. 3 views3 views. Mar 7, 2019. 0. Dislike. Share. Save. Ed Ary. Ed Ary. 27 subscribers. Subscribe. Music in this video. ... <看更多>